Showing posts with label Prince. Show all posts
Showing posts with label Prince. Show all posts

Friday, April 22, 2016

"When Doves Cry"




Sebelum saya terjebak dengan muzik rock dan metal, Prince adalah antara pengaruh terbesar saya dalam muzik. Sehingga kini "Purple Rain" masih menjadi antara album kegemaran sepanjang zaman saya. Pernah juga menulis pasalnya suata masa dahulu. Rujuk >SINI<

Beliau sememangnya multi-talented. Dia penyanyi, komposer, penerbit album, pelakon, boleh bermain pelbagai alat muzik dan dia juga seorang gitaris yang hebat. Ramai yang tak perasan yang dia juga boleh menyolo dengan baik.

Banyak lagu beliau yang saya minat. Antaranya Purple Rain, When Doves Cry, Let's Go Crazy, 1999, Raspberry Beret dan lagu-lagu zaman saya dah jadi mat rock macam Kiss, The Most Beautiful Girl In The World dan banyak lagi yang saya tak ingat tajuk.

Tapi beliau juga banyak menulis untuk penyanyi lain. Antara yang paling saya suka adalah "Nothing Compares 2 U - Sinead O'Connor" dan yang paling sedap sekali, "Manic Monday - Bangles"

Seorang lagi hero zaman kanak-kanak saya telah tiada....

Prince Rogers Nelson
 (June 7, 1958 – April 21, 2016)

Thanks you for the music





Monday, December 1, 2014

Purple Rain

Kenangan zaman kanak-kanak yang menyambut ulangtahun ke 30...


Prince and The Revolution - Purple Rain (1984)

Minat awal saya pada muzik banyak dipengaruhi oleh abang. Kami sebilik. Maknanya apa yang dia dengar adalah apa juga saya terpaksa dengar. Purple Rain adalah salah satu album kegemaran beliau. Akhirnya ianya juga menjadi album kegemaran saya.

Ianya ketika zaman sebelum saya mula terjebak dengan muzik metal. Tetapi Purple Rain tetap menjadi salah satu album kegemaran saya sehingga sekarang. Memang sedap, kalau tak..tak kan lah ianya berada di dalam kedudukan no 2 dalam senarai 100 album terbaik 80an pilihan majalah Rolling Stone.

Ianya agak berlainan dengan muzik new wave yang banyak saya dengar pada ketika itu. Sedikit guitar oriented. Maklumlah Prince juga bermain gitar dan boleh tahan hebat dalam bab menyolo. Muziknya sedikit pelik tetapi sedap. Ambil contoh antara lagu pelik tetapi terbaik beliau "When Doves Cry". Lagu ala-ala dance muzik tetapi tiada bunyi bass. Memang agak janggal. Tetapi itu yang menjadikannya sedap. Memang membuatkan saya ketagih.

Terdapat 5 lagu hits. 2 daripadanya mendapat no 1  ("When Doves Cry" dan "Let's Go Crazy"). Tetapi pada saya satu album bagus. Kegemaran saya selain 2 lagu tersebut adalah lagu "Take Me With You" dan lagu epik 8 minit lebih "Purple Rain" yang Prince sendiri akui seakan-akan sama soundnya dengan "Faithfully - Journey".


Tetapi waktu budak-budak dulu bila baca lirik lagu "Darling Nikki" yang ada  "I met her in a hotel lobby...Masturbating with a magazine"....ternganga juga nak paham maksudnya...maklumlah saya hanya seoarang budak kampung yang suci murni...hahaha...Inilah salah satu lagu yang jadi penyebab bermulanya sticker "Parental Advisory" kena lekat kat kaver album. Tapi lagu ni memang sedap.

Buat yang tak tahu, album ini sebenarnya adalah soundtrack untuk filem "Purple Rain" yang dilakonkan oleh Prince sendiri. Saya pernah menontonnya sekali tetapi sudah lupa bagaimana jalan ceritanya. Yang saya ingat cuma heroinnya Apollonia yang nyum..nyum... :P  (penyanyi asal lagu "Manic Monday - The Bangles yang juga dicipta oleh Prince) Nampaknya kena cari semula filem ni.

Senang cakap...album ini memang REKOMENDED!



***tengah berusaha mendapatkan versi vinyl...katanya lagu ‘Darling Nikki’ tu kalau dimainkan secara terbalik boleh dengar perkataan "Hello, how are you?... I'm fine 'cause I know that the Lord is coming soon...Coming, coming soon."





Wednesday, August 20, 2014