Showing posts with label Ekamatra. Show all posts
Showing posts with label Ekamatra. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

Satu Tekanan Irama

Lagi cerita perihal album keluaran semula.


Ekamatra -Satu Tekanan Irama (1989) - keluaran semula 2015

Bukan peminat dan tak akan jadi pun. Membelinya semata-mata kerana kekaguman saya terhadap petikan gitar ala-ala Malmsteen dari Shahrul. Ianya mengembalikan nostalgia saya kepada rakan-rakan shredder semasa saya menuntut di ITM Segamat pada awal 90an dulu.

Ini adalah antara kaset yang sering diputarkan oleh mereka selain dari kaset-kaset gitar hero orang putih seperti Malmsteen, Joe Satriani, Steve Vai dan kaset-kaset dari Shrapnel Records seperti Jason Becker, Marty Friedman, Vinnie Moore, Tony MacAlpine, Greg Howe, Richie Kotzen dan lain-lain yang saya sudah terlupa. Mereka berbangga bila ada anak muda belasan tahun dari Malaysia yang boleh bermain hebat seperti gitar hero mereka. Saya yang buta gitar pun turut menyibuk sama.


Tetapi saya cukup kalah dengan suara Rahmat. Lagunya juga agak meleweh-leweh. Nasib solo-solo melodic yang panjang dari Shahrul menyelamatkan keadaan. Bukanlah nak kata suaranya dan lagu-lagunya tak bagus. Tetapi ianya tidak menepati selera muzik saya.

Kalau anda suka. Beli. Tak perlu mengikut selera muzik saya.



Friday, October 23, 2015

Rahmat

Lagi berkenaan album reissue...


Rahmat - Rahmat (1991) - keluaran semula 2015

Dulu tak pernah dengar pun album ni. Malah tidak pernah tahu pun yang Rahmat itu satu kumpulan. Saya ingatkan selepas Ekamatra, Rahmat bergerak sebagai artis solo. Walaupun begitu saya tahu juga lagu "Rajuk" dan pernah menontonnya dalam rancangan Muzik Muzik TV3.

Jujurnya saya bukan peminat suara Rahmat. Disebabkan itu saya agak kurang berminat dengan kumpulan Ekamatra walaupun gitaris mereka sangat bagus. Pada saya suaranya lebih sesuai dengan lagu-lagu yang berentak perlahan. Album ini telah membuktikannya.


Selepas 3 kali pendengaran, saya merasakan yang saya telah membuat tindakan yang betul pada suatu masa dahulu. Memang tak boleh nak masuk. Banyak sangat lagu yang meleweh. Saya tidak merasa sebarang kerugian kerana tidak mendengarnya dulu. Cuma sekarang baru rasa terasa ruginya. Kalaulah tau dari awal tak boleh nak masuk...memang lah saya tak akan beli...rugi weh..heheh...

Walaupun begitu sound cd ini bagus. Mungkin kerana mereka menggunakan master tape yang asal. Seperti yang tertera di kulit cover depan, "Digitally Remastered in Germany".


*selera saya tidak semestinya sama dengan selera anda...apa yang saya suka tidak semestinya anda pun suka...dengar sendiri...kemudiannya tepuk dada...tanyalah selera....




Friday, September 25, 2015

Transfigurasi

Yang dah 20 tahun....


Shahrul - Transfigurasi (1995)

Pemain kaset dah rosak. Kasetnya pun dah hampir 20 tahun tak pernah dimainkan. Makanya tak bolehlah nak cerita tentang lagu-lagu di dalamnya. Dah terlupa.

Tetapi kalau cerita pasal Shahrul atau Ekamatra secara umumnya. Sudah 2 kali saya bertemu mereka. Pertamanya di kedai kaset tingkat 2 di Komtar, Johor Bahru. Lejen tempat ni suatu ketika dulu. Ketika itu mereka bersama-sama kumpulan Crossfire mengadakan seisi promosi album. Tahun 1989 kalau tak silap.

Kali keduanya (tahun 1990) ketika saya hadir menyaksikan persembahan konsert live Ekamatra di panggung wayang lama di Ulu Tiram. Tinggal sejarah tempat ni. Generasi baru mesti tak tau. Tempat saya menyaksikan filem Bukit Kepong. (Satu kampung pergi tengok...hahaha..) Lama dah tutup panggung ni. Sekarang dah diubahsuai jadi kedai. Ianya terletak berdekatan dengan bus/taxi stand Ulu Tiram.


Sharul ni memang klon Malmsteem. Terutama di zaman-zaman awal kemunculan dia. Tengok sahajalah jenis gitar yang dimainkan beliau. Menyaksikan dia live di Ulu Tiram dulu rasa macam tengok video Malmsteen Live in Leningrad. Sebijik gaya, dressing dan cara permainannya. Apa yang Malmsten buat itulah yang sebijik di tirunya.

Tak kisah la klon ker apa. Saya memang tabik dengan dia. Zaman tu dia baru 16 atau 17 tahun. Usia semuda tu dah boleh main sebijik macam Malmsteen memang tabik la. Hebat. Antara gitaris Malaysia yang saya kagum.

Sayang tak tau kat mana silapnya (lebih pada masalah peribadi mungkin). Bintang dia tak berapa nak menyinar. Selepas Ekamatra, Eka, Man Bai, Zainal Abidin (sekadar menyebut yang saya tahu) dia terus menyepi. Timbul sekali sekala dengan berita kontroversi dan menyepi kembali. Tak pasti adakah beliau masih aktif. Sayang bakat dia terbuang begitu sahaja.

Khabranya album Ekamatra "Satu Tekanan Irama" juga akan diterbitkan semula oleh Universal Music/EMI dalam bentuk cd. Kalau betul, mungkin juga akan saya beli.