Entri yang sepatutnya diterbitkan tahun lepas tetapi terlajak....
Album yang dah
10 11 tahun.
Manowar - Warriors of the World (2002)
Album yang membuatkan ramai peminat lama jadi tawar hati kepada mereka termasuklah saya. Track pertama
"Call to Arms" sebenarnya adalah sebuah lagu yang agak bagus juga tetapi 4,5 lagu selepas itu lah yang menjadi puncanya ramai yang tak suka.
Manowar cuba menunjukkan sikap patriotik mereka selepas peristiwa 9/11. Sayangnya mereka memilih untuk menjadi meleweh dengan lagu-lagu jenis opera. Ok,
Master Of The Wind juga adalah lagu yang meleweh, tetapi kalau ada 4,5 lagu meleweh dalam satu album kononnya true metal memang agak membosankan juga.
Kaset ini saya tinggalkan dalam gerobok tak terusik sehinggalah sekarang. Mendengarnya semula (secara download, radio kaset saya dah rosak) selepas
10 11 tahun dengan usia yang semakin
tua dewasa memungkinkan saya mendengarnya dengan pemikiran yang lebih terbuka.
Kesimpulannya
Warriors Of The World takderlah seteruk mana. Layan jugak sesekali bila mendengar
Eric Adams cuba untuk menjadi
Luciano Pavarotti. Tetapi apa yang dulunya saya tak perasan adalah 3 lagu terakhir dari album ini. Oleh kerana selalu berhenti mendengar selepas track ke 3 atau ke 4
"Hand of Doom," "House of Death," dan
"Fight Until We Die" adalah hidden gems yang saya terlepas pandang. Ini lah apa yang peminat lama Manowar mahukan. Hard, heavy, and brutal!. Tak kisah lah kalau liriknya balik-balik Kill, Die,Sword,Death,Metal.Steel dan lain lain tu. Dah namanya Manowar, kalau tak macam itu....ianya bukanlah Manowar kan?