Showing posts with label Masa Scarecrow. Show all posts
Showing posts with label Masa Scarecrow. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Masa Scarecrow

Demam album reissue berterusan...


Masa Scarecrow - Masa Scarecrow (1989) - reissue 2015

Tak pernah dengar pun dulu. Yang tahu cuma "Amanda Gadisku". Itu pun pasal rakan sebilik ketika  di ITM dulu rajin pasang rancangan radio Pilihan Bersama. Selalu lah dengar lagu tu. Tambah pula masa tu ada seorang siswi yang member-member gelar nama dia sebagai Amanda. Ntah apa ntah nama betulnya tapi memang cantik budaknya. Tu yang senang nak ingat tu...hahaha..

Cd ni dibeli untuk nak tahu apa yang saya tertinggal dengan rock melayu pada penghujung 80an dan awal 90an dahulu. Selepas 2,3 kali pendengaran, rasanya tak rugi apa pun. Album ini terlampau banyak sangat lagu perlahan yang leleh. Memang trend kot zaman tu semua berlumba-lumba nak buat lagu meleweh.


Selain lagu track pertama, "Raja Bersiong" yang rif, kerja gitar dan melodinya mengujakan saya (sedap lagu ni). Lagu rancak yang lain agak membosankan. Tak banyak pun lagu yang betul-betul rancak. Ada 3 kot. Yang lain semua perlahan atau mid tempo.

Saya lebih suka album kedua mereka, Doktrin Metos. Selain "Raja Bersiong", lagu perlahan "Kasih Yang Terseksa" dan "Amanda Gadisku" sahaja yang buat saya tertarik dengan cd ni. Yang lain-lain tu  saya skip.


**siapa ingat Edika Yusof? Glamer betul mamat dulu masa jadi model iklan rokok Kingsway...ntah mana ntah perginya sekarang...





Monday, July 6, 2015

Doktrin Metos



Masa Scarecrow ‎– Doktrin Metos (2015) (terbitan asal 1990)

Ini patut disokong. Tabik pada New Southern Records Sdn Bhd (NSR) kerana berani menerbitkan semula album lama seperti Doktrin Metos. Bosan juga bila kita asyik disogokkan dengan album-album kompilasi.

Usaha yang bagus tapi sayangnya masih ada yang perlu dikomplen. Soundnya setakat boleh dengar. Bunyi agak tenggelam. Memang terpaksa menguatkan volume. Ada yang mengatakan cd ini diambil terus dari kaset bukannya master tape asal. Mungkin betul mungkin tidak. Wallahu a’lam.

Covernya pula walaupun menggunakan kertas yang berkualiti (baunya tu betul-betul mengingatkan saya pada zaman unboxing kaset zaman budak-budak dulu) tetapi gambarnya tidak lengkap. Sepatutnya ada gambar band tetapi yang ada hanyalah sekadar lirik.

Secara jujurnya saya tidak pernah mendengar apatah lagi memilikinya sebelum ini. Penghujung tahun 1989 adalah zaman saya menjadi "true". Tak main la layan rock melayu. Ini semua poseur!!! hehehe...


Satu-satunya lagu dari mereka yang saya tahu pada waktu itu adalah Amanda Gadisku. Mungkin mereka nak tiru Boston agaknya. Itu pun pasal selalu terdengar lagunya di radio. Saya ingatkan lagu tersebut ada dalam album ini, rupanya tidak. Album ini mengandungi satu lagi lagu mereka yang popular iaitu "Patahnya Sayap Malam".

Secara keseluruhannya saya agak tertarik juga dengan lagu-lagu berat mereka. Rif gitarnya yang agak berat. Tetapi lagu-lagu perlahannya macam biasalah era 90an. Jenis meleweh.

Khabarnya banyak lagi yang akan diterbitkan semula oleh NSR. Kalau betul, memang bestlah. Tapi saya cukup teruja bila ada khabar angin yang mengatakan pihak Life Records akan menerbitkan semula Rintangan Hidup Dunia, Kekejaman, Bisa, Darjah Satu dan lain-lain dalam bentuk piring hitam. Kalau jadi memang parah la...Mana nak cekau duit oii!!!