Trend album unplugged muncul di zaman kejatuhan hair metal dan hard rock. MTV tak berminat pun untuk menganjurkan konsert unplugged untuk band seperti Dokken. Sayang sungguh kerana band hard rock seperti mereka kebanyakannya adalah pemuzik dan gitar shredder yang bagus.
Disebabkan itu terpaksalah mereka menganjur, merakam dan mengedarkan album unplugged versi mereka sendiri.
Tambah menarik ini adalah reunion mereka setelah masing-masing membawa haluan solo selepas kali terakhirnya bersama ketika album Back For The Attack (1987).
Tumpuan utama sudah semestinya kerja gitar George Lynch. Memang padu. Ditambah pula dengan pilihan lagu-lagu yang bersesuaian untuk diakustikkan walaupun ianya bukanlah seratus peratus unplugged.
Album ini membuatkan saya suka kepada lagu The Maze.
Album ke 12. Kali terakhirnya adalah pada tahun 2012 (Broken Bones). Tanpa Mick Brown yang dah bersara, anggota asal hanya tinggal Don seorang. Tetapi dah sememangnya Don adalah Dokken dan Dokken adalah Don. Tiada siapa yang boleh mempertikaikannya.
Beliau sekarang lebih selesa menggunakan Jon Levin sebagai gitaris. Walaupun selalu juga George Lynch membuat kemunculan bersama di atas pentas tetapi dari segi ego mungkin lebih mudah untuk beliau berkerjasama dengan Jon Levin. Tambahan pula ini adalah album ke 4, semenjak dari Hell to Pay (2004) yang Jon Levin di posisi gitar.
Apa yang tidak saya duga, album ini benar-benar berbunyi seperti Dokken yang lama. Rasa 80an tetapi dengan sound yang terkini. Ternyata Jon Levin sememangnya pilihan yang tepat. Rif dan solo-solo gitar beliau membuatkan kita lupa tentang George Lynch.
Sesuatu yang berbeza cuma vokal Don. Atas faktor usia, beliau tidak lagi boleh menyanyi dengan nada yang tinggi. Keseluruhan albumnya menggunakan nada yang rendah dan mendatar. Sekurang-kurangnya beliau tidak akan bermasalah untuk menyanyikan lagu-lagu dari album ini secara live.
Kesimpulannya, ia adalah album yang sedap dan mengembalikan nostalgia ke era 80an. Itupun jika keadaan vokal Don sekarang bukannya satu masalah untuk anda.
Tak pasti rakaman ini dari tahun bila dan di mana sebenarnya. Don Dokken dalam nota di inlay cd pun mengaku yang dia pun dah lupa. Master tape nya pun dia jumpa secara tak sengaja. Tetapi menurut Jeff Pilson, ianya diambil dari satu rancangan radio pada tahun 1983. Mungkin ini jawapannya mengapa mutu rakaman langsung ini sangat bagus.
Cuma yang menjadi tanda tanyanya, kenapa tahun 1981 yang menjadi tajuknya. Sedangkan pada tahun tersebut, pemain bass mereka bukanlah Jeff Pilson, tetapi masih lagi Juan Croucier (yang kemudiannya menyertai Ratt). Tapi tak kisah yang pentingnya ini adalah sebuah rakaman live yang bagus. Walaupun soundnya agak kasar (maklumlah tahun 1983) tetapi cukup bersih. Malah ianya lebih baik di telinga saya berbanding album live "Beast From The East - 1988".
Perlu diingat, rakaman ini adalah sebelum mereka menjadi popular. Tetapi permainan mereka memang kemas. Memang tip-top terutamanya di bahagain vokal Don Dokken dan kerja gitar George Lynch. Ianya mengandungi lagu-lagu dari album pertama mereka, Breaking The Chains (1981) berserta 3 lagu yang sedap terutamanya "Going Down" yang mereka tak pernah rakamkan untuk mana-mana album sekalipun.
Kalau anda peminat Dokken, album ini memang wajib ada.
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 16hb November yang lalu...
Dokken - Beast From The East (1988)
Lambat dengar album live ini. Tak jumpa kasetnya pada tahun tersebut. Kalau tak pastinya akan menjadi salah satu album live kegemaran sama seperti Live After Death, World Wide Live / Tokyo Tape, Decade of Aggression, Priest…Live! atau pun Tesla – Five Man Acoustical Jam.
Album ini di keluarkan di zaman kemuncak mereka. Semua lagu hits. Kalau nak belajar dengar Dokken pun memang boleh bermula dari sini. Kalau nak komplen pun cuma tiadanya lagu The Hunter (kegemaran saya ni...)
