Showing posts with label Rock Jepun. Show all posts
Showing posts with label Rock Jepun. Show all posts

Wednesday, March 25, 2026

Shadows of War

Remembering my youth - 40th anniversary

Loudness - Shadows of War (24/03/1986)

Saya mendengar Lightning Strikes lebih awal dari Shadows of War. Ianya album yang sama tetapi tidak serupa. Lightning Strikes lebih polished untuk pasaran komersial di US manakala Shadows of War pula mempunyai sound yang lebih kasar. 

Saya tidak mempunyai masalah untuk kedua-duanya, kerana ianya antara kegemaran dan soundtrack zaman remaja.


Monday, May 5, 2025

X Japan Ballad Collection

 Yang terkini dalam simpanan...


X Japan - Ballad Collection (Vinyl 2XLP - 2022)

Antara band yang albumnya agak sukar ditemui dalam bentuk piring hitam. Memang keluaran terhad dan tidak pernah dikeluarkan semula. Jika ada pun, harganya pasti tidak mampu milik.

Memang seronok dapat yang ini. Walaupun hanya sekadar album kompilasi, paling tidak disangka ianya dijual di Shopee.


Menurut maklumat di Discogs, album ini hanya pernah dikeluarkan sekali dalam bentuk piring hitam dan dikeluarkan di Hong Kong pada tahun 2022. Versi asal dalam bentuk CD pula dikeluarkan di Jepun pada tahun 1997.

Tidak pasti sama ada versi ini adalah keluaran Hong Kong tersebut atau sekadar bootleg. Namun, tidak kisah lah. Yang penting, bunyinya bagus, masih baru dan bersampul. Paling utama, harganya lebih murah berbanding harga piring hitam reissue album rock Melayu.


Friday, December 8, 2023

EZO

Lagi album lama yang baru berpeluang untuk beli...


E.Z.O - E.Z.O (1987)

Dulu tak berapa nak ambil tahu sangat pasal mereka. Tak ada kawan yang beli kasetnya menyebabkan tak berpeluang untuk mendengar muzik mereka secara betul. 

Ketika zaman internet dan MP3, ada juga mendengarnya secara sambil lalu. Tetapi disebabkan pada ketika itu sedang kemaruk dengan genre yang lain, muzik sebegini tak berapa nak masuk ke dalam kepala. Lagu-lagu mereka yang kebanyakannya berinsipirasikan rock 70an yang bukanlah mainan telinga untuk saya.

Cuma kebelakangan ini rasa terpanggil untuk mendengar semula band-band seperti mereka. Tambahan pula album ini adalah antara album yang disebut-sebut sebagai "underated" atau "hidden gem" bagi peminat hair/glam metal.

Setelah mendengarnya secara betul, ternyata saya sedikit tersilap. Walaupun memang betul ada pengaruh 70an yang kuat tetapi ianya tak lari jauh dari sound band-band hard rock dan glam/hair metal pada zaman tersebut. Permainan muzik mereka sememangnya cemerlang. Tak pelik lah kenapa Gene Simmons berminat untuk menerbitkan album mereka.

Mereka bersama-sama dengan Loudness adalah antara band Jepun yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Malah vokalis dan drummernya juga pernah menganggotai Loudness selepas dari ini.

Cumanya bagi saya lagu-lagu mereka tidak cukup konsisten. Ada yang bagus dan ada yang biasa-biasa sahaja. Tetapi jika anda peminat era glam/hair metal, ini adalah antara yang patut didengar.



Monday, September 25, 2023

Crimson & Jet Black

 Antara album terkini (2023) di dalam simpanan...

Anthem - Crimson & Jet Black (2023)

Tak tahu sangat pasal Anthem. Ketika tahun 80an dahulu, muzik heavy metal Jepun bagi saya hanyalah Loudness dan Earthshaker. Entah mengapa nama Anthem tidak masuk langsung dalam lingkungan persekitaran saya pada ketika itu. 

Satu-satunya album dari mereka yang saya tahu adalah "Tightrope (1986)". Itupun kerana 2 lagu dari album tersebut dirakamkan semula oleh Bloodshed dalam album "Ilusi Sebuah Mimpi". "Peristiwa" - "Death to Death" dan "Jangan Terpedaya" - "Finger's On The Trigger". Tahu pun selepas zaman internet.

Membeli album ini pun adalah atas pengaruh rakan se-group Whatsapp. "Highly recommendation" dari Deaf menyebabkan terpengaruh juga akhirnya. Ternyata ianya adalah sebuah album yang bagus. Jika melodic heavy/power metal dengan shredding solo adalah halwa telinga anda, Crimson & Jet Black pastinya akan memberikan kepuasan.

Semakin beusia semakin bagus. Tak pasti ini album mereka yang ke berapa. Tetapi kalau tak silap ianya dalah album baru penuh berbahasa inggeris mereka yang pertama. Memang boleh tangkap lah slang Jepun nya. Tetapi tidaklah sepekat lock n loll Minoru Niihara... hahaha...



