Showing posts with label Queen. Show all posts
Showing posts with label Queen. Show all posts

Thursday, November 9, 2017

News of the World

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 28hb Oktober yang lalu.


Queen  - News of the World (1977)

Selepas terjebak mendalami muzik Queen. Cd ini adalah antara yang dicari. "We Will Rock You" dan "We Are the Champions" adalah penyebabnya. Mana-mana album yang cuma ada satu lagu anthem pun dah rasa patut ada cdnya, inikan pula sebuah album ada 2 lagu anthem.


Rasanya 2 lagu ini adalah antara lagu yang paling dikenali di dunia. "We Are the Champions" tu dari majlis besar macam World Cup, Olimpik hinggalah majlis sukan sekolah ataupun sukan kampung anjuran jkkkkkkkk ceruk hulu mana pun pastinya akan guna lagu tu.


News of the World adalah sebuah album yang bagus. Zaman Queens masih rockin'. Tetapi ianya akan sentiasa di bayangi oleh 2 lagu tersebut.




Saturday, December 10, 2016

A Day at the Races

Yang menyambut ulang tahun ke 40 pada hari ini, 10hb Disember...


Queen - A Day at the Races (1976)

Tajuknya pun dah menarik perhatian. Ianya di ambil dari tajuk sebuah filem klasik tahun 30an sama seperti album sebelumnya, A Night At The Opera. Album ini sememangnya ada kena mengena dengan A Night At The Opera. Ianya ditulis pada waktu yang sama. Sebenarnya Queen mahukan ianya dikeluarkan serentak. Double album. Tetapi tidak dipersetujui oleh syarikat rakaman. Akhirnya ianya dirakamkan setahun selepas itu.

Namun begitu secara muzikalnya, A Day At The Races berbeza dengan kembarnya A Night At The Opera. Kali ini muziknya lebih lembut. Banyak lagu yang menggunakan keyboards/piano. Hanya "Tie Your Mother Down" dan "White Man" sahaja yang boleh dikatakan sebagai hard rock. Yang lainnya menjurus kepada balada.


Namun begitu Queen sememangnya jarang mengecewakan. Walaupun sentiasa dibayangi oleh album kembarnya, A Day at the Races memang mempunyai melodi lagu yang sangat kuat. Lagu seperti "Somebody To Love" dan "You Take My Breath Away" sememangnya lagu balada cintan yang sangat syahdu melodinya. Lazat!

Tetapi seperti album Queen yang lainnya, satu faktor yang menyebabkan saya suka kepada mereka terutamanya album album era 70an mereka selain melodi lagu yang sedap adalah kerja gitar Brian May. Sekali lagi rif dan solo beliau tidak pernah mengecewakan. Best betul tone gitar beliau walaupun ianya berbeza beza antara satu lagu dengan yang lainnya.

Kalau anda sukakan A Night At The Opera, susah semestinya A Day at The Races juga perlu untuk anda miliki. Memang sedap!





Monday, December 21, 2015

A Night at the Opera

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 40...


Queen - A Night at the Opera (1975)

Dulunya mencari album ini kerana lagu "Bohemian Rhapsody". Tetapi sebenarnya ia bukanlah sekadar itu. Banyak lagi lagu-lagu yang bagus di dalamnya. Queen di tahun 70an memang tidak mengecewakan. Memang terbaik.

Dengan angka terkini sebanyak 12 juta unit terjual diseluruh dunia, maka sudah semestinya ini bukannya calang-calang album. Ramai yang mengangap ini album terbaik mereka. Saya tidak menyangkal walaupun album sebelum ini, Sheer Heart Attack (1974) pun sedap juga.



Muzik mereka agak complicated sebenarnya. Tetapi yang jadi mudah hadam adalah kerana melodinya yang sangat sangat catchy. Mungkin kalau nak cerita bagaimana bentuk muziknya, pada saya A Night at the Opera adalah "multi-layered overdubbed" heavy metal guitar works yang diadun dengan "complex vocal parts" dan dimainkan secara opera dengan pengaruh progressif rock n roll 70an. Amacam...boleh faham tak?..hahaha...

Tetapi yang pentingnya, ia bukanlah sekadar album yang mengandungi lagu epik "Bohemian Rhapsody". Tetapi lagu-lagu lain sama bagus. Dari yang bersound metal macam "Death on Two Legs" ke pop macam "You're My Best Friend", yang syahdu macam "Love of My Life". Semua pun best. "Lazing on a Sunday Afternoon"..." I'm in Love with my Car"...ahh semua best la...





Saturday, November 8, 2014

Sheer Heart Attack

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada hari ini...


