Album yang berumur 20 tahun pada bulan Mei yang lalu...
Gamma Ray - Land of the Free (1995)
Kai Hansen kembali! Itulah pendapat saya tentang
Land of the Free. Setelah kurang menyengat dengan
Insanity and Genius (1993) dan
Sigh No More (1991), album ini mengembalikan kepercayaan saya kepada Kai Hansen.
Saya sememangnya penyokong
Kai Hansen berbanding
Michael Weikath walaupun saya terpaksa akui yang
Helloween di bawah
Michael Weikath sememangnya bagus. Tapi bila dah "bias" biasalah. Tetap nak cakap zaman
Kai Hansen juga yang terbaik. Hahaha...
Vokal Kai jauh lebih baik jika hendak dibandingkan ketika zaman
Helloween beliau. Tak terasa langsung akan kehilangan
Ralf Scheepers. Tambah menarik album ini juga manampilkan
Michael Kiske sebagai vokalis undangan. Walaupun satu lagu tetapi sudah cukup mengubat kerinduan peminat Helloween. Yang bestnya saya menjangkakan lagu
"Time to Break Free" adalah seperti Helloween yang lama. Rupa-rupanya
Kai Hansen dan
Michael Kiske memang betul-betul telah berubah. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman
"Pink Bubbles Go Ape". Saya suka.
Sememangnya ini antara album terbaik Gamma Ray.
"Rebellion in Dreamland" memang sedap. Jarang orang letak lagu yang panjang sebagai track pembukaan. Tetapi ianya menjadi pencetus mood yang bagus untuk kagu-lagu seterusnya.
Kalau kali pertama nak dengar Gamma Ray,
Land of the Free adalah pilihan yang terbaik. Satu album semua lagu best. Memang terbaik!