Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 8hb mei yang lalu...
Paradise Lost - Draconian Times (1995)
Album kegemaran Deaf. Pujian melambung beliau menyebabkan saya teruja untuk memilikinya. Tambah pula ini adalah album mereka yang paling berjaya dan paling dikenali ramai. Tak sangka pula terbeli versi special edition collectors' box.
Saya memang agak susah untuk menyukai lagu-lagu yang jenis "gloomy" dan "depressing". Walaupun intro dan lagu track pertama "Enchantment" sangat mengujakan tetapi saya tertidur ketika mendengar lagu-lagu yang seterusnya. Hampir seminggu juga baru berjaya untuk menghabiskannya. Muzik Gothic dan Doom sememangnya bukan makanan saya kecuali mungkin Cold White Light dari Sentenced. Entah mengapa saya suka betul dengan album tersebut.
Sehingga tulisan ini ditulis, saya masih gagal untuk benar-benar menyukai album ini. Tetapi yang paling menarik minat saya untuk terus mendengarnya adalah kerana melodic gitar dari Greg Mackintosh. Sejak dari album Icon, saya cukup tertarik dengan solo-solo melodic beliau disetiap lagu. Saya bersetuju dengan Deaf, solo beliau dalam "Jaded" memang asyik.
Masalah utama saya dengan Draconian Times adalah lagu-lagunya yang berbunyi seakan-akan sama. Tiada lagu yang pada pendapat saya yang benar-benar boleh melekat. Perkara begini bukanlah tidak bagus apatah lagi lagu-lagu mereka sememangnya bagus. Cumanya kalau ada sedikit kepelbagaian mungkin akan lebih menarik. Terutamanya untuk golongan yang mempunyai selera muzik seperti saya.
Tetapi yang pastinya, semakin lama saya mendengar Paradise Lost...semakin terasa yang suara Nick Holmes memang seakan-akan sama dengan James Hetfield
Showing posts with label Paradise Lost. Show all posts

Friday, September 4, 2015
Friday, September 20, 2013
Icon
Pencetus Gothic Metal yang dah 20 tahun.
Paradise Lost - Icon (1993)
Saya kurang berminat dengan genre gothic metal ataupun doom. Saya mempunyai masaalah untuk hadam lagu-lagu yang perlahan temponya. Oleh sebab itu Paradise Lost bukanlah menjadi pilihan.
Walaupun begitu review-review yang saya baca sejak 20 tahun lalu selalu mengangkat album ini sebagai antara yang terbaik dalam genrenya. Icon menjadikan Paradise Lost sebagai "Bapa Gothic Metal". Album yang merintis kemunculan genre tersebut. Dan saya rasakan saya perlu mendengarnya. Download MP3 adalah cara yang paling mudah. Tetapi selepas mendengarnya, saya rasakan membeli cdnya secara fizikal adalah sesuatu yang perlu terutamanya jika anda mempunyai sistem audio hi fi. (sambil tersengih). Akhirnya beberapa bulan yang lepas dapat juga saya memilikinya.
Lagu dari track pertama, "Embers Fire" sekali dengar sudah cukup membuatkan saya melekat. Solo melodic dari Greg Mackintosh sepanjang lagu ini memang awesome. Sudah tentunya ini adalah lagu pilihan saya. Sangat best. Solo-solo beliau menjadi faktor utama saya membeli cd ini. Sayangnya lagu yang lainnya agak kurang. Tetapi bukannya tak sedap. Lagu-lagunya agak melodic tetapi temponya yang perlahan contohnya "Joys of the Emptiness" membuatkan saya agak kurang sabar. Tetapi bagi lagu-lagu yang agak mid tempo seperti "True Belief" memang sedap. Vokal Nick Holmes pula seakan-akan James Hetfield bunyinya.
Mungkin telinga saya tidak terlatih dengan tempo perlahan doom metal. Sememang ianya tidak kena dengan jiwa. Walaupun begitu ianya tidak menghalang untuk saya mendapatkan Draconian Times pula.
Peminat Gothic atau doom, ini memang album untuk anda. Terbaik!

Labels:
1993,
cd,
Paradise Lost,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Wednesday, September 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)