Showing posts with label Overkill. Show all posts
Showing posts with label Overkill. Show all posts

Wednesday, July 12, 2023

Scorched

Calon album kegemaran untuk tahun 2023...

Overkill - Scorched (2023)

Ada yang membandingkan ini dengan 72 seasons. Mungkin kerana ianya dikeluarkan pada hari yang sama. Tetapi pada saya ianya perbandingan yang kurang tepat. Metallica adalah sebuah band mainstream yang peminatnya dari pelbagai lapisan manakala Overkill peminatnya pula hanya dari golongan Mat Metal...itupun Mat Metal tua 😁. Kalau bukan peminat metal, rasanya ada yang tak tahu pun kewujudannya.

Maka kalau nak kata yang ini lebih sedap atau yang itu lebih bagus itu sebenarnya terpulang kepada kedudukan anda di mana. Kalau tanya pendapat saya, sebagai seorang Mat Metal tua 😁 sudah pastinya pilihan saya adalah Scorched. Bukan nak kata 72 seasons tak bagus...tetapi ianya lebih kepada keutamaan selera.

Overkill sejak beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya tidak mengecewakan peminatnya yang sepeti saya. Mereka tetap dengan thrash. Tidak ada yang berubah sangat. Banyak melodi dan rif yang sedap. Senang cakap, yang suka akan terus suka. 

Tetapi dari apa yang saya rasa, Scorched dari segi muzikalnya adalah lebih "lembut" dari album yang sebelum. Ianya mungkin memberi ruang untuk yang minat Metallica tetapi kurang tahu tentang thrash untuk lebih mudah hadam dengan muzik yang sebegini. Agaknya la...


Thursday, October 13, 2022

Gila Format - The Years of Decay

Yang menyambut ulangtahun ke 33 hari ini, (13th Oct)...

Overkill - The Years of Decay (1989)

The Years of Decay dan Horrorscope adalah penyebab utama kenapa boxset Overkill - The Atlantic Years 1986 -1996 di beli.

Kalau Horrorscope kerana ianya paling digemari, The Years of Decay pula kerana ianya adalah pengenalan saya kepada Overkill. Album-album yang ada nostalgia seperti ini sememangnya akan sentiasa rasa gatal tangan untuk di"gila format"kan.


Versi kaset ini dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Memilih yang mana patut dibeli pada ketika itu sememangnya sangat berhati-hati. Maklumlah sumber kewangan yang terhad. Tetapi logo dan gambar cover yang menarik selalunya mempengaruhi. Kaedah cuba jaya pada ketika itu adakalanya gagal. Tetapi pembelian yang ini adalah antara yang berbaloi.

Album ini juga adalah antara yang menjadi punca saya terpengaruh dengan genre thrash. Selepas dari ini lebih banyak membeli kaset thrash berbanding kaset-kaset genre metal yang lain. Versi cd pula dah tak boleh nak ingat beli dari mana. Manakala versi lp agak lama juga mencari. Harga 1st press yang agak mahal dan kos postage yang ada kalanya tak masuk dek akal menyebabkan agak sukar juga mendapatkannya. Tetapi apabila keluar versi boxset... apa nak jadi pun jadilah....pejam mata... tekan ajer la butang "buy"...#hatigembirapoketmenangis...😅


Tuesday, May 10, 2022

Under The Influence

Album kedua dari boxset Overkill The Atlantic Years 1986 - 1996

Overkill - Under The Influence (1988)

Dah pernah tulis tentangnya 2 tahun yang lalu. Maka tak perlulah menulis panjang.

Antara kenangan dari album ini adalah melihat gambar covernya di lukis di dalam majalah Gila Gila. Kalau tak silap dalam siri kartun Majalong lukisan Cik Li. Ianya adalah pengenalan pertama kepada nama Overkill dan perkataan "Under The Influnce".


Tetapi tak berpeluang untuk mendengar albumnya sehinggalah pertengahan 90an. Begitulah lambatnnya pendedahan tentang muzik bila kita tinggal di kawasan kampung dan tak berapa nak berduit.


