Showing posts with label Faith No More. Show all posts
Showing posts with label Faith No More. Show all posts

Saturday, June 8, 2024

Gila Format - Angel Dust

 Sempena ulangtahun ke 32 yang jatuh pada hari ini...


Faith No More - Angel Dust (1992) 

Beli kaset album ini ketika balik cuti semester dari ITMCJ. Rasanya beli di Komtar, JB. Naik bas Maju 205 Jb-Ulu Tiram. Tengah membelek kasetnya, datang abang konduktor bas ajak berborak (bas kosong tak ramai penumpang).

"Beli kaset rock rock ker? Abang pun minat rock jugak...kaset apa?" Terus buat muka blur bila tengok tajuk kaset. "Oooo.. Abang rock dulu-dulu abang tau la...yang ni tak tau".... Terus layan berbual pasal Deep Purple, Scorpions dan Rainbow...


Bila ingat peristiwa ni mungkin ianya perkara yang sama akan berlaku pada masa sekarang. Cumanya sayalah yang akan jadi seperti abang konduktor bas tersebut. Memang blur la kalau di tunjukkan band-band rock zaman sekarang...haha...

Tak ingat bila beli versi cd tapi versi piring hitam di beli pada tahun lepas. Pembelian sebegini bukanlah pasal nak dengar sangat pun. Tapi ianya hanyalah untuk membeli sebuah kenangan...



Friday, June 30, 2017

Album of the Year

Yang dah 20 tahun pada 3hb Jun yang lalu...


Faith No More - Album of the Year (1997)

Seperti album sebelumnya, King For A Day, Fool For A Lifetime (1995), kaset ini juga dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi yang bezanya, King For A Day, Fool For A Lifetime adalah album yang “grower” hinggakan saya rasa perlu untuk membeli cdnya.

Tetapi kes yang sama tidak berlaku kepada Album Of The Year. Ironi dengan tajuknya, saya rasakan album ini agak membosankan. Faith No More tidak lagi menjadi sebuah band yang pelik (weird), caca marba dan sukar dijangka. Album Of The Year lagu-lagunya agak “straight forward”, “mellow” dan tiada yang kekal dalam ingatan. Kalau yang menarik perhatian pun mungkin lagu "Ashes to Ashes" yang seakan-akan lagu dari era Angel Dust (1992).


Sejak ketiadaan Jim Martin, Faith No More sekali lagi bertukar gitarist. Tetapi yang pastinya sekali lagi lagu-lagunya tidak mempunyai solo. Satu lagi faktor tambahan yang mengurangkan minat kepada album ini.

Tak langsung mengikuti perkembangan mereka selepas dari ini...kurang minat dah. Tetapi kalau ada re-union bersama Jim Martin...mungkin itu cerita lain...







Monday, June 8, 2015

King For A Day, Fool For A Lifetime

Yang dah pun 20 tahun pada bulan mac yang lalu...


Faith No More - King For A Day, Fool For A Lifetime (1995)

Minat saya pada Faith No More adalah kerana Jim Martins. Selain kerja gitarnya, sejarah beliau bersama Cliff Burton banyak mempengaruhi. Selepas beliau ditendang keluar dari Faith No More dan ditambah pula dengan album sebelumnya "Angel Dust (1992)" yang terlampau memberi tumpuan kepada bunyi keyboards. Minat saya pada Faith No More agak berkurang.

King For A Day, Fool For A Lifetime awalnya dibeli sekadar untuk melengkapkan koleksi. Tetapi selepas beberapa kali pendengaran, saya lebih bersikap terbuka. Kerana lagu-lagu mereka memang sedap. Bersama Jim Martins atau tidak, identiti Faith No More tidak jauh berubah. Tetap Rojak!



Kemasukan Trey Spruance sebagai gitaris (rakan Mike Patton dalam Mr Bungle) walaupun sekadar pemuzik undangan sebenarnya menarik. Latarbelakang beliau yang pelbagai berjaya merojakkan lagi muzik Faith No More. Tambah menariknya walaupun majoriti lagunya tiada solo gitar, tetapi bunyi keyboards bukan lagi elemen yang utama. Ini yang peliknya. Seolah-olah bukannya Jim Martins yang tiada, tetapi Roddy Bottum kerana bunyi keyboardnya agak kurang dan kebelakang.