Monday, August 28, 2023

Vanishing Vision

 Antara cd yang lama mencari tetapi baru sekarang berjaya dimiliki...

X Japan - Vanishing Vision (1988)

Salah satu band yang agak payah nak dapat cdnya dengan harga rahmah adalah X Japan. Bertahun juga menunggu dan akhirnya berjaya juga membelinya dengan harga yang agak berpatutan.

Saya hanya mengetahui tentang mereka ketika mereka sudah tidak lagi aktif.  X Japan tiada dalam radar di kalangan rakan-rakan. Hanya mula sedar tentang kewujudan mereka di sekitar tahun 1998. Tetapi yang betul-betul ada rasa teruja nak dengar selepas terbaca pujian melambung Chris Jericho tentang mereka dalam satu artikel (sekitar pertengahan tahun 2000an - tak ingat majalah apa). Dari situ mula cuba untuk mengumpul cd mereka tetapi agak kurang berjaya.


Cd ini hanya yang kedua saya ada dari jumlah keseluruhan 5 album studio mereka. Masih jauh...

Secara ringkasnya, album pertama X Japan ini sangat sesuai untuk yang sukakan muzik speed metal 80an. Semuanya tip top. Dari segi melodi, susunan lagu, skil pemuzik semuanya secukup rasa. Antara yang menjadi tumpuan bagi saya adalah kerja gitar dari dari Hide dan Pata. Terutamanya solo-solo shredding dari Hide. Sayangnya ketika mula mendengar X Japan, beliau telah pun meninggal dunia.

Rekomended!



Monday, October 10, 2022

Kicked & Klawed

Yang menyambut ulang tahun ke 33 pada 6hb Sep yang lalu...

Cats In Boots - Kicked & Klawed (1989)

Sebuah lagi album dalam kategori hair/glam metal yang dulunya tak di ambil tahu. Selain dari tak mahu digelar poser (hahaha…) kaset atau cd ini sememangnya tak pernah nampak langsung di jual di kedai-kedai kaset/cd di Malaysia. Saya hanya membaca tentang mereka di majalah Kerrang!, tetapi tidak pernah berpeluang mendengar lagu-lagunya.

Tidak juga mendengarnya di zaman MP3. Nama mereka sememangnya hilang dari ingatan sehinggalah terjumpa cd mereka dijual secara dalam talian ketika penangan "panic buying" PKP Covid 19 yang pertama dahulu. 


Mereka bukanlah 100% band Amerika. Pemain gitar dan bass adalah dari Jepun. Mereka pun asalnya berpengkalan di Jepun. Kejayaan EP mereka di Jepun menyebabkan EMI mengikat kontrak dengan mereka untuk pasaran antarabangsa. Sayangnya walaupun dengan promosi 2 video clips di MTV, album mereka gagal untuk mendapat sambutan. Mungkin terlampau banyak saingan atau mungkin juga mereka tidak betul-betul mempunyai "killer song". Lagu balada mereka juga agak kurang memberi kesan.

Suara vokalis dan muziknya mengingatkan saya kepada Pretty Boy Floyd. Tetapi mereka lebih rock and roll dan agak kurang pengaruh blues berbanding band-band segenre dengan mereka. Muzik sebegini pada saya lebih mudah dinikmati. Tak perlu pening-pening tak perlu berkerut muka. Ianya seperti menonton filem aksi yang tak perlu berfikir. Kuatkan volume dan "enjoy the music!"...


Friday, August 12, 2022

Hurricane Eyes

 Yang menyambut ulangtahun ke 35 pada 10hb Ogos yang lalu...

Loudness - Hurricane Eyes (1987)

Antara yang jarang dan dah lama tak diputarkan. Dulu pun ketika zaman kaset ianya juga agak jarang dimainkan. Ketika itu (sekitar tahun 1987 - 1988), adalah tahun-tahun cuba jaya dengan pelbagai band yang baru dikenali. Ada yang beli, pinjam, dubbing atau didengar di rumah kawan. Mana-mana yang kurang terkesan biasanya akan jarang dimainkan.

Hurricane Eyes termasuk didalam kategori yang kurang terkesan. Walaupun begitu ianya adalah antara kaset yang dibeli. Maklumlah jenama Loudness agak besar bagi budak-budak rock pada ketika itu. Kalau tak silap kasetnya dibeli di pasar malam. Ianya adalah tahun-tahun terakhir kaset cetak rompak di jual secara berleluasa. Menjelang tahun 1989 dah agak sukar untuk nampak kaset cetak rompak di jual.

Kalau berdasarkan ingatan hanya ada beberapa lagu yang masih boleh diingat. Lagu-lagu side A rasanya lebih sedap dari side B. "S.D.I.", "Rock 'n' Roll Gypsy" dan 2 lagu ballads, "In My Dreams" dan "Ares Lament" versi baru, dengan tajuk "So Lonely" antara yang masih boleh diingat.

