Showing posts with label Marty Friedman. Show all posts
Showing posts with label Marty Friedman. Show all posts

Monday, September 6, 2021

Go Off!

Lagi pendengaran secara rawak ketika bekerja dari rumah...

Cacophony - Go Off (1988)

Antara album yang cukup popular dikalangan rakan-rakan yang kaki gitar shredder. Apa-apa sahaja keluaran dari Shrapnel Records memang sudah pastinya mengujakan terutamanya untuk para guitarist wannabe pada ketika itu. Saya yang "tangan bangku" untuk bermain gitar pula hanya setakat mendengarnya sambil lalu.

Saya tidak pernah membeli apa-apa kaset gitar hero. Saya tahu salah seorang rakan sekampung saya pasti akan membelinya. Beliau agak kemaruk untuk menjadi gitar hero. Makanya hampir kesemua kaset-kaset keluaran Shrapnel Records yang ada di pasaran pasti akan beliau beli. Ketika saya menutut di ITM pun begitu juga. Ramai rakan-rakan yang handal bermain gitar memiliki kaset-kaset dari Shrapnel Records. Saya hanya sekadar tumpang pinjam dan dengar...Bijak kan?😀

Tetapi yang betul-betul rasa teruja nak mendengar Cacophony adalah selepas Megadeth - Rust In Peace (1990). Bila dapat tahu yang Marty Friedman bermain untuk Megadeth, pada ketika itulah mula mencari semula kaset-kaset Cacophony, album solo Marty - Dragon's Kiss dan tidak terkecuali juga Jason Becker - Perpetual Burn.

Go Off sama juga seperti album pertama mereka, Speed Metal Symphony adalah album yang menonjolkan kehebatan Marty dan Jason. Cumanya pada saya Go Off lebih memberi ruang kepada Peter Marino untuk menyanyi. Sayangnya pada saya itulah kesilapannya. Kelemahan utama Cacophony adalah di bahagian vokal.

Tapi tak kisahlah. Sesiapa pun yang mendengar album ini tujuan utamanya adalah untuk mendengar hasil kerja tangan bijaksana dari Marty dan Jason. Dan ianya memang sangat bagus. Sangat bagus tu maksudnya untuk yang minat gitar shredder lah. Yang kata main laju-laju nak pergi mana tu pergilah dengar album lain... 


Thursday, November 23, 2017

Speed Metal Symphony

Yang dah pun berusia 30 tahun...


Cacophony - Speed Metal Symphony (1987)

Kenangan zaman menuntut di ITMCJ. Ramai kaki shredder. Dari mereka lah saya belajar (bukan belajar main gitar...itu memang tak pandai-pandai...telah ditakdirkan tangan bangku 😀), belajar mendengar kaset-kaset shredder dari Shrapnel Records. Ini adalah salah satu darinya,

Dari sini mula tahu Jason Becker dan Marty Friedman. Pernah juga memiliki kaset solo mereka, Perpetual Burn dan Dragon's Kiss. Sayangnya dah hilang entah ke mana. Baca tajuk album pun dah boleh agak macamana isinya. Memang laju. Solo-solo gitar shred yang laju. Ianya bukanlah sebuah album untuk majoriti pendengar. Jika anda mahukan bluesy melodies, sing-along choruses, slow arpeggios, lagu-lagu balada menusuk kalbu. Ini sememangnya bukan untuk anda.


Ianya sebuah album untuk pemuzik terutamanya gitaris dan peminat muzik gitar. Tetapi jika anda seorang gitaris/peminat muzik gitar yang sering berkata “laju laju ni nak pergi mana”. Maka ianya juga bukan untuk anda.

Jason Becker dan Marty Friedman benar-benar menyerlahkan kehebatan mereka disini. Sayangnya, jika mereka mempunyai vokalis sehebat Jeff Scott Soto dan  produksi yang lebih baik, pastinya album ini akan jadi lebih menarik.

Khas untuk pengemar shredder.