King For A Day, Fool For A Lifetime muziknya lebih "straight" dan kurang progessif berbanding album sebelumnya, Angel Dust. Tetapi memang susahlah untuk melabelkan mereka mengikut genre. Dari yang metal/punkish seperti "Get Out" boleh bertukar 360 darjah kepada muzik yang jazz/swinggy  seperti "Star A.D."


Kalau anda tidak mementing genre, apa pun sebat janji sedap...Faith No More sememangnya salah satu band yang patut anda cuba. Kalau anda dari generasi baru, mungkin muzik System of a Down boleh dijadikan rujukan kerana memang jelas dan nyata dari mana mereka mendapatkan rujukan.

Bak kata Phil Rhine dari Sacred Reich, dalam lagu  "31 Flavors"...."Mike Patton's voice is smooth as silk."

Best!






Monday, October 22, 2012

Angel Dust

Lagi album yang dah 20 tahun...



Faith No More - Angel Dust (1992)

Pertalian antara Jim Martin dan Cliff Burton adalah penyebab utama kenapa saya mula mendengar FNM...mungkin kerana dia juga muzik FNM lebih cenderung arahnya kepada metal berbanding band2 cross-over lainnya seperti RHCP...walaubagaimanapun album ini akan sedikit mengecewakan peminat beliau...

Walaupun masih terdapat riff2 metal beliau...tetapi Angel Dust lebih mementingkan vocal Mike Patton dan sound keyboard/synthesizer Roddy Bottum...sesuatu yang berbeza dengan album2 yang sebelumnya...malahan tugasan mencipta lagu beliau juga dihadkan...banyak rumours yang mengatakan dia dipecat kerana tidak bersetuju dengan hala tuju baru FNM ini...(saya pernah terbaca interview dia bersama Kerrang dulu....menurutnya dia tak akan bermain semula dengan FNM kecuali jika dia menjadi sell-out....dan kata2nya tu di kotakan sehingga kini walaupun sudah beberapa kali dia ajak untuk re-union)...


Walaubagaimanapun...selain bunyi gitar bukan lagi dominasi utama FNM...album ni sebenarnya ada banyak juga lagu yang sedap2...tapi mungkin ianya bukan untuk semua orang...biasalah...bukan semua orang dapat menerima muzik rojak sebegini...

Antara lagu yang berjaya menarik perhatian saya adalah "Midlife Crisis","Kindergarten","Be Aggressive" dan satu2nya lagu ciptaan Jim Martin "Jizzlobber"....tapi kalau nak kata lagu yang paling best...pada saya ada dua..."A Small Victory" dan lagu cover  Commodores "Easy"...sampai sekarang saya cukup feel bila mendengar solo pendek Jim pada lagu "Easy"...




Monday, May 21, 2012

I Started A Joke

Ni tribute untuk Robin Gibb...

1st time aku betul2 nak ambik tau pasal lagu ni bila aku dengar versi Faith No More....dari album greatest hits dorang "Who Cares a Lot?" tahun 1998....

ni versi vc yang ada cakap2...aku suka versi ni


Sejak tu baru aku perasan yang Bee Gees ni rupa-rupanya bukan hanya ujud time disco...time penghujung 70an...zaman Saturday Night Fever...padahal dorang dah start sejak penghujung 60an lagi...lagu I Started A Joke ni dari tahun 1968...

Zaman aku budak2...masa umur 7,8 tahun...penghujung 70an...popular betul dorang ni saing2 ngan ABBA dan Boney M....zaman2 disco...John Travolta dan Olivia Newton John...walaupun kat rumah aku tak pernah ada album dorang...bapak aku tak minat kot lagu2 omputeh...(cuma yang aku tau dia suka Cliff Richard - The Young Ones...pasal kekadang tu masa aku budak2...dia nyanyi sikit2 lagu tu...heheh..) tapi aku selalu nampak LP/kaset/katrij Bee Gess ni kat rumah sedara mara atau kawan2....

