Showing posts with label Disharmonic Orchestra. Show all posts
Showing posts with label Disharmonic Orchestra. Show all posts

Friday, January 12, 2024

Pleasuredome

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada awal tahun hari tu...

Disharmonic Orchestra - Pleasuredome (1994)

Ini antara album yang tak sangka jatuh suka. Kalau album sebelumnya (Not to Be Undimensional Conscious - 1992) pun mereka dah bereksperimen bukan lagi death metal yang asli, yang ini lagilah pula.

Nak kata death metal lagunya tak ganas, nak kata progressif lagunya tak pulak berbelit. Riff nya agak melankolik. Sebenarnya agak susah juga untuk mengkategorikan muzik mereka. Ada lagu-lagunya yang mengingatkan saya kepada Faith No More dan ada pula Suicidal Tendencies. Mungkin juga muzik sebegini boleh digelar sebagai Avant-garde. 

Mungkin kalau 30 tahun dulu tak suka. Tapi seiring dengan usia dan keadaan semasa, rasa seronok pula mendengar album sebegini. Paling suka lagu "Where Can I Park My Horse". Lagu-lagu "happy" macam ni memang senang nak masuk kepala.



Tuesday, May 31, 2022

Not to Be Undimensional Conscious

Secara tiba-tiba rasa seronok pula untuk bercerita tentang album-album dari 30 tahun yang lalu (1992)... 

Disharmonic Orchestra - Not to Be Undimensional Conscious (1992)

Antara band yang tahu nama tetapi tak berapa nak ingat bagaimana bentuk muziknya. Zaman kemunculan awal death metal pada penghujung 80an atau awal 90an ada nampak kasetnya. Tetapi tak ingat samada pernah dengar atau tidak lagu-lagunya. Mana-mana yang tak beli kasetnya dan kurang meninggalkan kesan sememangnya akan mudah terlupa.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak juga membeli cd-cd album lama seperti ini. Mana-mana yang tahu nama atau pernah terbaca tentangnya memang menjadi keutamaan untuk dibeli. Tak ingat tentang album ini. Rasanya dulu-dulu yang pernah nampak adalah album pertama mereka, Expositionsprophylaxe ataupun mungkin juga album split mereka bersama Pungent Stench.

Seperti yang diceritakan dalam entri Tapping The Vein dan Renewal, tahun 1992 adalah tahun yang saya agak ketinggalan dalam dunia muzik extreme metal semasa. Tak pernah tau pun pasal album ini. Gambar covernya yang pelik dan tak death metal langsung itulah yang menjadi penyebab rasa tertarik untuk membeli cdnya.


Tanggapan saya terhadap muzik mereka sedikit tersasar. Saya menjangkakan yang Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album yang bercirikan grindcore. Ternyata saya silap. Tak pasti dengan album awal mereka tetapi Not to Be Undimensional Conscious adalah sebuah album death metal yang mempunyai unsur-unsur experimental di dalamnya.  Asasnya adalah death metal. Tetapi muziknya sedikit rojak. Ada yang funky malah lagu The Return Of The Living Beat memasukkan unsur hip-hop dan rap. Ianya adalah sesuatu yang segar dan jarang ada pada ketika itu.

Mungkin muzik mereka boleh juga dikategorikan sebagai progressif death metal. Ianya sedikit mengingatkan saya kepada Voivod. Tetapi mereka lebih mudah hadam berbanding Voivod. Sesuai untuk mereka yang mahukan kepelbagaian dalam muzik death metal mereka.