Queen - Sheer Heart Attack (1974)

Bila bercerita perihal Queen terutamanya album-album dari zaman 70an mereka memang saya terasa rugi. Saya hanya mengambil tahun perihal mereka hanyalah pada awal tahun 90an. Kalau lah saya mendengar Sheer Heart Attack lebih awal, sudah semestinya saya sudah menjadi peminat mereka sejak dari dahulu lagi.

Pada saya ini antara album terbaik atau mungkin sahaja paling terbaik mereka. Mungkin ada yang berpendapat `A Night At The Opera'. Saya tidak membantah. Sememangnya Queen mempunyai banyak killer album. Bayangkan ini bukannya album yang mempunyai lagu "Bohemian Rhapsody" mahupun "We Will Rock You". Tetapi ianya sudah cukup kuat. Tiada lagu yang tidak best. Lagu-lagu seperti "Brighton Rock", "Killer Queen" dan heavy metal anthem "Stone Cold Crazy" sudah cukup untuk membuatkan saya terpaku.

Album ini cukup bervariasi dengan konsep progressif yang theatrical dengan lagu yang melodramatic opera hinggalah ke heavy metal. Pertama kali mendengar "Brighton Rock", saya terus teringatkan King Diamond. Adakah King Diamond mengambil pengaruh Freddie Mercury dalam mengunakan duet suara falsetto dan suara biasa dalam sebuah lagu. Tetapi yang lebih cemerlang dalam lagu ini adalah riff dan solo Brian May. Memang best terutamanya kalau dia "improvise" bab solo dalam lagu ini ketika persembahan live.

Tak perlulah saya ulas satu persatu lagu-lagunya. Kalau tak pernah dengar "Killer Queen", pergi youtube sekarang. Dan jangan ingat "Stone Cold Crazy" itu adalah lagu Metallica. Dasyat kan dalam tahun 1974, Queen dah buat lagu ala-ala speed metal yang sebegitu.

Di jamin semua lagu sedap. Highlightnya pada saya adalah kerja gitar Brian May.


Rekomended!




Wednesday, January 15, 2014

Queen

Lagi yang tersangkut dalam draf dari tahun lepas...

Album klasik yang dah 40 41 tahun...


Queen - Queen (1973)

Lagu "Radio Ga Ga" dan "I Want to Break Free" mengenalkan saya kepada Queen. Rakan sekelas merangkap gitaris band zaman sekolah menengah saya sering menyanyikan "I Want to Breakfast" setiap kali kami turun ke kantin bila tiba waktu rehat. Sekurang-kurangnya itulah memori saya terhadap Queen pada ketika itu (tahun 1985 kalau tak silap). Lainnya memang tak ada. Tak ambil tahu. Pasal saya sangkakan mereka adalah kumpulan pop.

Mula berminat nak ambil tahu selepas mendengar lagu "Stone Cold Crazy" versi Metallica. Dan "Bohemian Rhapsody" dari filem Wayne's World benar-benar  mengubah persepsi saya terhadap Queen. Bermula dari situ saya mula menjejaki album-album awal mereka.

Pada saya Queen di tahun-tahun 70an adalah lebih menarik dari Queen di era 80an. Untuk Queen ni memang saya sokong kata-kata saudara PC Kokak "70s rules!!!" Album self-titled ini sebagai contohnya. Muziknya lebih metal berbanding album-album tahun 80an yang lebih kepada muzik new wave dan pop. Lagu-lagu seperti "Radio Ga Ga", "I Want to Break Free" dan "Another One Bites The Dust" adalah contoh yang nyata.


Imej mereka pun lebih menarik. Zaman rambut panjang. Pada mat-mat metal yang ragu-ragu dengan Queen, album ini bersama beberapa album awal mereka memang sangat rekomended. Memang ada feel early 70's Prog-rock/metal album. Walaupun ini album pertama mereka tetapi produksinya tip top. Queen memang tak sama dengan band-band rock 70an yang lain. Mereka unik. Kerja gitar Brian May memang sedap. Tak hairanlah kenapa  dia menjadi idola kepada ramai gitaris metal kemudiannya.

Lagu-lagu seperti "Keep Yourself Alive", "Doing Alright", "Liar", "Great King Rat", "My Fairy King" dan lain-lain pada saya jauh lebih bagus dari lagu-lagu Top 40 mereka di zaman 80an.

Saya cukup bersetuju bila ada fan yang berkata "Believe me, there is much more to Queen than what comes out of radio waves or MTV!"  Terbaik!!!





Thursday, May 19, 2011

Innuendo

Lagi entri pasal album yang dah 20 tahun usianya...album tahun 1991..Innuendo dari Queen.



