Showing posts with label Rainbow. Show all posts
Showing posts with label Rainbow. Show all posts

Saturday, April 11, 2026

Long live Rock N Roll

Remembering my youth - 48th anniversary

Rainbow - Long Live Rock N Roll (09/04/1978)

Selain Scorpions dan Deep Purple, Rainbow adalah pengenalan awal saya kepada muzik rock dan heavy metal. 

Walaupun pada ketika itu saya masih terlalu muda untuk memahami apa itu muzik tetapi lagu-lagu mereka termasuk dari album ini telah memberikan pengaruh besar dalam membentuk selera muzik saya sehingga sekarang.


Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)




Friday, July 7, 2017

On Stage

40 tahun dah hari ini, 7/7/77..


Rainbow - On Stage (1977)

Album live yang lejen. Ritchie Blackmore cuba untuk mengulangi kejayaan Made In Japan. Walaupun tak sehebat Made In Japan, tetapi ianya menjadi antara album live kegemaran ramai terutamanya buat peminat Ronnie James Dio.


Walaupun soundnya sedikit kurang (merujuk kepada versi vinyl yang asal, khabarnya versi remaster sound lebih sedap) tetapi aura Ritche Blackmore dan Ronnie James Dio sangat terserlah. kerja gitar dan kehebatan suara mereka sememangnya sangat menyerlah. Masa tu Cozy Powell, Jimmy Bain, Tony Carey semua nama belum top lagi. Tetapi secara keseluruhannya memang hebat la Rainbow masa tu.


Pilihan lagunya lebih banyak kepada album pertama tetapi yang uniknya ada lagu Mistreated. Boleh banding dengan versi David Coverdale. Lagu tak banyak tapi semua panjang-panjang. Memang semua lagu kena ubah dan improvise. Biasalah Ritchie punya hal...

Yang jadi pilihan...Catch The Rainbow dan Still I'm Sad...syiok layan...best!






Tuesday, May 31, 2016

Rising

Yang dah 40 tahun usianya pada 17hb Mei yang lalu...


Rainbow - Rising (1976)

Ramai yang kata disinilah bermulanya genre power metal. Kalau berdasarkan susunan muziknya yang agak complex, epic serta lirik-liriknya, mungkin ada benarnya. Ketika itu bukan sahaja power metal, malah istilah heavy metal pun belum wujud. Mungkin Ritchie Blackmoore dan Ronnie James Dio pun tak pernah terpikir pun ke arah itu.


Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan inilah album yang mula menyerlahkan kehebatan Mendiang Cozy Powell. Ketukan drums beliau dalam lagu Stargazer menjadi bukti. Pada saya ini adalah line-up terbaik Rainbow. Klasik!!  Tony Carey sebagai pemain keyboard pun sangat menyerlah. Intro lagu Tarot Woman memang best.


Tarot Woman dan 2 lagu yang panjangnya lebih 8 minit, Stargazer dan A Light In The Black adalah 3 lagu yang paling menyerlah. Tetapi bintang utama Rising sudah semestinya petikan gitar Ritchie Blackmoore dan vokal power Ronnie James Dio. Ini dua orang memang genius dalam bidang masing-masing.

Makin lama dengar makin sedap. 40 tahun pun tetap Power!!!




Thursday, November 5, 2015

Ritchie Blackmore's Rainbow

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<

Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.

Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...


Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.

Best!




Sunday, December 22, 2013

Bent Out of Shape

Klasik rock yang dah 30 tahun...


Rainbow - Bent Out of Shape (1983)

Pertama kali mendengar lagu Street Of Dreams, tak tau pun ianya lagu Rainbow. Rainbow zaman Joe Lynn Turner sememangnya berbeza dari zaman Dio.

Kalau sebelumnya dengan Straight Between the Eyes seolah-olah mereka akan kembali bermain hard rock/metal tetapi Bent Out of Shape tidak. Ianya adalah pop rock atau pun apa yang dipanggil sebagai AOR. Satu-satunya lagu yang rasanya dapat mengingatkan saya kepada zaman Dio mungkin "Fire Dance". Yang lain-lainnya seperti anda mendengar band yang berlainan.

