Showing posts with label Duran Duran. Show all posts
Showing posts with label Duran Duran. Show all posts

Wednesday, November 13, 2024

40 tahun Arena

Album live yang menyambut ulangtahun yang ke 40 semalam, (12hb November) ...

Duran Duran - Arena (1984)

Ini bukan cerita tentang album ini semata-mata, tetapi lebih kepada kenangan tentangnya.

Dulu, ada dokumentari (Sing Blue Silver) mengenai Duran Duran yang ditayangkan di TV3 bersempena sambutan tahun baru 1985. Memang teringin sangat nak menontonnya, tetapi sayangnya waktu itu, siaran TV3 hanya boleh ditonton oleh penduduk di Lembah Klang.

Gambar kulit album ini digunakan sebagai gambar promosi rancangan tersebut. Setiap hari terpampang di surat khabar sehinggalah menjelang tahun baru. Ia dijadikan sebagai kiraan waktu (countdown) menuju tahun baru. Memang kecewa tak dapat menontonnya, maklumlah ketika itu sedang kemaruk dengan Duran Duran.

Tetapi sebenarnya pada masa itu, album live ini pun belum pernah didengar. Tidak jumpa dijual di kedai kaset. Namun, dokumentari Sing Blue Silver ada juga dijual dalam bentuk VHS. Tetapi tidak dibeli pun kerana selepas dari itu, telah mula pula kemaruk dengan rock/heavy metal, dan mula membeli album-album lain.

Dokumentari tersebut hanya dapat ditonton apabila tiba zaman YouTube. Sementara rekod dan CD ini pula hanya dibeli beberapa tahun yang lalu, sekadar untuk mengimbau kenangan silam.

*ayat diolah oleh chatgpt 😁


Tuesday, March 19, 2024

Man's A Wolf To Man

Lagi pembelian album dari 2023...

Andy Taylor - Man's A Wolf To Man (2023)

Dah ada Duran Duran baru kena pula ada yang ini.

Ini pembelian tanpa pradengar di Spotify. Bila dapat tahu yang beliau ada menghasilkan album solo memang terus tak teragak-agak untuk membeli. Zaman budak-budak dulu ketika terjebak dengan Duran Duran, John Taylor adalah band member kegemaran. Tetapi bila mula tersampuk dengan muzik rock, imej rocker Andy Taylor pula menjadi pilihan. Beliau adalah antara gitar hero terawal.

Beliau bukannya seorang metalhead. Makanya album ini bukanlah album gitar shredder. Tak ada pun solo panjang, laju dan bergulung. Ianya lebih kepada album santai nyanyian berlagu. 


Vokal beliau pun bagus. Hanya ada satu lagu yang ada bunyian Duran Duran. Yang lainnya lebih kepada pop rock bersesuaian dengan beliau sebagai seorang gitaris.

Cd ini berminggu-minggu juga jadi pilihan playlist di rumah. Lagu yang menjadi tajuk album, Man's A Wolf To Man adalah yang paling menangkap.

Dengan tahap kesihatan beliau sekarang, harapnya ini bukanlah yang terakhir dari beliau.



Saturday, March 16, 2024

Danse macabre

 Lagi pembelian album tahun 2023

Duran Duran - Danse macabre (2023)

Dah lama tak dengar Duran Duran. Kali terakhirnya adalah The Wedding Album (1993). Muzik mereka dah lama saya tinggalkan semenjak terjebak dengan heavy metal. Tetapi tidak boleh dinafikan pengaruh mereka kepada saya di zaman remaja. 3 album terawal mereka tetap saya simpan dalam bentuk cd dan lp sebagai mengingati memori zaman tersebut.

Bila terbaca yang album terbaru ini menampilkan semula Andy Taylor di posisi gitar rasa terpanggil pula untuk membeli. Malah bukan sahaja Andy, mereka turut menjemput bekas pegganti Andy, Warren Cuccurullo untuk merakamkan 2 lagu. Andy pula merakamkan 10 buah lagu. Tetapi sebagai kumpulan pop, gitar bukanlah faktor utama pun.

