Showing posts with label Metalian. Show all posts
Showing posts with label Metalian. Show all posts

Wednesday, March 5, 2025

Gila Format - Identiti

Yang terkini berjaya di"gila format"kan...

Metalian - Identiti (1987)

Antara yang tak terfikir akan berjaya di"gila format"kan. Bukannya mudah nak dapat versi piring hitam.

Terjumpa ianya di jual di acara tahunan JB Collectors Market yang diadakan di JBCC bulan lepas. Dengan harga jualan RM100, ianya memang susah untuk dilepaskan


Saturday, December 23, 2017

Identiti

Dah dekat-dekat hujung tahun sebelum terlupa...


Metalian - Identiti (1987)

Satu lagi album rock melayu yang menyambut ulang tahun ke 30. Rasanya dalam 5 buah band Juara Juara Rock, mereka adalah yang pertama mengeluarkan album solo. May - Dilema,  Febians - Febians dan Burnmark - Burnmark's semuanya dikeluarkan dalam tahun 1988.

Antara band rock terawal dengan imej mat pejabat. Walaupun begitu muzik mereka tetap rock. Banyak lagu yang catchy. Tetapi ntah kenapa ianya agak kurang mendapat sambutan. Sayang, band yang bagus dengan lagu-lagu ciptaan sendiri seperti mereka kurang mendapat perhatian.


Namun begitu, lagu "Erti Persahabatan" agak popular juga di radio berbahasa melayu Singapura suatu masa dahulu. Memang sedap lagu ni. Tetapi untuk saya ada 2 buah lagu yang cukup saya suka. Pertamanya lagu mid tempo, "Khayalan" dan satu lagi lagu slow, yang ada solo "Turned To Stone" dan "Strangers In The Strangeland", "Senyum Bukan Tangisan".

Dengan adanya cd reissue 2016, dapat jugalah mengimbau kenangan silam walaupun sound cd tersebut memang banyak yang boleh dipertikaikan.

Untuk edisi merapu 7 tahun yang lalu...klik >SINI<










Monday, July 10, 2017

Juara Juara Rock




Juara - Juara Rock 1 & 2

30 tahun dah. Yang kaset tu dulunya dibeli dengan harga RM2.50. Sebagai budak sekolah yang duit belanjanya hanya 50 sen sehari manalah termampu nak beli versi yang asli. Tu pun seminggu ikat perut tak makan kat kantin.

Sekarang dah ada versi cd. Tapi sayangnya dari segi sound bukanlah yang tebaik. Mendap. Produksi cd ni rasanya dibuat secara tergesa-gesa. Tak taulah copy dari mana. Maklumlah ketika itu tengah kemaruk dengan cd-cd reissue. Biasalah label nak "cash-in" cepat.

Apa nak buat....tapi sekurang-kurangnya...tengok gambar cover ni pun dah cukup membuatkan saya kembali ke umur 16 tahun semula...those were the best day of my life....




Wednesday, July 27, 2016

Juara Juara Rock

Cukup sudah....





Kaset dan cd dah ada...Kalau ada yang nak sedekahkan piring hitamnya pun boleh jugak..haha...

btw...sayang sungguh...Scandals tiada album solo....






Tuesday, January 26, 2016

Juara Juara Rock 1

Lagi cerita perihal cd keluaran semula...


Juara Juara Rock 1 (1987) - keluaran semula 2015

Sebuah lagi album yang mengamit memori. Kompilasi ini muncul dikala demam heavy metal melayu sedang meletup. Selepas Search Cinta Buatan Malaysia dan Battle of the Band,  Juara Juara Rock andalah antara album terpenting dalam sejarah rock/heavy metal melayu.  Segala kompilasi selepasnya (kecuali Clash of the bands - yang keluar hampir sama waktunya) adalah sekadar mengikut trend semasa.