Setelah mendengarnya semula ternyata ingatan saya betul. Ada juga lagu-lagu lainnya yang kembali ke dalam ingatan. Dengan menggunakan Eddie Kramer sebagai penerbit dan Gregg Giuffria dari kumpulan Giuffria/House of Lords sebagai pemain keyboards jemputan, lagu-lagu mereka menjadi lebih komersial sesuai untuk pasaran di USA.

Bukan kegemaran, tetapi memori tentangnya tetap ada. Versi cd dan piring hitam ini adalah satu lagi kisah membeli kenangan. Lama dah kehilangan versi kaset. Tak boleh la nak bergila format….


Sunday, November 14, 2021

Tightrope

Hiburan rawak sambil bekerja dari rumah...Bloodshed versi Jepun!...

Anthem – Tightrope (1986)

Antara yang baru dimiliki. Terjebak pula dengan Discogs. Ni sama penyakitnya seperti ebay...aduhai...

Tak pernah dengar pun Anthem zaman budak-budak dulu. Kalau cerita tentang band heavy metal dari Jepun sudah semestinya Loudness dan Earthshaker. Ada juga tahu pasal Bow Wow / Vow Wow dan EZO. Tapi Anthem memang langsung tak tahu. Mungkin pernah terbaca nama tetapi sememangnya tiada memori tentangnya.

Bila masuk zaman internet dan membaca blog "Deaf" baru perasan tentang Anthem. Ketika itu baru tahu yang lagu "Peristiwa" dari album "Ilusi Sebuah Mimpi - Bloodshed" di ambil dari lagu Anthem, "Death to Death". Lama juga mencari siapa penyanyi asalnya kerana ianya dicatatkan sebagai "Copyright Controlled". Bermakna ianya adalah lagu cover. 

Ketika itu juga baru perasan yang sebuah lagi lagu dari album tersebut (Jangan Terpedaya) juga mempunyai persamaan dengan lagu Anthem yang bertajuk "Finger's On The Trigger". Mungkin kerana ianya tidak ditiru bulat-bulat, maka ianya tidak digolongkan sebagai lagu cover dan di kreditkan kepada Bloodshed. Zaman tersebut perkara ciplak seperti ini memang satu kebiasaan. 

Membeli piring hitam ini (selain dari harganya yang murah termasuk pos dalam RM80++) adalah semata-mata kerana 2 lagu tersebut. Tetapi ternyata lagu-lagu lainnya pun sedap. Ini yang payahnya bila kita mula terjebak dengan sesuatu yang baru. Tak pasal-pasal nanti akan "ter"cari album-album yang lainnya pula.


Wednesday, June 23, 2021

Midnight Flight

 Oh Nombor...ooo...oooo... (antara kenangan ketika mula-mula terjebak dengan muzik rock...)

Earthshaker - Midnight Flight (1984)

Album ini lebih dikenali kerana lagu T-O-K-Y-O. Lagu yang kumpulan Search sadur menjadi "Nombor"  (di petik dari album pertama mereka "Cinta Buatan Malaysia -1985").

Saya tak ingat dan mungkin tak pernah tengok album ini dalam bentuk kaset. Ketika itu adalah zaman kaset-kaset cetak rompak bermaharajalela, jenama Apache terutamanya. Yang pernah saya tengok adalah album pertama mereka, Eartshaker (1983) dan yang kedua Fugitive (1984). Tetapi yang agak popular pada ketika adalah EP mereka yang bertajuk "T-O-K-Y-O (1984)". Ianya juga adalah dari jenama Apache. Antara kaset yang sering bertukar tangan (pinjam meminjam) di antara rakan sekolah kerana semuanya nak dengar versi asal lagu "Nombor". Yang lawaknya majoriti dari mereka hanya mendengar lagu "T-O-K-Y-O" dan tidak yang lainnya kerana lagu-lagunya berbahasa Jepun. Tak paham.

Kalau tak silap versi kaset apache ada lagu-lagu tambahan yang tak ada dalam versi EP yang asal. Tak ingat sangat dan dah tak ada pun kasetnya. Kalau tak silap ada lagu slow "I Feel All Sadness". Kerana lagu itu adalah antara yang sering dinyanyikan oleh seorang rakan sekelas.

Tak pernah ada versi cd Midnight Flight ni. Piring hitam ini di beli beberapa tahun yang lalu ketika mula-mula terjebak dengan piring hitam. Selain T-O-K-Y-O, ada banyak lagi lagu-lagunya yang sedap. Kesemua lagu-lagunya memang sangat melodic. Memang sesuai benar dengan selera orang Malaysia. Memang tak hairan lah kenapa mereka dan band-band Jepun lain seperti Loudness dan Anthem menjadi rujukan kepada band-band rock Malaysia pada zaman tesebut. Mungkin dasar Tun M menjadikan Jepun sebagai rujukan adalah sangat berjaya...hahaha...