Itu yang lebih mudah bagi saya apabila mendengar album pop. Tak perlu fikir pasal rif dan solo. Yang penting melodi lagu dan vokal sedap. Itu yang ada pada Dense macabre. Lagu-lagunya sedap termasuk 3 lagu baru baru mereka. Yang lain-lainya adalah rakaman semula dan lagu-lagu cover (Rolling Stones, Rick James, Siouxsie and the Banshees, Talking Head, The Special dan Billie Eilish). Sesuai dengan tema Halloween untuk album ini, lagu-lagu yang menjadi pilihan mempunyai lirik seram.

Sebagai seorang yang pernah mengangap (masih lagi) Duran Duran sebagai yang terbaik di dunia, saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan album ini. Ianya sedap di dengar. Best!


Tuesday, December 5, 2023

Seven And The Ragged Tiger

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 21hb Nov yang lalu...

Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983)

Ini adalah kenangan ketika berumur 12 atau 13 tahun. Tahun-tahun yang mula berminat untuk mendengar muzik lebih dari aktiviti yang lain. Duduk sebilik dengan abang bermakna terpaksa mendengar apa yang dia dengar. Apa lagu yang hendak dimainkan di radio adalah kuasa mutlak beliau.
 

Dari sinilah mula mengenali Duran Duran. Pada ketika itu bagi saya mereka adalah "kumpulan muzik paling terbaik yang pernah wujud di mukabumi". Ini adalah zamannya sebelum mula terjebak ke dunia seragam hitam. Tetapi jujurnya sehingga sekarang saya masih mengangap yang mereka adalah salah satu yang terbaik. Noktah!

Sayangnya kaset album ini sudah hilang entah kemana. Tak bolehlah nak bergiler format. 


Wednesday, November 23, 2022

Arena

Yang menyambut ulangtahun ke 38 pada 12hb Nov yang lalu...

Duran Duran - Arena (1984)

Berita tentang Duran Duran telah diterima masuk ke dalam  Rock N Roll Hall of Fame 2022 telah menyebabkan rasa terpanggil untuk mendengar album ini semula.

Apa yang saya ingat tentang album ini adalah video konsertnya ada ditayangkan di TV3. Sayangnya di waktu itu siaran TV3 hanya boleh ditonton di kawasan Lembah Kelang. Kalau tak silap ianya adalah salah satu rancangan untuk tahun baru 1985. 

Bayangkan betapa frustnya perasaan pada ketika itu. Dah lah iklan tentangnya hari-hari disiarkan di surat khabar secara "countdown" selama seminggu. Iklan tersebut yang meletakkan gambar dari cover album ini pernah saya gunting dan simpan di dalam scrapbook.

Ini adalah zaman saya sedang kemaruk dengan mereka. Tetapi album ini tak pernah pun saya dengar. Ketika itu adalah zaman belum berapa pandai untuk membeli kaset sendiri dan masih mengharapkan apa yang abang kandung beli. 

Kemudiannya album ini terus saya lupakan apabila saya mula jatuh minat dengan muzik rock dan heavy metal menjelang penghujung tahun 1985. Dan saya hanya betul-betul mendengarnya apabila memiliki cdnya di zaman pandai e-bay (2010an).


# Entri ini juga adalah satu tribute kepada pemain gitar mereka, Andy Taylor yang disahkan mengidap kanser dan tidak dapat bersama ketika majlis Rock n Roll Hall of Fame. Beliau adalah gitar hero saya yang pertama. Semoga beliau cepat sembuh.....



Friday, January 26, 2018

9 albums that changed my life

Terjebak juga dengan #9albumsthatchangedmylife di instagram...ni semua Eddie punya pasal...hahaha...

