Showing posts with label Lizzy Borden. Show all posts
Showing posts with label Lizzy Borden. Show all posts

Monday, September 10, 2018

Cd 2018 pt 3

Lagi cd terkini yang sempat di sambar...


Lizzy Borden - My Midnight Things / TNT - XIII / Ghost -Prequelle / Dee Snider - For the Love of Metal


3 darinya adalah apa yang digemari sejak dari zaman remaja manakala yang satu lagi adalah antara band terkini yang berjaya memikat hati.



Monday, September 11, 2017

Visual Lies

30 tahun pada 5hb September yang lalu,,


Lizzy Borden - Visual Lies (1987)

Setiap kali buka youtube, tengok video clip Twisted Sister, WASP atau Lizzy Borden...memang rasa rindu sangat nak balik tahun 80an. Mungkin generasi sekarang mencebek mengejek. Hanya mat rock yang membesar di zaman 80an yang akan faham.

Lizzy Borden bolehlah dikatakan seangkatan atau lewat sedikit dengan Twisted Sister dan WASP. Kenapa disebut 2 band ini adalah kerana imej Lizzy Borden memang seakan-akan sama dengan 2 band tersebut. Tetapi tak pasti di mana silapnya mereka agak kurang menonjol.


Kalau nak kata lagu tak sedap, cuba dengarkan "Me Against The World". Punya la sedap. Setanding dengan "We're Not Gonna Take It" ataupun "L.O.V.E Machine". Nak kata bab vokal, Lizzy Borden punya suara memang "on par" dengan Dee Snider mahupun Blackie Lawless. Malah gitarisnya, Joe Holmes pernah jagi pengganti Jason Becker dalam David Lee Roth Band dan juga pengganti Zakk Wylde untuk Ozzy Osbourne. Makanya bukan calang-calang pemuzik.

Mungkin kekurangan mereka kerana tiadanya lagu-lagu power ballad /slow rock ala "The Price" ataupun "Sleeping (in the fire)" untuk mereka menembusi pasaran mainstream. Contohnya album Visual Lies, memang tak ada satu pun lagu slow. Yang ada pun setakat mid tempo.

Apa-apa pun album sebegini sememangnya menjadi kegemaran saya ketika awal remaja dahulu sebelum mula terjerumus dengan muzik metal yang lebih ekstrim.



Wednesday, August 30, 2017

Underated 80's metal

Antara yang terkini dalam simpanan...dulu hanya sekadar melihatnya di majalah..


Icon - Icon (1984) / TKO - In Your Face (1984) / Lizzy Borden - Terror Rising/Give 'Em the Axe (1987/1984) / Autograph - Sign In Please (1984)


*tiada siapa boleh menafikan yang era terbaik untuk heavy metal adalah di tahun 80an...banyak sangat yang best...banyak sangat yang underated....kalaulah ada mesin merentas masa....