Showing posts with label Pearl Jam. Show all posts
Showing posts with label Pearl Jam. Show all posts

Wednesday, May 31, 2023

44 hari di tahun 1991

Di awal 90an dulu pastinya kaset-kaset ini pernah kita beli, pinjam, dengar atau sekurang-kurangnya nampak di kedai. Yang menarik kesemuanya diterbitkan dalam tempoh 44 hari dari 12/08/1991 hingga 24/09/1991. Dan kesemuanya membawa pengaruh besar di dalam muzik era 90an.

Tetapi posting ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal tu sangat....tetapi ini hanyalah sekadar bertujuan untuk tujuan riak kasetwi...hahaha....😁


Metallica – Metallica, 12/08/1991

Pearl Jam – Ten, 27/08/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion I, 17/09/1991

Guns N’ Roses – Use Your Illusion II, 17/09/1991 

Red Hot Chilli Peppers – Blood Sugar Sex Magik, 24/09/1991

Soundgarden – Badmotorfinger, 24/09/1991 

Nirvana – Nevermind, 24/09/1991 



Friday, March 28, 2014

Vitalogy

Lagi album yang dah berumur 20 tahun...


Pearl Jam - Vitalogy (1994)

Tak minat tapi kenapa beli cdnya?

Mungkin itu soalan yang patut ditanya kepada saya. Memang betul saya bukanlah peminat Pearl Jam. Tetapi cd ini dibeli ada sebabnya.

Mengikut tarikh yang tertulis, cd ini di beli pada 22hb Disember 1994. Ini adalah masanya ketika cd mula di jual secara meluas terutamanya di Johor Bahru. Kalau tak silap ianya di beli di Muzika Records Plaza Kotaraya. Yang menjadi penyebab untuk saya membeli cd ini adalah kerana pada ketika itu saya baru membeli set pemain cd changer untuk kereta. Ianya jenis yang boleh letak 10 disc sekaligus dan diletakkan di bahagian bonet belakang. (Dah takder lagi ek jenis pemain cd kereta yang macam ni sekarang)

Demi nak mengenapkan 10 disc, apa sahaja cd janji yang rock akan saya beli secara trial and error. tak kisah lah kalau tak minat sangat pun...janji cukup 10 disc. Maklumlah pada ketika itu bilangan cd yang dijual di kedai tak banyak pilihan, kedai masih secara majoritinya menjual kaset.


Secara jujurnya saya kurang berminat dengan album ini. Dalam 10 disc yang di pasang, ini adalah cd yang paling kerap kena skip. Lagu yang berjaya menarik perhatian saya cuma "Spin The Black Circle" kerana ianya rancak dan "Not For You" yang mepunyai melodi yang sedap. Lain-lain yang jenis depressed dan meleweh memang agak sukar untuk selera saya. Yang lawaknya saya tak sedar pun lagu "Better Man" adalah dari album ini. Ada seorang rakan yang gemarkan lagu ini tetapi untuk beberapa ketika saya tak tau pun lagu itu dari album mana padahal saya mempunyai cdnya.

Yang bestnya pada saya adalah packaging cdnya. Kali pertama nampak cd yang tidak mengunakan jewel case. Pernah ada tawaran untuk jual tetapi bila mengenangkan packagingnya tu rasa sayang pulak. Biarlah walaupun tak minat, tetapi cd ini mempunyai memori yang tersendiri untuk saya terus menyimpannya.




Friday, October 25, 2013

Vs.

Album lagenda grunge yang menyambut ulangtahun ke 20.


Pearl Jam - Vs. (1993)

Rasanya macam pernah beli kasetnya dahulu. Tapi bila dicari balik tak jumpa. Mungkin hilang atau ada yang pinjam dan tak pulang. Untunglah dengan adanya ebay estocks_deutschland, dapatlah memiliki cdnya dengan harga cuma RM13++. Walaupun bukannya album kegemaran, tapi mana-mana album yang ada kenangan dengan harga semurah tu memang terbeli juga la sudahnya.

Dulu masa zaman kaset pun begitu. Saya bukanlah peminat album Ten. Tetapi bila Pearl Jam rilis Vs. lepak-lepak kedai kaset terbeli juga sudahnya. Ni la susahnya orang yang ada penyakit kaset/cd-holic ni. Heheh...

