Showing posts with label Red Hot Chili Peppers. Show all posts
Showing posts with label Red Hot Chili Peppers. Show all posts

Wednesday, May 31, 2023

44 hari di tahun 1991

Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.

Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....😁


Metallica – Metallica, 12/08/1991

Pearl Jam – Ten, 27/08/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991 

Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991

Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991 

Nirvana – Nevermind, 24/09/1991 



Monday, September 19, 2022

Gila Format - Blood Sugar Sex Magik

Yang terkini berjaya di"gila format"kan...

Red Hot Chili Peppers - Blood Sugar Sex Magik (1991)

"I love the Chilis freaky, uplift, mother's milk" - lirik dari lagu 31 flavors - Sacred Reich (The American Way - 1990) antara antara penyebab kenapa kaset album ini dulunya dibeli.

Tambah pula artikel tentang mereka selalu disiarkan di majalah-majalah rock orang putih terutamanya Kerrang!. Puji-pujian terhadap muzik mereka menyebabkan akhirnya terbeli juga kasetnya.

Ternyata ianya adalah pembelian yang berbaloi. Muzik mereka agak berbeza dengan muzik yang biasa saya dengar pada ketika. Ianya terasa segar dan akhirnya jatuh minat.

Maka tak hairanlah kenapa ianya antara album yang saya rasa patut di"gila format"kan. Versi kaset dibeli pada 7hb Jun, 1992. Melihat kepada keadaan inlaynya yang agak lusuh menandakan ianya adalah antara kaset yang sering diputar suatu masa dahulu.

Cd tak ingat bila ianya dibeli. Dulu zaman membeli di kedai fizikal rajin juga catit tarikh beli. Tetapi sejak membeli secara dalam talian memang tak tulis dah. Cd masih berkeadaan elok. Ianya jarang diputarkan berbanding ketika zaman kaset. Maklumlah ianya dibeli beberapa tahun kemudian. Zaman bersemangat nak dengar setiap hari tu dah tiada. Ianya sekadar membeli kenangan.


Versi piring hitam pula sememangnya sekadar melengkapkan koleksi. Album-album yang ada kenangan seperti ini sememangnya akan gagal melawan nafsu sekiranya terjumpa ianya dijual.

Ini adalah satu-satunya album RHCP yang saya minat. Album-album sebelum dan selepas walaupun ada lagu-lagunya yang sedap tetapi "magik" ketika mendengarnya tidak lagi sama...



Friday, December 11, 2015

One Hot Minute

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 22hb September yang lalu..


Red Hot Chili Peppers - One Hot Minute (1995)

Album yang kurang digemari oleh peminat setia RHCP. Majoritinya kerana Dave Navarro. Walaupun asalnya macam suatu idea yang menarik bila gitaris Janes Addiction menyertai mereka. Tetapi aura John Frusciante dalam RHCP memang kuat. Sound dia memang unik. Walaupun bunga-bungaan bass Flea masih ada. Majoriti fanboy John Frusciante tidak suka dengan sound yang dibawa oleh Dave Navarro.

Bagi mereka Dave Navarro menjadikan RHCP seperti Janes Addiction. Sedikit sebanyak saya bersetuju. Sound Dave lebih berat, gelap dan kurang funky berbanding John. Lagu-lagu yang rancak memang jelas perbezaannya. Tetapi RHCP masih tetap RHCP. Masih dengan lagu-lagu rojak. Cuma bab gitar jer la yang memang terasa kelainannya.

Walaupun begitu, pada saya banyak juga lagu sedap. Sound mereka lebih berat. Lagu-lagu rancak jadi lebih metal berbanding hard rock pada album-album sebelumnya. Pilihan saya lagu "Aeroplane" dan "Warped". lagu balada "My Friends" pun ok. Kira ini lagu untuk lawan "Under the Bridge".

Tetapi yang pastinya, dalam banyak-banyak cd dalam simpanan saya, inilah cd yang anak bongsu saya teruja nak dengar. Bukan pasal lagunya tetapi gambar kulit cdnya. Mungkin dia ingat ni cd ala-ala Frozen dan cerita-cerita Princess yang sering ditontonnya.


Tetapi walaupun temanya macam cerita kanak-kanak (inlay dalam cd pun ada gambar-gambar kartun macam buku cerita kanak-kanak) tetapi liriknya memang kurang sesuai untuk kanak-kanak. Saya bagi juga dia dengar lagu "Aeroplane" kerana lagu ini ada bahagiannya yang dinyanyikan oleh kanak-kanak. Memang dia suka. Tetapi nasib juga dia tak paham akan liriknya. Haha...

Percubaan yang baik dari RHCP. Tapi tak sampai...akhirnya mereka kembali kepada John Frusciante untuk album yang berikutnya...





Tuesday, January 29, 2013

What Hits!?

