Showing posts with label Kiss. Show all posts
Showing posts with label Kiss. Show all posts

Tuesday, October 15, 2024

50 tahun Kiss

Yang menyambut ulangtahun ke 50 pada tahun ini (18 Februari)

Kiss - Kiss (1974)

Album pengenalan Kiss. Kalau kita semak senarai lagunya memang banyak lagu popular mereka ada di dalam album ini. Mungkin ianya bolehlah dikategorikan sebagai salah satu debut album terbaik dalam sejarah.

Saya agak lambat dalam mendengar Kiss. Lebih awal tahu mengenai imej mereka (penghujung 70an) berbanding lagu-lagunya (awal 80an). Saya rasakan mereka secara muzikalnya tidaklah seganas imej mereka. Ianya penyebab kenapa saya tidak tertarik dengan mereka. Maklumlah pada ketika itu (pertengahan 80an) saya telah mula mendengar muzik yang lebih berat.

Tetapi bila semakin berusia, perasaan untuk mendengar Kiss tiba-tiba muncul apatah lagi bila membaca yang kebanyakan hero metal saya adalah peminat Kiss.

Muzik mereka tidaklah seberat ACDC. Tetapi mereka lebih straight forward rock n' roll berbanding ACDC yang lebih bluesy.  Ianya adalah penyebab intuk saya suka. Dan album ini adalah salah satu contohnya.

Best! 


Tuesday, July 23, 2024

10,000 Volts

Lagi album terkini 2024...

Ace Frehley - 10,000 Volts (2024)

Ada 2 gitaris band kegemaran yang mengeluarkan album pada jarak masa yang berdekatan. Mick Mars dengan album solo pertama beliau, The Other Side of Mars dan Ace Frehley dengan album solo ke 8 , 10,000 Volts. Setelah mendengar kedua-duanya saya memilih untuk membeli album Ace Frehley.


Sebabnya mudah. Ace Frehley memainkan muzik yang biasa saya dengar ketika beliau bersama KISS manakala Mick Mars memilih untuk lari dari bunyi Motley Crue. Album solo Mick Mars lebih kepada bunyi rock moden yang bagi telinga muzik 80an seperti saya agak kurang masuk. Mungkin kerana ianya album solo pertama beliau maka beliau mahu mencuba tetapi tidak bagi Ace Frehley. Selepas 8 album solo, beliau tahu apa yang peminat beliau mahukan. Ace adalah KISS... maka sepatutnya beliau memainkan muzik yang seperti KISS.


Friday, April 14, 2023

Rawak - Trouble Walkin'

Rawak adalah cd/lp yang dibeli secara rawak yang tiada perancangan awal tetapi dibeli bersama-sama dengan cd/lp yang memang dicari kerana ianya secara purata akan dapat menjimatkan kos postage dan adakalanya percuma...

Ace Frehley - Trouble Walkin' (1989)

Ada pilihan samada membeli ini atau Frehley's Comet (1987). Tetapi percubaan mendengarnya di spotify akhirnya memilih yang ini. 

Touble Walkin' bersesuaian dengan tahun ianya dikeluarkan mempunyai pengaruh Glam/Hair Metal yang kuat. Ianya lebih berat dari album sebelumnya. Malah Sebastian Bach, Dave Sabo dan Rachel Bolan dari Skid Row turut menjadi penyanyi latar untuk lagu "Back to School"

Dulunya tak mengambil tahu sangat tentang Ace. KISS yang betul-betul saya dengar adalah zaman Mark St. John (Animalize) dan kemudiannya Bruce Kulick. Saya tak merasakan yang Ace adalah shredder. Ketika itu saya lebih gemarkan band-band yang mempunyai gitar shredder. Kemudiannya bila saya mula mengumpul cd-cd KISS baru saya dapat menghargai beliau.

Tak rasa pun yang album ini popular. Tetapi lagu cover dari ELO, "Do Ya" sedap. Dan mungkin juga "Hide Your Heart" versi Ace lebih menarik dari versi Paul Stanley dalam album KISS - Hot In The Shade (1989)...


Monday, April 10, 2023

Carnival of Souls: The Final Sessions

Baru-baru ini ada menonton youtube berkenaan 6 album terlepas pandang yang dikeluarkan pada era grunge oleh band-band hard rock / hair metal. Dan KISS - Carnival Of Souls adalah satu darinya.

