Showing posts with label Gary Moore. Show all posts
Showing posts with label Gary Moore. Show all posts

Friday, April 22, 2022

Run for Cover

 Membeli kenangan..

Gary Moore - Run for Cover (1985)

Beli kerana lagu balada Empty Rooms. Sebenarnya ia bukanlah lagu yang diminati sangat. Kenangannya kerana lagu ini terdapat di dalam satu kompilasi kaset pirate Apache yang di beli ketika zaman remaja. Tak ingat apa tajuknya. Kasetnya pun dah hilang. 

Darah muda yang pada ketika itu lebih sukakan lagu yang berat dan kasar, menjadikan lagu ini antara yang paling kurang digemari. Maklumlah Empty Rooms lagunya agak meleweh. Memang kurang sabar kalau nak dengar selalu. Dah lah pada ketika hanya memiliki beberapa keping kaset (baru pandai membeli). Memang pusing-pusing pun kaset itu yang akan dimainkan secara berulang-ulang. 

Ianya menjadi mangsa forward setiap kali kaset itu dimainkan. Nasiblah pada ketika tidak menggunakan walkman (zaman belum mampu). Mendengarnya menggunakan radio transistor yang ada pemain kaset. Tekan sahaja butang forward. Tapi ianya pun menyusahkan juga. Selalunya forward akan terlebih atau terkurang. Asyik la kena rewind/forward/rewind/forward untuk dapat betul-betul permulaan lagu yang seterusnya.

Namun begitu, lagu ini bolehlah dikatakan sebagai salah satu lagu slow rock wajib bagi mat rock pada zaman tersebut. Search pada zaman Hard Rock Cafe Taman Tun Dr Ismail (1985) pun pernah membawakan lagu ini. Bagi saya semua album Gary Moore ketika zaman hard rock beliau adalah menarik. Saya kurang gemar apabila beliau bertukar untuk bermain blues.


Pernah beli 2 kali cd ini. Pertamanya ketika zaman ebay pos percuma dari e-stock/music magpie. Sayangnya cd yang diterima didalamnya adalah cd penyanyi lain. Malas nak komplen memandangkan harganya pun tak sampai RM20. Kemudiannya dalam beberapa minggu lepas ketika mengemas rak, terjumpa kembali cd tersebut. Dan kembali ingat yang cd tersebut isi perutnya penyanyi lain. Tak banyak cerita terus beli yang baru...Semakin berumur semakin rajin membeli kenangan.... 

 

Friday, March 10, 2017

Wild Frontier

Yang genap 30 tahun semalam, 9hb Mac....


Gary Moore - Wild Frontier (1987)

Antara album terbaik era hard rock mendiang Gary Moore sebelum beliau berubah menghasilkan album-album bercirikan blues.

Pernah bercerita pasalnya 6 tahun yang lalu >SINI<. Makanya tak perlulah lah bercerita panjang lagi. Ianya mengembalikan nostalgia zaman sekolah. Terutamanya lagu "Over the Hills and Far Away". Kenangan menonton video clipnya di dalam tape video VHS Kerrang Kompilation 2 akan tetap segar dalam ingatan.



Seorang gitaris yang banyak memberi pengaruh kepada mat rock 80an. "Over the Hills and Far Away" dengan Gersang "B29". "The Loner" dengan pengaruhnya kepada "Sentuhan Kidal" - Lefthanded dan tak lupa juga "Cinta Palsu" dari TZ.

Menaip entri ini sambil mendengar lagu "The Loner"...memang syahdu....


Thursday, January 7, 2016

RUN FOR COVER

Sambungan entri tahun lepas yang tak sempat nak siap...
Yang menyambut ulangtahun ke 30 31....


Gary Moore - Run for Cover (1985)

Ini adalah antara zaman kemuncak Gary Moore ketika dia masih ber"heavy metal". Bagi yang kenal mendiang ketika zaman "Still Got The Blues" pastinya tak tahu yang beliau bermula dengan muzik hard rock/heavy metal ketika awal tahun 80an dulu.

Sesuatu yang peminat blues beliau patut tahu, beliau dulunya adalah seorang shredder. Solo-solonya memang berapi. Sayangnya semenjak ber"blues" beliau tidak lagi bermain begitu sehinggalah ke akhir hayat beliau.

Ini album yang menarik. Lagu-lagunya memang sedap. Tambah-tambah pula barisan artis-artis undangannya memang tengah top pada ketika itu termasuk lah Glenn Hughes (Deep Purple), Phil Lynott (Thin Lizzy), Bob Daisley (Rainbow, Ozzy Osbourne) dan Don Airey (Rainbow, MSG, Ozzy Osbourne).