Lagi koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (kes tersadai dalam draf dan malas nak siapkan)

Kaset yang dah 20 21 tahun.



Red Hot Chili Peppers - What Hits!? (1992)

Mula terjebak mendengar RHCP adalah di masa album "Blood Sugar Sex Magik". Dari situ mula teruja untuk mendengar material mereka yang sebelumnya terutamanya album "Freaky Styley", "The Uplift Mofo Party Plan" dan "Mother's Milk". Maklumlah banyak terbaca review yang positif sehinggakan Sacred Reich pun tulis pasal mereka dalam lirik lagu 39 Flavors.

Disebabkan dulu tiada download, tiada youtube,maka kaset kompilasi ini sahaja yang dapat di jadikan bahan  untuk ujikaji trial & error. Tambahan pula pada ketika itu video clip lagu "Behind The Sun" sering diputarkan di MTV sebagai lagu promosi untuk album ini. Dan saya amat tertarik dengan melodi lagu tersebut.

Kompilasi ini adalah himpunan lagu2 di zaman sebelum mereka menjadi popular (zaman Hillel Slovak, zaman EMI, sebelum zaman "Blood Sugar Sex Magik") kecuali  "Under the Bridge", semua lagunya tidak pernah saya dengar sebelumnya.


Ternyata album ini tidak mengecewakan. Ianya adalah berbeza dengan RHCP yang kemudiannya seperti  zaman One Hot Minute ataupun Californication. RHCP lama adalah sebuah band yang benar-benar berkonsepkan funk dengan elemen rap-rock dengan bass Flea yang meletop-letop

Banyak juga lagu-lagunya yang sedap antara yang jadi highlightnya adalah cover Stevie Wonder "Higher Ground", "Brothers Cup", "Johnny Kick a Hole In The Sky", "Behind The Sun"...



Friday, November 26, 2010

Scar Tissue


Hmmm...macamana ek aku nak mula...err..gini la..1st aku terjumpa pasal buku ni bila aku google pasal buku2 autobiography terutamanya buku pasal mat rock/metal...balik2 aku terjumpa pasal review2 yang cakap Scar Tissue dari Anthony Kiedis ni antara yang terbaik...masuk dalam list best seller lak tu...bila aku check ebay...terjumpa pulak harga yang murah...maklum la buku ni dah lama...terbitan 2004...kena 2nd hand pulak tu...cuma RM20++ jer aku beli...berbaloi2 arr..

Setelah abis baca...memang aku setuju la dengan review2 tu...memang buku ni sangat menarik...ini memang cerita pasal rockstar...betul2 pasal SEX, DRUGS & ROCK N ROLL!!!!...kenapa aku cakap camgitu?...



SEX...memang Anthony citer sorang2 pasal bekas girlfriend dia...jiwang jugak mamat ni rupanya...antara awek2 dia yang terkenal ialah actress Ione Skye, penyanyi Sinéad O'Connor dan director Sofia Coppola...banyak jugak lirik2 dia tulis tu dapat ilham dari kisah2 cintan dia...contohnya I Could Have Lied tu kisah dia frust ngan Sinéad O'Connor...



DRUGS...ni isu yang paling banyak dia cerita la..mula exposed ngan dadah masa umur 13 tahun..dah bapak dia pun drugs dealer...mana tak dia pun hancus...sepanjang buku ni ni memang penuh dengan cerita macam mana dia nak cuba pulih dari ketagihan...keluar masuk pusat pemulihan...memang aku rasa 60 hingga 70 peratus buku ni berkisar pasal ni...



ROCK N ROLL...ni dah tentu2 pasal RHCP...macam mana dia jumpa Flea...penubuhan RHCP...pasal Hillel Slovak (gitarist asal yang mati overdsosed)...John Frusciante (gitaris yang paling ngam ngan dia bab2 cipta lagu)... Dave Navarro...dll...tapi penceritaanya dia lebih detail masa permulaan RHCP...sebab tu kalau korang adalah peminat tegar Red Hot Chili Peppers...mesti korang agak rasa sedikit kecewa..pasal buku ni bukanlah berkisar pasal RHCP...tapi ianya lebih kepada tertumpu kehidupan peribadi turun naik Anthony Kiedis...iyer la kan...ni buku pasal dia...dah tentu2 la dia cerita peribadi dia...

Kalau nak dibandingkan dengan buku2 autobiography yang sama genre dengannya...contoh I Am Ozzy (Mustaine tengah baca...tak leh banding lagi..)..aku rasa gaya penceritaan Scar Tissue (ditulis bersama oleh Larry Sloman) ni lebih menarik...tambah pulak dia banyak cerita macamana asalnya sesebuah lirik lagu2 RHCP tu dilhamkan...sebagai peminat RHCP...cerita2 macamgini memang sesuatu yang peminat nak tau...kira satu plus point la untuk buku ni banding ngan buku Ozzy...