Under The Influence, kenangannya untuk saya adalah lebih kepada nama albumnya. Tak boleh lupa yang perkataan "Under The Influence" tersebut pastinya akan ditulis dia atas tandatangan tak kira samada ketika menconteng buku, meja mahupun dinding sekolah. Terasa hebat betul penguasaan bahasa inggeris pada ketika itu... hahaha...


Monday, April 18, 2022

Taking Over

 Album pertama dari kotak boxset Overkill The Atlantic Years

Overkill - Taking Over (1987)

Agak terlambat mendengar album ini. Mungkin sekitar pertengahan 90an. Maklumlah zaman sebelum wujudnya era internet dan MP3. Tak ada pula kawan yang ada. Zaman tersebut kalau tak ada jual di kedai kaset dan tak ada pula kawan yang ada, memang tak berpeluang lah nak dengar. 

Album yang kurang nilai sentimentalnya untuk saya. Mungkin kalau mendengarnya pada tahun ianya diterbitkan perasaannya akan berlainan. Muziknya berat, laju dan agak kasar bunyinya. Ianya juga agak kurang teknikal berbanding album-album yang kemudiannya. Maklumlah ianya dihasilkan ketika jiwa dan usia mereka masih muda remaja. 

Tetapi memang tidak boleh dinafikan ianya adalah sebuah album thrash yang bagus. Jujurnya kalau saya mendengarnya lebih awal, mungkin ianya akan menjadi salah satu album kegemaran sebaris dengan The Years Of Decay ataupun Horrorscope.

Kalau anda minat thrash yang laju tetapi dalam masa yang sama agak melodic untuk menganguk kepala, Taking Over adalah pilihan yang tepat. Rekomended!


Tuesday, February 8, 2022

Overkill The Atlantic Years 1986-1994

Pembelian #hatigembirapoketmenangis 

Overkill - The Atlantic Years 1986-1994 Half-Speed Mastered 180g 6LP Box Set (2021)

Asalnya boxset ini sepatutnya dikeluarkan pada Oktober 2021. Ketika itu tak ada rasa sangat nak beli. Maklumlah yang betul-betul teringin dalam bentuk lp hanyalah 2 album (The Years Of Decay dan Horrorscope). Tetapi setelah ianya ditangguhkan beberapa kali (akhirnya di keluarkan pada 3hb Dec, 2021), dalam tempoh masa dari Oktober membawa ke Disember tersebut menyebabkan tiba-tiba sahaja jari "ter"tekan butang buy 😁😁😁

Semakin berusia semakin banyak kenangan yang kita hampir lupa. Makanya bila ada kenangan yang boleh dibeli sememangnya agak sukar untuk ditolak. Overkill adalah salah satu kenangan dari zaman remaja. Mendengarnya mengembalikan ingatan kepada tahun-tahun penghujung 80an dan awal 90an. 

Nantilah kalau rajin akan cuba menulis setiap album dari kotak ini.


#hatigembirapoketmenangis


Wednesday, May 27, 2020

Hiburan WFH - Under The Influence

Mood raya pun dah tak berapa nak ada walaupun baru masuk raya ke 4. Memang lain rasanya raya tahun ni. Sambung lagi WFH sehingga 9hb Jun. "Feel" nak dengar lagu raya lebih terasa sebelum raya...dah raya ni layan jer la lagu rock antu....


Overkill - Under The Influence (1988)

Kalau sebut Overkill, lebih minat dan banyak kenangan dengan album The Years Of Decay (1989) dan Horrorscope (1991). Under The Influence ni agak lambat dengar. Malah selepas album I Hear Black (1993) atau mungkin W.F.O (1994) baru berpeluang untuk mendengar keseluruhan albumnya. Agak sukar juga nak dapatkan kasetnya pada ketika itu.

Tetapi ianya ada kenangan lain. Dulu bila membaca majalah Gila-Gila, kartunis Cik Li selalu menyelitkan logo Overkill berserta ayat Under The Influence dalam ruangan kartun-kartunnya. Sebenarnya memang dari situlah tau Overkill dan kemudiannya membeli kaset The Years Of Decay. Dan bak kata orang Ulu Tiram, the rest is history... Overkill menjadi salah satu band thrash kegemaran sehinggalah sekarang.

