Showing posts with label Gloryhammer. Show all posts
Showing posts with label Gloryhammer. Show all posts
Sunday, December 1, 2019
Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex
Gloryhammer - Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex (2019)
Kebelakangan ini agak kemaruk juga mendengar semula album-album yang berkonsepkan symphonic power metal. Gloryhammer adalah antara penyebab utamanya. Mendengar Legends From Beyond the Galactic Terrorvortex mengingatkan kepada Dawn Of Victory - Rhapsody. Ianya tidaklah seratus peratus sama. Tetapi ada lagu-lagunya yang terarah ke situ. Keadaan pertama kali dengar dan terus melekat dan mahu mendengarnya lagi dan lagi adalah sama. Lagu-lagunya memang catchy dan sedap.
Tetapi jika anda tidak berminat dengan muzik yang cheesy, yang over-the-top, boombastic... Mungkin ini bukan untuk anda. Mereka sememangnya terlebih cheesy...terlebih over-the-top. Tetapi itulah yang menariknya. Segala ramuan yang terlebih cukup sifat. Epic neoclassical solo gitar berserta bahagian string, horn, synth dan choir yang di adun terlebih rasa. Singalong chorus. Melodi yang catchy. Suara vokalisnya pun padu. Memang sedap lah. Tetapi kalau dah tak minat...cakap apa pun tak ada gunanya...hahaha....
Salah satu album pilihan untuk 2019!
Friday, November 15, 2019
Cd 2019 - Bahagian 12
Akhir-akhir ini rasa kemaruk semula dengan genre symphonic power metal. Banyak juga mencuba band-band yang baru pertama kali tahu. Dalam banyak-banyak band tersebut, 2 ini yang paling cepat terkesan. Melodinya memang betul-betul mudah hadam. Memang sedap!
Kedua-duanya berasal dari Eropah. Gloryhamer dari UK manakala Twilight Force pula dari Sweden. Persamaan mereka selain dari genre muzik yang sama, kedua-duanya juga menggunakan costume seperti tema lirik mereka apabila berada di pentas. Memang menarik.
| Gloryhammer - Legends From Beyond The Galactic Terrorvortex (2019) |
| Twilight Force - Dawn of the Dragonstar (2019) |
Labels:
2019,
cd,
Gloryhammer,
rock omputeh,
Twilight Force
Subscribe to:
Posts (Atom)