Tapi kekadang aku terpikir...dalam kepala dia yang high sepanjang masa tu...macamana la dia boleh ingat secara detail perkara2 yang berlaku dalam hidup dia terutama masa kecik...terer jugak memori dia ni...

Apa2 pun aku rekomen la buku ni...satu bahan bacaan yang menarik...tambah2 pulak kalau korang peminat Red Hot Chili Peppers...

sorry aku tak berapa pandai nak review buku..tapi....NEXT....MUSTAINE!!!...yeay..\m/

Friday, November 19, 2010

Blood Sugar Sex Magik

Tak banyak band2 yang bukan heavy metal yang aku suka...tapi Red Hot Chili Peppers dengan album "Blood Sugar Sex Magik" adalah salah satu darinya...sambil2 membaca buku Scar Tissue...buku autobiography vocalistnya Anthony Kiedis...sempat jugak aku layan cd ni...



Album rilisan tahun 1991 ni diterbitkan oleh Rick Rubin...salah satu sebab kenapa aku tergerak hati nak beli kaset ni dulunya padahal aku tak pernah dengar pun rilisan2 awal dorang...Di tengah zaman2 aku giler dengan lagu2 metal extreme...selalu pulak aku terbaca kat Kerrang pasal RHCP ni..review dorang untuk Mother's Milk (album sebelum ni) agak tinggi jugak ratingnya...tambah pulak Sacred Reich dalam lagu 39 Flavors pun ada sebut pasal RHCP kan...tu yang satu hari tu..ternampak kaset ni kat kedai...tak banyak soal..terus aku sambo...

Aku tak pasti apa itu FUNK....tapi aku rasa RHCP memang layak digelar sebagai sebuah Funk Rock band...memang funky lagu2 dorang ni...ada sikit2 campuran punk dan psychedelic rock...memang rasa nak bergoyang badan dengar lagu2 dorang ni...paling best dengar bunyi bass Flea yang meletup letup tu....pergh!!!



Tak sangka pulak beberapa bulan lepas beli kaset ni...tetiba lagu2 dorang macam "Give It Away","Breaking The Girl" "Suck My Kiss" dan "Under The Bridge" meletup kat US...selalu beno keluar kat MTV (tu jam tengok MTV kat tv Spore Ch 5)...sayangnya lagu favourite aku "I Could Have Lied" tak pulak diriliskan sebagai single...dan ramai yang tak perasan dan tak tau pasal lagu ni...maklum la bayangan lagu2 funky dalam album ni cukup kuat...lagu ballad camgini tak berapa nak di highlightkan...sayangnya bagi aku lagu ni lebih best dari lagu ballad "Under The Bridge" tu...dengar lagu "I Could Have Lied" rasa macam terawang2 dengar melodinya...dan solo gitar John Frusciante dalam lagu ni memang masterpiece la...antara solo gitar penuh emosi dan berjiwa yang jadi favourite aku...bestest la...baca buku Scar Tissue baru aku tau rupanya lagu ni Anhony tujukan kepada Sinead O'connor...frust kena tinggal dengan minah ni rupanya dia....

Bagi ramai orang...mungkin bass Flea adalah tulang belakang sound RHCP...tapi bagi aku permainan gitar John Frusciante juga sama pentingnya...dia lah antara gitaris yang bukan shredder yang aku suka...dengarkan la petikan gitar dia dalam album ni dan Mother's Milk...walaupun seperti yang Anhony tulis dalam bukunya...sound gitar berat John yang bunyinya ala2 metal tu sebenonya bukanlah kehendak dia...tapi atas desakan penerbit album Mother's Milk Michael Beinhorn...tapi pada aku sound tu lah yang jadikan RHCP unik...funk band dengan sedikit sound metal...best..



Boleh kata aku suka semua lagu dalam Blood Sugar Sex Magik ni...terutamanya kalau zaman2 kaset dulu side A nya...tapi masuk side B...terutamanya lagu2 selepas Under The Bridge...aku rasa kureng sikit la...selain "I Could Have Lied" dan lagu2 popular dorang yang aku dah sebut tadi...lagu2 seperti "The Power of Equality","If You Have to Ask","Mellowship Slinky in B Major","The Righteous & the Wicked","Blood Sugar Sex Magik" dan "Naked in the Rain" memang aku suka la...kekadang bila dah penat dengar lagu2 bingit...layan2 lagu funky camgini memang gerek arr...

Maaf la pada peminat grunge...tapi pada aku lagu2 camgini jauh lebih best dari grunge...at least kat telinga aku la...dan jangan tak tau...seperti yang tertulis kat Scar Tissue...Eddie Vedder tu dulu asalnya penyanyi untuk sebuah kumpulan cover/tribute band untuk RHCP...

Nanti la...aku curi2 masa opis (hihi..) buat review untuk Scar Tissue..apa2 hal pun...ni album memang recommended!!!