Dah lama tak dengar album ni. Untuk entri ini, saya mendengarnya kembali. Ini adalah pandangan saya sekarang terhadap album ini. Mungkin dulu pandangannya lain. Sekarang semakin tua semakin terbuka telinga. Tetapi awas, ini pandangan seorang yang bukan peminat grunge. Mungkin sahaja anda tidak bersetuju dengan saya. Tapi saya peduli apa...hahaha...


2 lagu pertama "Go" dan "Animal" adalah lagu rancak yang sangat rock. Tidak meleweh. Solo Mike McCready pun best. Bahagian tengah "Animal" tu ada funky ala-ala RHCP. Kalau Pearl Jam mempunyai banyak lagu-lagu sebegini mungkin saya akan menghargai mereka dengan lebih lagi. Track ke 3, "Daughter"  adalah lagu yang paling saya ingat dari album ini. Melodinya sedap dan tak hairanlah kenapa lagu ini antara yang popular dari mereka. Track ke 4, "Glorified G" pula mengingatkan saya kepada lagu-lagu alternative rock ala Collective Soul. Sedikit kelainan dari grunge mereka yang biasa. Saya suka. Tetapi lagu track ke 5, "Dissident" membawa saya kembali kepada grunge Pearl Jam album Ten. Lagu yang yang jenis moody tetapi nasib juga bahagian gitarnya yang mendayu-dayu tu sedap. Track-track yang berikutnya adalah lagu-lagu yang saya kurang berminat. Meleweh dan moody. Fast Forward lah jawapnya.

Pada saya Vs. tidak konsisten. Lagu-lagu side A (zaman kaset) bagus. Tetapi tidak pada lagu-lagu yang lainnya. Mungkin "Rearviewmirror" dan "Rats" boleh tahan melodinya tetapi ianya tidak dapat menyaingi "Go", "Animal", "Daughter" ataupun "Glorified G". Senang cerita lagu-lagu side B agak membosankan saya.

Secara peribadinya saya rasakan album ini lebih raw dan lebih aggresive soundnya berbanding Ten. Itu sesuatu yang bagus malangnya muzik sebegini bukanlah secawan kopi saya. Tetapi untuk sesekali dengar boleh lah.



Friday, September 30, 2011

Ten

Lagi ke tahun 1991...Nirvana dah...Soundgarden dah...lagi pasal album yang dikatakan puncanya kejatuhan era Hair Metal...



Pearl Jam - Ten

Seperti Nirvana dan Soundgarden....aku memang agak ketinggalan pasal band2 grunge termasuk lah Pearl Jam ni...bila satu dunia dah heboh pasal Pearl Jam...time tu aku baru rasa terhegeh2 nak dengo dorang ni...tapi sebelum tu aku dah pernah tengok video clip "Jeremy" dan "Even Flow" dorang kat MTV...tapi takder la rasa nak beli kasetnya...tambah2 pulak bila baca komen2 beberapa band metal kat Metal Hammer yang cakap album ni bosan...(aku dah lupa band mana yang komen...)

Tapi bila dah bukak majalah balik2 nampak muka Eddie Vedder jer...terasa jugak untuk menjadi trendy...kononnya nak nampak kool...last2 dalam tahun 1993...jalan2 kat Bukit Bintang Plaza lepas gi interview kerja...terbeli la jugak kaset ni..

Selepas sekali round pasang...ternyata aku bukan dilahirkan untuk meminati muzik2 begini...mintak maaf la kepada budak2 90an yang giler kat Pearl Jam...aku dah cuba...tetapi memang jiwa dan halwa telinga aku memang tak masuk kat lagu2 depressed begini...mungkin ianya bukan zaman aku...tapi berkemungkinan jugaklah kalau lah aku dilahirkan di tahun 81 bukannya 71...tetap jugak aku tak boleh masuk muzik sebegini...rasanya bukan pasal zaman dan usia...tetakala dah tua slow down macam sekarang ni pun aku tetap tak boleh terima muzik jenis lembab dan depressd cenggini...layan Roxette jauh lebih fun dari layan Pearl Jam...heheh...

Aku rasa cuma ada 2,3 lagu jer yang aku boleh masuk...lain2nya membosankan...

Kalau cerita pasal grunge...aku letak Nirvana (melodi lagu2 dorang sedap) dan Soundgarden (sound dorang metal)lebih tinggi dari Pearl Jam...dan aku rasa "Would?" dari Alice In Chains jauh lebih best dari mana2 lagu Pearl Jam...period!