Album ini membuktikan yang mereka adalah sebuah band yang bagus. Permainan muzik yang kemas. Sound sedap. Maklumlah di rakamkan di zaman kegemilangan. Antara highlight sudah semestinya lagu Tooth and Nail dan Kiss of Death. Vokal Don Dokken yang mantap. Mr Scary pula menyerlahkan kehebatan solo-solo improvised dari George Lynch. Sememangnya beliau layak memegang tahta antara gitar hero terbaik untuk dekad rock 80an.
Jika anda peminat album live, ini memang patut ada dalam simpanan. Apatah lagi jika anda peminat Dokken.
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 2hb November...
Dokken - Back for the Attack (1987) Dari 3 album mereka yang saya suka, Tooth And Nail (1984), Under Lock And Key (1985) dan Back For The Attack (1987), ini adalah yang paling suka. Mungkin kerana tahun ianya dikeluarkan adalah tahun yang saya benar-benar tengah kemaruk dengan muzik yang sebegini. Bolehlah dikatakan hari-hari dengar. Tahun-tahun berikutnya telah berubah mendengar muzik yang lebih keras untuk kononnya menjadi "true"...haha..
Tambah pula bila salah satu filem kegemaran zaman remaja, A Nightmare on Elm Street 3 menggunakan lagu Dream Warriors sebagai lagu tema mereka. Sesiapa yang pernah ada/sewa tape video vhs filem ini pastinya ingat ada diselitkan sekali video clip lagu Dream Warriors sebelum permulaan cerita. Masa tu zaman sewa tape video. Dua tiga kali jugalah sewa semata-mata nak tengok balik video clip tu...maklumlah zaman tu mana ada youtube kan...
Hightlight utama album ini sudah semestinya kerja gitar George Lynch. Dengarkan instrumental, "Mr. Scary". Ianya adalah mengapa nama beliau adalah antara yang paling disebut-sebut bila bercerita perihal shredder hebat era 80an.
Banyak lagu sedap. Catchy. Mungkin yang sedikit luar biasanya, tiada lagu yang betul-betul boleh dianggap sebagai power ballad atau slow rock. "Kiss of Death", "Prisoner","Heaven Sent","Burning Like a Flame", "So Many Tears", "Dream Warriors" adalah antara yang menjadi pilihan.
Rekomended jika anda sukakan pop metal dengan shredding gitar yang dasyat!
Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 22hb November yang lalu...
Dokken - Under Lock & Key (1985)
Lagi satu album yang pernah menjadi soundtrack kehidupan di zaman budak sekolah dulu. Banyak kenangannya. Terutamanya lagu "The Hunter". Pernah bercerita perihalnya suatu masa dulu >SINI<
Banyak lagu sedap. Satu album pun sedap. Kerja gitar George Lynch memang terbaik. Teruja betul masa budak-budak dulu tengok video clip "It's Not Love" yang Dokken main live atas trailer keliling bandar tu. Terutamanya tengok gitar ESP Skull N' Bones. Nampak ganas. Masa tu memang dialah gitar hero saya.
Masih simpan kaset Apache ni. Tak kurang 28 tahun dah usianya. Dan masih boleh digunapakai.
Album yang banyak kenangan pastinya buat saya terjebak dalam bergila format. Yang kaset tu kalau dapat yang asli pun ok juga.
Senang cerita, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam mengenal muzik Dokken. Mendengar Under Lock & Key adalah pilihan yang tepat. Lagu-lagu seperti "Unchain the Night", "The Hunter", "In My Dreams", "It's Not Love", "Jaded Heart" dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memang sedap.
Sebuah lagi album yang cukup bernostalgia ketika zaman saya di sekolah menengah dahulu. Zaman berangan kononnya nak jadi George Lynch.... Tak pelik lah kalau album ini boleh membuatkan saya terjebak dalam gila format....
Hari ini 13hb September...maka genaplah 30 tahun usia album klasik rock ini...
Dokken - Tooth & Nail (1984)
Mungkin ada yang mencebek. Maklumlah muzik glam/hair metal selalu dipandang sebagai muzik kelas ke 2 dalam kategori muzik ekstrim. Tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, membesar di zaman muzik rock belum lagi serabut kategorinya. Muzik sebegini masih dianggap sebagai heavy metal dan Dokken adalah salah satu dari bintangnya.
versi riak vinylwi
Pada saya era kegemilangan Dokken adalah pada album Tooth & Nail (1984), Under Lock and Key (1985) dan Back for the Attack (1987). Saya tidak mengikuti album-album mereka yang selepasnya. Tak pasti adakah mereka menjadi kurang sedap atau sememangnya selera saya berubah selepas tahun 1989. Seperti kebanyakan budak-budak rock melayu yang trendy di zaman tersebut, muzik sebegini mula saya tinggalkan bila konon-kononya hendak menjadi "true".
Versi cd...riak signaturewi...ada tandatangan Don Dokken dan Jeff Pilson oo...
