Showing posts with label Opeth. Show all posts
Showing posts with label Opeth. Show all posts

Thursday, February 6, 2025

The Last Will and Testament

Lagi album dari tahun lepas... 

Opeth - The Last Will and Testament (2024)

Antara album yang cuba nak suka tetapi tak berjaya. Opeth semakin menjadi progressif. Bak kata Deaf pun ini adalah muzik untuk bijak pandai. 

Bukanlah nak kata tak bagus. Tetapi ia tidak kena dengan selera, Saya kurang enjoy dengan muzik sebegini. Selepas penat berkerja saya cuma mahukan muzik yang rock n roll dan mudah hadam. Tak perlu lagi stress kan kepala. Tetapi bagi yang sukakan muzik progressif, The Last Will and Testament mungkin adalah album terbaik 2024 pilihan anda.

Mereka kembali menggunakan vokal growl di beberapa bahagian.  Dan ianya mengingatkan yang mereka secara dasarnya masih sebuah band death metal.

Album yang bagus tetapi bukan untuk saya.


Sunday, March 8, 2020

In Cauda Venenum

Cadang nak buat entri Belantara 20022020.... tapi kekangan masa dan idea buat ianya tersangkut. Hmmmm....layan yang ini dulu lah... ni pun dah berbulan tersangkut dalam draf...


Opeth - In Cauda Venenum (2019)

Kalau sebut Opeth, teringat zaman bertukar-tukar cd mp3 dengan rakan-rakan dari Forum Metal Terus. Hujung 90an...awal 2000an gitu kot. Tak berapa ingat dah. Zaman tengah kemaruk chatting di chat room dan forum. Internet pun masih guna dial up Jaring 1511 ataupun TM 1515 dengan modem Aztech 56k. Tu pun dah kira canggih zaman tu...hahaha...

Sekarang Forum Metal Terus pun dah tak ujud. Ramai juga yang sekarang menjadi rakan di FB. Tapi itulah...meriahnya dah tak macam dulu dulu. Semua pun dah berusia. Zaman tu belum pandai download lagu. Napster pun baru ujud kot. Nak beli cd pun belum ada e-bay. Jadi pilihan yang paling murah adalah membeli atau trade cd mp3 album-album yang tak jumpa di pasaran Malaysia. Satu cdr tu boleh sumbat lebih kurang 10 album. Pandai juga dorang meniaga.

Opeth adalah salah satu band yang saya kenal melalui pembelian cd mp3 dari rakan-rakan. Zaman mereka masih growl bukannya clean vocal macam sekarang. Zaman album-album seperti Orchid, Morningrise, My Arms Your Hearse dan Still Life. Tetapi memang tak pernah membeli cd original mereka. Tak pasti kenapa. Mungkin susah nak jumpa ianya di jual di pasaran Malaysia.


Lama juga meninggalkan muzik mereka. Album-album popular mereka selepas dari itu seperti Blackwater Park dan Ghost Reveries pun setakat dengar sambil lalu. Entahlah... mungkin kurang bersesuaian dengan jiwa. Bukannya muzik mereka tak bagus. Tetapi muzik yang terlampau progresif macam mereka memang ada sedikit masalah untuk saya hadam.

In Cauda Venenum pun beli secara rawak. Suka gambar covernya. Mereka sudah sampai tahap yang tak perlu meletakkan nama di cover album. Begitulah besarnya mana Opeth pada zaman sekarang. Terutamanya untuk yang bergenre progressive metal atau rock.

Kalau anda peminat progressive, ini memang makanan anda. Memang bagus. Majoriti memberikan rating yang tinggi dalam ulasan mereka. Dengarlah nasihat pakar...saya bukan!...hahaha...





Tuesday, February 11, 2020

Cd 2019 - Bahagian 17

Lagi cd-cd keluaran tahun lepas yang tak sempat nak tayang...

Acid Reign - The Age of Entitlement

Opeth - In Cauda Venenum

Acid Reign adalah antara band thrash dari UK yang menjadi kegemaran. Terus jadi minat sejak kali pertama mendengar lagu mereka pada tahun 90an. Ini adalah album "comeback" mereka setelah kali terakhirnya pada tahun 1990.

Opeth pula membawa kenangan ke zaman trade dan sedut MP3 awal-awal Y2K dulu. Suka album-album awal mereka tetapi tak pernah beli pun cdnya. Ini adalah yang pertama...