Tetapi album ini sebenarnya adalah lebih lembut berbanding 2 album awal mereka. Sound gitar mereka agak perlahan menjadikan ianya lebih pop dari segi sound. Malah mereka menjadi lebih komersial di album-album selepasnya.



Friday, October 2, 2020

Pandemonium

 Antara yang terkini dalam simpanan.

Loudness - Pandemonium (2001)

Tak ambil tahu dan tak mengikuti langsung tentang album ini pada tahun ianya di keluarkan. Loudness terakhir yang saya dengar dan beli secara fizikal adalah Heavy Metal Hippies (1994). Mungkin sebab utamanya kerana album-album selepas itu agak sukar untuk di dapati. Berkemungkinan besar memang tak masuk pun ke pasaran Malaysia.

Yang ini lagilah susah. Pandemonium memang asalnya dikeluarkan hanya untuk pasaran Jepun. Sekarang ni dah hidup zaman tanpa sempadan mudah la sikit nak dapat. Ianya adalah album kedua selepas klasik line-up (Akira Takasaki, Minoru Niihara, Munetaka Higuchi dan Masayoshi Yamashita) melakukan reunion. 

Tetapi ini bukanlah Thunder in the East, Lightning Strikes mahupun Hurricane Eyes. Loudness pada ketika ini sudah jauh berubah. Mereka juga terpengaruh dengan situasi muzik pada zaman tersebut. Tetapi mereka sebenarnya tidak lah menjadi komersil. Malah sebaliknya. Album ni soundnya lebih berat dan keras. Tak ada satu pun lagu balada. Memang nampak ada pengaruh Pantera dan alternatif metal. Ada juga yang lagunya ke arah thrash metal. 

Awalnya agak susak juga nak hadam. Kurangnya rif-rif melodic yang biasa kita dengar dalam Loudness. Tetapi setelah masuk 4,5 kali pendengaran rasa sedap juga. Ianya sebuah album yang "grower". Solo-solo gitar Akira pun tetap berbisa. Kebelakangan ini terngiang-ngiang pula melodi lagu "inflame" dalam kepala. Nampaknya kena cari juga rilisan Loudness yang lainnya pada zaman ini...


Tuesday, September 8, 2020

Gila Format - Thunder in the East

LOUDNESS - THUNDER IN THE EAST (1986)

Lagi kenangan lalu yang berjaya di"gila format"kan. Dulunya sekadar mampu beli kaset pirate versi Apache RM3. Dah hilang pun dah. Akhirnya selepas 35 tahun berjaya juga memilikinya dalam bentuk fizikal 3 format. Benda macam ini hanya yang sama minat sahaja akan faham 😅

Album ini cukup besar pengaruhnya kepada mat rock era 80an di Malaysia.  Lambang matahari tu memang sinonim betul dengan mat rock pada zaman tersebut. Ianya menjadi soundtrack zaman persekolahan. Masih teringat-ingat betapa susahnya mencari lirik lagu Heavy Chains untuk dibawa pergi jamming. Naik lunyai kasetnya di kerjakan. Forward rewind forward rewind. Zaman tu mana la nak cari lirik. Bukan boleh google pun. Dah lah sebutan Minoru Niihara tu pekat sungguh pelat Jepunnya... lock n loll krazzy night...hahaha...



Thursday, May 14, 2020

Hiburan WFH - The Law Of Devil's Land

Dapat arahan untuk terus 'work from home' sehingga 9hb Jun. Mereput terus la duduk kat rumah lagi sebulan. Yang tak bestnya WFH ni selain line internet yang macam siput adalah tiadanya kawan untuk membawang 😀

Apa-apapun sambung lagi hiburan sambil kerja...


Loudness - The Law Of Devil's Land (1983)

Lambat dengar album ni. Loudness saya bermula dengan Thunder In The East. Kemudiannya baru album-album yang kebelakang. Malah lebih tahu Gadis Kota - Scandals (Juara Juara Rock 3) dulu dari In The Mirror. Kali pertama dengar In The Mirror rasa macam pernah dengar pula lagu tu 😅

Banyak lagu sedap. Tak kisah lah walaupun tak paham apa yang dia cakap. Yang penting melodinya memang mudah menangkap. Ini adalah zaman Loudness sebelum mereka pergi ke arena antarabangsa.

Cd ini terbitan Pony Canyon tahun 1993. Yang tak bestnya ianya tidak menggunakan cover yang asal.  Dulu pernah beli versi kaset tapi tak pasti pulak dah hilang entah kemana. Kalau tak silap versi Pony Canyon ni adalah untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Tak apalah. Janji ada. Tapi nampak gayanya memang kena juga cari cd yang menggunakan cover yang asal...😁




Tuesday, March 20, 2018

Rise To Glory -8118-

Terbitan 2018 yang pertama dalam simpanan..