Paling menarik sudah tentunya lagu "Out in the Fields". Lagu duet antara dia dan Phil Lynott. Ini adalah antara lagu yang menaikkan nama beliau ke dalam carta. Beliau juga merakamkan semula lagu yang popular dikalangan mat rock melayu zaman saya budak-budak dahulu, "Empty Rooms". Terkenang zaman-zaman kaset apache bila mendengar lagu ini.

Lain-lain yang patut anda dengar adalah "Military Man". Lagu nyanyian Phil Lynott. Kalau tak silap ini adalah rakaman terakhir penyanyi Thin Lizzy tersebut sebelum dia meninggal dunia. Saya tak pasti tetapi secara kebetulannya Gary Moore tidak lagi ber"heavy metal" selepas kematian beliau.

Apa-apa pun saya memang suka Gary Moore ketika dia ber"heavy metal". Terbaik!



Tuesday, February 8, 2011

Tribute to Gary Moore - Victim of the future

Baru 3,4 bulan lepas aku bercerita pasal lagu dan album Gary Moore...tak sangka pulak 6hb Februari yang lalu beliau telah pun meninggalkan kita buat selama2nya...hilang lagi seorang lagenda seperti jugak Dio...Gary ni memang banyak meninggalkan pengaruh kepada mat2 rock melayu pada pertengahan tahun2 80an dulu....termasuk aku...

Kalau sebelum ni aku dah cerita pasal album Wild Frontier...kali ni pasal album terbitan tahun 1984...Victim Of The Future...



Album ni memang banyak meninggalkan kenangan kepada aku...terutamanya kerana dari album ni lah aku mula mengenali lagu2 Gary Moore...semuanya pasal lagu "Empty Rooms"...zaman2 kaset Apache dulu...lagu ni ada dalam salah satu kaset Kerrang Kompilation...tu la 1st time aku dengo Gary Moore...antara lagu slow rock wajib bebudak rock melayu kat johor pada zaman tu...sampaikan Search zaman Man Kidal pun cover lagu ni kan...

Tapi Victim Of The Future ni bukan lah album pertama Gary Moore aku...zaman tu mana la nak cari album penuh kalau Apache tak meng"pirate"kan...aku start dengo album ni masa tahun 1990 kot kalau tak silap...dan lagu yang terus melekat kat kepala aku bila 1st time dengo album ni adalah "Shapes Of Things"...walaupun lagi ni lagu cover...tapi solo Gary dalam lagu ni memang perghhhh!!!!...buat aku rasa nak muda semula dan rajin2 praktis main gitar dan tak malas2 macam dulu...heheh...


dasat2 jugak yang main untuk album ni



Selain lagu 2 tu...aku suka gak lagu "Law Of The Jungle"...ntahlah setiap kali aku dengo lagu ni...aku teringat Lefthanded...ada lagu dorang yang feel macam gini...lagu Ringan Berat kot kalau tak silap...tapi tak kisah la lagu apa pun...aku tau Gary Moore memang banyak menpengaruhi Man Kidal...dengo jer album solo Man Kidal...ada bunyi Gary Moore kat situ...bukan Man Kidal jer...boleh kata majoriti mat rock melayu zaman petengahan 80an tu semua terpengaruh...err...Sentuhan Kidal punya feel ada macam The Loner tak?...

Macam aku cakap sebelum ni...kalau nak dengo Gary Moore main hard rock dengan solo2 membunuh...ini adalah antara albumnya....selain tu aku suka jugak album Corridors of Power,Wild Frontier dan After the War...tapi kalau nak dengo dia main blues...cekidot album Still Got The Blues hingga terkini...tapi bagi aku...telinga dan selera aku...aku kurang berminat bila dia start main blues...mungkin pasal tu jugak aku stop follow dia...last album dia yang pernah aku dengo adalah After Hours (1992)...pastu aku memang tak ambik tau dah...


boringnya cd lama ni...dah la inlay sekeping...jangan kan lirik...gambo pun takder...



Dalam aku mengharap kot2 dia akan kembali main hard rock...tiba2 dapat berita kematian dia la pulak...nampaknya harapan aku tak tercapai...tapi muzik dia di era 80an akan tetap menjadi kenangan2 aku...benda yang dah jadi soundtrack hidup kita terutama masa zaman2 baru nak kenal dunia mana boleh lupa...yer tak?...

Walaupun dia dah tak ader...muzik dia...sama jugak macam Dio...Randy Rhoads...Cliff Burton...Criss Oliva...Steve Clark...dan ramai lagi yang aku tak leh nak recall sekarang ni...akan tetap segar sampai bila2...

Terimakasih Gary....