Tidak dinafikan kombinasi Ritchie Blackmore/Joe Lynn Turner berjaya menghasilkan lagu-lagu melodic yang sedap-sedap. “Street Of Dreams”, “Desperate Heart" dan  "Can't Let You Go" adalah contoh lagu-lagu terbaik terbaik Rainbow di era tersebut. Memang klasik...memang sedap. Lagu-lagu up-tempo seperti “Fool For The Night”, “Drinking With The Devil” atau “Fire Dance” pun sedap. Dengarkan juga instrumental "Anybody There"...feelling abis...


Suka betul saya solo keyboards David Rosenthal vs solo gitar Ritchie Blackmore dalam "Fire Dance". Malah bunyi klasikal keyboard di awal lagu "Can't Let You Go" pun terbaik. Rasanya mereka bijak mengimbangi sound keyboards dan gitar dengan sama rata.

Saya tidak ada komplen untuk album ini. Walaupun ianya bukan Rainbow yang dulu, tetapi dengan vokal sebagus Joe Lynn Turner, solo-solo hebat Ritchie Blackmore dan lagu-lagu yang cukup melodic untuk halwa telinga...apa lagi yang nak saya komplenkan....

Mungkin dengan Bent Out of Shape, Ritchie telah menemui penghujung pelangi. Dia kembali bersama Deep Purple selepas ini. Rekomen untuk mereka-mereka yang sukakan AOR yang tidak meleweh.

Rock on!!!



***btw...Discography Rainbow saya telah pun sempurna...terimakasih Stok E. 


Friday, January 11, 2013

Straight Between the Eyes

Lagi entri yang patutnya publish tahun lepas...

Yang klasik dari 30 31 tahun yang lalu.


Rainbow - Straight Between the Eyes (1982)

Adakah ini album terbaik Rainbow ketika bersama Joe Lynn Turner? Pada saya jawapannya YA.

Ok..senang cerita, kalau nak menghayati album ini...anda harus melupakan zaman Dio. Ini bukan dungeon and dragon. Memanglah tak boleh nak lawan zaman Dio. Konsepnya juga berlainan. Memang sudah maklum Ritchie Blackmore mahukan pasaran US. Suara Joe Lynn Turner memang sangat sesuai dengan konsep hard rock komersial yang Ritche mahukan. Tak rasa Dio sesuai dengan muzik yang begini.

Awal 80an adalah zaman band2 pop rock seperti  Foreigner, Journey, Asia menguasai carta. Rainbow juga tak mau ketinggalan. Kalau Difficult to Cure (1981) cuba nak jadi ForeignerBent Out of Shape (1983) terlebih OAR, Straight Between The Eyes adalah di tengah2. Sebuah album melodic hard rock yang best. Back to basic. Memang saya suka.


Lagu2nya juga agak pelbagai. Ada yang heavy rock seperti 'Dead Alley Driver', slow rock klasik berhantu seperti 'Stone Cold'...malah lagu epic ala zaman Dio pun ada pada "Eyes of Fire". Mungkin ada juga yang tak dapat menerima lirik2 cintan Joe Lynn Turner. Tapi inilah Rainbow zaman 80an. Hard rock ala america. Cuma yang membezakan mereka adalah solo2 dasat Ritchie. Dengarkan solo beliau dalam lagu 'Dead Alley Driver'. Memang ternganga dibuatnya...




Monday, November 14, 2011

Ritchie Blackmore's Rainbow

kebelakangani aku banyak dengar rock 70's...salah satu album pilihan aku adalah album terbitan dari tahun 1975..



Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)

Ketika album ni rilis...aku kecik lagi dan tak tau apa2 pun...tapi macam aku cakap sebelum ni...Rainbow adalah salah satu antara band terawal mengenalkan kepada muzik rock...walaupun aku tak tau apa2 pasal album ni pada awalnya...tapi Lagu "Temple Of The King" adalah salah satu lagu rock terawal yang pernah aku dengar...

Seingat aku...masa aku sekolah rendah...awal2 80an...tahun 81,82 gitu...selain lagu2 Deep Purple dan Scorpions...antara lagu wajib bila belajo main gitar adalah Hotel California - Eagles, Wonderful Tonight - Eric Clapton dan Temple Of The King...tau ni kira nak boleh kerek kat kawan2 sekolah la...