*ianya disusun mengikut turutan tahun....tahun dikeluarkan dan tahun ianya didengar...dan ia juga bukanlah album kegemaran utama saya untuk sesuatu band. Contohnya untuk Iron Maiden semestinya kegemaran saya adalah Somewhere in Time. Tetapi senarai ini lebih kepada album yang memberi kesan dan pengaruh kepada selera muzik saya...dan ianya sememangnya sukar untuk hanya memilih 9...kalau 10, pastinya ada album Poison - Look What the Cat Dragged In (1986) tersenarai...hey! Hair Metal Rules!!! ok...

 

1 - Scorpions - Blackout  (1982) Album yang membuatkan saya sedar yang muzik adalah minat, hobi dan passion yang utama...bukannya main tembak-tembak, mandi paya dan menyauk ikan...haha...entah mengapa bunyi gitar dari album ini benar-benar memikat hati.

2 - Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983) Seperti kanak kanak lain yang membesar di era 80an, siapalah yang tidak terjebak dengan Duran Duran dan lain-lain angkatan artis new wave/new romantic yang cukup popular di zaman itu....kira mcam Kpop untuk budak-budak zaman sekarang πŸ˜€

3 - Bryan Adams - Reckless (1984) Walaupun kemaruk dengan pop, satu yang saya perasan saya lebih cenderung kepada lagu-lagu yang berasaskan gitar. Reckless membuka jalan untuk saya lebih cenderung kepada muzik rock. Akhirnya saya faham kenapa saya terjebak dengan Blackout sebelum ini.

4 - Iron Maiden - Powerslave (1984) Pertama kali dengar lagu 2 Minute to Midnight dalam satu kaset kompilasi, terus rasa terpikat. Rasanya inilah genre muzik yang saya cari-cari. Tambahan pula pada ketika itu secara kebetulannya, album rock/heavy metal melayu yang pertama, Search- Cinta Buatan Malaysia diterbitkan. Koyak poster Duran Duran, koyak poster Spandau Ballet...kini bilik saya penuh pula dengan poster Iron Maiden, Motley Crue, Dio dan lain-lain...and the rest is history...

5 - Yngwie J. Malmsteen' s Rising Force - Marching Out (1985) - Zaman kemaruk dengan heavy metal. Malmsteen adalah antara pengaruh saya untuk memiliki kumpulan sendiri dan menjadi gitar hero. Malangnya saya tangan bangku. Pernah juga bermain bass bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan di sekolah. Pergi jamming tiap-tiap minggu adalah pencapaian tertinggi saya sebagai pemuzik. Memang tak berbakat. Jadilah tukar dengar sahaja sehingga kini...

6 - Megadeth - Peace Sells... but Who's Buying (1986) Pertama kali dengar baru tahu ada lagu lain yang lebih berat, lebih laju dari Iron Maiden. Ini adalah permulaan untuk saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrem.

7 - Metallica - Master of Puppets (1986) Satu perkataan Wow!!!!..... selepas inilah baru kenal apa itu thrash metal dan ianya adalah genre muzik yang saya minat sehingga sekarang.

8 - Helloween - Keeper Of The Seven Keys Pt 11 (1988) Mereka dan Manowar membuka saya kepada satu lagi genre metal yang saya minati. Selain thrash, saya jugak agak kemaruk dengan genre Power metal. Kena sebut juga, Savatage adalah salah satu darinya (maklumlah kipas susah nak matiπŸ˜€)

9 - Sepultura - Beneath The Remains (1989) Ini adalah album yang membuatkan saya mula terjebak dengan extreme metal. Mula terpengaruh dengan death metal walaupun Sepultura mungkin bukan death metal tetapi ianya membuka jalan untuk saya mengenali band-band seperti Morbid Angel, Death, Obituary dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Zaman remaja yang mana apa yang bukan extreme adalah poseur...hahaha...

Sekian. Terima Kasih.







Wednesday, July 24, 2013

New Wave Of 1983

30 tahun dah berlalu....


