Showing posts with label Led Zeppelin. Show all posts
Showing posts with label Led Zeppelin. Show all posts

Wednesday, June 7, 2023

Coverdale · Page

Antara yang baru dimiliki..

Coverdale · Page (1993)

Zaman remaja dulu memang tak berapa nak masuk lagu-lagu yang sebegini. Maklumlah tengah kemaruk dengan lagu-lagu hantu yang lebih ekstrem. Tetapi dengan peningkatan usia, sedikit sebanyak selera muzik pun semakin berubah dan bertambah matang. Yang dulunya tak boleh nak faham tetapi sekarang mungkin ianya boleh menjadi satu kegemaran.

Begitulah yang terjadi dengan album ini. 30 tahun dulu pernah cuba mendengar kasetnya. Tetapi tak boleh nak masuk. Teori saya yang mengatakan muzik sebegini adalah untuk golongan yang lebih dewasa adalah betul. Ianya memang berlaku kepada saya. 

Kalau dulu nak menghabiskan satu lagu pun gagal, tapi kini langsung tak ada masalah untuk mendengar keseluruhan album. Tak perlu skip mana-mana lagu pun. Tapi kalau kena pilih lagu paling suka, mungkin pilihan saya adalah balada "Take Me For A Little While" dan bluesy hard rock "Pride And Joy".

Album ini sebenarnya tak lari jauh dari bunyi Led Zeppelin dan Whitesnake terutamanya ketika zaman bluesy hard rock mereka. Tetapi disebabkan aura vokal David Coverdale yang kuat, saya rasakan yang ianya lebih kepada Whitesnake berbanding Led Zeppelin. Ianya tak ubah seperti Jimmy Page bermain gitar untuk Whitesnake.


Tuesday, August 10, 2021

Great Zeppelin

 Hiburan rawak bekerja dari rumah...

Great White - Great Zeppelin: A Tribute to Led Zeppelin (1998)

Saya bukanlah peminat besar Led Zeppelin. Bukan kerana apa pun. Ianya lebih kepada selera dalam muzik. Bagi saya Deep Purple dan Black Sabbath adalah lebih rock dan lebih metal. Pengaruh saya dari budak-budak pun lebih kepada Deep Purple. Satu-satunya album mereka yang saya betul-betul dengar ketika waktu remaja dulu pun cuma Led Zeppelin IV.

Manakala Great White pula ada beberapa album mereka yang saya ikut dan suka. Terutamanya 4 album terawal mereka. Tidak boleh dinafikan yang bintang utama untuk Great White adalah vokal Jack Russell dan petikan gitar Mark Kendall.

Vokal Jack Russell sememangnya menyerupai gaya Robert Plant. Sambutan hangat terhadap lagu-lagu cover Led Zeppelin yang mereka buat sebelum ini menyebabkan mereka membuat keputusan untuk merakamkan sebuah album khas secara live sebagai tribute mereka kepada Led Zeppelin.

Hasilnya memang tip top. Apa yang Led Zeppelin mainkan di studio, itulah yang mereka persembahkan. Tanpa ada sebarang pengubahsuaian. Mungkin ada yang tidak akan berpuashati kalau saya katakan yang saya lebih sukakan versi mereka berbanding versi asal. Maafkan saya kerana sebelum ini saya hanyalah pendengar casual Led Zeppelin. Tambahan pula saya membesar di zaman Great White. Mungkin ada perasaan berat sebelah di situ. 

Banyak lagu-lagu di dalam album ini yang saya tak pernah dengar atau mungkin juga pernah dengar tetapi cuma sekadar sambil lalu. Itu juga mungkin antara penyebabnya. Tetapi yang bagusnya, bermula dari sinilah saya mula mencari album-album Led Zeppelin dan rasa lebih  menghargai karya muzik mereka walaupun majoriti lagu-lagu mereka bukanlah yang kena dengan selera saya.


