Atas permintaan
Portdy
Roxette - Joyride (1991)
Dulu dalam entri
Don't Bore Us, Get to the Chorus!, saya ada bercerita bagaimana mulanya saya terjebak dengan Roxette. Saya tak rasa mendengar Roxette adalah sebagai satu "guilty pleasure". Saya bukannya true metal hantu pun. Roxette adalah sebuah band yang guitar oriented. Mereka band rock. Tiada masalahnya mendengar Roxette.
Lagu
"Spending My Time" menjadi punca kenapa album ini dulunya kerap saya dengar. (mendengar melalui kaset kepunyaan adik perempuan saya). Ntah kenapa lagu tersebut selain
Life Goes On dari
Poison sering mengingatkan saya kepada zaman pertunangan dan awal perkahwinan saya.
Ketika itu saya di Kuala Lumpur manakala "my better half" berada di Johor Bahru. Zaman belum meluasnya penggunaan internet mahupun handphone. Walaupun pada ketika itu (sekitar tahun1996 atau 1997) saya telah pun memiliki handphone (milik company yang merupakan handphone pertama saya, berjenama
Motorola StarTAC yang jenis flip dengan bateri yang tebal tu ). Tetapi zaman tu teknologi "SMS" pun belum ujud apatah lagi nak ber "WhatsApp". Makanya bila berseorangan di malam hari memang feeling habis la bila mendengar lagu-lagu tersebut.
Ada banyak lagu yang menarik selain
"Spending My Time"... "
Fading Like a Flower",
"The Big L.", dan
"Church of Your Heart" adalah diantaranya. Tetapi yang paling best sudah tentu-tentunya lagu yang menjadi tajuk album,
"Joyride". Saya cukup suka dengan riffs gitarnya. Mungkin ramai yang tak kenal siapa dibelakang riffs tersebut. Beliau adalah
Jonas Isacsson. Pada saya beliau lah yang mewarnakan lagu-lagu Roxette. Trademark gitar dia tu lah yang mebezakan Roxette dari band-band yang lain. Sayangnya beliau kini tidak lagi bersama Roxette. Album terakhir yang melibatkan beliau adalah
"Room Service (2001)".
Ada terbaca yang beliau kecewa kerana tidak lagi bersama Roxette. Tapi nak buat macamana, Roxette adalah band kepunyaan
Per Gessle dan
Marie Fredriksson. Takper la...dia pun dah kaya raya kot makan royalti Roxette. Pengganti beliau
Christoffer Lundquist pun bagus sebenarnya. Malah lebih aggresif bila di atas pentas.
Kalau ikut saya, album ini di rangking ke 3 dari discography mereka yang saya suka.
Don't Bore Us, Get to the Chorus! (1995) sudah tentu yang paling best. Maklumlah ianya adalah album best of. Tambah-tambah pula adanya lagu dari soundtrack
Pretty Woman,
"It Must Have Been Love". Dan yang ke 2 adalah album
Look Sharp! (1988) kerana itulah album yang mengenalkan saya kepada mereka.
Best!