Loudness - Rise To Glory -8118- (2018)

Sejujurnya agak lama tidak mengikuti perkembangan album-album Loudness secara serius. Yang betul-betul dengar dari isi ke kulit kali terakhirnya adalah Spiritual Canoe (2001).

Loudness seperti juga majoriti band-band metal 80an yang lainnya telah cuba untuk kembali melahirkan album yang berjiwa metal 80an. Zaman ujikaji telah pun lama mereka tinggalkan.

Ternyata Rise To Glory berjaya mencapai tahap tersebut. Ianya bukanlah sebuah album yang hebat dan terbaik. Tetapi sudah cukup untuk membuatkan peminat lama mereka berpuas hati.


3 lagu awal selepas instrumantal di track pertama cukup menghiburkan. 3 lagu inilah punca yang membuatkan terjebak untuk membeli cdnya.

Bukanlah album heavy metal terbaik untuk 2018 tetapi sebagai peminat Loudness, ianya sudah cukup mengembirakan. Maklumlah mereka semua sudah pun berumur. Mungkin sahaja ianya akan menjadi yang terakhir...

*tetapi yang pastinya selepas 30++ tahun pun...Minoru Niihara tetap dengan pelat lokenlol nya...haha...



Wednesday, December 7, 2016

Lightning Strikes

Yang dah 30 tahun...


Loudness - Lightning Strikes (1986)

Lagi dari tahun 1986. Album kedua berbahasa inggeris dari Loudness. Dah cerita panjang lebar dah masa entri Shadows Of War 5 tahun yang lalu. Makanya tak payah la cerita lagi. Sila baca <SINI<

Bezanya 5 tahun yang lalu belum memiliki versi piring hitam. Kali ni boleh la sikit-sikit nak riak piring hitamwi...haha...nasib kasetnya dah hilang...kalau tak...dah tentu-tentu riak gila formatwi...huhu...


Buat yang malas nak baca entri lama, secara ringkasnya Lightning Strikes adalah versi pasaran Amerika untuk Shadows Of War. Maka soundnya lebih bersih, lebih "polished" khas untuk selera orang Amerika. Susunan lagu pun berubah dan tajuk lagu Shadow Of War pun ditukar menjadi Ashes In The Sky.

Highlight utamanya dah tentu-tentulah kerja gitar Akira Takasaki. Memang hebat. Dia ni kalau mat salleh dah lama dah jadi lejen.


Ashes In The Sky, Let It Go, Dark Desire dan Black Star Oblivion adalah antara yang menjadi hidangan halwa telinga ketika zaman remaja.

Budak budak rock melayu zaman tu kalau tak kenal Loudness memang tak tau la nak cakap apa...






Wednesday, January 21, 2015

Thunder in the East

Hari ini, 21hb  Januari. Genap 30 tahun album ini pertama kalinya dilancarkan di Jepun.


Loudness - Thunder in the East (1985)

Kalau anda sezaman dengan saya dan membesar pula di sekitar Johor, album ini pastinya akan mempunyai pengaruh yang besar jika anda minat muzik rock. Kalau tak pernah dengar keseluruhan album pun pastinya anda pernah dengar lagu "Heavy Chains".

Saya pun tak pasti ada apa dengan "Heavy Chains". Tetapi lagu ini cukup popular dikalangan budak budak rock melayu pada zaman tersebut. Banyak betul band kerja kahwin yang "cover" lagu ini termasuklah band yang dah popular seperti Search. (Boleh cari di youtube - konsert di Panggung Anniversary).


Ianya juga antara lagu wajib juga jika anda baru belajar main gitar. Part "plucking" kat intro lagu tu memang boleh show off la kalau main tak terkucil..dan lagu ini juga antara lagu yang saya dan rakan-rakan sekolah cuba untuk main setiap kali jamming walaupun biasanya memang kelaut jadinya...heheh...

Thunder in the East adalah antara kaset terawal saya (versi apache) dengan mengumpul duit belanja sekolah. Satu hari 50 sen...6 hari baru berjaya beli. Harganya pada ketika itu RM3. Zaman tu memang payahlah nak jumpa kaset asli. Memang hampir tiada pun termasuklah kaset artis melayu.

Saya dah kehilangan kaset versi apache tetapi kaset yang ini dibeli pada sekitar pertengahan tahun 90an....tak pasti beli kat mana...lupa dah...

Bolehlah dikatakan majoriti lagu-lagunya adalah soundtrack hidup remaja saya. "Crazy Nights", "Like Hell", "Heavy Chains", "Run for Your Life" dan "Never Change Your Mind" adalah antara yang menjadi kegemaran. Memang banyaklah kenangan dan "sentimental value"nya kepada saya.

Zaman ni semua pun berangan nak jadi Akira. Masih terngiang-ngiang berkumpul bersama rakan-rakan yang satu kepala di belakang bilik darjah, ketuk meja dan ber "air guitar" (kadang-kadang batang penyapu pun jadi...) menyanyi lagu-lagu dari album ini. Zaman-zaman nakal budak sekolah "youth gone wild". Cikgu-cikgu pun geleng kepala.