Duran Duran - Seven And The Ragged Tiger (1983)
Spandau Ballet - True (1983)

Kalau tak pasal aku terdengar lagu 2 Minutes To Midnight masa tahun 1985 tu. Mungkin selamanya Duran Duran dan Spandau Ballet adalah the best band in the world bagi aku...heheh..

Seven and The Ragged Tiger aku pernah cerita kat >SINI< , True nanti la bila-bila aku buat.




Wednesday, May 1, 2013

Memori PRU 2

Sambung dari hari tu...

1 - PRU 10 (1999) - REFORMASI! Ini tahun yang aku paling bersemangat...tu jam duk KL...merasai apa itu demonstrasi. Siap mendaftar menjadi ahli dan bertugas di markas. Kerja tampal poster dengan sukarela...memang takder upah2...(actually sampai sekarang pun duduk kem PAS memang takder upah) Ini juga bermulanya PRU alah baru...zaman kempen melalui internet..siap print macam2 artikel untuk di bawak balik ke kampung...Sayangnya kaum lain mengangap Reformasi bukan untuk mereka...BN terus berkuasa.

2 - PRU 11 (2004) - tahun yang macam tak bersemangat...aku tak aktif langsung pun...sibuk dengan kerja...tapi ini kali pertama PAS bertanding di kawasan aku. Mungkin faktor Pak Lah yang di anggap Mr Clean ketika itu menyebabkan macam takder isu...BN menang besar. (taktikal Dr M letak jawatan memang tepat...memang master la dia ni dalam politik)

3 - PRU 12 (2008) - tahun yang kembali bersemangat...tambah pulak ustaz aku bertanding untuk PAS di kawasan aku. Pernah dipelawa untuk lebih aktif...tapi aku rasa aku tak bersedia....tak cukup berani...Tahun yang dipanggil tsunami politik...siapa sangka BN boleh kalah kat Selangor,Perak dan Kedah....Johor???...lama lagi la...tapi time ni dah nampak banyak bendera PAS dah...

4 - PRU 13 (2013) - dah rasa tua...malas dah nak panjat2 tiang gantung bendera...bagi la budak2 muda...kali pertama berjaya mendirikan markas kat taman perumahan aku...satu benda yang tak pernah terpikir pun 5 tahun yang lalu...seronok tengok ramai budak2 muda yang bersemangat...teringat2 zaman muda dulu....kekadang rasa macam malas dah nak aktif...banyak kawan2 dan jiran2 yang tak matang dalam berpolitik....menyokong parti yang bukan kerajaan seolah2 satu jenayah besar...selisih senyum pun dah tak nak....letih la...

Tak kisah la...yang dah ada pilihan di hati...orang cakap apa pun tak akan terkesan...tapi bagi yang atas pagar tu...pikir dan kaji la sendiri....tak yah la aku kempen kat sini....luar sana tu dah melambak2 dah...sampai dah nak termuntah....

Rilek kan otak...layan lagu yang setiap kali nak pilihanraya mesti melodinya terngiang2 kat kepala...sebenarnya dari budak...sampai sekarang pun aku tak paham liriknya pasal apa....dan sudah semestinya ianya bukanlah pasal pilihanaraya....tapi pasal ada sebut election day...kira relevan la jugak...heheh...

Siapa budak2 dulu suka Duran Duran....mesti suka side projek Simon,Nick dan Roger ni...tapi sayangnya cuma satu lagu ni jer la yang Arcadia ni sedap....lain hampeh...baik layan John dan Andy dalam Power Station...







Friday, December 7, 2012

rio

Album pop terbaik yang dah 30 tahun.


Duran Duran - Rio (1982)

Saya telah didedahkan dengan muzik rock ketika saya disekolah rendah lagi. Tetapi ketika saya benar2 berminat dengan muzik bukannya berkubang mandi paya atau ber"bmx"(tahun 1983), saya dihidangkan hampir saban hari dengan muzik Duran Duran (angkara abang saya). Sebab itu tak hairanlah kalau pada ketika itu saya mengangap  Duran Duran adalah the best band in the world.