KISS - Carnival of Souls: The Final Sessions (1997)

Tahun 90an adalah tahun yang mengecewakan bagi peminat hard rock / heavy metal. Band-band yang diminati terpaksa berubah mengikut trend semasa. Kebanyakan dari album-album tersebut memang gagal di pasaran. Peminat lama tidak sukakan perubahan manakala peminat era 90an mengangap mereka telah ketinggalan zaman.

Tetapi kebelakangan ini semacam menjadi satu trend pula untuk mendengar semula album-album sebegini. Ternyata kebanyakkan darinya bagus dan berkualiti. Mereka adalah mangsa keadaan. 

KISS seperti diketahui ramai adalah band yang gemar berubah mengikut peredaran zaman. Mereka pernah menjadi disko dan glam metal. Kali ini mereka mencuba grunge. Tetapi ianya kurang mendapat sambutan. Mungkin sebab utamanya adalah tahun ianya diedarkan. Album ini dirakamkan pada tahun 1995. Tetapi sayangnya hanya menemui pasaran pada penghujung kegemilangan grunge (1997). Alasannya pada ketika itu KISS sedang bercadang untuk mengadakan reunion tours. Line-up album ini (Paul Stanley, Gene Simmons ,Bruce Kulick, Eric Singer) diangap tidak sesuai utuk tujuan promosi tours tersebut.

Carnival Of Souls sememangnya kuat pengaruh Alice In Chains. Ini tidak menghairankan kerana Alice in Chains sememangnya mempunyai sound yang hampir kepada heavy metal. Maka kebanyakan band-band hard rock / heavy metal mengambil mereka sebagai rujukan.

Ianya seperti bukan album KISS yang biasa. Bruce Kulick berjaya membawa sound grunge ke dalam permainan gitarnya. Nak kata bagus atau tidak, terpulang kepada selera individu. Mungkin ianya terlampau berat dan gelap untuk sesetengah peminat mereka. 

Tetapi bagi saya ianya adalah sesuatu “menarik”. Album-album sebegini sememangnya patut diberi peluang kedua. Banyak lagu-lagu yang sedap. Tak sangka yang saya akan “enjoy” dengannya. Mungkin saya yang menongkah arus atau mungkin anda yang patut mencubanya semula.


Thursday, September 9, 2021

Psycho Circus

 Layanan rawak semasa Berkerja Dari Rumah...

KISS - Psycho Circus (1998)

Asalnya tak nak beli pun. Tapi bila perasan yang hanya cd ini lah ini satu-satunya cd album studio KISS yang saya belum ada dan kebetulan terjumpa pula cd versi Russia dengan harga yang murah. Balun sahajalah...

Album ini konon-kononnya adalah album reunion anggota asal yang kali terakhirnya bersama pada album Dynasty (1979). Tetapi seperti yang kita tau, KISS adalah kepunyaan Paul Stanley dan Gene Simmons. Mereka berdua yang menentukan arah tuju. Dan seperti khabar-khabar anginnya, mereka lebih gemar menggunakan seasonist. Ace Frehley dan Peter Criss hanya bermain untuk beberapa lagu sahaja. Selebihnya adalah pemuzik studio seperti Tommy Thayer, Bruce Kulick dan Kevin Valentine.

Rasanya kalau anda adalah peminat KISS, memang tiada yang salahnya dengan album ini. Mendengarnya memang anda akan tahu ini adalah KISS. Album yang sangat "play safe". Malah lagu nyanyian Peter Criss, "I Finally Found My Way" memang hampir sama "feel"nya dengan "Beth".

Banyak juga lagu yang sekali dengar dah menangkap. Memang sedaplah. Tapi mungkin bukan untuk yang mahukan sesuatu yang baru. Ini adalah khas untuk yang minat KISS.


Wednesday, April 26, 2017

Greatest Kiss

Satu lagi yang menyambut ulangtahun ke 30...


KISS - Greatest (1997)

You wanted the best? You got the best!

Tak perlu nak review panjang. Yang Kiss Army dah tentu beli. Tetapi untuk casual listener atau yang baru nak berjinak-jinak nak dengar Kiss, selain siri Alive, sememangnya inilah album yang patut anda cari.


Mengandungi semua lagu yang patut anda tahu tentang KISS. Mungkin tak semua seleksinya memuaskan hati. Maklumlah, Kiss mempunyai beratus lagu. Tapi yang 20 ni pun dah cukuplah untuk anda bersembang pasal Kiss.

Saya pun belum lama follow Kiss...tapi diam tak diam dah ada juga 12 keping cd dan sekeping lp...iskh....



Monday, December 5, 2016

Kiss Unplugged

Yang 20 tahun pada tahun ini...