Betul-betul kemaruk zaman tu. Maklumlah masa tu tak banyak mana lagu rock dan heavy metal berbahasa melayu. Pernah juga mendengarnya secara berterusan selama 4 hingga 5 jam lebih ketika mengecat rumah di kampung. Boleh bayangkanlah bagaimana barai dah kasetnya sekarang. (dah lah kasetnya kaset cetak rompak)

Ini adalah antara album yang menjadi bahan bualan di sekolah. D'Febians - Peperangan dengan Creeping Death - Metallica. Lagu-lagunya juga menjadi antara yang terawal kami bawa ke studio jamming. Lagu "Secebis Rayuan" dan "Tetap Di Sini" adalah antara lagu wajib bagi kami pada ketika itu. Zaman-zaman baru belajar pegang gitar karan, gitar bass dan set drums yang sebenar, mana la berani nak jamming lagu-lagu yang heavy. Zaman tu nak cari sound pun tak pandai. Cucuk kat amp terus jalan...


Satu-satunya lagu yang saya kurang berkenan dari kompilasi ini adalah lagu  "Kembalilah Semula" dari MAY. Bab melewehnya tu membuatkan saya sering menekan butang "Fwd"'. Tetapi lagu-lagu lainnya memang sedap-sedap belaka.

Walaupun ada typo, terimakasihlah kepada mereka yang berusaha mengeluarkannya semula dalam bentuk cd. Memang tak pernah terpikir pun. Memegangnya dalam bentuk cd membuatkan saya kembali terasa muda. Sekurang-kurangnya tertebus juga lah dosa masa dulu membeli versi cetak rompak. Bukan faktor budak sekolah tak berduit sahaja, tetapi pada ketika itu tak jumpa pun kaset original di kedai kaset di kampung saya. (Ulu Tiram). Sekitar tahun 1988 barulah senang nak dapat kaset yang asli...

Sedikit trivia...kalau ingatan saya betul, model dengan gitar bercabang di gambar cover tersebut adalah penyanyi bernama Ramziela.


untuk entri lain berkenaan album ni boleh klik di >SINI< dan >SINI<




Friday, January 8, 2016

Juara Juara Rock 2

Atas permintaan Deaf...sebenarnya kalau ikutkan nak buat ikut turutan yang pertama dulu sebelum yang ini...


Juara - Juara Rock 2 (1987) - keluaran semula 2015

Antara album yang dinanti-nantikan bila demam cd keluaran semula ini berlaku. Lepas NSR dan Universal Music/EMI, kini giliran Sony pula terjebak. Harap ianya akan berterusan...

JJR2 adalah salah satu soundtrack kehidupan awal remaja saya. Memang kesemua lagu-lagunya terpahat dalam kepala. Ianya bolehlah dikatakan sebagai zaman emas rock melayu sebelum merebaknya wabak rock leleh pada penghujung 80an ( tahun 1989 dan ke atas).


Ianya kali pertama dikeluarkan dalam bentuk cd dengan gambar cover yang asal. Tahun 2001 dulu pernah juga diterbitkan dalam bentuk cd tetapi dengan gambar yang cover lain dan lagu-lagunya dirojakkan bersama JJR1 dan JJR3 menjadi 2 volume cd.


Menariknya ianya mengekalkan rekabentuk seperti versi kaset yang asal. Sayangnya ada kesilapan typo bila nama Scandals di salah eja menjadi Scandais. Patutnya setiap syarikat rakaman melantik peminat/collectors sebagai editor sebelum dicetak supaya setiap rilisan tersebut benar-benar sempurna. Maklumlah ini semua khazanah negara. Kalau bukan kita yang nak jaga...siapa lagi? Lantik saya tanpa bayaran pun saya sanggup.


Dari segi sound pula, saya tak pasti dari mana sumbernya diambil. Adakah sama seperti cd keluaran 2001 kerana saya dapati soundnya ada sedikit tenggelam berbanding dari keluaran 2001. Tetapi secara keseluruhannya masih ok. Bukanlah satu masalah sangat.

Apa-apa pun ianya sememangnya satu rilisan yang mengamit memori. Mengembalikan kenangan ketika saya berumur 16 tahun. Masa tu memang tengah kemaruk dengan muzik rock. Pada saya semua lagu best. Banyak sangat sentimental valuenya. Zaman-zaman baru nak berjinak-jinak dengan studio jamming.



