Showing posts with label M Nasir. Show all posts

Thursday, November 27, 2014
Throwback Thursday : Kembara Hati Emas
Terimakasih kepada Y.A.B Tuan Portdy kerana berposah-posah untuk membelikannya...untuk ulasan lengkap...tungguuuuuuuuuuuuuuu.....
Monday, July 29, 2013
Canggung Mendonan
Album pop melayu terbaik yang dah 20 tahun
M. Nasir - Canggung Mendonan (1993)
Tak pasti dengan anda, tapi bagi saya ini adalah antara album pop melayu terbaik sepanjang zaman. Saya mula meminati M.Nasir sejak dari zaman Kembara hinggalah di zaman rock 80an. Antara memori yang tak dapat saya lupa, ketika darjah 6, saya dan rakan-rakan sekelas pernah audition lagu "Express Rakyat" untuk konsert sekolah. Sayangnya kumpulan kami tidak terpilih. Kawan yang bawa lagu Kojo No Tsuki versi Scorpions pun tak terpilih. Cikgu pilih yang bawa lagu kanak-kanak. Alahai...tak rock sungguh cikgu zaman tu.
Tetapi di penghujung 80an, saya mula meninggalkan rock melayu termasuklah M.Nasir. Saya mula dikenalkan kembali kepada M.Nasir oleh rakan sebilik semasa di ITM melalui album Saudagar Mimpi. Tapi tak cukup terkesan. Jiwa metal saya masih kental ketika itu sehinggalah apabila saya mendengar lagu Sentuhan Listrikmu. Ntah kenapa lagu ini benar-benar membuka hati saya. Mungkin ketika itu saya tengah hangat berfeeling-feeling bercintan. hahaha...Sentuhan Listrikmu lah yang tergerak hati nak beli kaset ni.
Pada saya ini adalah album pop melayu yang lengkap. Lagunya penuh dengan melodi kemelayuan yang pelbagai. Ada juga balada, slow rock, pop rock malah jangan tak percaya, Abang M.Nasir juga boleh rap. Lirik -liriknya agak mencabar minda apatah lagi lirik-lirik yang di tulis oleh Arwah Loloq. Memang kekadang kena buka kamus. Anda tau apa makna mendonan?
Sangat sesuai kepada yang mendengar muzik bukan hanya sekadar mendengar. Ada semangat, ada protes, sejarah, romatis, isu semasa, pengorbanan dan macam-macam lagi yang boleh kita jumpa dalam lagu-lagunya. Itu pun jika anda yang jenis rajin mengkaji. Jika tidak. Enjoy mendengar muziknya pun cukup dan tersangat best dah. Kalau tak silap saya ini lah tahunnya M.Nasir kena banned dengan RTM kes isu "Siapa Mahathir" tu kan?. Ini zaman M.Nasir masih memberontak. Biasanya zaman-zaman beginilah yang selalu menghasilkan masterpiece. Dan Canggung Mendonan adalah masterpiece M.Nasir setakat ini.
Selain Sentuhan Listrikmu dan lagu-lagu berimej pop melayu yang popular seperti Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Tanya Sama Itu Hud Hud dan Bonda, saya juga cukup suka lagu Bukalah Hatimu. Mungkin kerana lagu ini sedikit rancak temponya. Begitu juga lagu balada Aduhai! Kasih! Aduhai!. memang feeling habis. Dan tak lupa juga Wadi. Solo Kid Search dalam lagu ini memang berjiwa.
Sangat rekomended!

Labels:
1993,
cd,
kaset,
M Nasir,
rekomended,
Smells Like Teen Spirit 90's,
unmetal
Subscribe to:
Posts (Atom)