Kiss - Unplugged (1996)

Antara perkara yang paling trendy di pertengahan 90an adalah MTV Unplugged. Sebagai sebuah band yang paling pandai dalam urusan perniagaan muzik, sudah semestinya perkara yang boleh menjana duit seperti ini tidak akan terlepas dari pandangan KISS.



Saya bukanlah peminat siri MTV Unplugged. Tetapi siri yang membabitkan KISS ini agak menarik sebenarnya. Satu kejutan juga sebenarnya dari mereka. Tidak siapa menyangka ianya menampilkan anggota asal KISS iaitu Ace Frehley dan Peter Criss. Tak kisahlah walaupun 2 lagu (2,000 Man dan Beth) kerana ianya kali pertama original line-up bergabung semula selepas tahun 1979. Tambah menarik bila dapat dengar lagu Beth secara akustik gitar. Rasa macam lagi sedap pulak banding dengan piano.


Best juga bila kesemua mereka termasuk ahli yang ada pada ketika itu, Bruce Kulick dan Eric Singer memainkan lagu
"Rock and Roll All Nite" dan"Nothin' to Lose" secara beramai-ramai. Pilihan lagu juga menarik walaupun pada ketika itu banyak juga lagu-lagunya yang saya tidak pasti dari album mana. Kiranya album ini banyak juga mengenalkan saya kepada lagu lagu KISS.

Sayangnya saya mengharapkan adanya lagu Heaven On fire. Tapi lagu itu tidak dimuatkan walaupun mereka ada memainkannya pada malam tersebut. Walaubagaimana pun plug ke tak...KISS memang hebat!




Wednesday, November 16, 2016

Rock And Roll Over

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 11hb Nov yang lalu...


KISS - Rock And Roll Over (1976)

Zaman 70an dulu kebanyakan artis merakamkan album dalam tempoh masa yang singkat diantara satu album dengan album yang berikutnya. KISS - Rock and Roll Over adalah salah satu contohnya. Ianya diedarkan 8 bulan selepas Destroyer.

Yang menariknya Rock And Roll Over tidak mengikut formula Destroyer. Mereka tidak lagi menggunakan Bob Ezrin sebagai penerbit walaupun beliau membawa Destroyer sebagai album terlaris yang mengenalkan mereka ke mata dunia.

Sebaliknya mereka memilih Eddie Kramer. Seorang lagi penerbit lagenda. Hasilnya Rock And Roll Over menjadi sebuah album yang lebih "straight forward". Lebih "simple". Back to basic. Catchy rock and roll yang bertenaga.


Satu-satunya formula yang hampir sama adalah sekali lagi Peter Criss dibenarkan menyanyi. Kali ini 2 lagu. Lagu balada "Hard Luck Women" walaupun tidak mencapai kedudukan seperti "Beth" tetapi tetap juga memasuki carta. Sedap juga lagunya. Asalnya mahu diberikan kepada Rod Steward. Tetapi Gene mahukan Peter. Hasilnya memang berbunyi seperti lagu-lagu 70an nyanyian Rod Steward.

Bagi saya pula hanya "Hard Luck Women" dan "Calling Dr. Love" yang pernah saya dengar sebelum memiliki cd ini. Kedua-dua lagu tersebut ada dalam kompilasi Greatest KISS. Saya sukakan sound kasar album ini tetapi lagu-lagunya agak kurang melekat. Selain 2 lagu yang sebutkan tadi, lagu "I Want You" berjaya memikat hati saya. Yang lainnya...dengar...ok...lupa...








Saturday, September 3, 2016

Destroyer

Yang 40 tahun pada 15hb Mac yang lalu...


KISS - Destroyer (1976)

Kalau anda mahukan hanya satu album KISS dalam simpanan anda selain album kompilasi terbaik, ini adalah albumnya. Sekurang-kurangnya itulah pendapat saya. Lain orang mungkin lain pilihannya. Walaupun saya bukanlah seorang KISSARMY, tetapi banyak lagu mereka yang saya suka. Dan Destroyer mengandungi banyak lagu terbaik mereka. Detroit Rock City, God of Thunder, Shout It Loud, Do You love Me? dan lagu balada syahdu kegemaran saya, Beth.

Destroyer agak berbeza dengan 3 album awal mereka. Soundnya lebih bersih dan lebih komersial. Ianya adalah album "breakthrough" mereka. Awalnya ia kurang berjaya sehinggalah secara tiba-tiba lagu side B dari single Detroit Rock City, Beth yang dinyanyikan oleh pemain drum mereka, Peter Criss meletup. Beth adalah lagu pertama mereka yang berjaya menembusi carta Top 10 di Amerika.