Dulu cuma ada mp3. Baru berapa bulan lepas dapat beli cdnya di facebook. Nak kata best, sebenarnya album ini hanyalah sederhana. Ada lagi album mereka yang lebih best. Tetapi album ini mengandungi salah satu lagu popular mereka yang sering dipersembahkan semasa live, "Hello From The Gutter".

Kalau minat Overkill memang kena ada album ini sebagai pelengkap koleksi. Kalau setakat pendengar biasa, cuba cari album mereka yang lainnya dulu...




Friday, May 10, 2019

The Wings of War



Overkill - The Wings of War (2019)

Macam baru lagi rasanya dengar The Grinding Wheel. Dah keluar lagi album baru. Tidak dapat dinafikan mereka adalah antara yang paling konsisten dalam mengeluarkan album baru. Ni yang no.19.

Dengan Overkill tak perlu kot untuk pra dengar. Nampak jual, terus beli. Dan ternyata ianya memang betul. Semenjak Ironbound (2010), mereka terus-terusan menghasilkan album-album thrash yang berkualiti.

Tetapi biasalah, tak semua orang sependapat. Ada yang kata mereka adalah ACDC of thrash. Formula yang sama berulang-ulang. Tiada yang segar. Tetapi bagi saya, dengan umur mereka sekarang. Tiada apa lagu yang perlu mereka kejar. Tak perlu lagi sebarang perubahan. Zaman 90an sudah cukup untuk mereka berevolusi.


Mereka adalah Overkill. Nama yang lejen dalam muzik thrash. Mereka hanya perlu bermain seperti Overkill. Kalau kebetulan ada yang baru nak mengenal mereka dan rasa minat. Maka inilah muzik Overkill.

Secara kesimpulannya, The Wings of War adalah kesinambungan dari beberapa album mereka yang lepas. Tetapi ianya lebih melodic dan variasi. Untuk band yang bermula dari era 80an dan penyanyinya sudah hampir mencapai usia 60an, menghasilkan album dengan tenaga yang tinggi seperti ini sememangnya sesuatu yang luar biasa.

Mereka sekali lagi tidak mengecewakan. Antara pilihan album kegemaran untuk 2019.



Thursday, April 18, 2019

Cd terkini 2019 - Bahagian 2

Lagi pembelian terkini untuk cd-cd terbitan tahun ini. Dengan kemalasan mencapai tahap maksima, maka akan banyaklah timbul entri-entri ringkas seperti ini... 😀


Overkill - The Wings of War   /   In Flames - I, the Mask

Overkill ni dah 30 tahun kot follow. Lost sekejap pada penghujung 90an. Tapi semenjak 3, 4 album terkini yang mereka kembali thrashing macam dulu-dulu, rasa berminat untuk follow semula. Makin tua makin power. Cumanya rasa rindu juga nak dengar mereka bermain lagu-lagu slow thrash macam "Soulitude" atau "Shades of Grey"...

In Flames pula cuma mula follow ketika album "Reroute to Remain", lepas tu baru kebelakang. Dan berhenti selepas album "Come Clarity". Muzik mereka dah berubah. Ni baru nak cuba-cuba dengar semula.

Macam biasa...mungkin ada entri berasingan yang akan muncul....







Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Monday, December 11, 2017

The Grinding Wheel


Pejam celik...dah nak habis 2017 dah. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam teringin nak buat senarai album pilihan 2017. Tapi tak banyak mana yang dibeli pun. Banyak dengar guna spotify. Tetapi ini adalah salah satu album pilihan saya untuk 2017.


Overkill - The Grinding Wheel (2017)

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album baru. Ini album yang ke 18. Dan yang paling menarik mereka tetap dengan thrash. Ada sedikit terpengaruh dengan groove metal di awal 90an tetapi paksi mereka tetap thrash. Tiada nu metal. Tiada industrial. Tiada juga Lulu (heheh).

Selagi Bobby "Blitz" Ellsworth dan D.D. Verni masih ada. Selagi itu Overkill tetap ujud. Tak kira siapa pun gitarisnya. Sound Overkill tetap sama. Semenjak Ironbound (2010) mereka terus menghasilkan album album thrash yang berkualiti.


Semua lagu sedap. Seperti juga Testament, Death Angel, Suicidal Tendencies (sekadar menyebut beberapa nama), band-band generasi lama ni makin tua makin berisi.