Susah juga kalau nak pilih lagu mana yang paling saya suka. Kalau yang berat mungkin Derita "The Sentinel Judas Priest Bangsa - MAY dan Roda Penghidupan - D'Febians yang jadi pilihan. Kuasa II - Scandals pun sedap juga. Bila belajar Maths yang ada bab pasal kuasa 2 memang kepala otak terngiang-ngiang lagu ni.

Kalau yang perlahan saya pilih Bayangan Hidup - MAY. Tetapi 2 lagu dari Metalian,  Segala Untukmu dan Biarkan Aku Sendiri pun sedap.


*nak baca entri lama saya boleh klik >SINI<




Friday, April 23, 2010

Metalian - Identiti

Tak abis lagi pasal entry Juara Juara Rock…selepas MAY dan Febians…kali ini band yang dapat tempat ke 3 Metalian…dasat berat nama band ni…bunyi macam Metallica pulak..logo masa JJR2 pun ada iras2 Metallica....nasib lagu tak cilok Metallica...



Album ni diterbitkan pada tahun 1987…seingat aku selain dorang…Urgent dan Gersang pun berimejkan dressing kemas ala2 mat pejabat ni…tapi rasanya dorang la yang mulakan dulu trend ni…maklum la vocalistnya Thana tu kan cikgu..mestilah kena imej bersih kan…tapi aku tak leh lupa dressing dia ala2 Bruce Dickinson masa zaman2 JJR dengan kaki seluar masuk dalam stoking tu…very the rock 80’s...Thana ni jadi idola rakan sekelas merangkap 2nd gitarist band aku zaman sekolah dulu…maklum la dia sama2 bangsa India…zaman tu memang rata2 muzik rock ni bebudak melayu ajer…mana nak jumpa budak Cina India pakai seluar fit kasut high cut kat sekolah...dorang semua diskang seluar baggy...kawan aku ni jer spesis lain...nasib dia tak pergi sekolah kaki seluar masuk dalam stoking…hehehe….(to Visva @ Ali…lama tak jumpa lu bro…iyer dia dah masuk Islam pun…alhamdulilah…banyak campur budak2 rock melayu…akhirnya Allah bagi hidayah kat dia…jangan ingat rock jahat jer...sayang aku dah lost contact ngan dia…)


ni gambo cilok dari blog Deaf nak tunjuk korang camner gaya kaki seluar masuk dalam stokin...hehe


Metalian ni zaman2 JJR…aku suka jugak lagu Aku Tetap Disini…bagi aku Metalian ni lagu2 slow rock dorang dalam 3 edisi JJR semua pun sedap terutama Segala Untukmu…leleh ooo...kalau yang heavy aku suka lagu Kabus

Masa album ni diriliskan…aku memang tak harap sangat pun ianya album yang heavy…kalau ada lagu2 slow rock ala2 Aku Tetap Disini,Segala Untukmu pun aku dah cukup puas hati…kena pulak tengok cover kaset tu kan…tapi ternyata…boleh tahan jugak album ni...ada la beberapa lagu heavy...album ni agak melodic dan catchy...sekali dengar je dah boleh tangkap....kira boleh la..



Tetiba aku macam terajin pulak nak review satu2...

Side A
1 - Identiti - yang jadi tajuk album adalah salah satu lagu yang heavy…rabak jugak Thana tarik part chorus tu…tapi yang jadi standardnya band2 rock zaman tu isu ciplak la…Intro dia sebijik cilok Crazy Train Ozzy Osbourne…part yang suara aii..aii…tu pun ada…adoiiii….solo lagu ni dorang undang Man Kidal menyolo...boleh tahan la..lagu ni lirik ni mengambarkan identiti dorang kot...rock baju smart..

2 - Khayalan - sebuah lagu yang moderate…layan gak melodi lagu ni…catchy...aku suka..best..satu2nya lagu yang bukan gitaris dia Lan cipta...yang lain semua dia tapau...ntah sapa Eric Hoo ni ntah..

3 - Luka - lagu slow rock ala2 Aku Tetap Disini...tapi tak leh celen Aku Tetap Disini..

4 - Keyakinan Diri - Lagu heavy yang biasa2 je pada aku..tapi tetap catchy la...

5 - Kau Gadis Kota - Ni satu lagi lagu yang dorang undang Man Kidal menyolo...lagu heavy dan catchy...ok jugak la..