Semuanya tidak akan terjadi kalau tidak kerana penerbit mereka, Bob Ezrin. Beliau lah yang bertanggungjawap dalam mengumpul, mengubah, memilih, menyusun idea dari anggota KISS sehingga menjadi muzik dan lagu yang bagus. Malah khabarnya solo gitar didalam album ini pun semuanya hasil dari idea beliau. Beliau menjadikan KISS dari sebuah band yang biasa biasa kepada band yang terkenal di seluruh dunia.

Dengan Destroyer, KISS membuktikan mereka bukanlah sekadar band gimmick dengan make-up semata mata. Suka atau tidak, anda perlu mengakui yang lagu-lagu mereka kebanyakannya memang sedap.




Thursday, September 10, 2015

Alive!

"You wanted the best, and you got it!..." 

Sempena 40 tahun usianya hari ini..10hb September,


KISS - Alive! (1975)

Zaman dulu-dulu selalu terbaca antara album kegemaran dan pengaruh besar kepada ramai gitaris rock dan metal adalah KISS Alive! Nama-nama besar seperti Scot Ian (Anthrax), Dimebag Darrell (Pantera) (sekadar menyebut beberapa nama yang telintas) malah gitaris 90an seperti Tom Morello (Rage Against the Machine) dan Mike McCready (Pearl Jam) juga menamakan album ini sebagai salah satu pengaruh besar mereka.

Lama dah teringin untuk memiliki cdnya, tetapi tak berjaya sehinggalah mengenali estocks_deutschland melalui ebay.com.my. Memang murah. Double disc harga tak sampai pun RM20. Sangat berbaloi-baloi. Padanlah sekarang mereka tidak lagi menjual di ebay.com.my. Hanya ada di ebay.de. Bermakna tak jual dah untuk Malaysia. Memang tak untung. Kos pos pun mereka tak lepas.

KISS Alive! memang best. Ada lagunya yang pada pendengaran saya lebih best dari versi studio. Ace Frehley memang tip top. Dengarkan solo-solo beliau (contoh : Parasite). Maka tak hairanlah jika dia menjadi idola kepada ramai gitaris rock/metal yang lain.


Walaupun begitu khabarnya album ini telah melalui proses ubah suai (overdubs) secara besar-besaran. Hingga ada yang mengatakan hanya ketukan drum Peter Criss satu-satunya rakaman asal yang tidak di usik. Lain semua dah kena "touch-up". Tapi tak kisahlah. Banyak album live yang lain pun melalui proses yang sama. Nak dengar yang "real", sila dengar "bootlegs". Mungkin kerana ini adalah KISS...(love them or hate them)...maka ianya menjadi isu.

Kalau anda pertama kali hendak mendengar KISS, dari anda perabis duit membeli 3 album awal mereka. Lebih baik anda beli ini. Kerana Alive! mengandungi lagu-lagu terbaik dari 3 album awal tersebut. Malah lagu-lagu live ini lebih bertenaga rasanya berbanding versi studio.

Maklumlah KISS sememangnya band yang lebih seronok ditonton berbanding hanya mendengar. Dengan imej, kostum dan showmanship bertenaga mereka. Ditambah pula dengan segala jenis pyrotechnics, memang bestlah kalau dapat tengok live. Sayangnya kita di Malaysia rasanya memang tak akan berpeluang untuk menikmatinya.


"You keep on shouting...shouting...I wanna rock and roll all night and party every day!!!"




Thursday, October 23, 2014

Hotter Than Hell

Yang menyambut ulangtahun ke 40 semalam (22hb Oktober)


KISS - Hotter Than Hell (1974)

Saya bukanlah "die-hard fan" KISS. Tetapi tidak dinafikan saya menyukai lagu-lagu mereka. Cd ini hanya saya miliki dalam 2 atau 3 tahun yang lalu. Walaupun saya memiliki kesemua album mereka secara MP3. Tetapi album ke 2 mereka ini bukanlah pilihan utama untuk di dengar.

Lagu yang saya tahu dan pernah dengar hanyalah "Goin' Blind", itu pun kerana lagu tersebut ada di dalam cd Greatest KISS terbitan tahun 1997. Yang lainnya tak pernah dengar. Tetapi saya tahu juga lagu "Parasite". Lagu ini pernah dibawakan semula oleh Anthrax dalam album Attack of the Killer B's. Walaupun versi Anthrax lebih berat dan lebih laju tetapi kalau nak dikirakan yang versi asal ini dirakamkan pada tahun 1974, ianya dah boleh dikategorikan sebagai berat pun pada zaman tersebut.