Walaupun Seven and the Ragged Tiger adalah album penuh Duran Duran pertama saya tetapi lagu-lagu dari album Rio lah yang mengenalkan saya kepada mereka. "Rio", "My Own Way", "The Chauffeur" dan terutamanya sekali "Hungry Like the Wolf" dan "Save a Prayer" akan sentiasa membawa saya kembali menjadi budak 13 tahun yang mengimpikan rambut ala-ala John Taylor...heheh...



Bagi saya ini adalah album terbaik mereka kerana selepas daripada album ini muzik mereka lebih kepada sound synthesizer. Kerja gitar Andy Taylor masih jelas kedengaran dan yang paling saya suka, John Taylor membuktikan dia bukanlah sekadar berwajah jambu. Dengarkan sound bass dia, memang meletup-letup.

Selepas 30 tahun, saya masih tetap sama. Saya masih berangapan mereka adalah the best band in the world....tapi untuk kategori pop la...



Monday, March 26, 2012

Wild Boy: My Life in Duran Duran

Buku yang baru jer aku abis baca...



Wild Boy: My Life in Duran Duran - Andy Taylor

Dekat setahun jugak aku nak abiskan baca...bukan pasal tak sedap..tapi tak cukup masa...sehari dalam 10-15 minit semasa menunggu untuk menjemput wife balik kerja...lebih kurang 5 hari seminggu...akhirnya membawa setahun baru abis...hahaha...(ada berderet2 lagi buku yg tunggu turn lepas ni..arghhh)

Sebagai seorang yang kena tempias dengan pengaruh Duran Duran semasa membesar di tahun2 80an...kewujudan buku ni memang lama aku tunggu...tambah2 pulak Andy Taylor adalah member Duran Duran no 1 aku...ok...aku tau...bukan pompuan jer...lelaki pun ada yang menganggap Andy ni ranking last dalam Duran Duran...dorang lebih giler John Taylor atau Simon Le Bon...hensem la kan...hahaha...tapi aku suka Andy pasal dia macam rocker...rambut panjang...main gitar...walaupun tu jam aku layan new wave...jiwa aku memang cenderung ke arah rock...



Secara ringkasnya buku ni menceritakan perihal peribadi beliau dan Duran Duran dari sudut pandangannya...bermula dari kisah kanak2 beliau semasa di North East England, mengikut touring band bermain di US military bases kat Jerman...audition untuk Duran Duran di Run Runner Club di Brimingham...rakaman album Duran Duran...world tour mereka...perkahwian muda beliau...dadah dan mabuk (nampaknya hampir semua buku biography rockstar mesti ada cerita pasal ni)...hinggalah kenapa dia meninggalkan Duran Duran untuk pertama kalinya dan kali ke 2nya selepas reunion...segala salah faham kenapa dia tidak lagi bersama Duran Duran akan terjawap bila membaca buku ni...


Yang lawaknya dia sendiri pun tak menyangka...seorang mat rock macam dia...teringin nak main ngan band macam ACDC...biasa memainkan lagu2 Deep Purple ketika muda boleh join ngan band new romantic macam Duran Duran...tu pasal dia selalu bergaduh ngan Nick Rhodes terutama dari segi sound lagu2 Duran Duran...dia maukan lebih gitar tapi Nick Rhodes maukan sound synthesizer...dan biasanya dia terpaksa mengalah kerana Duran Duran adalah band Nick Rhodes...tu pasal akhirnya dia menubuhkan Power Station...