Thursday, July 29, 2021

Led Zeppelin II

 Hiburan rawak work from home...

Led Zeppelin - II (1969)

Tergerak hati untuk mendengar cd ini setelah mendapat perkhabaran yang seorang rakan (satu dorm ketika di ITM) telah kembali ke rahmatullah kerana angkara covid durjana. Sedih betul lah semakin hari semakin banyak dapat perkhabaran tentang mereka-mereka yang kita kenali menjadi mangsa Covid 19. Semoga kita semua terpelihara dan dijauhkan.

Tujuan mendengar cd ini adalah kerana ianya mengingatkan saya kepada arwah. Beliaulah yang mengenalkan saya kepada Led Zepplein. Sebelum dari itu saya hanya mengetahui beberapa lagu Led Zeppelin yang popular tanpa pernah mendengar keseluruhan album. Di dalam locker beliau tersusun kesemua album Led Zeppelin dalam bentuk kaset. Memang peminat setia sehinggakan kami menggelarkan nama beliau sebagai "Led". 

Walaupun sebenarnya ketika itu tak berapa nak masuk. Maklumlah ketika itu (tahun 1989) zaman remaja yang sedang kemaruk dengan muzik ekstrim terutamanya thrash. Album ini adalah yang pertama saya dengar dari koleksi beliau. Tak pasti kenapa. Tetapi elemen misteri dari gambar covernya membuatkan saya tertarik hati untuk mendengarnya. Tetapi macam yang cakap tadi la. Tak masuk pun pada ketika itu. Yang rasa tertarik cuma lagu Whole Lotta Love. Itupun kerana dah pernah mendengarnya sebelum itu.

"Fast forward" 30 tahun selepas itu, saya mula mengumpul cd-cd Led Zeppelin. Mungkin seiring dengan peningkatan usia dan minda yang lebih terbuka saya mula menghargai album ini. Antara kegemaran saya sekarang adalah "The Lemon Song" dan "Thank You".

Tapi sememangnya album ini bagus. Semua lagu pun sedap...Ramble on, Living Loving Maid dan sudah semestinya Whole Lotta Love. Sound bass John Paul Jones dalam album ini sememangnya lemak berkrim untuk sound-sound era rock awal 70an. Padu betul la....



Alfatihan untuk arwah Zulkifli Bin Jamaluddin. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang -orang yang beriman. Senyuman dan budi baiknya memang tak akan di lupakan sampai bila-bila....
Selamat jalan dan terimakasih sahabat....


Wednesday, December 19, 2018

Big Bad Wolf KL 2018 MIECC The Mines

Kebetulan berada di Kuala Lumpur minggu lepas. Sempat juga untuk berbig bad wolf.


Masa terhad. Memang terus menuju ke bahagian muzik. Sayangnya bahagian muzik kali ini agak kurang menarik. Adalah juga beberapa buah buku yang berkenan.


Jumlah kemusnahan = RM44.00. Yang masih bersampul plastik tu ntah bila agaknya nak bukak. Yang sedia ada dalam gerobok pun masih ada yang belum berbukak...kahhhhh...




Monday, August 24, 2015

Physical Graffiti

Klasik rock n roll yang dah 40 tahun usoanya pada februari yang lalu...


Led Zeppelin - Physical Graffiti (1975)

Saya bukan peminat tegar mereka. Sekadar mendengar secara kasual. Sedari dulu lagi saya tidak didedahkan dengan muzik mereka. Mula mendengar mereka hanya pada awal 90an melalui seorang rakan ketika menuntut di ITM. Itu pun tidak berapa nak masuk.

Physical Graffiti adalah album ke 2 Led Zeppelin saya selepas IV. Hanya baru-baru ini terasa hendak cuba mendegar muzik mereka secara lebih mendalam. Sama kes seperti ACDC. Sayangnya muzik mereka tak semudah ACDC.