Hotter Than Hell sebenarnya tidak banyak berbeza dari album-album awal KISS. Cumanya album ini agak kasar dan mentah bunyinya. Mungkin ada yang tak akan suka dengan "sound" kotor sebegini. Mereka pun dalam satu temuramah yang saya baca tidak berapa mengemari produksi album ini. Tetapi maklumlah, ini tahun 1974..zaman mereka belum pun dikenali..produksi budget kecil..dan tiada producer yang memahami kehendak sound hard rock mereka.

Tetapi saya ada terbaca yang ramai peminat KISS zaman ini suka akan sound dan produksinya. Ianya seperti sound "Grunge" kata mereka. CD saya adalah versi remaster dan saya tidak pasti apakah perbezaannya dengan versi asal.

Walaubagaimanapun pada saya, Hotter Than Hell mempunyai 4 atau 5 lagu yang bagus. Mungkin statusnya yang agak "underated" menyebabkan ianya bukanlah album KISS yang selalu disebut-sebut. Tetapi jujurnya...saya suka.  "Parasite" memang mendahului zamannya. Best!.







Thursday, September 11, 2014

Animalize

Yang akan menyambut ulang ke 30 pada 13hb September ini...


KISS - Animalize (1984)

Ini adalah album yang membuatkan saya kembali mendengar KISS. Semuanya kerana lagu "Heaven's On Fire". Lagu yang terdapat dalam salah satu kompilasi Kerrang! versi kaset apache dan versi video tape VHS. Ianya adalah sebuah lagu hard rock atau mungkin boleh di panggil pop metal atau glam metal bagi mereka yang mementingkan sangat perihal genre muzik. Mungkin kerana selalu mendengarnya pada ketika itu menjadikan saya suka.

Bila dah suka, saya kembali mencari dan mendengar semula semua muzik KISS yang lama. Cerita ni ada saya ceritakan dalam entri berkenaan KISS dalam entri-entri saya yang lama. Kalau rajin, silalah baca.


Tetapi pada ketika itu saya tak tahu pun yang mendiang Mark St. John adalah gitaristnya. Beliau mungkin boleh dianggap seperti George Lazenby dalam filem James Bond. Mungkin kerana beliau juga adalah shredder seperti Vinnie Vincent. Makanya sound gitar antara mereka berdua ketika era "unmasked" KISS di tahun 80an seakan-akan sama. memang saya tak perasan. Animalize pun tak lari jauh dari Lick It Up (1983). Cumanya mungkin ianya terlebih pop maklumlah album ini sebenarnya lebih kepada citarasa Paul Stanley seorang.

Walaupun begitu pengaruh heavy metal 80an memang jelas kedengaran. Lagu-lagu seperti "I've Had Enough (Into the Fire)", "Under the Gun" jelas ada pengaruh band-band Hair Metal Sunset Strip dari Los Angeles. Memang pelik kan. Mereka menjadikan KISS sebagai pengaruh tetapi akhirnya KISS pula mengambil mereka sebagai pengaruh. Terbalik dah.

Walaubagaimanapun, album inilah yang membawa semula KISS ke dunia mainstream selepas tenggelam di era penghujung 70an.



Monday, April 21, 2014

Classic Rock May 2014

Sebenarnya nak cari Metal Hammer May 2014, tapi bila nampak Classic Rock kali ini cerita pasal KISS...terus sambar... (Metal Hammer tu boleh baca kat blog Xyrus Zone)


Kali ini isunya bersempena 40 tahun album pertama KISS dilancarkan dan juga sempena mereka diterima masuk ke dalam Rock and Roll Hall of Fame.


Khas untuk yang suka KISS...aku tampal satu-satu interview dalam majalah ni...sila klik untuk imej yang lebih besar...


Semua band member dan ex-band member ada interviewnya...kecuali  Bruce Kulick dan Vinnie Vincent...Eric Carr dah tentu-tentulah takder...tak pasti kenapa Classic Rock tak panggil dorang...


Ni lebih kurang kes kontroversi kenapa Hall Of Fame tak bagi Eric Carr, Vinnie Vincent, Bruce Kulick, Tommy Thayer dan Eric Singer naik ke pentas dan diterima dalam Hall of Fame...Vinnie Vincent tu memang paham la kan...


Terbaca yang KISS tak main malam tu pasal Hall of Fame tak bagi dorang perform dengan current line-up. Paul Stanley kata kalau tak boleh dorang tak nak main langsung...