Sayangnya cerita2 dia selepas Duran Duran tak banyak diceritakan...ok...ada cerita pasal Power Station...pasal dia terlibat untuk tema muzik siri tv fav aku dulu2 Miami Vice...jadi gang baik ngan heronya Don Johnson dan terlibat ngan album solo beliau...tapi aku berharap ada lebih detail pasal album solo dia sendiri Thunder....cerita macam mana dia terlibat menyolo kat lagu Mad About You - Belinda Carlisle, kolaborasi dia ngan Steve Jones (Sex Pistols), mencipta dan menerbit album2 Rod Stewart, mencipta dan menerbitkan 2 album rock british yang pada aku antara terbaik untuk 90an...Back Street Symphony oleh Thunder dan Soul Destruction - The Almighty...tapi mungkin biography ni pasal Duran Duran...so sudah tentu cerita pasal Duran Duran lebih utama...

Tapi kalau cerita pasal rock star dan party zaman 80an...sapa pun tak leh celen Motley Crue...walaupun dorang pun ada buat perkara2 jahat yang macam band2 metal buat...contoh rosakkan bilik hotel...tapi Andy ada sebut paling terer dalam hal parti2 adalah Motley Crue...heheh..

Pada aku buku ni memang sesuai kepada sapa2 yang membesar di zaman Duran Duran...tapi depend la ko sokong sapa...mungkin ko tak akan suka apa yang ko baca kalau korang peminat Simon Le Bon ataupun Nick Rhodes...tapi takder la Andy bantai dorang teruk2 sangat pun...kira reasonable la pada aku....



Thursday, February 16, 2012

duran duran

Last entry album yang patutnya aku publish tahun lepas...(pasni nak start album2 yang tahun belakangnya 2 pulak...)



Duran Duran - Duran Duran (1981)

Pada sapa2 yang follow blog ni dari awal sure tau yang aku memang peminat Duran Duran...tak kira la berapa banyak cd metal yang aku ada atau aku dengar...Duran Duran tetap ada satu tempat khas dalam hati aku...huhuhu...

Ini adalah album pertama dorang...diterbitkan selepas era Punk mula merundum di UK...ketika itu band2 di UK majoritinya terbahagi kepada 2....samada menjadi heavy guitar oriented (New Wave Of British Heavy Metal)...ataupun kearah muzik bersoundkan synth-pop (New Romantics)...walaupun Duran Duran sebenarnya pecahan dari band Punk...John Taylor,Roger Taylor dan Simon Le Bon semuanya asal punk...Andy Taylor pulak mat rock...tapi mereka memilih untuk bersama2 ngan Nick Rhodes yang lebih cenderung ke arah New Romantics...

Begitu jugak ngan aku...walaupun penghujung 70an lagi aku dah dengar Scorpions,Deep Purple,UFO dll...ntah kenapa...pengaruh dari abang aku mungkin...awal 80an tu aku terjebak jugak dengan New Romantics atau pun jugak di panggil New Wave ni...


Bagi aku 1st album dorang ni memang menarik...pasal masih boleh dengar lagi pengaruh punknya...bunyi gitar Andy pun masih jelas...masih ada sikit solo gitar...kalau nak banding album Seven & The Ragged Tiger ke atas...dah jadi fully synthesizer sound...antara sebab kenapa Andy Taylor blah dari Duran Duran selepas tu...

Antara highlight dari album ni dah tentu2 lagu popular Planet Earth dan Girls on Films...tapi sebenonya banyak lagi yang menarik terutamanya lagu yang guitar oriented contohnya macam Anyone Out There...tapi dulu2 1st time dengo...aku cukup tertarik ngan lagu intrumental Tel Aviv...sedap.

Sekali sekala...layan guilty pleasure macam ni pun best jugak...



Wednesday, July 14, 2010

Seven And The Ragged Tiger

Sekali sekala bila penat nak dengar rock/metal ni aku selalu layan lagu2 pop new wave 80an dan antara yang paling aku suka pada zaman tu adalah Duran Duran..