Tetapi Alhamdulilah. 30 tahun selepas itu. Kami semua masih berjaya jadi orang. Dan ada juga antara kami yang dah berpangkat besar dan bergelar Haji. Terima kasih cikgu. Siapa kata mat rock tiada masa hadapan.

Banyak kenangannya. Rekomended!




Wednesday, May 7, 2014

Heavy Metal Hippies

Lagi yang dah 20 tahun...


Loudness - Heavy Metal Hippies (1994)

Macam ada yang tak kena dengan album ini. Semua pun berubah di era 90an.

Ianya adalah sesuatu yang saya tunggu-tunggu. Loudness kembali menjadi band yang 100% Jepun. Dengan tajuk Heavy Metal Hippies sudah semestinya kita terbayangkan heavy metal 80an. Sayangnya tajuk tidak mengambarkan isi. Pada saya ini adalah album Loudness yang paling tidak saya gemari dari keseluruhan discography mereka.

Macam tak kena bila ianya masih di panggil Loudness. Hanya tinggal Akira Takasaki anggota yang asal. Malah penyanyinya Masaki Yamada dan drummernya Hirotsugu Homma adalah bekas EZO. 2 dari 3. Mungkin kalau dipanggil EZO lebih tepat.

Tapi yang paling mengecewakan adalah arah tuju muziknya. Loudness juga tersampuk dengan penangan grunge. Seolah-olah mendengar "Alice In Chains yang di Black Sabbath"kan. Muziknya berat tetapi meleweh. Perubahan ketara dari muzik Loudness yang biasa. Mungkin itu yang Akira maksudkan dengan perkataan "Hippies" pada tajuknya.

Saya tidak mengambil tahu perihal Loudness semenjak dari album ini sehinggalah reunion mereka pada album Spiritual Canoe (2001). Rasanya tak sampai 3 kali pun kaset ini dimainkan terus saya simpan. Ini bukannya "secawan teh" saya. Tetapi jangan cepat terpengaruh. Apa yang tak best pada saya mungkin juga bagus untuk anda. Terutamanya bagi yang meminati muzik grunge/sludge metal ala 90an.

Walaumacamanapun, gambar kavernya cantik. Berwarna warni.








Monday, July 25, 2011

Shadows Of War

Lagi pasal Loudness...untuk yang tak pergi semalam macam aku...tunggu review orang jer la...sambil tu jom layan lagi cerita pasal Loudness..



Dulu zaman kaset apache aku ada satu kaset kompilasi yang dalamnya ada lagu Shadows Of War...tu jam aku tak tau lagu tu dari album mana...bila aku beli kaset Lightning Strikes...ada pulak lagu yang serupa tapi tajuknya berlainan..lagu "Ashes in the Sky" la kan...puas belek2 album loudness sebelum Thunder In The East pasal aku ingat ni lagu lama dorang rakam semula...tapi tak jumpa jugak...zaman2 sebelum internet...memang payah nak cari maklumat...

Ada sorang kawan aku cakap..tu lagu sama...tapi Ashes In The Sky untuk pasaran US...Shadows Of War untuk Jepun...tukar tajuk ajer...tapi aku macam tak caya sangat...pasal aku dengar dua2 lagu ni berbeza sebenarnya walaupun melodi dan liriknya sama..

Akhirnya beberapa tahun lepas tu aku terbaca yang Loudness ada album bertajuk Shadows Of War selepas Thunder In The East dan sebelum Lightning Strikes...rupa2nya ianya hanyalah untuk pasaran jepun sahaja...baru la aku tau dari mana datangnya lagu Shadows Of War ni...sejak tu puas jugak la aku cari kat mana nak beli album ni...



Akhirnya...terimakasih la kepada Wounded Bird Records yang meriliskan semula album ni...walaupun iannya jenis inlay sekeping ala2 Malaysia Edition punya cd...tapi ok jugak la...dari tak ada...untuk pengetahuan...Wounded Bird Records bukan jenis macam Asialink...dorang memang dapat hak untuk mengedarkan album2 rock lama macamni...aku ada terbaca..dorang tak buat remastered...apa yang dorang dapat..tu yang dorang riliskan...contohnya untuk album ni...sound adalah sound asal dari master tape yang WEA kasi kat dorang...takder adjust2...tapi aku rasa boleh tahan jugak soundnya bula di buat cd...

Shadows Of War dan Lightning Strikes sebenarnya album yang sama...Shadows Of War diriliskan pada March 24, 1986 manakala Lightning Strikes pulak pada July 25, 1986...disebabkan selepas kejayaan Thunder In The East menembusi pasaran USA...mereka mahu meriliskan album yang bercitarasa USA...album yang lebih lembut lebih pop...merasakan Shadows Of War agak kassr dan berat soundnya...Lightning Strikes di hasilkan dengan mixing yang baru...made in USA...soundnya lebih bersih...sususan track lagu jugak diubah dan lagu Shadows of War ditukar tajuknya menjadi Ashes In The Sky...

