Showing posts with label Destruction. Show all posts
Showing posts with label Destruction. Show all posts

Thursday, December 7, 2017

Release From Agony

Yang dah 30 tahun pada 1hb Disember yang lalu...


Destruction - Release From Agony (1987)

Mereka adalah the big four ataupun disebut juga sebagai the big three of teutonic thrash. Sebuah nama yang cukup. besar dalam dunia thrash metal.

Mereka adalah band yang saya cuba untuk suka di sebabkan status mereka tersebut. Sayangnya bagi seorang poseur seperti saya, Destruction adalah sebuah band yang agak sukar untuk saya mengingati lagu lagunya. Bukan tak bagus. Tetapi lagu lagu mereka bukan jenis yang mudah untuk melekat dalam kepala. Dengar. Hanguk hanguk kepala. Best. Tapi lepas tu lupa.

Relase From Agony adalah salah satu contohnya. Walaupun ianya adalah salah satu album terbaik mereka. Tetapi adakalanya agak membosankan juga jika mendengarnya secara berterusan. Walaupun mereka menjadi lebih teknikal tetapi kurangnya melodi yang mudah hadam menjadikan ianya agak sukar melekat.


Jangan salah anggap. Ia sebuah album thrash yang bagus. Jika anda thrasher, sudah pasti album ini akan anda suka. Lagu yang menjadi tajuk album, "Release From Agony" memang sedap. Mungkin juga  "Unconscious Ruins" dan "Incriminated". Tetapi yang lainnya biasa biasa sahaja.

Bagi saya, agak sukar juga untuk mereka menyaingi Kreator ataupun Sodom. Malah ada masanya saya lebih menyukai Tankard lebih dari mereka.




Wednesday, September 27, 2017

Thrash 87-91




Destruction - Release From Agony (1987) Morbid Angel - Altars Of Madness (1989) Xentrix - For Whose Advantage? (1990) Sepultura - Arise (1991)


Cd-cd yang berputar di rumah sepanjang minggu lalu....

Ok mungkin Altars bukan thrash...tapi pada ketika itu semua pun orang panggil thrash....dan tertinggal pula untuk mendengar album dari tahun 1988....


*entri tak ada idea...hahaha...




Friday, May 29, 2015

Infernal Overkill

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...


Destruction - Infernal Overkill (1985)

Jika anda peminat thrash, saya rasa ini adalah salah satu dari album yang patut anda miliki. Mungkin bukan kerana soundnya. Maklum sahajalah, majoriti album dari tahun-tahun awal 80an soundnya memang agak kasar dan mentah. Tetapi bagi yang membesar di zaman tersebut, sound begitu sudah sebati dengan telinga. Walau sesedap mana dan sejelas mana pun produksi dan sound yang dihasilkan pada zaman sekarang. Kita akan tetap ketagih untuk mendengar sound yang kasar sebegini.

Yang menjadikan Infernal Overkill antara album thrash rujukan buat saya adalah kerana kerja gitar Mike Sifringer. Acuan utama untuk thrash metal kepada saya adalah rif-rif melodic yang membuatkan kita hangguk kepala disamping shredding solo. Kedua-dua acuan tersebut sememangnya ada pada Infernal Overkill malah ianya memang cukup bagus.

Seperti kebanyakan band awal thrash 80an, Destruction juga tidak lari dari pengaruh NWOBHM. Pengaruh Iron Maiden jelas dapat kita dengar dalam lagu "Death Trap" contohnya. Vokal Marcel Schirmer agak rilek berbanding dengan album-album kemudiannya.

Mungkin ini bukan permulaan yang sesuai untuk mengenal Destruction. Tetapi jika anda terjumpa cd 2 dalam 1 seperti saya yang didalamnya juga mengandungi EP, Sentence of Death. Jangan lepaskan peluang anda.

"hell...storms...rush over the earth..."






Monday, September 22, 2014

Sentence of Death

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 10hb September yang lalu...


Destruction - Sentence of Death EP (1984)

Mereka adalah salah satu satu band yang dinobatkan sebagai "Big Three of Teutonic Thrash". Sayangnya saya agak terlambat untuk mendengar mereka. Malah saya mendengar Tankard terlebih dahulu.

Album "Release from Agony" adalah yang pertama saya dengar dari mereka. Itupun pada sekitar tahun 1990. Maklumlah disebabkan sumber pada ketika itu yang agak terhad, Sentence of Death cdnya pun cuma saya miliki hanya setelah mengenal e-bay.

Tidak dapat dinafikan pengaruh New Wave Of British Heavy Metal banyak mempengaruhi band-band sebegini tak kiralah walaupun di Bay Area mahupun Jerman. Sayangnya mereka agak underated jika hendak dibandingkan dengan band seangkatan dari Amerika. Padahal lagu mereka adalah setanding malah ada yang lebih bagus.

"Total Desaster" dan "Mad Butcher" adalah contoh lagu yang thrash yang bagus. Abaikan sound mereka yang agak kasar. Perkara begitu adalah biasa bagi produksi awal 80an. Tambahan pula ini hanyalah EP pengenalan dari mereka. Imej pun masih ala-ala Motley Crue. Tetapi album pertama mereka selepas dari ini, Infernal Overkill (1985) memang jauh lebih bagus.