Jika anda suka thrash. Ini sememangnya untuk anda. Makin lama dengar makin rasa ianya adalah saingan bagi Kreator - Gods of Violence untuk menjadi album pilihan 2017 saya.




Saturday, April 8, 2017

Thrash 2016/2017




Ini semua adalah lebih baik dari "Hardwired... to Self-Destruct"...


P/s: sebenarnya 5 dari cd-cd ni baru jer beli...tu yang saje nak eksyen riak cdwi...haha...



Wednesday, January 18, 2017

The Killing Kind

Lagi yang tersangkut dari tahun lepas...Yang dah 20 21 tahun...


Overkill - The Killing Kind (1996)

Ini adalah antara album yang menjadi peneman saya di tahun 1996. Tak kisahlah walaupun mereka juga telah berevolusi seperti kebanyakan band thrash yang lainnya, tetapi saya suka. Mungkin juga kerana pilihan yang agak terhad pada ketika itu, maka kasetnya antara yang selalu saya mainkan sehingga menjadi suka.

Mungkin sebab lainnya ada juga antara lagu-lagunya yang mengembalikan nostalgia saya di zaman The Years Of Decay (1989). Lagu seperti The Mourning After/Private Bleeding adalah salah satu contohnya. "Feel"nya hampir sama.


Yang menariknya walaupun mereka kehilangan 2 gitaris, Rob Cannavino dan Merritt Gant secara serentak. Tetapi sound mereka masih tetap Overkill. Kemasukan gitaris baru, Joe Comeau dan Sebastian Marino seolah-olah tidak terasa. Mungkin kerana tulang belakang Overkill adalah D.D. Verni dan Bobby "Blitz" Ellsworth. Selagi mereka berdua ada, selagi itulah Overkill akan tetap ada. Sememangnya mereka berdualah yang menentukan hala tuju dan penciptaan lagu Overkill.

Secara kesimpulannya, The Killing Kind bukanlah tak bagus tetapi ianya juga bukanlah sesuatu yang istemewa untuk menjadi klasik thrash seperti Horrorscope dan Years Of Decay.




Thursday, December 11, 2014

W.F.O.

Thrash yang dah 20 tahun....


Overkill - W.F.O. (1994)

Mereka sangat underated. Tidak banyak band thrash yang terus menerus bertahan di zaman 90an. Metallica, Megadeth, Anthrax dan banyak lagi telah berubah. Mereka tidak terkecuali. Album sebelumnya I Hear Black (1993) menyaksikan mereka juga terkena penangan groove metal.

Namun begitu untuk W.F.O. ("Wide Fuckin' Open") mereka kembali bermain thrash. Walaupun ianya bukanlah 100% thrash yang asli. Masih ada bayangan groove metal tetapi sekurang-kurangnya dapat juga mengembalikan nostalgia zaman thrash 80an terutamanya bahagian rif keras hanguk kepala dan chorus "singalong"nya yang catchy.

Suatu yang berbeza untuk album ini adalah sound bass D.D. Verni yang agak kuat. Terlalu kedepan kadang-kadangnya mengatasi bunyi gitar Rob Cannavino dan Merritt Gant. Agak pecah juga sound radio mini compo cap ayam saya bila volume dinaikkan.


Antara lagu yang menarik adalah Where It Hurts, Fast Junkie dan Bastard Nation. Sayangnya kali ini mereka tidak meneruskan trademark lagu-lagu slow thrash mereka seperti "Soulitude" dan "Shades of Grey". Satu-satunya lagu slow adalah Instrumental "R.I.P. (Undone)" yang mereka tujukan khas buat mendiang Criss Oliva (Savatage).

Walaubagaimanapun tabik buat mereka. Tak kisahlah kalau asyik bertukar anggota. Yang pentingnya Bobby "Blitz" Ellsworth dan D.D. Verni terus menerus memperjuangkan irama thrash mereka tanpa mengira zaman.

Salut!