Hasilnya jadilah 2 album yang serupa tapi tak sama...kalau tanya pendapat aku...dari segi kavernya...aku lebih suka Shadows Of War...dari segi mixingnya...ada part2 gitar yang ada kat LS tapi takder kat SOW...ni korang kena dengar betul2 baru dapat cam...tapi secara keseluruhannya...aku lebih suka SOW...pasal saoundnya lebih raw...lebih heavy...lebih pada Loudness yang lama...tapi ni ikut citarasa masing2la...



Tapi apa2 pun...banyak lagu2 sedap dalam ni...yang pop untuk USA market macam "Let It Go"...atau yang heavy macam "Black Star Oblivion", "Dark Desire","Shadows Of War", "Who Knows (Time To Take A Stand)" dll...

ni album memang boleh buat Eddie Van Halen menangis beb...salut la Akira...memang dasat...

Saturday, July 23, 2011

Jade

Sejak dapat tau Loudness nak datang Malaysia...aku memang banyak dengar lagu2 band Jepun kebelakangan ni...tapi bukan Loudness...ntah kenapa aku layan balik Earthshaker,Anthem,Outrage dan yang paling kemaruk X Japan la...kena pulak X Japan tengah sibuk ngan reunion world tour dan album baru dorang tahun ni kan...


X JAPAN 2011


tambah pulak dorang baru je rilis single terbaru dorang bulan lepas kat itunes...terus no 1 kat Jepun...orang jepun punya taste muzik memang lebih bagus dari korea...hahaha...(pening aku dengar anak pompuan aku hari2 layan K-POP kat channel KBS World kat astro tu...)

setelah hampir 15 tahun...akhirnya X Japan kembali...line-up asal dari zaman Dahlia minus HIDE yang dah takder...selama lebih kurang seminggu ni aku asyik ulang2 dengar lagu JADE ni...ntah la nak kata best...memang best...terutama bab korus tu...tapi macam ada something yang kurang...aku tak harap pun dorang akan kembali main speed metal macam album2 awal dorang...Dahlia pun dah lain kan...tapi JADE ni memang sound moden yang uptodate...lebih pop...lagu slow yang tak slow???...ada part2 yang heavy...Yoshiki masih lum berkarat dalam mencipta lagu...drum dia pun masih dasat....Toshi punya suara pun masih power macam dulu...cuma tu la...aku rindu solo2 panjang HIDE...solo2 harmoni dia ngan PATA...rasa macam tak feel la tengok PATA ngan gitarist baru dorang Sugizo tu...solo pun macam tak kena ajer...mungkin kena ambik masa la nak terima X Japan tanpa HIDE....tapi tengok youtube world tour dorang memang boleh tahan Sugizo ni...cuma bila dia main lagu sendiri...album baru..bukan part HIDE tu yang aku tunggu nak dengar...

apa2 pun memang tak sabo nak tunggu album baru dorang ni...Loudness dah sampai Malaysia...bila la turn X pulak ek..




.

Friday, July 22, 2011

Thunder In The East

Ok..deman Loudness dah melanda...oleh sebab aku tak dapat pergi 24hb ni...jom layan cerita jer la...(cadang nak gi yang Singapore punya...duk JB memang lebih praktikal kalau gi Singapore jer...tapi hari kerja pulak dah...budget pun tak berapa nak ada...jawapnya...tak pergi arrr..)



Band rock Jepun yang pertama aku tau ialah Earthshaker...tu pun gara2 Search cover lagu Tokyo...kaset apache rock jepun pertama pun Earthshaker...Loudness ni mula aku tau pasal lagu Heavy Chains...tu jam budak2 terer main gitar semua main lagu ni...dan aku start kemaruk Loudness bila aku beli Thunder In The East...tahun 86 kot...versi apache ler...mana lagi..

Dan dah tentu2nya jadi perhatian bila dengar Loudness ni adalah pasal gitaristnya...Akira Takasaki...memang dasat la...tu jam mat rock mana yang tak kenal Akira kan?...Loudness adalah antara band yang orang lebih kenal gitaristnya berbanding sapa penyanyinya...dia memang salah seorang gitar hero aku la...semua pun dulu jamming mesti nak bawak lagu Heavy Chains...cerita pasal Heavy Chains ni teringat masa nak cari lirik dia...kaset Thunder In The East cap apache ni mana ada lirik...dengar nak paham apa yang Niihara cakap memang pening oii...kamikaze engrish abis...tapi at least lirik kita orang lebih tepat berbanding Search masa kat panggung anniversary...haha...


kaset ori ni tak ingat bila aku beli...sayangnya versi apache dah hilang pulak dah..