"Robert William Gary Moore (4 April 1952 – 6 February 2011)"


Friday, October 22, 2010

Wild Frontier

Seperti yang aku janjikan sebelum ni...jom bercerita pasal album ke 9 Gary Moore bertajuk Wild Frontier terbitan tahun 1987...



Pertamanya jangan salah anggap...ini bukan album blues...aku kurang berminat dengan album2 blues Gary Moore sejak dia berubah arah dengan album Still Got The Blues...the best era untuk Gary Moore bagi aku adalah di zaman hard rock/heavy metalnya...dari Corridors Of Power (1982) hingga lah ke album ni Wild Frontier...album selepas tu After The War (1989)...Gary Moore cuba untuk menjadi komersil..cuba menjadi hair metal band macam Whitesnake...tapi sayangnya...hair metal perlukan imej yang kuat....muka mesti cute...bak kata Ozzy pun muka Gary Moore ni muka "welder's bench"...aku ada terbaca...dia berubah main blues untuk menjadi lebih popular...susah nak cari makan kot main hard rock/metal ni...

Apa yang menarik pasal Wild Frontier ni adalah elemen2 orang Ireland yang cukup kuat dari segi lagunya...beliau memang berasal dari Ireland...dengar ceritanya...album ni diterbitkan selepas beliau balik kampung di Ireland (selepas beberapa tahun tak balik)...hasilnya sebuah album yang cukup kuat bunyi elemen muzik celtic...kekadang buat aku teringat kat band Big Country...Big Country versi metal...



Ambik contoh lagu favourite aku la..Over the Hills and Far Away...kalau elemen rock gitarnya ditiadakan...sebijik bunyi lagu2 celtic tradisional Ireland kan...betul tak?..ada beberapa lagu lagi yang bunyi2 celtic tu contoh macam Johny Boy dan Thunder Rising...

Album ni yang menariknya...walaupun Gary Moore boleh di kategorikan sebagai gitar hero...tapi album ni bukan pasal gitar semata2...walaupun dasat2 gak gitar work dia...ianya lebih menumpukan kepada lagu...banyak lagu yang sedap2...antaranya 3 ni..

Over the Hills and Far Away...kalau korang pernah dengar Nightwish...tentu pernah dengar lagu ni...dan ini adalah penyanyi asalnya...dalam cd ni ada 2 versi...dan aku suka versi 12"...lebih panjang lagu dan solonya...

Wild Frontier...lagu yang sepatutnya dinyanyikan oleh kawan baik Gary, Phil Lynott (Thin Lizzy)...tapi tak sempat...mamat ni mati ovedose...pun ada 2 versi...dan sama jugak versi 12" lebih best...

The Loner...lagu instrumental yang gila babas dia punya feeling...betul2 menonjolkan kehebatan Gary dalam menulis lagu dan menyolo...antara lagu2 instrumental yang jadi all time favourite aku...memang syahdu arr...



majoriti lagu2 lainnya memang kuat bunyi pop new wave....new vave with heavy guitar...maklum la album ni kan diterbitkan pada zaman2 new wave terutamanya di UK tengah top...tambah2 pulak album ni menggunakan drum machine...satu yang aku rasa kurangnya album ni...kalau pakai drum sebenar mesti lebih best...

apa2 pun memang sayang Gary tak main muzik yang macam ni lagi dalam album2 selepas Still Got The Blues...dari tahun 1990 hingga sekarang...beliau lebih gemar bermain blues...

sedikit trivia...kalau korang pernah dengar lagu Gersang B29...tentu korang perasan persamaan antara B29 dan Over the Hills and Far Away...biasa la dulu2 kan...

Saturday, October 2, 2010

Shapes Of Things

Sebenarnya aku tengah draf review untuk the final frontier...tapi ntah la...idea tak mari pulak...tetiba teringat Wild Fronter la pulak...kebetulan dalam seminggu dua ni ada pulak members yang posting lagu2 Gary Moore kat FB...aku dah kesaruk Gary Moore la..

teringat zaman2 bebudak aku tengok video Kerrang Kompilation...tu jam 1st time aku kenal Gary Moore...tapi bukan zaman2 Gary Moore Still Got The Blues eh...aku zaman blues dia aku kureng sikit...tapi zaman2 hard rock dia masa 80's memang best la...try la dengar solo2 dia...dasat beb....

nanti la rajin aku review cd Wild Frontier yang ada lagu Over The Hills And Far Away yang Nightwish cover tu...tapi untuk hari ni aku tengah kesaruk ngan lagu Shapes Of Things dari album Victims Of The Future terbitan tahun 83...walaupun ni lagu cover Yardbirds...tapi aku suka la...

The Final Frontier nanti2 ahh...nah layan Shapes Of Things 3 versi sekaligus...baru lama dan video clip...