Antara pembelian terkini
Thursday, May 7, 2026
Friday, November 3, 2023
Six
Satu lagi album pilihan untuk 2023..
Extreme - Six (2023)
Antara kumpulan yang saya tidak ketinggalan membeli dan mendengar setiap album mereka adalah Extreme. Sebahagian besarnya adalah kerana Nuno Battencourt. Beliau adalah salah seorang gitar hero yang cukup saya minati. Muka hensem, rambut lurus mengurai dan permainan gitar yang hebat menjadikan beliau mempunyai pakej seorang rockstar yang lengkap.
Selain album baru Winger, ini adalah album baru yang paling ditunggu-tunggu untuk 2023. Kebetulan pula kedua-dua mereka menggunakan nombor album sebagai tajuk. Dan kedua-duanya membuatkan saya tersenyum. 2023 telah menghasilkan 2 album hard rock gitar shredder yang hebat.
Kalau Reb Beach lebih kepada "team player" untuk album terbaru Winger, tetapi Nuno memilih untuk terus kedepan. Dan sememangnya beliau layak dan sepatutnya berbuat begitu. Tarikan utama Extreme sememangnya Nuno. Tak rasa ramai yang nak dengar Extreme kalau bukan kerana beliau. Ok la... saya tidak menafikan kehebatan vokal Gary Cherone dan anggota band yang lain. Tak padan dengan usia vokal beliau masih hebat.
Six muziknya kurang funky seperti Extreme yang dulu. Mereka kali ini lebih kepada rock n roll moden. Ada juga sisi Nu Metal, Industrial dan Europop. Tetapi tiada yang pelik pun. Extreme sememangnya selalu bereksperimen dengan lagu-lagu yang kadang-kadangnya tak kena dengan keseluruhan album. Dan kebiasaannya itu yang kita tunggu.
Secara keseluruhannya memang padu. Solo-solo gitar berapi dan berasap. Kalau ada yang nak komplen pun dari segi soundnya yang agak mendap. Tak pasti adakah Nuno memang mahukan sound begitu (ala-ala sound 80an) atau ada sesuatu yang tak kena ketika produksinya.
Sebagai peminat, saya tidak teragak-teragak untuk terus membeli versi vinyl. Six adalah yang ke 4 selepas Senjutsu, Rock Believer dan Rad Wings of Destiny yang terus saya beli dalam 2 versi cd dan vinyl sebelum mendengar keseluruhan album.
Satu lagi album kegemaran untuk 2023!
Saturday, February 11, 2017
Schizophonic
Yang dah 20 tahun hari ini, 11hb Februari....(Saudara Myownmind pemilik blog "Love can sometimes be like magic. But magic can sometimes...just be an illusion" tentu suka ni)
Nuno Bettencourt - Schizophonic (1997)
Saya suka Nuno. Dia handsome. Rambut pun lawa. Haha..
"Seriously speaking"... Dia memang gitar hero saya. Walaupun ramai yang menganggap beliau hanya sekadar klon Eddie Van Halen. tetapi dia klon yang sangat bagus.
Sebenarnya tak pasti apakah album ini keluaran tahun 1997. Ikut di kaset di catatkan sebagai 1996. Tetapi carian di internet semuanya mengatakan ianya keluaran 1997. Mungkin juga ianya siap dan dicetak pada tahun 1996 tetapi hanya diedarkan pada 11hb Februari, 1997.
Tak kisahlah semua itu. Yang penting isi kandungnya. Ini album solo pertama beliau. Tetapi jika anda mengharapkan ianya seperti Extreme, mungkin anda akan kecewa. Extreme sendiri telah berubah pada album Waiting for the Punchline (1995). Schizophonic mirip ke arah itu tetapi dengan lebih perencah modern rocknya.
Dan jika anda berharapkan ianya sebuah album gitar hero, pastinya juga anda akan kecewa. Mungkin tiada apa lagi yang perlu beliau buktikan. Schizophonic lebih menumpukan kepada kebolehan beliau dalam penciptaan lagu dan keupayaan beliau menyanyi. Sebelum ini pun beliau pernah berduet dengan Gary Cherone dalam beberapa buah lagu Extreme ("More Than Words", contohnya). Sedap juga vokal beliau. Malah hampir keseluruhan album ini alatan muziknya dimainkan oleh beliau kecuali 2 lagu yang drumnya dimainkan oleh Mike Mangini.
Saya mulanya agak kecewa. Tetapi sekarang suka. Walaupun bukan album shredder, tetapi masih ada kerja gitar dan solo-solo beliau yang hebat. Tetapi yang menariknya adalah melodi lagu-lagunya. Memang sedap. Semakin lama dengar semakin sedap. Ntah mengapa dalam banyak2 lagu, "Crave" cukup melekat. Melodinya memang sentiasa terngiang-ngiang di kepala.
