Showing posts with label Hammerfall. Show all posts
Showing posts with label Hammerfall. Show all posts

Monday, June 30, 2025

Gila Format - Glory To The Brave

Remembering my youth - 28th anniversary

Hammerfall - Glory To The Brave (27/06/1997)

Ini antara punca untuk saya teruja kembali dengan heavy metal selepas era mengarut dipertengahan 90an. Mereka bagi saya adalah penyelamat yang menyambung warisan Iron Maiden, Judas Priest dan Manowar. Sound old school yang menyegarkan pada ketika itu. Mereka adalah penyumbang utama untuk kebangkitan semula muzik heavy dan power metal di penghujung 90an.



Saturday, January 25, 2025

Avenge The Fallen

Lagi album dari 2024...

HammerFall - Avenge The Fallen (2024)

Minat saya kepada Hammerfall kembali semula setelah mendengar Hammer of the Dawn (2022)

Album tersebut benar-benar megembalikan ingatan kenapa Hammerfall adalah band kegemaran saya pada sekitar penghujung 90an dan awal 2000an.

Ia semestinya adalah album yang paling ditunggu untuk tahun 2024. Asalnya ada sedikit kecewa kerana ianya tidak seperti Hammer of the Dawn. Maklumlah untuk band seperti mereka, saya sememangnya meletakkan penanda aras yang lebih tinggi dari biasa. Avenge The Fallen memerlukan sedikit masa. Ada beberapa lagu yang memerlukan pendengaran berulang.

Namun begitu ianya bukanlah satu masalah. Walaupun mungkin tidak di dalam kategori cemerlang, tetapi ianya sudah cukup bagus untuk saya meletakkan mereka di dalam senarai antara album pilihan untuk tahun 2024.


Tuesday, August 9, 2022

Hammer of Dawn

 Album terbitan tahun ini (2022)...

HammerFall - Hammer of Dawn (2022)

Saya sukakan HammerFall tetapi agak “lost” selepas album ke-4 (Crimson Thunder – 2002). Tepu dengan genre power metal antara puncanya. Album-album selepas tu sekadar mendengar sambil lalu. Tiada yang benar-benar melekat di dalam kepala.

Tetapi lain pula ceritanya untuk album terkini dari mereka. Sekali dengar pun dah menangkap ke kepala. Ianya mengembalikan ingatan ketika kali pertama mendengar “Glory To The Brave – 1997”.

Walaupun ianya bukanlah sesuatu yang baru atau berlainan, tetapi mereka telah menghasilkan apa yang sepatutnya dari genre sebegini. Ianya tidak berlebih-lebih dan tidak juga ada yang kurang. Tidak ada apa tidak disukai. Lagu-lagu dan solo-solo gitar yang melodic dan menyeronokkan. Ianya lebih konsisten berbading album-album yang sebelumnya.

Semua lagu sedap. Tak perlu skip tetapi di dalam 10 lagu tersebut, "Not Today" adalah yang paling menangkap. Lengok melodic gitar line nya tu betul-betul berbunyi rock melayu. Lama dah mereka tak mempunyai lagu perlahan yang betul-betul sedap.

Hammer of Dawn pastinya akan menjadi salah satu album kegemaran dari tahun 2022. 





Saturday, April 24, 2021

Glory To The Brave

 

HammerFall - Glory To The Brave (Deluxe Edition 2006)

Tak ada nak cerita apa pun. Dulu dah pernah buat ceritanya di >sini<. Sekadar nak bagi tau akhirnya berjaya juga memiliki cd Glory To The Brave versi original. Dulunya sekadar ada versi Asia Link. Tidak ada yang berbeza pun dari segi bonus track dari cd Deluxe Edition 2003 yang di copy oleh Asia Link. 

Atas - versi Deluxe Edition, Bawah - versi Asia Link

Tak pasti pula enhanced part versi Asia Link boleh berfungsi. Tak pernah cuba membukanya di pc. Yang berbeza cuma covernya versi gambar penuh dan di datangkan dengan kotak cover plastik. Inlay didalamnya juga berbeza tetapi gambar-gambar band member adalah sama.

Misi seterusnya jika ada rezeki mahu menjadikannya sebagai album gila format (kaset dah ada tinggal nak cari versi lp). Tak pun mungkin juga mencari cd "Legacy of Kings" terlebih dahulu. Satu lagi album mereka yang saya cuma ada versi Asia Link.


Wednesday, March 3, 2021

I Want Out

 Antara cd yang baru dimiliki...

HammerFall - I Want Out (1999) - EP

Jarang beli cd single atau EP. Rasa tak berbaloi kalau dah ada album penuh. Kecualilah jika ada bonus track yang istimewa. Lainlah kalau ianya Iron Maiden, gambar covernya pun dah boleh jadi penyebab untuk membeli. Tetapi yang ini adalah suatu pengecualian.

