Green Day - Dookie (1994)
Terpengaruh membeli kaset ini adalah kerana video clip “Basket Case” dan "When I Come Around" yang sering keluar di MTV. Tak sangka pula lagu-lagu lainnya pun best. Sekurang-kurangnya muzik Green Day tidak lah meleweh seperti grunge.
Lagu-lagunya jenis catchy, mudah, rancak dan gembira. Tak kisahlah jika mereka sering menjadi mangsa debat apakah mereka layak untuk dipanggil punk kerana ada yang berangapan mereka terlalu pop dan komersial. Saya kurang arif tentang punk dan mungkin juga tidak layak bercakap mengenainya. Tetapi bukankan lagu-lagu Ramones juga sangat pop bunyinya?
Tak kisahlah…yang penting sedap. Kali pertama mendengarnya pun saya dah suka. Mereka adalah permulaan kepada munculnya band-band pop punk yang lainnya seperti Blink 182, Sum 41 dan mungkin juga Bunkface.
Pernah cuba untuk meng'upgrade'kan ke cd. E-stock menjualnya dengan harga serendah RM13 lebih. Sayangnya hilang dalam pengeposan. Tapi tak kisahlah. Dapat refund. Mungkin akan membelinya juga suatu hari nanti.