Sangat rekomended untuk mereka yang gemarkan irama modern rock 90an. Sayangnya tak ramai yang tahu. Memang "hidden gem".
Terbaik!!
Monday, March 2, 2015
Waiting for the Punchline
Extreme - Waiting for the Punchline (1995)
Saya adalah peminat Nuno Battencourt. Rambut dia cantik, muka pun hensem...hahaha...tapi secara seriusnya, saya memang meminati petikan gitar beliau. Pada saya selain Vito Bratta (White Lion), Nuno adalah seorang lagi gitaris jelmaan Eddie Van Halen yang bagus. Tak kisahlah copy cat ker apa. Yang penting dia bagus. Kalau asli tapi tak bagus pun apa gunanya.
Ternyata kebanyakan album rock yang diterbitkan pada pertengahan tahun 90an akan terpengaruh dengan "grunge". Extreme tidak terkecuali. Hilang sudah tenaga dan "rock n roll supposed to be fun" yang ada pada mereka. Nasib juga mereka masih mengekalkan solo-solo berhantu Nuno. Itu yang membuatkan saya masih tertarik untuk mendengarnya.
Sound mereka kali ini lebih simple. Seolah-olah rakaman dalam garaj. Mungkin mereka mahukan sound kasar ala-ala Seattle. Paling ketara tiada lagi "guitar overdubs". Agak kosong bunyinya bila hanya satu gitar yang kedengaran. Tambah tak menariknya bila kita boleh dengar (terutamanya kalau menggunakan headphone) bunyi gitar di sebelah kanan dan bunyi bass di sebelah kiri manakala drum dan vokal di tengah-tengah. Seolah-olah bunyi gitar bukan lagi yang utama. Saya lebih menyukai sound penuh seperti album-album mereka yang sebelumnya.
Saya awalnya agak bimbang dengan lirik pada lagu track pertama mereka, "There is No God". Rock rock juga la kan...tapi bab-bab lirik yang menyeleweng akidah ni kena berhati-hati juga. Tetapi setelah meneliti liriknya dan membaca penjelasan Gary Cherone, ternyata maksud lirik itu adalah yang sebaliknya. Lagu ini ditujukan kepada golongan yang tidak mempercayai tuhan ataupun atheist.
Tajuk lagu tersebut pun di ambil inspirasinya dari "headline" majalah Time, "God Is Dead".
Secara keseluruhannya pada saya album ini setakat OK sahaja, Banyak juga lagu-lagu yang agak bluesy dan funky. Tetapi saya cukup tertarik juga dengan beberapa lagu yang solo gitarnya yang sungguh ohsem seperti lagu "Hip Today" dan "Leave Me Alone". Begitu juga dengan kelajuan solo gitar akustik Nuno dalam lagu "Midnight Express". Hebat!
Mungkin bagi peminat Dream Theater boleh juga cuba dengar. Kerana ini adalah album pertama bagi Mike Mangini walaupun kalau tak silap saya beliau hanya bermain untuk 3 lagu. (Hip Today, Leave Me Alone dan No Respect)
Monday, November 5, 2012
III Sides to Every Story
Extreme - III Sides to Every Story (1992)
Terus terang saya terjebak mendengar Extreme adalah kerana petikan gitar Nuno Battencourt. Beliau bersama2 dengan Paul Gilbert (Mr Big) adalah antara gitar hero terakhir yang ujud dalam dunia saya kerana dunia muzik rock selepas tu bergerak kearah anti gitar hero, menyebabkan saya agak kurang berminat untuk mendengarnya.
III Sides to Every Story sebenarnya adalah konsep album. Dipecahkan kepada 3 bahagian, yours, mine dan the truth. Ianya bukan sahaja dipisahkan dari segi muzik tapi jugak liriknya. Yours merupakan lagu2 rancak yang mempunyai lirik bertemakan anti perang,racism dan politik manakala Mines pula mengandungi lagu yang lebih perlahan, mid tempo dan ada yang tanpa gitar. Liriknya lebih kepada bersifat peribadi, relationship dan keluarga...dan diakhiri dengan The Truth, 3 lagu sepanjang 21 ++ minit dibawah tajuk "everything under the sun." yang berkonsepkan sedikit progressif dan orkestra dengan lirik bertemakan keagamaan dan philosophy.
Bagi saya ianya satu percubaan yang agak berani, malah mereka langsung tidak mencari jalan mudah dengan membuat More Than Words Part 2. Akibatnya album ni agak kurang disegi jualannya. Tambahan pula ia diterbitkan ketika muzik alternative sedang meletup.