EP yang ini agak berbeza. HammerFall menjadikan lagu cover dari Helloween sebagai tajuk EP mereka. Tambahan pula lagu "I Want Out" ini tidak terdapat di dalam mana-mana album studio mereka kecuali sebagai bonus track dalam versi digipak, versi Brazil ataupun bootleg Russia untuk album Legacy Of Kings dan Renegade.

Tambah menarik ianya menampilkan Kai Hansen, pencipta lagu "I Want Out" sendiri sebagai pemain gitar dan vokalis duet undangan. Manakala Udo Dirkschneider (Accept) pula bertindak sebagai backing vokal. Satu cover yang bagus walaupun menggunakan key yang lebih rendah berbanding versi asal dari Michael Kiske

Ianya juga menampilkan salah satu lagu kegemaran saya dari HammerFall, "At The End Of The Rainbow". Kalau dulu-dulu siapa yang mengikuti rancangan radio RIA Singapore, Vicious Volume, pasti ingat lagu inilah yang digunakan oleh DJ nya Brader Bo sebagai lagu pengenalan kepada rancangan tersebut.

Manakala track terakhirnya pula menampilkan satu lagi lagu klasik rock yang lejen. "Man Of The Silver Mountain" dari Rainbow. Kai Hansen juga terlibat menyumbangkan suara. Lagu ni memang dah sedap. HammerFall menjadikannya bertambah-tambah sedap. Temponya lebih laju dari versi asal. Tapi seperti biasalah...mana-mana vokalis pun mana lah boleh nak lawan Ronnie James Dio 🤘

Untuk rekod, EP ini juga mengandungi bonus video clip "Glory To The Brave"

3 lagu (2 darinya lagu lejen) + 1 video clip rasanya cukup berbaloi-baloi jika anda berjaya memilikinya dengan harga RM20++ termasuk pos dari ebay seperti saya. 😁



Tuesday, November 12, 2019

Dominion




HammerFall - Dominion (2019)

HammerFall adalah antara pengerak utama kepada kebangkitan semula muzik heavy metal di penghujung 90an terutamanya di benua Eropah.

Sedar tak sedar ini adalah album studio mereka yang ke sebelas. Mereka adalah jenis band yang tidak banyak berubah dan tidak sangat berevolusi. Saya adalah penyokong kepada band yang sebegini. Mungkin ianya akan menjadi sedikit cliché dan tepu. Tetapi kalau itu formula yang berjaya, kenapa perlu diubah. Berubah tidak semestinya bagus. Kelainan pun tidak semestinya sedap.


Dominion adalah untuk peminat setia HammerFall. Bukanlah yang terbaik tetapi tidak juga mengecewakan. Tetapi ianya lebih baik dari 2, 3 album sebelumnya. Bagi saya, HammerFall ni sedapnya lebih kepada melodinya yang catchy dan solo-solo gitarnya. Semua ciri-ciri tersebut memang ada dalam Dominion. Cuma kali ini lagu power ballad nya agak lambat juga untuk melekat.

Tak kisahlah kalau ada yang kata cheesy. Tapi itulah kelebihan HammerFall. Ada masanya sangat poppy tetapi dalam masa yang sama ianya memang metal. Heavy Metal!



Wednesday, October 9, 2019

Cd 2019 - Bahagian 11

Banyak juga habis duit tahun ni beli cd. Ini antara yang terbaru di beli.



Kali ini kedua-duanya dalam genre yang tak banyak beza. Dan yang lebih istemewanya kedua-duanya berasal dari negara yang sama, Sweden. Tambah menarik mereka akan mengadakan tour bersama-sama di USA dan Canada bagi mempromosikan kedua-dua album ini nanti.

Lama dah "follow" Hammerfall. Sejak awal tahun 2000 lagi. Memang antara band kegemaran. Mereka adalah antara band metal yang terawal didengar selepas konon-kononya nak pencen apabila berumahtangga...haha...

Sabaton pula baru beberapa tahun kebelakangan ini. Susah nak jumpa kaset atau cdnya di jual di sini. Itu sebabnya kenapa tak mengikuti mereka sejak dari awal lagi. Tapi bila dah dengar...hmmm..terjebak pula untuk mencari album2 awal dari mereka...

Kedu-duanya memang best!





Thursday, March 7, 2019

No Sacrifice, No Victory

Yang dah 10 tahun pada 20hb Februari yang lalu....


HammerFall - No Sacrifice, No Victory (2009)

Ada sedikit perasaan “softspot” kepada mereka. Hammerfall dan Rhapsody adalah antara 2 band yang membuatkan saya kembali mendengar dan membeli muzik metal selepas sedikit “lost” pada penghujung tahun-tahun 90an.