Tu jam dengar Rainbow adalah kerana Ritche Blackmore...Deep Puple punya penangan...seingat aku masa tu aku tak kenal pun siapa penyanyi Rainbow tu...beriya2 menghafal lagu Temple Of The King...tapi tak tau pun tu suara Dio...masa dia join Black Sabbath dengan album Heaven & Hell tu baru lah aku kenal siapa dia Dio...

Album ni tak jauh dari pengaruh Deep Purple...terutamanya album Machine Head dan Burn...cuma liriknya berkisahkan fantasi...biasala lirik Dio...kisah dungeons & dragons dia ni mungkin jugak bermula dari album ni...ntah la...aku tak pernah dengar Elf...band asal Dio tu...album ni pun sebenonya dimainkan oleh anggota Elf...tolak gitaristnya la...

Dari 9 lagu...cuma satu lagu jer yang aku tak berkenan...iaitu "If You Don't Like Rock 'n' Roll"...lain2 memang best...tersangatlah best...terutamanya lagu track pembukaan..."Man On The Silver Mountain"...ni sampai last hayat dia pun Dio sentiasa nyanyi lagu ni live...so kalau korang tak pernah dengo lagu ni...tak yah gelar diri mat rock...heheh...

Dulunya aku ingat lagu "Temple Of The King" lah lagu slow yang paling best dari Rainbow...tapi bila dengar "Catch The Rainbow"...ternyata aku silap...ini lagi best...tapi tak tau kenapa setiap kali aku dengar "Catch The Rainbow"...aku terbayang David Coverdale...napa ek?...mungkin lagu ni ada feel Deep Purple zaman Coverdale kot...



Satu lagi yang menarik pasal album ni...dah tentu2 kerja gitar Ritche Blackmore...dan itu sememangnya sebab utama orang nak dengo Rainbow at the 1st place...tak kisah macamana pun perangai dia...tapi dari segi main gitar...memang dia antara yang terbaik...semua solo2 dia dalam ni best...terutama try layan "Still I'm Sad"...memang terbaik...

Ntah la ek...zaman 70an punya rock memang banyak yang best...walaupun aku giler ngan rock 80's...tapi mendengar rock 70's ni memang feel dia lain...tiga album Rainbow zaman Dio semuanya best...dan ini sememangnya REKOMENDED!

Wednesday, March 30, 2011

Street Of Dreams

Dah deaf tercerita pasal Rainbow cekidot >SINI< teringat kat satu lagu Rainbow yang asalnya masa aku budak2 dulu aku tak tau pun tu lagu Rainbow...lagu tu adalah Street Of Dreams dari album Bent Out Of Shape terbitan tahun 1983...

Abang aku masa awal2 tahun 80an dulu memang suka dengar lagu2 omputeh...zaman2 new wave Duran Duran tu semua kan...aku pun terpengaruh....Street Of Dreams adalah antara lagu yang popular kat radio 1 Singapore masa zaman tu...mati2 aku ingat tu lagu band2 AOR macam Journey...iyer la...Rainbow yang aku kenal zaman2 tahun 70an dulu...masa zaman2 Dio tak camgitu bunyinya....ni lagu betul2 bunyi pop...2,3 tahun lepas tu...zaman aku dah rock...baru aku tau ni lagu Rainbow...dan vokalistnya adalah Joe Lynn Turner...so bila dia join Malmsteen masa album Odyssey....aku dah memang suka suara dia walaupun tu jam rasa Jeff Scott Soto adalah the best....

Tapi biasa la Joe Lynn Turner ni...bukan Rainbow jer dia pop kan...Malmsteen pun...heheh...tapi memang tak dinafikan la...suara dia antara yang terbaik...power!...zaman2 dah ada internet baru aku tau...rupa2nya Ritchie Blackmore mengubah hala Rainbow ni semata2 untuk pasaran kat USA...tak tau la dia suka ker tak hala tuju baru ni....pasal lepas album ni dia ngan Roger Glover join balik Deep Purple...

Untuk korang yang tak pernah dengar atau tau ujudnya lagu AOR dari Rainbow...layan ni...3 versi aku tampal...

Ni versi full video clip...tak tau kenapa...video ni pernah kena banned ngan MTV..




Ni pulak versi live...aku suka versi ni




Last versi Blackmore's Night dari album "The Village Lanterne" tahun 2006...duet antara Joe Lynn Turner ngan bini Ritchie Blackmore..Candice Night