ACDC muziknya straight heavy rock n roll/ blues yang "BOOM" terus depan muka. Manakala Led Zeppelin walaupun muziknya juga rock n roll dan blues, tetapi ianya pelbagai. Agak progressif. Ada ketikanya agak santai dan ada yang agak mellow dan meleweh. Saya memang agak sukar untuk menerima muzik yang terlampau meleweh. Ini menyebabkan agak susah juga pada mulanya untuk menghadamkan muzik mereka.

Pada selera saya, Physical Graffiti bukannya mudah. Tak semudah menyukai gambar covernya yang menarik (antara penyebab utama cd ini dibeli, kalau dapat versi lp tentu lebih menarik, lebih besar lebih jelas). Kebanyakannya lagu-lagunya jenis meleweh. Selain "Kashmir" (pada pandangan saya antara lagu terbaik mereka selain Stairway to Heaven), saya tidak pernah mendengar lagu lainnya.

Tetapi selepas berulang kali dengar, Ianya benar-benar meresap dalam jiwa. Contohnya, lagu "In the Light". Asalnya agak susah nak masuk. Agak meleweh. Tetapi selepas beberapa pendengarn, melodinya melekat kat kepala. Solo dan melodi gitar dalam lagu ini memang menusuk kalbu. Ini adalah antara lagu kegemaran saya dari Physical Graffiti.


Kalau tidak biasa dengan muzik sebegini, agak letih juga utuk menghabiskannya. Maklumlah panjang. Ada 2 disc. Saya lebih menyukai disc yang pertama terutamanya kerana lagu "Kashmir" dan sebuah lagu rancak yang sangat best, "Trampled Under Foot".

Amat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kerana hasil kerja gitar Jimmy Page yang sangat-sangat ohsem.

Terbaik!






Thursday, October 13, 2011

Led Zeppelin IV

Asyik buat yang 20 tahun jer kan...apa kata kita lompat yang 40 tahun...kali ni ke album dari tahun 1971...kalau ko kata album ni dah tua...bagaimanalah agaknya orang yang menulis blog ni yer...heheheh...



LED ZEPPELIN IV

Album ni sebenonya tak bertajuk...malah kalau kat kaver dia tu nama band pun tak tulis...tapi disebabkan ini album ke 4 Led Zeppelin...maka ianya dikenali sabagai IV...

Semasa aku budak2...tahun2 penghujung 70an...aku memang agak kurang terdedah dengan muzik Led Zeppelin...orang2 disekeliling aku lebih kepada Deep Purple,Scorpions,Rainbow ataupun UFO...menyebabkan lagu2 dorang yang betul2 tau aku tau cuma "Stairway to Heaven"...atau mungkin "Whole Lotta Love"...lain2 tu takat dengor gitu2 dan aku tak tau tajuk...

Sehinggalah pada tahun 1989...bila aku masuk ITM...ada sorang budak bilik aku yang giler Led Zeppelin ni...dia takder kaset lain dalam koleksi dia kecuali Led Zeppelin...sampai kan nick dia pun lekat kena panggil "Led"...bila aku suh dia rekomenkan salah satu kaset tu...dia pass aku kaset IV ni..."ko pernah dengar "Stairway to Heaven" kan?...cekidot lagu2 lain dalam ni..."

Start dari situ...aku jadi familiar ngan lagu2 dari album ni...walaupun aku pernah pinjam dan dengar album2 lainnya...tapi susah nak melekat...maklum la...di waktu itu aku memang tengah kemaruk thrash...tapi mungkin kalau sekarang ni dengor...memang boleh layan ahh...