Side B

1 - Lorong Lorong Sepi - Lagu heavy lagi...melodi yang catchy lagi...Lord (Ella & The Boys) main synth untuk lagu ni...ni pun layan...best.

2 - Usah Kau Pergi - sebuah lagu slow yang sikit boring pada aku…meleweh...guna keyboards dan akustik gitar….tapi part Thana nyanyi Oooo...Oooo...sebelum masuk solo gitar last tu macam ada persamaan ngan lagu Holiday Scorpions la pulak…

3 - Senyum Bukan Tangisan - lagu slow ala2 Segala Untukmu...tapi tak leh celen Segala Untukmu...aku rasa Segala Untukmu lah lagu slow dorang yang terbaik...tapi lagu ni part solo dia aku dapat tangkap gitaris dia Lan tu cilok idea Turned To Stone Budgie…sebijik masa part mula2 solo tu...sama kes macam Kenangan Bersamamu Lefthanded…pastu sambungan solo tu pulak sebijik cilok solo Adrian Smith kat lagu Strangers In The Strangeland…gila banyak cilok dalam satu solo…errr…mungkin hanya satu kebutalan kot…heheheh…

4 - Erti Persahabatan - rasanya adalah lagu yang paling popular dari album ni..seingat aku lagu ni agak popular kat radio Singapura dulu…dan baru beberapa bulan lepas aku ada dengar lagu ni kat radio RIA Singapura…mungkin pasal tema sahabat tu ada jer orang yang akan request lagu ni…dulu aku tak berapa perasan sangat lirik lagu ni…tapi bila ada budak sekampung aku pinjam kaset ni pasal nak pasang lagu ni kat majlis perpisahan akhir tahun kat kelas sekolah dia...baru aku perasan...touching jugak lirik dia...aku tak sure vocal2 sapa dalam lagu ni...rasanya buka Thana sorang yang nyanyi...hmmm...memang sesuai jadi lagu tema untuk majlis2 perpisahan...

5 - Destinasi - lagu penutup...lagu heavy...aku macam ada rasa pernah dengar somewhere jer melodi lagu ni...ntah la...mungkin perasaan aku jer kot...



Kesimpulannya...album ni memang agak catchy la...dorang memang terer bab cipta2 lagu catchy ni...respek zaman ni...lagu cipta sendiri...album pun dorang terbitkan sendiri...tak tau kenapa dorang tak popular...tak cukup publisiti kot...nak kata pasal imej...Gersang boleh pulak popular dgn imej camgini...mungkin Man Bai tu kiut kot...(ni orang rumah aku cakap...hehehe)...tak silap aku ni album last Thana dengan dorang...lepas tu dia terus senyap...Metalian pun lepas tu jadi WOW....tu jam memang aku dah tak follow la...

kebetulan baru2 ni aku terjumpa FB Mr. Thana ni....kalau korang ada FB boleh try la add dia...

Friday, July 10, 2009

Juara Juara Rock

Entry deaf yang cuit sikit pasal kaset Juara Juara Rock inspired aku untuk entry kali ni..

tahun 87...tahun irama rock tengah menganas kat Malaysia...lahirnya kompilasi Juara Juara Rock ni...selain Battle Of The Bands dan Clash Of The Band..inilah kompilasi yang aku suka sesangat...menampilkan 5 buah kumpulan dari pertandingan Juara Rock iaitu May,D'Febians,Metalian,Burnmark dan Scandals...

inilah zaman dimana kumpulan rock masih betul2 bunyi rock...bukannya zaman awal 90an startnya rock leleh...lagu slow pun masih kuat touching rocknya..seingat aku zaman ni aku dan member2 memang ketagih nak dengar rock melayu...asik layan omputeh jer kan...so setiap rilisan kaset rock masa tu memang pastinya kita orang beli..tak kira sapa..Wings,Belantara,Gersang,Junction,Urgent,Desire,Penyengat,Love Hunter,FF dan macam2 yg aku pun dah lupa dah..gilir2 beli pastu dengar ramai2...kalau ada yg berkenan..boleh bawak jamming...hehe...those were the day...