Thunder In The East kira antara kaset yang wajib dengar la zaman tu kan...kena pulak kalau ada t-shirt dia...pergh...lu memang paling rock la...haha...aku dulu2 memang naik hafal la lagu2 dalam ni...apa taknya siang malam dengo...sampai naik lunyai kasetnya...dari Crazy Nights ke Like Hell...Heavy Chains...Run For Your Life hinggalah ke lagu last..Never Change Your Mind...semua pun aku suka...

Taknak banyak bebel la...ni memang salah satu album yang bernostalgia bagi aku...banyak kenangan dan nilai sentimentalnya...dari sini aku jadi peminat Loudness...tapi lost kejap lepas zaman2 On the Prowl....



Apa2 pun pada sapa yang pergi tu...jangan lupa kasi review la...

lock n lol cwazy night!!!!

Monday, July 18, 2011

Jealousy

Kembali ke album dari tahun 1991...kali ni band dari Jepun...bukan...ni bukan Loudness...tapi X Japan dengan album no 3nya "Jealousy"...



Ntah kenapa aku agak lambat untuk mengenali band ni...mungkin pasal penghujung 80an tu kemaruk ngan thrash dan death metal sampai aku ketinggalan pasal X Japan...memang takder sapa yang introduce aku pada X Japan...sehinggalah pada 1997 atau 1998...ketika aku tinggal di Kampung Pandan...ada sebuah kedai buku di Desa Pandan yang menjual cd MP3...aku tu jam apa bendalahnya MP3 ni pun aku tak tau...apa yang aku nampak kat kavernya tulis "Computer Only"...cd MP3nya bertajuk "Rock Never Dies"...dalam sampai ada 10 album...banyak tu...walaupun rumah aku tu jam takder PC...tapi tetap aku gatal tangan beli walaupun harganya kalau aku tak silap RM15 sekeping...giler punya cekik darah...

Dalam salah satu cd tu ada lagu2 X Japan...dan bila aku dengar best jugak band ni...aku ingatkan band baru...rupanya dah ujud sejak akhir 80an lagi...start dari tu aku berusaha cari album2 dorang...tapi agak susah...kalau ada pun mahal giler...tak mampu aku nak membelinya...sehinggalah 2 tahun lepas aku bernasib baik terjumpa cd ni dengan harga RM20++...memang berbaloi beb...



X Japan ni jenis band yang pada satu lagu...dorang main laju jenis speed metal abis...dan lagu lainnya meleweh guna piano yang tak metal langsung...dan inilah keunikan dorang...kekadang buat aku teringat kat Stryper...tapi Stryper tak speed metal macam X Japan...tapi bab lagu slownya lebih kurang sama la...kalau korang baca buku Chris Jericho "A Lion's Tale"...dia memang rekomen band ni...

Silent Jelousy adalah album terakhir mereka menggunakan nama X...kerana selepas daripada ni dorang mula menggunakan nama X Japan...walaupun aku lebih suka 2 album terawal dorang...tapi lagu2 dalam Jealousy tetap menarik...paling best dah tentu2 lagu pembukaan Silent Jealousy (ni Chris Jericho pernah guna lagu ni...) mula ngan piano yang layan abis...terus masuk laju...pergh....respek aku kat drummer dia Yoshiki...dia ni bukan ajer dasat main double pedal berdentum2...tapi boleh pulak main piano yang feel mendayu2 tu...pernah terbaca orang tulis..."As a pianist he is an angel, playing very beautiful, and sweet music, Then as a drummer, he is a demon. Playing merciless fast and double kicking like no tomorrow.." rasanya dia ni one of the best drummer yang pernah muncul dari Asia la...salut!



Siapa la X Japan kalau takder lagu ballad kan...lagu "Voiceless Screaming" memang best...cuma kali ni lebih mengunakan akustik gitar...bukannya piano seperti kebiasan lagu slow mereka...satu lagi "Say Anything"...ntah la...aku memang feeling bila dengar lagu2 slow X Japan...



Album ni sebenarnya sedikt berlainan dari 2 album awal mereka...lebih progressif...tapi 2 orang gitarist mereka Hide dan Pata memang aku respek...setanding Akira...manakala vocalistnya Toshi...aku rasa lebih best dari Niihara...tapi standet la vokalist jepun...tetap engrish...cuma kurang sikit kamikazenya banding Niihara...heheh...



Satu yang aku respek...walaupun selepas kematian gitaristnya Hide...dorang tetap menganggap Hide masih dalam X Japan...pengganti beliau Sugizo dianggap ahli ke 6...dan nama Hide akan tetap diperkenalkan dalam mana2 konsert mereka...



Secara kebetulan pulak...masa entri ni dibuat...aku dapat tau bassist mereka Taiji telah meninggal dunia...Silent Jealousy adalah album terkhir Taiji bersama X Japan...sebelum dia join Loudness untuk album Loudness (1992)...Deaf pun ada cerita pasal ni kat blog dia...




X Japan ni memang aku highly recommended...sayang aku tak kenal dorang dari awal...