Kalau korang membesar dizaman awal2 80an dan tak tak pernah dengar Duran Duran tak tau la apa aku nak kata...tu jam Duran Duran memang digilai ramai...aku pun yang baru2 belajo dengar lagu2 omputeh ni terjebak sama...rambut pun kalau boleh masa tu nak buat fesyen John Taylor la kan...masa tu bagi aku Duran Duran adalah the best band in the world sehingga la aku kenal Iron Maiden...

Awal2 80an tu sumber utama nak dengar lagu2 omputeh bagi aku adalah dari radio one Singapura manakala sumber beritanya dari majalah Weekend...zaman tak mampu nak beli kaset tu aku dan abang aku biasanya rakam lagu2 best dari radio ajer...pertama kali dapat nengok dan dengar full album Duran Duran adalah kaset Seven And The Ragged Tiger ni...zaman aku dah start rock...kaset2 pop ni aku dah tak hiraukan sangat...letak sepah2 dan akhirnya mak aku buang...sekarang ni rasa rugi pulak...

Pada aku album Seven And The Raged Tiger ni bukan lah album terbaik Duran Duran...tetapi ianya lebih kepada album yang paling bernostalgia pada aku...tu pasal bila aku terjumpa kat ebay cd ni dengan harga hanya RM18 + postage (murah pasal takder cover belakang cdnya)...terus aku sambar...

Kalau nak best, 2 album pertama dorang lagi best...tapi disebabkan nilai2 sentimentalnya pada diri aku menjadikan album jadi best...maklum la 2 album pertama dorang tu walaupun best tapi aku cuma dapat mendengar sepenuhnya beberapa tahun selepas itu berbanding album ni yang aku dengar semenjak ianya diriliskan...tapi sehingga sekarang pun aku masih tak paham apa maksudnya seven and the ragged tiger tu...bukan tu jer...banyak lagi lagu yang liriknya agak pelik2...Duran Duran ni memang banyak lirik yang agak pelik dan susah nak paham...

Lagu wajib dari album ni dah tentu2 lah The Reflex (tak sama dengan kebanyakan versi best of yang selalunya guna versi remix), New Moon On Monday dan Union Of The Snake...ni lagu2 biasa kita jumpa kat cd2 best of dorang...tapi ada sebuah lagu yang bagi aku sepatutnya patut ada kat mana2 koleksi best of dorang adalah lagu The Seventh Stranger...sebuah lagu balada yang agak dark ngan lirik yang pelik...aku suka lagu ni..



Satu yang tak best album ni bagi aku adalah kerana bunyi synth Nick Rhodes terlampau kedepan...tengelam dah bunyi guitar Andy Taylor dan bass John Taylor tak seperti 2 album sebelumnya...rasanya hanya lagu Of Crime And Passion dan Shadow On Your Side jer yang jelas bunyi gitar Andy...Nick Rhodes telah cuba mengubah arah tuju Duran Duran lebih kepada Synth-pop berbanding postpunk-pop dari 2 album awal...Tak sehaluan antara Nick Rhodes dan Andy Taylor menjadi punca perpecahan original line-up mereka...

The Seven And The Ragged Tiger merupakan album terakhir mereka berlima (kecuali album reunion dorang beberapa tahun lepas)...selepas daripada ini Andy dan John bersama2 Robert Palmer menubuhkan The Power Station manakala Nick, Simon Le Bon dan Roger Taylor dengan Arcadia...walaupun beberapa tahun lepas tu John kembali semula ke Duran Duran manakala Andy terus membuat album2 solo dan Roger terus bersara...

Apa2 pun tak kisah apa orang nak kata....Duran Duran dengan muziknya, video clip dorang yang sentiasa best dan fesyen rambutnya memang sebahagian daripada kisah hidup aku semasa membesar di tahun2 80an...alangkah bestnya zaman tu...




*****Tu hari kat Kinokuniya ada terjumpa buku biography Andy Taylor "Wild Boy : My Life In Duran Duran"...aku cadang nak beli tapi dah sibuk2 cari buku untuk anak aku last terlupa pulak...iskh...