Pertama kali mendengar album ini melalui kaset pirate cap apache. Antara lagu yang kali pertama dengar dah suka adalah "Tooth and Nail", "Just Got Lucky", "Into the Fire" dan apa lagi kalau bukan lagu slow rock maut "Alone Again". Ini adalah antara lagu yang sering saya putarkan sehingga bolehlah ianya dikatakan menjadi antara soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya.
Antara penyebab saya sukakan Dokken adalah kerana gitarisnya, George Lynch. Sejak pertama kali mendengar lagu "Tooth & Nail", saya sudah mula terpikat dengan sound, tone serta solo shred bergulung tetapi melodic beliau. Sememangnya beliau adalah salah seorang gitar hero saya. Suka betul tengok gitar ESP Skull N' Bones beliau dalam video clips masa zaman Under Lock and Key. Nampak ganas betul.
Versi vinyl ini saya beli setelah termakan pujuk rayu berachun rakan-rakan blogger dan member FB Vinyl Passion. Made in Germany terbitan tahun 1984 Elektra/Asylum Records.
Manakala versi cd pula dibeli beberapa tahun yang lepas. Antara cd terawal yang saya cari selepas kenal e-bay. 1st press. Made in USA. by WEA Manufacturing. Elektra/Asylum Records.
Tak sengaja terbeli yang ada sign Don Dokken dan Jeff Pilson. (tapi kalau seller tu sign sendiri pun bukannya saya tau...heheheh...)
Sesuatu yang berbeza di antara cd dan vinyl adalah gambar di inner sleeve ini. Di cd tiada cuma sekadar lirik.
Nampaknya hanya kaset yang saya tiada. Tetapi tidak mengapalah. Cukuplah sekadar ini sebagai kenangan-kenangan di zaman persekolahan saya.
Satu lagi harta karun yang dah umur 20 tahun...Up From The Ashes dari Don Dokken... cekidot album2 lain dari tahun 1990 kat SINI.
Terus terang aku ni memang peminat Dokken...terutamanya pasal guitar work George Lynch...idola aku zaman2 sekolah dulu...3 album mereka di pertengahan 80an Tooth and Nail, Under Lock and Key dan Back for the Attack memang jadi soundtrack zaman sekolah aku...
Bila mereka berpecah pada tahun 1988...aku seperti majoriti peminat Dokken yang lainnya...lebih berpihak kepada George Lynch...pada aku George Lynch la Dokken...so masa time album ni dikeluarkan memang aku tak ambik tau pun...tambah2 tu jam aku dah mula dengar metal yang lebih extreme...aku lebih berminat nak dengar album solo George Lynch dengan band barunya Lynch Mob bertajuk Wicked Sensation (juga dirilis pada tahun 1990)...tapi sayangnya album tu berapa melekat untuk aku...ada 2,3 jer lagu2 heavy...lain2 banyak slow bluesy hard rock...langsung tak bunyi Dokken...nasib aku tak beli...kalau tak sure nyesal...
Up From The Ashes ni...abang aku ada beli kasetnya dulu...tapi memang aku kurang berminat nak dengar...sehinggalah beberapa tahun selepas tu tergerak hati nak dengar...time tu baru aku perasan...dasat2 rupanya yang main untuk Don dalam album ni...kira superband ni...John Norum (Europe - gitar), Peter Baltes (Accept - bass) dan yang paling tak sangka...Mikkey Dee (King Diamond) yang main drum...dasat tu...cuma yang tak berapa dikenali hanyalah Billy White (Watchtower - gitar)..
Bila dengar album ni..aku dapat rasa inilah Dokken...tak bunyi macam album solo Don yang selalu aku pikirkan...aku bayangkan album solo dia sure bunyi lain...maklum la..aku masih anggap yang George Lynch tu lah Dokken...dia takder Dokken pun takder...nampaknya aku salah...memang ini bunyi Dokken yang aku kenal...mungkin lagu2 dalam album ni memang Don buat untuk album Dokken...kalau ada sambungan selepas Back For Attack sebelum era Dysfunctional...mungkin ini lah bunyi album Dokken...
Ada beberapa lagu yang feelnya macam Dokken lama contohnya..."Give It Up"...macam "Will The Sun Rise"..."When Love Finds A Fool"' ada bunyi "Alone Again"....sebenarnya kalau tak diberitau sapa yang main gitar untuk album ni...mungkin aku ingat George Lynch yang main...memang John Norum dan Billy White punya riff dan shredding solo bunyi hampir macam George Lynch...cuma ada sikit perbezaan stail la...tambah yang bezanya album ni guna double lead solo...so bunyinya lebih penuh dibandingkan dengan sound Dokken...tapi apa2 pun lagu yang jadi track pembukaan "Crash N Burn" memang aku suka la...solo sedap..."Mirror Mirror"...satu2nya lagu yang jadi single untuk album ni pun boleh tahan...chorus catchy abis...
suka aku tengok gambo ni siap ada bendera2 asal negeri dorang...ni baru world...tapi ada sapa tau tu kat Billy White tu bendera negara mana eh?