Tu pasal bila suatu masa dulu aku terjumpa koleksi cd Led Zeppelin kat kedai...yang tergerak hati nak beli dah tentu2nya cd IV ni...memang sedap album ni...selain "Stairway to Heaven"...semua lagu macam "Black Dog", "Rock and Roll", "Misty Mountain Hop", "Going to California" tu best...cumanya yang aku agak kureng adalah "Four Sticks"....

walaupun dah 40 tahun usianya...album ni tetap terasa segar bila mendengarnya...memang tak makan usia la...(mungkin lebih kurang sama ngan penulis blog ini jugak...hahaha...)...so kalau ada orang yang mengatakan IV ni salah satu album terbaik yang pernah di hasilkan di dunia ni...aku tak akan bangkang la...walaupun secara peribadinya ianya tidaklah termasuk dalam list aku...

Wednesday, May 12, 2010

Whole Lotta Zep

Tu hari masa nak buat entry juara juara rock…kembur2 koleksi kaset lama ternampak pulak kaset ni…tak tau la rare ke tak…tapi Zan pernah buat entry pasal ni dulu…



Kaset Whole Lotta Zep A Malaysian Musicians’ Tribute to Led Zeppelin Live at the Hard Rock Café Kuala Lumpur ni aku beli tahun 1996 dulu…rasanya tajuk kaset ni tak berapa tepat…bukan semua yang terlibat tu Malaysian kan..

Senarai lagu dan artis yang terlibat..



Senarai pemuzik pengiring...
Hillary Ang (gitar)
Aznan Alias (gitar/akustik gitar)
Jay Jay (Bass)
Tom (Dram)
Ahmad Firdaus (Keyboard)




Rasanya aku bukanlah orangnya kalau nak review Led Zep ni…aku bukan into dorang sangat…aku cuma ada album IV ajer…so lagu2 Rock N’Roll, Stairway To Heaven dan Going to California memang aku familiar la…lagu2 lain banyak yang aku tau lagunya…tapi tak tau tajuknya…tapi lagu2 dari album ni memang antara lagu2 popular Led Zep…kalau korang bukan trOO black metal hutan mesti korang pernah dengar somewhere punya la…

Dari segi sound…kualiti rakaman live ni…Zan dah komen dah kat blog dia…memang bukan baik sangat pun…tapi apa yang aku suka dorang takder nak ubah2 sangat lagu2nya…aku memang menyampah kalau jenis buat tribute tapi cincang abis lagu2 tu jadi ntahapaapantah…sampai kekadang melodi pun lari…ada yang dengar pun tak tau lagu apa ntah…ni namanya buat rosak lagu jer…tak semestinya band black metal nak tribute band rock kena jadikan lagu tu black metal jugak…agak2 la…contoh tribute terbaik dari band yang berlainan genre bagi aku ialah Children Of Bodom…cekidout dorang cover Poison Talk Diry To Me



Paling aku suka dalam kaset ni ialah Whole Lotta Love – Ramli Sarip dan All My Love – Arab…mungkin pasal lagu asalnya pun memang aku minat….dan paling tak suka Babe I’m Gonna Leave You – Hattan...ntah la...pada aku Hattan ni kalau live...suka lebih2...tu yang aku tak suka tu..

Tapi bagi aku la…kalau nak dengar tribute Led Zep secara live yang paling best…pergi cari Great White album Great Zeppelin…bak kata member aku yang kaki Led Zep…album ni memang apa yang korang nak kalau Led Zep buat live....malah ada yang lagi best pun...dan tambah menariknya ada yang lagu2nya Led Zep sendiri pun bertahun dah tak pernah bawak live…kena pulak ngan vocal power dari Jack Russell...gitaris dia Mark Kendall tu jangan cakap la...antara gitaris yang aku minat dari era2 80an dulu...kalau korang minat Led Zep…memang konpem minat album live ni…ada yang kata Great White ni tribute band…tapi bagi aku apa yang dorang buat tu sama la macam Dream Theater buat untuk Iron Maiden/Metallica…satu penghargaan pada band yang jadi idola mereka..



Apa2 pun kalau minat Led Zepp boleh try la cari ke dua2 album ni…yang Great White tu kat ebay memang boleh jumpa….tapi yang Malaysia punya tu…hmmm…nasib2 korang la kan..