Komen Paul Stanley pasal Hall Of Fame...

"The Rock and Roll Hall of Fame continues to attempt to restore its questionable credibility and glimpses behind the facade with nonsense and half truths. The truth is Joel Peresman and the rest of the decision makers refused to consider the induction of ANY former KISS members and specifically the late Eric Carr and Bruce Kulick who were both in the band through multi-platinum albums and worldwide tours and DIDN’T* wear makeup. There is no getting around the reality that the Hall of Fame’s favoritism and preferential treatment towards artists they like goes as far as ASKING the Grateful Dead how many members THEY wanted the hall to induct and following their directive while also including a songwriter who was never in the actual band. Let’s just accept the truth as it is and move on."


Sorry la...caption gambar takder kena mengena dengan gambarnya.....hahaha...


Ok yang ni baru betul pasal gambar...senarai lagu-lagu terbaik KISS...tapi pasti korang setuju ke tak...pada aku ok kot...susah nak list lagu mana paling best...pasal banyak sangat lagu KISS yang best..


Ada beberapa mukasurat pasal Metallica...sempena 30 tahun album Ride The Lightning...Kalau rajin baca buku/artikel pasal Metallica...cerita ni semua sama ajer...


Ni khas utuk Deaf dan Portdy....Slang


Ni pun untuk portdy....

Ada banyak lagi sebenarnya...tapi malas pulak nak tampal satu-satu...aku rasa Classic Rock lah majalah yang paling aku suka sekarang....mungkin pasal band-band yang diceritakannya aku tahu semuanya...maklum lah aku pun dah klasik...hehehe...




Tuesday, January 21, 2014

Lick It Up

Lagi entri yang terperuk dalam draf dari tahun lepas...

Menyambut ulangtahun ke 30 31


KISS - Lick It Up (1983)

Seperti kata Paul Stanley, "People were listening with their eyes rather than their ears". Album ini berjaya menaikkan kembali nama KISS kerana mereka menanggalkan make-up. Selepas zaman disco mereka kembali kepada hard rock/heavy metal dengan "Creatures of the Night (1982)". Sayangnya mereka seolah-olah telah dilupakan. Album tersebut gagal di pasaran.

Tetapi mereka memang hebat di segi marketing. Ada sahaja gimmick yang mereka lakukan. Menanggalkan make-up membuatkan mereka kembali menarik perhatian. Hasilnya Lick It Up menghasilkan platinum untuk mereka dan membuka jalan untuk Animalize (1984) bersaing dengan band-band heavy metal pada ketika itu.

Selain tanpa make-up, Lick It Up juga dikenali sebagai album yang mengiktiraf Vinnie Vincent sebagai gitaris baru mereka walaupun beliau sebenarnya terlibat sejak album "Creatures of the Night" lagi. Beliau mencipta 8 dari 10 lagu. Sayangnya kalau tidak kerana egonya yang tinggi, mungkin nama beliau boleh sebaris dengan Ace Frehley


Lick It Up mengikut acuan muzik hard rock/heavy metal awal 80an (era awal glam metal). Tiada keyboards hanya gitar bass drum dan anak tekak. Tiada balada. Straight hard rock/heavy metal. Vinnie Vincent dengan riff dan solo-solonya sedikit sebanyak mengubah muzik mereka ke arah tersebut.

Mungkin ini album terakhir mereka di era 80an yang boleh di anggap metal kerana mereka kembali menjadi poppy selepas dari ini.


 *** saya tidak mempunyai apa-apa memori terhadap album ini. KISS yang saya tahu hanya di tahun-tahun 70an. Kembali mendengar KISS selepas album Animalize. Tetapi kerana Lick It Up lah saya terjumpa Vinnie Vincent Invasion.



Friday, May 31, 2013

Beth

Susah untuk tak suka lagu Beth ni kan...tak kira macamana hati sekeras rock hantu sekalipun....mesti feel layan lagu ni...

Kebetulan terjumpa pulak video ni kat Facebook....Macam real jer kan...hahaha...memang aku suka...tak caya layan sendiri....



BETH from anonymous content on Vimeo.



tak jumpa pulak lagu2 lain....mungkin dorang patut buat video camni untuk lagu2 death metal....baru la paham apa bunyi butir yang dorang nyanyikan tu...ye tak?....heheheh...







Tuesday, February 19, 2013

Revenge

Koret-koret entri yang patutnya publish tahun lepas. (dah masuk tengah bulan Feb pun tak habis-habis..)
Album yang dah capai 20 21 tahun dah...