Monday, July 22, 2013

I Hear Black

Lagi thrash yang 20 tahun




Overkill - I Hear Black (1993)


Setelah dihidangkan dengan 2 album klasik thrash, The Years Of Decay (1989) dan Horrorscope (1991), I Hear Black sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan. Perubahan arah tuju muzik metal di awal tahun 90an sememangnya memberi kesan kepada band-band thrash yang lainnya. Overkill juga tidak terkecuali. Di kala thrash metal hampir mati. Tiada lagi falsafah "faster is better". Majoriti band thrash inginkan "Black album" versi mereka, maka untuk Overkill, lahirlah I Hear Black.



Memang ini bukan Overkill yang biasa. Temponya lebih perlahan, gelap dengan melodic dan riff yang lebih catchy. Namun feel ala-ala Black Sabbath yang biasa pada mereka masih ada. Groove ala Pantera juga menjangkiti mereka, jelas kedengaran dalam lagu "World of Hurt". Lagu slow mereka tetap awesome. Pernah saya katakan dulu, band-band thrash memang sedap kalau buat lagu slow. "Shades of Grey" memang sebuah lagu slow thrash yang baik.



Mungkin jika anda mahukan thrash yang laju, anda akan kecewa. Tetapi jika sukakan sound yang berat. I Hear Black sesuai untuk anda. Yang menariknya selain shredding guitars Merritt Gant dan Rob Cannavino, bunyi bass D.D. Verni sangat menonjol. Pastikan anda mempunyai sistem hi-fi yang bagus untuk menikmatinya (heheh..). Dan pada saya Bobby "Blitz" Ellsworth benar-benar menyanyi untuk album ini. Penggunaan vokal terbaik beliau setakat ini.

Kalau ini album experimen, pada saya mereka berjaya. Mereka kembali bermain laju dengan album berikutnya. Kalau ada gelaran Big 5 of thrash, sudah pasti Overkill termasuk dalam pilihan saya.



Friday, September 9, 2011

Horrorscope

Dah lama tak cerita pasal album2 dari tahun 1991...kali ni aku bukak cerita pasal Overkill - Horrorscope.



Kalau ada Big Five atau Big Six dalam thrash metal...aku rasa kumpulan berasal dari New Jersey ni patut di ambil perhatian...aku sentiasa ada soft spot untuk Overkill...dalam zaman2 pertengahan hingga penghujung 90an...zaman2 aku dah kurang ambik tau pasal dunia muzik metal...sesekali masuk kedai kaset..tetap jugak aku membeli kaset2 dorang...

Horrorscope adalah kesinambungan dari The Years Of Decay...2 album Overkill yang paling aku suka...bezanya dari segi jabatan gitarnya...kalau sebelum ni dah dibiasakan ngan sound gitar Bobby Gustafon...aku mulanya agak was was ngan arah tuju Overkill bila dia di pecat...tapi kemasukan 2 orang sekaligus...bukannya seorang gitaris...Merritt Gant and Rob Cannavino berjaya menangkis segala kemusykilan aku...



Overkill kembali dengan lebih bertenaga...bak kata Acha Septriasa & Irwansyah...Berdua lebih baik...hehehe...2 gitaris baru ni berjaya menghasilkan sound lebih berat dan riff2 thrash yang buat kita lupa pasal Bobby Gustafon...pada aku Overkill tak kira zaman siapa gitaristnya...tetap konsisten menghasilkan riff2 yang bagus...salah satu sebab kenapa aku suka Overkill...

Pada aku produksi album ni terbaik...terang dan jelas...sound balance...suara Bobby "Blitz" yang pada aku kekadang bunyinya aneh...tapi itulah yang uniknya...cukup ngam dalam album ni...memang aku takder nak komplem apa2 pasal album ni...antara yang paling aku suka dari tahun 1991...

Banyak lagu2 best dan power..."Coma","Blood Money","Thanx for Nothin'","New Machine","Nice Day...for a Funeral" dan yang paling aku tertarik lagu cover instrumental "Frankenstein"... dorang telah berjaya meng"overkill"kan lagu klasik 70an ni dengan baik sekali...terbukti ketiadaan Bobby Gustafon memang tak meninggalkan kesan...dan tak lupa lagu slow thrash "Soulitude"...kan dulu aku dah cakap band2 thrash memang dasat kalau sesekali buat lagu slow...memang feel ahh...