Secara peribadinya saya menyukai bahagian Yours. Petikan gitar Nuno memang tidak menghampakan. Dia memang seorang shredder yang hebat. Lagu seperti WarHeads dan Rest In Peace membuktikan kehebatan beliau. Tragic Comic dari Mines pula merupakan sebuah lagu mid tempo yang saya suka. Manakala Am I Ever Gonna Change dari The Truth pula menampilkan riff dasat Nuno. Sayangnya pada saya album ni kurang lagu slow yang menyengat. Seven Sundays lagu yang berentak waltz tu kalau dimainkan dengan gitar saya rasa ianya mungkin akan menjadi lebih menarik.
Kesimpulannya album ni mungkin menjadi terlalu extreme kepada peminat Extreme (jika anda paham maksud saya), menjadikannya ianya mungkin agak payah untuk diterima. Tapi bagi peminat Nuno, saya berpendapat walaupun ada lagu2 yang Nuno lebih bermain piano dari gitar tapi saya gerenti ianya tetap sebuah album shredder yang terbaik.
Friday, July 23, 2010
Pornograffitti
Pornograffitti adalah tajuk album ke 2 kumpulan Extreme...sebuah lagi album kegemaran aku dari tahun 1990...kira 20 tahun punya anniversary la ni..
Rasanya ramai yang kenal kumpulan Extreme ni kan...terutama pasal lagu More Than Words dan gitaris hebat dia Nuno Battencourt tu kan...tapi rasanya ramai yang tak tau muzik Extreme yang sebenar...More Than Words bukanlah kayu pengukur untuk lagu2 lain Extreme...aku sendiri pada mulanya mendengar Extreme adalah semata2 kerana Nuno...kalau tak silap abang aku yang kenalkan aku dengan 1st album Extreme...cekidout gitarist dia katanya...ada majalah gitar (aku lupa majalah apa) yang letakan Nuno sebagai best young guitar player...1st dengar aku dah terbayang Eddie Van Halen dan Vito Bratta...wow...dasat mamat ni...start situ terus aku follow Extreme...
Jangan salah anggap...mereka bukan lah klon glam/hair metal poison motley crue wananabe...walaupun ramai yang mengkatogerikan begitu...bagi aku mereka adalah sebuah band yang unik...bayangkan ada rock,metal,funk,blues,folk,rap,big band,akustik malah jazz dalam muzik mereka dan ada yang mengatakan Pornograffitti adalah sebuah album funkmetal terbaik dan aku tak teragak2 untuk mengakuinya...
aku membeli kaset Pornograffiti ni sebelum lagu More Than Words dan Hole Hearted meletup...sayangnya 2 lagu yang popular tersebut adalah lagu2 berbentuk gitar akustik yang langsung tak mengambarkan keseluruhan album ini...sesiapa yang tak pernah mendengar album ni mesti menjangkakan lagu2 lain mereka juga berkonsep begitu...tapi korang silap...album ni sebenarnya betul2 menonjolkan kehebatan Nuno Battencourt....kalau korang peminat gitar...ini adalah salah satu album yang wajib ada dalam koleksi...
Tidak dinafikan tarikan utama album ini adalah dibahagian gitarnya...Ada banyak solo dan gitar work dasat Nuno dalam hampir semua lagu dan antara yang menarik perhatian aku adalah "flight of the bumblebee" semasa intro lagu "He Man Woman Hater"...berasap beb...memang dasat mamat ni...tak hairan la ramai gitaris2 kat Malaysia pun jadikan dia idola (contoh Eddrie Hashim...err..mamat ni rambut gitar pun sama macam Nuno...heheh)..
Semua lagu pun layan...tapi antara yang menarik perhatian aku adalah lagu pembukaannya Decadence Dance dan 2 lagu funk metalnya When I'm President dan Get The Funk Out...manakala lagu Li'l Jack Horny pun sedap....siap dengan horn section lagi...best ooo...tapi ada satu lagu mulanya dulu aku tak suka dengar...tapi sekarang syok pulak adalah When I First Kisses You...lagu ala2 50an jazz macam Frank Sinatra...boleh tahan vocal Gary Cherone ni...tak hairan la kenapa Eddie Van Halen ajak dia join Van Halen dulu kan..
Selain tu...kalau lagu2 fast yang menarik bagi aku adalah He Man Woman Hater, Money (In God We Trust) dan Pornograffitti...kalau lagu slow...selain More Than Words (ni lagu dah overplayed la...) aku suka lagu Song For Love...solo Nuno dalam lagu ni memang menusuk kalbu arr...antara lagu power balad kegemaran aku..
dari segi produksi album ni pun tersangat la sedap...clear...sayangnya kemunculan dorang ni tak kena masa...kemunculan Nirvana dan grunge telah membunuh band2 hard rock yang bagus macam dorang ni...apa nak buat kan...
apa2 pun kalau korang nak tau apa yang best sangat pasal Nuno Battencourt ni...boleh try cekidout album ni la...