Kiss - Revenge (1992)

Dari 70an hingga ke sekarang, dari rock ke disko ke hair metal...KISS is here to stay...

Revenge adalah album terbaik KISS di era 90an. Ini juga merupakan album pertama mereka selepas kematian Eric Carr. Suatu yang menarik, mereka tidak terikut2 dengan keadaan semasa. Mereka tidak cuba untuk menjadi alternative atau pun grunge. Mungkin kesilapan di zaman disko menginsafkan mereka (heheh..)

Selepas tempias hair/pop metal dalam album2 80an mereka, KISS kembali dengan album yang lebih berat dan matang. Revenge adalah sebuah album hard rock yang back to basic tetapi dengan sound 90an. Kembalinya Bob Ezrin sebagai penerbit mengembalikan KISS ke era Destroyer. Rasanya Revenge bolehlah dianggap sebagai salah sebuah album terbaik KISS zaman tak pakai make-up.



Memori saya terhadap album ini sudah tentunya lagu dari soundtrack Bill & Ted's Bogus Journey"God Gave Rock 'N' Roll to You II". Ntah kenapa melodi lagu ini memang sentiasa melekat di kepala saya semenjak kali pertama mendengarnya 20 tahun yang lalu.

Antara lagu2 pilihan dari album ini adalah unholy,domino, paralyzed,take it off, i just wanna dan juga lagu tribute untuk Eric Carr, "Carr Jam '81"





Wednesday, December 19, 2012

Creatures of the Night

Lagi yang menyambut ulangtahun ke 30


KISS - Creatures of the Night  (1982)

Sebelum bercerita pasal album ini, ada beberapa perkara yang patut diketahui pasal Creatures Of The Night.

1- Walaupun gambar dan nama Ace Frehley ada dalam album ni tapi sebenarnya dia tidak terlibat langsung dalam pembikinan COTN.
2- Solo2 dalam album ni di mainkan oleh gitarist jemputan seperti Bob Kulick (W.A.S.P.) - jangan terkonpius dengan Bruce Kulick yang jadi anggota KISS untuk album Asylum hingga Carnival of Souls: The Final Sessions. Tapi tu adik beradik dia jugak.
3- Lain2 gitarist jemputan adalah Robben FordSteve Farris (Mr. Mister - kumpulan 80an yang popular ngan lagu Broken Wings dan Kyrie tu) dan Vinnie Vincent (turut terlibat dalam mencipta lagu)
4- Eddie Van Halen hampir2 nak join untuk ganti Ace Frehley tapi last minit tak jadi akhirnya Vincent Vincent terpilih untuk jagi gitaris tetap.
5- Bryan Adams...yer yang lagu (Everything I Do) I Do It For You tu turut terlibat dalam mencipta 2 lagu "Rock and Roll Hell"  dan "War Machine"

Album ni sebenarnya adalah album yang Paul Stanley dan Gene Simmons cuba back to basics. Setelah 2 album disco Dynasty dan Unmasked dan sebuah konsep album Music from "The Elder" yang gagal di pasaran dan peminat pun tak suka. Mereka kembali bermain hard rock.



Hasilnya terlahirlah album KISS yang heavy (pada ketika itu la). Kemasukan Eric Carr sememangnya memberi kesan kepada sound KISS. Dengarkan sahaja lagu pembukaan Creatures Of The Night. Sound drumnya lebih power...besar...gah...dan sememangnya dia lebih bagus dari Peter Criss. Walaupun dia tak boleh nyanyi lagu Beth...heheh..

Sememangnya ini adalah salah satu album terbaik KISS, sayangnya ianya selalu dibayangi sebagai album yang tiada Ace Frehley. Sebenarnya ketiadaan beliau tak memberi kesan yang besar pun. Sama jer macam ketiadaan Peter Criss. Ini adalah KISS yang berwajah baru.

Lagu2 seperti Creatures Of The Night, Rock And Roll Hell, War Machine, I Still Love You dan antem KISS "I Love It Loud" terus membawa KISS menjadi relevan di era 80an. Sememangnya salah satu album hard rock 80an yang terbaik.



Tuesday, October 9, 2012

KISS Kompendium

Terimakasih yang tak terhingga kepada yang berusaha En Portdy dan terutamanya En Shafid yang besusah payah dari KL-Pontian-JB untuk hand delivered bendalah ni.


Tak tau lah aku agaknya tahun bila aku boleh khatam buku tebal dan berat giler ni...1280 pages...perghhh..