Mereka adalah antara yang paling aktif menghasilkan album. Ini album mereka yang ketujuh. Satu masalah yang sering dihadapi oleh band-band power metal adalah untuk mengekalkan momentum setelah mereka menghasilkan album-album yang boleh dikatakan sebagai mencapai kemuncak kerjaya mereka.

Selepas Glory to the Brave (1997) dan Legacy of Kings (1998), dan mungkin juga Renegade (2000). Agak sukar juga untuk mereka mengekalkan formula muzik mereka tanpa membuatkan pendengar menjadi jemu. Bagi pendengar casual. Muzik mereka pastinya akan berbunyi seolah-olah sama. Tiada perubahan.


Sebenarnya inilah masalah untuk semua band yang berkonsepkan sebegini. Lagu-lagunya memang kedengaran catchy dan mungkin juga ada yang kata cheesy. Tetapi untuk ianya melekat dalam kepala agak payah juga. Jenis bila dengar rasa ok. Tetapi bila habis, tiada satu lagu pun yang boleh teringat dalam kepala.

Begitu juga dengan No Sacrifice, No Victory. Lagu-lagunya memang sedap. Melodi dan Rif yang sangat catchy. Tetapi ia memerlukan pendengaran yang berulang-ulang kali.

Hanya untuk die-hard HammerFall dan power metal. Yang baru nak bermula, sila cari Glory to the Brave atau pun Legacy of Kings.





Monday, July 3, 2017

Glory to the Brave

Yang 20 tahun pada 27hb Jun yang lalu...


HammerFall - Glory to the Brave (1997)

Lagi album yang banyak kenangan. Dulu selepas kahwin, pernah berhajat untuk berhenti dari metal. Pencen la konon-kononnya. Tetapi bila saya kembali semula menetap di Johor Bahru, berjumpa pula kawan-kawan lama dan akhirnya atas pengaruh rakan sebaya. kembali terjebak semula.

Rhapsody - Dawn of Victory, Hellowen - The Dark Ride dan album pertama HammerFall inilah antara yang menjadi puncanya. Walaupun agak lambat, ketika itu Hammerfall dah keluar pun album no 3, Renegade. Tetapi Glory to the Brave lah yang benar-benar membuatkan saya menjadi kemaruk dengan genre power metal.


Lagu-lagu mereka mengingatkan saya kepada Manowar dan Helloween. Di zaman millenium di mana Nu Metal berada di kemuncak, mereka tampil dengan muzik tradisional heavy metal yang betul-betul mengembalikan saya ke zaman remaja. Melodic power metal dengan shredding solo dan high pitch vokal, sememangnya ianya selera muzik saya.

Semua lagu sedap.



Friday, February 8, 2013

Crimson Thunder

Lagi dikorek dari draf tahun lepas (banyak betul draf tahun lepas yang terbengkalai..)
Kaset yang dah 10 11 tahun.


Hammerfall - Crimson Thunder (2002)

Selain Rhapsody, Hammerfall lah yang membuatkan saya mula mendengar semula muzik heavy metal selepas 2,3 tahun meninggalkannya pada penghujung 90an dulu. Album awal mereka seperti Glory to the Brave, Legacy of Kings dan Renegade mengembalikan minat saya pada heavy metal sebenar selepas merasa bosan dengan muzik nu metal dan alternative yang berleluasa ketika itu.

Tak kisahlah kalau muzik mereka bukannya original. Original kalau tak sedap pun nak buat apa. Saya telah melepasi peringkat umur untuk mengejar originaliti dalam muzik. Bagi saya apa yang sedap, itu lebih penting. Tak kisah lah kalau nak jadi klon Iron Maiden, Judas Priest, Helloween, Manowar ker...janji sedap...saya peduli apa.


Walaubagaimanapun saya rasa Crimson Thunder tidak lah sehebat album2 awal mereka. Mungkin mereka terlalu mencuba untuk menjadi popular, hasilnya jadilah Crimson Thunder sebuah album yang sangat pop dan komersial bunyinya. Lagu-lagunya memang agak catchy tetapi agak sukar untuk melekat. Mungkin kerana lagu-lagunya seakan-akan sama sahaja.

Namun begitu ianya masih tetap sebuah album heavy metal yang bagus. Kalau anda masih merindui  muzik metal 80an di era nu-metal tanpa gitar hero ni, Hammerfall lah antara yang patut anda cari. Lagu-lagu seperti Riders On The Storm, Angel of Mercy, Crimson Thunder dan A Hero's Return pasti menghilangkan kerinduan tersebut.