Sejak cover Faith No More tu...tu banyak jugak aku discover lagu2 dorang yang sedap2 masa zaman 60an...antaranya "New York Mining Disaster 1941", "To Love Somebody", "Holiday", "Massachusetts", "Words" dan banyak lagi la....

bila dengar lagu2 Bee Gees ni...memang rasa teringin betul nak mengumpul LP...tapi apakan daya...arghhhhh...

last...layan la "I Started A Joke" versi live ni...best!




"Til I finally died, which started the whole world living." 

Thank you for the music, Robin Hugh Gibb (22 December 1949 – 20 May 2012)







Saturday, January 21, 2012

Live at Brixton Academy

Ok la...berdasarkan komen2 yang kurang membina...tak jadi la nak jadi jiwang...hahahaha....Rock On!!!!

Lagi yang sepatutnya aku publish tahun lepas


Faith No More - Live At Brixton Academy (1991)

Masa awal2 90an dulu...selalu betul nampak kaset live ni kat kedai2 kaset...tapi disebabkan kekangan kewangan bagi seorang pelajar...kaset2 live ni biasanya amat jarang aku beli...keutamaan diberikan kepada kaset album yang sebenar...disinilah bergunanya kawan dengan konsep sharing is caring...heheh..

1st time pinjam kaset ni aku dah tertarik ngan lagu bonusnya "The Cowboy Song"...sedap...sejak tu memang terpikir nak beli kasetnya...tapi hinggalah ke zaman cd tak jugak terbeli2...akhirnya selepas 20 tahun...terbaca pulak yang Warner Music ada meriliskan semula album ni di UK pada tahun lepas...dan macam tak percaya pulak aku terjumpa edisi ni kat ebay orang jual dengan harga serendah RM15...tapi bila dah terbeli baru lah aku kenapa la murah reganya...

Rupanya cd ni jenis guna kaver kertas kadbod sekeping jer...inlay pun takder...hampeh betul....terasa macam beli cd cetak rompak ajer....nasib baik la cuma RM15 ajer...


Apa2 pun kalau nak cerita pasal kandungan cdnya...memang bagus...tu pun kalau korang suka "The Real Thing"...pasal 7 daripada 8 lagu livenya adalah dari album tersebut...lagu2 best macam Epic, Falling To Pieces, From Out Of Nowhere semua ada...jadi bertambah menarik versi live ni majoritinya sedikit berbeza dari versi asal..siap Mike Patton nasi tambah lagu New Kids on the Block "Right Stuff" dan Teknotronic "Pump up the Jam" lagi...menarik...cuma sayangnya lagu favourite aku  Surprise! You're Dead!  tak der la pulak...

Bagi aku Faith No More ni kalau nak lagi best kena tengok live secara visualnya...tak caya cekidot sendiri Live At Brixton Academy versi dvd kat youtube ni..




Berita baiknya Faith No More dah pun bergabung semula...harapnya adalah album baru nanti...walaucamna pun aku tetap ada soft spot pada Big Jim Martin...maklum la dia ni kan kawan baik Clif Burton....Faith No More tak akan sama tanpa cermin mata merah...dan gitar V nya tu....








Friday, October 14, 2011

Midlife Crisis

Hari ni 14hb Rocktober mungkin sekadar hari yang biasa2 ajer...tapi ntah kenapa kat kepala aku asik la terngiang2 lagu ni...





adakah aku sedang dilanda krisis???..heheh...tarikh ni sepanjang hayat aku tak pernah sambut...tak pernah potong kek...tak pernah tiup lilin...kecuali orang rumah dan anak2 yang tak pernah lupa nak wish...thanks dear...dan yang utama sekali Thank you Allah for the wonderful life...



Errr...yang ke berapa???...cukup lah kalau aku katakan yang mulai hari ni aku tak layak lagi dipanggil MAT BELIA maupun bertanding jawatan pemuda UMNO maupun PAS....heheh...