Aku agak lambat follow Queen ni...selepas kematian Freddie Mercury sebenarnya...walaupun aku tau We Will Rock You/We Are The Champion tapi awal2 tahun 80an dulu...dalam tahun 85 gitu...aku kenal Queen dengan lagu2 pop dorang Radio Ga Ga dan I Want to Break Free...tu jam aku dah start minat rock...so lagu2 jenis camgitu buat aku kurang berminat nak ambik tau walaupun cerita dorang ada keluar kat majalah Kerrang...

Tapi lepas aku dengar Metallica cover Stone Cold Crazy...pastu adegan Bohemian Rhapsody kat Wayne's World (ni antara all time fav. moment dalam filem aku...Mike Myers rocks!!..) terus aku teruja nak cari album2 Queen...dan kebetulan Innuendo ni yang terlatest pada masa tu...terus aku beli kasetnya dan ternyata bagi aku Queen lebih best dari mana2 progressif rock band 70an termasuklah Pink Flyod,Rush dll...mungkin pasal sound metal/hard rock yang Brian May bawak dalam Queen...start dari situ aku jadi peminat Queen.

Innuendo ni bukanlah yang terbaik dari Queen...tapi tetap satu album yang sangat bagus...aku boleh dengar dari mula sampai abis tanpa skip...(ok aku tipu..selalu aku skip "All God's People" dan kekadang "Delilah")...tapi lagu lain memang superb...kekadang rasa macam tak percaya masa rakaman album ni Freddie Mercury tengah menderita sakit aids...(beliau mati 9 bulan selepas album ni diriliskan)...suara dia memang dasat...memang sedap...bab2 high pitch tu memang takder vocalist lain boleh lawan la...tapi tak tau la kan...mungkin telinga aku ajer...suara dia kekadang hampir sama macam Klaus Meine...



Oleh kerana ada nilai sentimentalnya album ni pada aku...jom layan aku bebel pasal setiap lagu2nya...

"Innuendo"
Lagu yang mengingatkan aku pada Bohemian Rhapsody...seakan2 sama stuktur lagunya...ada part opera...part hard rock/metal...memang sedap lagu ni...tak jemu aku dengar...aku suka part spanish gitar yang Steve Howe (Yes) main tu...solo Brian May pun giler best...kekadang aku rasa kalau lagu2 Queen ni dilajukan...dispeedkan...dah macam lagu2 power/symphonic metal kan?

"I'm Going Slightly Mad"
Lagu pertama yang aku dengar/tengok dari album ni...sebelum ada kasetnya lagi aku dah selalu tengok video clipnya kat MTV...lagu yang mula2 dulu aku tak suka...tapi sejak ada kasetnya jadi antara yang aku suka...baru aku tau video clipnya sengaja di buat hitam putih pasal nak kaver muka Freddie tu jam pucat kesan dari penyakitnya...lagu dan lirik yang agak aneh dan lawak...sapa sajer la yang boleh buat lirik2 camgini kalau bukan Freddie kan..."I think I'm a banana tree"....huh???

"Headlong"
Salah satu dari 2 lagu hard rock/metal dalam album ni...Brian May kinda song...rif dan solo yang best...satu lagi fav. aku...

"I Can't Live with You"
Satu lagi lagu Brian May...ada bunyi 70's...kekadang mengingatkan aku pada lagu2 Uriah Heep...maklumlah aku dengar Uriah Heep lebih dulu dari Queen...jenis grower...makin lama dengar makin sedap..

"Don't Try So Hard"
Lagu ballad yang boleh buat korang terganga dengar suara power Freddie...lagu yang sangat emosi dengan solo gitar yang mendayu....best!

"Ride the Wild Wind"
Satu lagi fav. aku...lagu rock Roger Taylor...suka aku part drum dia tu...kekadang buat aku teringat kat lagu Blues Felda Blues - Ramli Sarip... part drum dia tu sama...Blues Felda Blues tahun berapa ek??...




"All God's People"
Ni lagu aku selalu skip...so aku skip la...heheh..

"These Are the Days of Our Lives"
Lagu ballad yang 1st time dengar terus aku suka...melodinya...liriknya...solo gitarnya...memang menyentuh perasaan...memang best lagu ni...

"Delilah"
Ni pun aku selalu skip...lagu pasal kucing Freddie...

"The Hitman"
Lagi satu lagi fast...hard rock/metal Queen punya stail...macam biasa penuh ngan solo2 Brian May...

"Bijou"
Lagu ballad dengan lirik dan vocal yang pendek...selebihnya amazing gitar dari Brian May...syahdu...emotional...makan dalam arr lagu ni...

"The Show Must Go On"
salah satu lagu yang cukup dikenali dari album ni...lagu penutup yang seolah2 Freddie dah tau hayat dia tak panjang...tak perlu aku taip panjang2...penat dah menaip ni (heheh)...cukup kalau aku kata lagu penutup yang sempurna...sangat best!.

Kesimpulannya...recommended!!!