Menurut ceritanya...komik asal terbitan Marvel pada tahun 1977 dulu menggunakan campuran darah setiap anggota KISS sebagai dakwatnya...


Sangat direkomen kepada peminat komik dan peminat KISS terutamanya...complete semua siri ada...


Ada juga gambar2 KISS live didalamnya


Memandangkan aku ada berderet2 buku lain yang nak di baca...komik KISS ni memang untuk dibuat belek2 ajer lah nampaknya...heheh..


.

Friday, October 21, 2011

Love Gun

Dah alang2 cerita pasal album dari 70an..aku tambah lagi satu…kali ni bukannya 1971…tapi dari tahun 1977…34 tahun dah umonya…



KISS – LOVE GUN (1977)

Awal 80an dulu Kiss ada turun Singapura...aku tak ingat tahun berapa...ada sorang kawan aku ni siap bawak gambo2 Kiss kat Singapura tu gi sekolah agama...gambo2 tu semua pakcik dia yang ambik...melopong mulut budak2 yang tak pernah tengok make-up Kiss tu...dan dari dia la aku mula dengar lagu Kiss betul2...sebelum tu pengetahuan aku pasal Kiss lebih pada imej muka dorang yang conteng2 tu daripada lagu2nya...

Kawan aku tu memang advance pasal rock...padahal dia tak minat rock pun...peminat band Level 42...tapi pasal bapak sedara dia kat Singapura tu kaki rock...macam2 mamat ni dapat...kaset..tshirt...dia la budak pertama kat kampung aku yang ada tshirt Iron Maiden...jeles tul aku time tu...dan dia la jugak banyak bagi aku pinjam kaset2 rock...antaranya kaset Kiss..

Ada 2 kaset Kiss yang dia bagi pinjam...tapi aku dan konpius...yang satu tu samada Dynasty ataupun Creatures Of The Night...maklumla dua2 album ni gambo close-up muka...tambah pulak bila aku dengo lagu2 Kiss ni lebih pop...tak ganas macam Deep Purple ataupun Scorpions...aku tak berapa beriya2 sangat dengar...tu yang lupa lagu mana tu...tapi kaset yang satu lagi tu memang aku ingat...takleh lupa...Love Gun...pasal kaver dia tu nampak macam unik sikit...ada pompuan2 tu kan..heheh..

Tapi macam aku cakap la...aku tak rasa Kiss ni heavy...nengok imej memang nampak ganas...tapi lagu2nya memang biasa2 ajer...tu sebab aku tak berapa tertarik pada Kiss ni awalnya...tapi bila Kiss rilis Animalize masa tahun 1984...aku pulak dengo lagu "Heaven's on Fire" tu macam best pulak...start dari tu aku mula cari balik album2 lama Kiss...dan antara yang terawal aku nak dengar semula ialah Love Gun...



Tapi memang ternyata apa yang aku dengo masa awal 80an dulu memang sama dengan apa yang aku rasa kalau dengo sekarang...album ni memang penuh lagu pop...tapi kurang catchy kalau nak dibandingkan dengan album2 sebelumnya terutama Destroyer...lirik memang hampeh...memang lirik budak2...banyak lagu filler...mungkin terlampau kerap mengeluarkan album...(3 album dalam tempoh setahun setengah) membuatkan dorang kehabisan idea...apa nak buat...time ni Kiss tengah top...ni la masanya nak cash in kan...

Tapi bukanlah tak best sangat pun...lagu "Love Gun" tu sedap...dan "I Stole Your Love" tu pun ok...dan sememangnya "I Stole Your Love" tu yang paling heavy dalam album ni..."Christine Sixteen" pulak satu lagi lagu contoh pop Kiss....manakala "Plaster Caster" tu aku jadi minat bila keluar kat album MTV Unplugged dorang...dan tak lupa jugak lagu pertama yang Ace Frehley menyanyi "Shock Me"...solo dia aku suka...ini yang uniknya Kiss zaman tu...semua pun boleh menyanyi dan suara semuanya sedap2...lagu2 lain memang aku tak berapa masuk...mungkin lagu cover 60an "Then She Kissed Me" tu ada masanya aku enjoy dengar...tak tau kenapa dorang pilih lagu ni...mugkin pasal tajuknya Kiss kot...

Secara keseluruhannya...album ni so so ajer...kalau 1st time nak dengo Kiss terutamanya untuk era 70an...(kiss ni berubah2 ikut zaman)..aku cadangkan cari album2 sebelum Love Gun...terutamanya Destroyer...