Showing posts with label Riot. Show all posts
Showing posts with label Riot. Show all posts

Wednesday, August 14, 2024

Mean Streets

 Lagi yang terkini untuk 2024...

Riot V - Mean Streets (2024)

Ini adalah album Riot yang ke 17 dan yang ke 3 menggunakan nama Riot V (sempena menghormati pengasas Riot, Mark Reale yang sudah meninggal dunia).

Walaupun hanya tinggal Donnie Van Stavern dan beliau pun bukannya anggota yang asal tetapi album ini sememangnya tidak mengecewakan. 


Riot V sememangnya khas untuk pengemar Thundersteel. Donnie sendiri bermula dari album tersebut. Dan beliau juga watak penting yang mencorakkan Thundersteel maka sudah semestinya era tersebut adalah pilihan beliau.

Jika anda peminat Thundersteel maka sememangnya tiada alasan untuk tidak suka kepada album ni.

Pastinya album ini adalah antara album pilihan saya untuk 2024.
 

Friday, December 3, 2021

The Privilege of Power

Antara cd yang baru berjaya dimiliki... Cd ini adalah cd jepun tanpa obi yang di beli dari rakan FB yang berada di Jepun.

Riot - The Privilege of Power (1990)

Agak lambat untuk "discover" zaman power/speed metal Riot. Kalau album Thundersteel pun baru dengar pada tahun 2000, apatah lagu yang ini. Tapi dulu-dulu memang biasa nampak kaset ini di kedai. Entah kenapa tidak pernah ada rasa untuk mencuba. Sibuk dengan thrash dan tiadanya rakan di sekeliling yang mendengar Riot mungkin adalah penyebab utama.

The Privilege of Power adalah kesinambungan dari Thundersteel. Era baru power/speed metal yang agak berbeza dari zaman awal sebelum Thundersteel. Tetapi ada lagu-lagunya yang mempunyai "horn section". Agak pelik juga bila kali pertama mendengarnya. Mungkin juga mereka terpengaruh dengan genre funk metal yang baru muncul pada ketika itu. Tetapi yang lebih pelik atau mungkin lebih tepat sangat menggangu adalah beberapa lagu yang mempunyai intro yang sangat panjang. Ada yang sampai 2 minit dan intro itu pula bukanlah muzik tetapi sampler orang bercakap. Sememangnya sangat menganggu.

Selain itu ada lagu-lagu yang agak pop seperti "Runaway" dan "Maryanne". Tetapi sebahagian yang lainnya sama seperti mendengar album Thundersteel. Agak kurang lah kalau hendak dibandingkan dengan Thundersteel (ikut selera pengemar power/speed metal seperti saya) tetapi secara keseluruhannya sebuah album yang agak enjoy juga kecuali untuk beberapa bahagian intro yang panjang tersebut.


Tuesday, September 18, 2018

Armor Of Light

Yang terkini di pasaran...


Riot V - Armor of Light (2018)

Ingatkan tanpa Mark Reale, Riot juga akan berkubur bersama beliau. Tetapi ternyata tidak. Baki anggota yang tinggal masih terus gagah meneruskan legasi Riot. Dengan menambah huruf V dibelakang (menghormati permintaan bapa Mark Reale yang mahu nama Riot disemadikan), mereka terus melangkah dengan album terbaru yang kedua selepas kematian beliau.

Adakah ianya masih Riot? Bagi saya secara muzikalnya iya. Walaupun hanya tinggal Don Van Stavern satu-satunya anggota lama. Tetapi tak kisah lah kerana mereka masih dapat menghasilkan bunyi dan feel Riot yang lama terutamanya era kegemilangan mereka dengan album Thudersteel (1988).


"Messiah" contohnya, mirip lagu-lagu dari album Thundersteel. Suara vokalis barunya juga seakan-akan suara Tony Moore. Majoriti lagunya memang sedap. Produksi tip-top. Walaupun tiada lagi kerja gitar dari Mark Reale, tetapi yang mengantinya memang bagus.

Album seperti ini sememangnya patut menjadi rujukan kepada band-band baru bagaimana sepatutnya muzik power metal dihasilkan.

Walaupun bukan sempurna...tetapi ianya memang baik!.





Saturday, July 28, 2018

cd 2018 pt 2

Lagi cd-cd terkini yang sempat dibeli...

Michael Schenker Fest - Resurrection / Amorphis - Queen of Time / Pungent Stench - Smut Kingdom / Riot V - Armor of Light

Mungkin ianya bukanlah yang terbaik....tetapi yang penting apa yang kita suka...macam biasa kalau rajin...ada lah ceritanya nanti...




Thursday, April 5, 2018

Thundersteel

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 24hb Mac yang lalu...


Riot - Thundersteel (1988)


Kalau sebut "speed metal" selain album-album awal Helloween, ada 2 album lain yang cukup melekat di dalam kepala. Satunya adalah "Painkiller" dari Judas Priest manakala yang satu lagi adalah album ini.

Memang lazat. Laju tetapi dalam masa yang sama cukup melodic. Sekali dengar melodinya dah menangkap. Jika anda sukakan heavy metal 80an, Ianya sememangnya sesuatu yang perlu anda cuba. Sangat rekomended!


Sayangnya album ini agak kurang promosi. Tak ramai yang tahu. Riot sendiri berubah dengan album ini. Mereka asalnya lebih kepada muzik hard rock. Tetapi gitaris mereka, Mark Reale (satu-satunya anggota asal yang tinggal) mengubah Riot menjadi heavy/speed metal. Makanya tanpa promosi yang meluas, peminat metal tak tahu pun yang Riot versi Mark Reale telah menjadi sebuah band yang lain.