Secara kesimpulannya...ketika kebanyakan band2 besar thrash sekitar awal 90an seolah2 dah pancit...Overkill tetap bertenaga...salah satu album yang wajib ada kalau korang kononnya thrash...rekomended!!!

Saturday, March 13, 2010

The Years Of Decay

Dah berapa minggu layan rock 70’s jer…kini back to the future…tak future jugak la…balik ke tahun 1989 ajer…Overkill - The Years Of Decay.



Kalau citer bab thrash metal…mesti the big 4 je dapat nama…atau paling sipi2 pun Testament atau Exodus…jarang orang sebut pasal Overkill..tapi bagi aku dorang adalah antara band thrash yang bagus…sepatutnya layak mendapat pengiktirafan yang lebih tinggi.

Sama seperti Anthrax, mereka adalah pengerak thrash metal bagi kawasan pantai timur US…Album The Years Of Decay ni merupakan album pertama Overkill yang aku ada…sebelum tu selalu nampak logo Overkill – Under The Influence kat kartun2 lukisan Cik Li dalam Gila Gila…tapi tak berpeluang nak dengar sehingga la kaset The Years Of Decay ni ada di jual kat kampung aku…




1st time dengar je aku dah melekat…antara album2 thrash yang aku rekomended…walaupun album pilihan aku dari dorang adalah Horrorscope…tapi The Years of Decay jugak ada banyak lagu2 best…antara yang menjadi thrash anthem aku adalah Elimination…lagu yang memperkenalkan Overkill ke media mainstream…lain2 yang boleh buat hayun kepala adalah Time To Kill, Nothing To Die For dan lagu penutup yang terbaik E.vil N.ever D.ies…ini baru thrash metal beb…

Selain 4 lagu yang full speed assault tu…ada jugak sebuah lagu yang hampir2 ballad atau memang ballad kot…lagu yang jadi tajuk album ni iaitu The Year Of Decay…memang feel lagu ni…dulu ada sorang kawan aku tanya…naper band2 thrash ni tak nak buat banyak2 lagu ballad camgini…kan ke sedap…tapi memang betul per…lagu2 ballad Overkill dan Testament memang best per…Cuma dulu2 malu nak ngaku…tak ganas la kan…tapi yang sebenarnya dalam hati ada taman…hehehe…




Ada jugak sebuah lagu…yang aku tak berapa minat…pasal slow sangat…tapi kepada kawan aku yang kaki Black Sabbath memang suka…Playing With Spiders/Skullkrusher..bagi aku kalau lagu ni laju sikit mesti best...

Suara vocalistnya Bobby Ellsworth nak kata best ker tak tu kena ikut telinga memasing la..ada yang nyampah…macam suara Dave Mustaine jugak la...tapi bagi aku ok jek…lain dari yang lain per…walaupun bukanlah sehebat suara Joey Belladona (Anthrax)..tapi gitarist dia Bobby Gustafson tu memang dasat…memang shredder…laju…tapi bab2 melodi dia pun dasat…sayangnya inilah album terakhir dia bersama Overkill…perbalahan arah tuju muzik Overkill menyebabkan dia dipecat….


gambar stail camgini sebelum Metallica buat..Overkill dan Search dan buat dah... :p

apa2 pun album ni memang banyak nostalgia maza zaman2 ITM aku...antara album2 heavy tahun 1989 yang selalu berputar kat walkman aku selain Beneath The Remains,Extreme Aggression,Agent Orange,Practice What You Preach,Alice In Hell,Altars Of Madness,Handle With Care,Fabulous Disaster,Blessing In Disguise,Thrash Zone,Nothingface,Symphonies Of Sickness,Slowly We Rot,Control By Hattred/Feel Like Shit...Deja Vu dan apa lagi ek..dah tak leh nak recall dah...apa2 pun 1989 memang banyak album thrash yang best..tu belum masuk yang heavy/hard rock lagi...macam Gutter Ballet,Skid Row,The Real Thing,Big Game,Dr Feelgood,Slip Of The Tongue,Trash,Pump,Extreme,..Twice Shy,The Great Radio Controversy,Headless Children...and the list goes on and on...

kesimpulannya...kalau nak dengar album thrash 80's...The Years Of Decay sememangnya antara yang patut jadi pilihan.