tapi kaset Juara Juara Rock ni tak der gilir2...Tiga2 volume aku beli...pasal aku memang minat sangat...seingat aku JJR1 aku beli pirate..JJR2 mula beli pirate pastu upgrade ori..JJR3 memang beli ori...sayangnya JJR2 yg ori dan JJR3 aku tak tau mana dah hilangnya...tinggal 2 yg pirate ni ajer..



kemudiannya tahun 1998.. keluar pulak versi kaset remastered ni..dalam betuk 2 volume..terus aku beli jugak..kira upgrade dari pirate punya la...tapi Vol 1 nya pun hilang ntah kemana..seingat aku kaset ni beli kat Jaya Jusco Wangsa Maju,KL..




Last sekali keluar pulak versi cd ni pada thn 2001...memang aku nanti2kan la...tak pikir panjang terus beli (ni beli kat S'Mart Pandan,JB)...ada 2 volume...sayangnya versi cd ni tak complete...ada 2 lagu tak der...Pemuzik Muda - May dari JJR1 dan Insaflah - Burnmark dari JJR2...sayang sungguh..kenapa ek...kalau lagu melayu ni selalu sangat dorang kalau keluarkan semula atau remastered..mesti macam melepaskan batuk di tangga...sepatutnya album2 yang dah jadi khazanah negara macam JJR ni diriliskan semula dgn packaging yg sempurna...inlay yg dalamnya ada info yg lengkap...baru la generasi2 baru dapat info...ni ntah apa2..tapi nak buat camnerkan...dari takder langsung...baik ada..

Antara yang menarik seperti kebiasaannya adegan copy mengcopy la kan...Febian - Peperangan ngan Metallica - Creeping Death, May - Derita Bangsa ngan Judas Priest - Sentinel dan ada lagi yg aku dah tak ingat dah..

Bolehlah dikatakan kesemua lagu dari 3 volume ni aku suka...kalau memuda dulu 30 lagi ni semua aku hafal...anytime nak celen karaoke...hehe..nak kata mana satu kumpulan lagi best...susah...masing2 ada sound dan trademark sendiri...

Antara yg wajib korang dengar la...kalau yg heavy Pemuzik Muda(JJR1),Derita Bangsa(JJR2),Gadis Misteri(JJR3) - May, Kuasa(JJR1),Kuasa 11(JJR2),Gadis Kota(JJR3) - Scandals, Peperangan(JJR1),Roda Penghidupan(JJ2)- D'Febians, Kabus(JJ1)- Metalian, Insaflah(JJ2) - Burnmark

Yang slow aku suka Sketsa Sebuah Cinta(JJ3),Bayangan Hidup(JJ2) - May ,Secebis Rayuan(JJ1), Galeri Kasih(JJ3) - Burnmark, Tetap Di Sini(JJ1),Segala Untukmu(JJ2),Biarkan Aku Sendiri(JJ3) - Metalian, Cinta Pertama(JJ1),Kehilangan(JJ2) - D'Febians, Rindu(JJ1),Musnahlah Sebuah Impian(JJ2),Penantian Yang Tak Pasti(JJ3) - Scandals

pergh...kat 80 peratus dari total lagu..baik cakap semua jer ek...hehe...macam aku cakap awal tadi la..aku memang suka JJR ni...mungkin pada masa tu tak banyak rilisan rock melayu kan...so apa yang ada tu memang senang la nak lekat kat kepala...

Cuma satu yg sampai sekarang masih jadi tandatanya pada aku..sapa yer BOUL?..Pada yang tak tau BOUL ni la yang lukis cover untuk JJR2 dan JJR3...bukan tu saja..cover Search Mentari Merah dan Sofea Kembali pun dia yang lukis..ada sapa2 tau..


dari 5 kumpulan ni...semua dapat menghasilkan album solo kecuali Scandals...tak tau kenapa...padahal gitaris dia dasat2..Joe Wings dan Opie Bloodshed..nanti kalau rajin aku review satu2 kaset kat atas ni...

last...aku masih mencari Clash Of The Band..aku tau ada dikeluarkan dalam bentuk cd tapi sampai sekarang aku tak jumpa...sesapa yang ada ternampak kat mana2 sila bagitau aku..terimakasih.