So...kalau nak dengar bunyi Dokken lama...patut dengar album ni...album lain Dokken di tahun 90an dah tak bunyi Dokken yang lama pun..tak kisah la zaman reunion ngan George Lynch maupun zaman John Norum...kureng la..kecuali album dorang yang latest...Lightning Strikes Again...gitaris Jon Levin...boleh tahan la...
Tapi kalau nak dengar bunyi macam King Diamond...pasal Mikkey Dee main...korang salah tempat la...heheh..walaupun ada beberapa lagu memang Mikkey tunjuk skill...tapi kalau nak dengar album yang bunyi Dokken...80's glam metal dan shredding gitar solo...inilah albumnya...sayangnya album ni diriliskan semasa zaman pasaran muzik menuju ke grunge...
Kekadang ada lagu yang selalu kita dengar tapi tak tau siapa penyanyi dan tajuk lagunya..inilah yang terjadi pada aku untuk lagu The Hunter dari Dokken ni..tak kenal Dokken?...lu mat rock ker apa?...hehe..ok la...yg bukan kaki rock tu klik sini
Tahun 85 atau 86...aku rajin dengar radio rtm tengah malam..masa tu ada rancangan Pok Pok dan Tu Tu (singkatan burung jampok dan burung hantu)..kalau tak silap aku dj Zazmie Zain (Pok Pok)-ni aku tak ingat sangat nama betul dia...terjumpa kat internet dorang cakap Zazmie Zain..so aku tak sure dan Sazali Said (Tu Tu)- yang ni aku konpem..aku ingat...memang best betul rancangan mamat berdua ni...celoteh dorang memang lawak sungguh...kalau dengar memang segar la mata sambil tersengeh2 sampai pkl 3 pagi..dia org ke udara tiap2 tengah malam isnin sampai jumaat...ni semua zaman dj bukan nak cari glamer macam sekarang...dj sekarang ntah apa apa..lebih sudu dari kuah...menyampah aku...erk..ok ni cerita lain...back to topic..hehe
Dan hampir tiap2 minggu dorang bukak lagu The Hunter ni dan tak pernah sebut pulak tu sapa penyanyi lagu ni...lama gak la aku tercari2 sapa penyanyinya sehingga la aku beli kaset Apache Under Lock And Key dari Dokken...baru la tau lagu Dokken rupanya...minat betul aku gitar work dalam lagu ni...bukan takat solo ajer...keseluruhan gitar work dalam lagu ni memang best..memang dasat George Lynch ni..satu lagi gitar hero aku zaman glam dulu...dan lagu ni jadi satu lagi all time favourite aku..
er..mana la pegi dj2 hebat ni yer...dengar Zazmi Zain tu dah jadi Boss Melaka FM..sazali said pulak dulu ada kat RMIK..RMKL..pastu kat Suria FM..sekarang tak tau mana pergi...lepas zaman dorang...slot tengah malam muncul pulak dj Kamal Hasan dengan Rockarena...lagi best..memang bantai lagu rock jer...pastu dia duk THR...sekarang terus hilang...inilah 3 DJ yang aku suka masa aku membesar dulu...plus arwah Adnan Maswan dj rock radio singapore dulu..
Err..apa yang best sangat lagu ni?...korang layan la sendiri..
Clouds roll by as I look to the sky And then the feeling comes, it comes on again You know desire burns like a fire, fire of sin Oh, will I ever learn You're the only one I would call my own But then the shadows fall and I'm gone again
I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
Care for you, you know that I always will I know it's hard for you, my taste for the kill But then it calls to me when the moon rises full in the sky You know it's not denied Will I ever find love and peace of mind On these streets again, will it ever end
I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
You know desire burns like a fire, fire within I guess I'll never learn You're the only one I would call my own But when the shadows fall, you know I won't be wrong I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
I'm a hunter Searching for love I'm the hunter Searching for the things That I might never find again.
Clouds roll by as I look to the sky And then the feeling comes, it comes on again You know desire burns like a fire, fire of sin Oh, will I ever learn You're the only one I would call my own But then the shadows fall and I'm gone again
I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
Care for you, you know that I always will I know it's hard for you, my taste for the kill But then it calls to me when the moon rises full in the sky You know it's not denied Will I ever find love and peace of mind On these streets again, will it ever end
I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
You know desire burns like a fire, fire within I guess I'll never learn You're the only one I would call my own But when the shadows fall, you know I won't be wrong I'm a hunter Searching for love On these lonely streets again I'm the hunter Searching for the things That I might never find again
I'm a hunter Searching for love I'm the hunter Searching for the things That I might never find again.