Mendengarnya semula sekarang memang rasa kagum yang muzik sebegini ditulis dan dimainkan pada 30 tahun yang lalu. Susah dah nak jumpa muzik sebegini sekarang. Vokal Tony Moore pun banyak membantu. Thundersteel adalah sebuah album klasik heavy metal yang perlu didengari oleh generasi masa kini.

Rekomended!                                                         





Friday, January 27, 2012

Thundersteel

Dah lama aku berhajat nak buat entri pasal cd ni...tapi asik la tertangguh...tapi bila dapat berita pasal kematian Mark Reale...terus aku selongkar rak cd aku...



Riot - Thundersteel (1988)

Sebetulnya aku patut berterimakasih kepada En Hafiz yang mengenalkan album ni kepada aku...tak silap masa zaman trade MP3 dulu2 (tahun 2000 kot)...agak lambat jugak aku follow album ni...tapi bak kata orang kampung aku..."better late than never"....heheh...

Masa zaman2 late 80's tu...aku memang selalu nampak kaset ni kat kedai2...ntah kenapa tak pernah pulak  tergerak hati nak beli...tambah pulak takder sorang pun member2 aku yang into Riot ni...mungkin pada masa tu aku tak sangka pun muzik Riot ni dah berubah arah...Riot yang pertama kali aku dengar adalah semasa zaman pertengahan 80an dengan album Fire Down Under...muzik yang ala2 hard rock NWOBHM...dan aku pada mulanya pun ingat Riot ni band dari UK...tambahan pulak late 80's tu dah sibuk thrash...so benda ni jadi punca kenapa aku ketinggalan kapal...


Zaman2 trade MP3 tu pun kalau tak silap aku cuma nak Fire Down Under...tapi En Hafiz ni la yang cadangkan aku dengar "Thudersteel"...memang sejak tu  album ni jadi salah satu album kegemaran aku...hinggalah bila zaman pandai mengebay ni...antara cd pertama yang aku cari adalah cd ni...

Thundersteel memang berbeza ngan rilisan awal Riot...Mark Reale mengubah Riot menjadi speed/power metal...mungkin kerana vokalis baru Tony Moore yang suaranya sesuai bernada tinggi...ada sikit2 high pitch ala Rob Halford...1st time dengo pun aku terbayangkan Judas Priest Painkiller...tapi ini 2 tahun sebelum Painkiller...tak timbul isu copy mengcopy....tak pasti adakah Judas Priest yang ambik Thundersteel sebagai rujukan...mungkin jugak kot....Bobby Jarzombek pun main ngan Rob Halford selepas tu kan...

lagu majoritinya jenis laju2 tapi sangat melodic...konpem terasa nak menyanyi bersama...takder filler...ni jenis album yang korang bukak..dengar dan tak yah nak skip2 sampai abis...dan dah tentu2 highlight utama album ni adalah permainan gitar Mark Reale...riff2 berhantu dan giler dasat dia punya shredding...tabik!!

jangan terpedaya ngan rambut ala2 Poison tu....heheh...

Susah aku nak cakap mana lagu paling favourite...mungkin Flight Of The Warrior (Hammerfall ada kaver lagu ni)...tapi lagu mid-tempo Sign Of Crimson Storm pun sedap jugak...senang cerita..yang speed macam Thundersteel, Fight of Fall, On Wings Of Eagles, Run For Your Life dan Buried Alive atau pun sedikit ringan macam Johnny's Back ataupun yang semi ballads macam Bloodstreets semua pun best...

Sayangnya...mungkin kerana kurang promosi...takder video MTV...album ni tidak mendapat sambutan....tapi ianya menjadi hidden gem bagi peminat metal...senang cerita...aku cukup setuju ngan En Flaming Skull...Thundersteel memang wajib kalau korang adalah mat metal terutamanya yang suka genre speed/power metal...

Highly Recommended !!!

THANK YOU FOR THE MUSIC



Sunday, December 27, 2009

Suratan atau kebetulan?

Macam tajuk lagu pulak kan…tapi benda ni memang dah lama buat aku musykil…kebetulan godeh2 terjumpa pulak perkara yang sama kat youtube..nampaknya aku tak keseorangan…

Ni sapa ciplak sapa ni…atau mungkin sememangnya sekadar kebetulan…try bukak klip youtube ni…bandingkan 2 lagu ni..2 Minutes to Midnight - Iron Maiden dan Flash Rockin' Man - Accept.



Hampir sama kan…of course aku dengar lagu 2 minutes to midnight lebih awal dari Flash Rockin' Man…so mula2 dengar tu memang ingat Accept ciplak Maiden…tapi bila tengok tahun rilis…iskh..macam Maiden yang ciplak Accept..

tapi lepas tu terdengar pula lagu Swords And Tequila - Riot...iskh..pun iras iras jugak...musykil..musykil...dah jadi 3...tak caya layan klip youtube dibawah...



tak tau la sapa ciplak sapa...atau sememangnya sekadar kebetulan???…

untuk nota
2 Minutes To Midnight dari album Powerslave diterbitkan pada tahun 1984
Flash Rockin' Man dari album Restless And Wild diterbitkan pada tahun 1982
Swords And Tequila dari album Fire Down Under diterbitkan pada tahun 1981