Showing posts with label Gayour. Show all posts
Showing posts with label Gayour. Show all posts

Monday, August 29, 2022

Metal Mascots - Gayour

Karya terkini dari kartunis lagenda negara. Gayour.


Lama dah rasanya tak membeli bahan bacaan. Buku yang sedia ada pun masih banyak yang belum sempat dibaca. Ada yang dah bertahun dalam simpanan.

Tetapi yang ini adalah satu pengecualian. Kalau bukan kita yang menyokong siapa lagi yang hendak diharapkan. Bukunya pun kena dengan minat dan selera.

Ianya mengandungi lakaran Gayour dan latar belakang maskot-maskot popular yang sering dikaitkan dengan band-band metal antarabangsa. Antaranya Murray dari Dio, Vic Rattlehead dari Megadeth dan sudah semestinya yang paling poular, Eddie dari Iron Maiden.


Buku ini memang sesuailah bagi sesiapa yang suka pakai tshirt band. Sekurang-kurangnya kalau tak boleh nak namakan 3 lagu, bolehlah eksyen cerita pasal maskot band-band tersebut…haha...

Untuk pembelian, sila layari https://warongmall.net/product/metal-mascots-volume-1 (RM29.00) atau boleh sahaja membelinya di Shopee (RM29.10)

Kill! Kill!…Die! Die!


Wednesday, March 27, 2019

Big Bad Wolf JB 2019

Macam dah lama rasanya Big Bad Wolf tidak diadakan di Johor. Kali terakhir kalau tak silap adalah pada tahun 2015. Tak ada lah nak cari buku sangat pasal rasa macam baru lagi 2, 3 bulan lepas pergi yang di The Mines, KL.

Kali ini lokasinya bukan seperti biasanya di Danga City Malls. Kalau tak silap lokasi tersebut dah tutup. Kali ini ianya diadakan di Mydin Mall Mutiara Rini, Skudai. Ikut pendapat peribadi tempat ini agak kurang selesa. Maklumlah tengah musim panas ni, memang rasa bahang bila ianya di buat di tempat letak kereta walaupun ianya berbumbung.


Tak bercadang nak beli tapi akhirnya terbeli juga. Dua-dua buku ni memang tak jumpa di The Mines tempohari.


Yang ni tak banyak cerita. Nampak. Terus sambar. Apa-apa pasal Iron Maiden memang sapu jer la....


Tapi tujuan sebenar pergi ke sini sebenarnya adalah untuk ini. Selain nak beli buku yang mengimbau zaman remaja ni...


Tetapi yang utamanya nak jumpa pelukisnya. The one and only..the legendary heavy metal cartoonist, Tuan Gayour. Rasanya kali terakhir bersua muka dengan beliau dalam 20++ tahun yang lepas. 1996 atau 1997 di Plaza Kotaraya, JB.

Beliau adalah antara hero dan idola dari zaman remaja. Lama juga dah rasanya berkenalan di alam maya. Blog, Instagram, fb dan akhirnya dapat jua bersua muka.



Tabik tuan... maaf tak boleh nak borak panjang...ada rezeki...Insya Allah boleh jumpa lagi...