Remembering my youth - 30th anniversary
Deep Purple - Purpendicular (05/02/1996)
Remembering my youth - 30th anniversary
Deep Purple - Purpendicular (05/02/1996)
2 yang di atas di beli pada pada 3 minggu yang lepas di JB Collector Market.
Manakala 2 yang di bawah di beli pada beberapa bulan yang lepas tetapi sampai sekarang plastiknya pun masih tak berbukak. Hobi membeli muzik secara fizikal adalah satu penyakit 😁
#Hatigembirapoketmenangis
Terkini dari band rock lagenda...
Deep Purple - =1 (2024)
Kali terakhir yang saya betul-betul mendengar album Deep Purple adalah ketika Ritchie Blackmore masih menjadi gitaris mereka (The Battle Rages On - 1993).
Langsung tak tahu sepatah haram pun ketika zaman Steve Morse. Sedar-sedar mereka kini dah pun mempunyai Simon McBride sebagai gitaris baru. Hasil dari hasutan dan rachun rakan-rakan segroup whatsapp akhir TERbeli yang terbaru ini.
Untuk tidak jauh ketinggalan, saya mencuba dengar beberapa album-album era Steve Morse seperti Purpendicular (1996), Abandon (1998) dan Bananas (2003). Ternyata mereka masih mencuba untuk mengekalkan identiti Deep Purple walaupun tanpa Ritchie Blackmore dan Jon Lord. Dan Don Airey adalah pengganti yang tepat untuk Jon Lord.
Saya mengambil sedikit masa juga untuk menghadam =1. Simon McBride seorang gitaris yang bagus. Solo-solo dia sedap. Manakala Don Airey meneruskan legasi solo hammond organ Jon Lord. Ada lagu yang cuba untuk kembali ke era 70an. Cumanya vokal Ian Gillan tidaklah sehebat zaman muda dulu.
Kesilapan besar saya adalah mendengar album Purpendicular sebelum =1. Ternyata agak sukar untuk mereka menyaingi kehebatan Purpendicular. Malah ketika zaman Steve Morse sekali pun.
Pada saya album ni kira boleh tahan lah. Simon McBride memberi warna baru yang lebih muda kepada Deep Purple. Beliau tidak cuba untuk menjadi Ritchie Blackmore ataupun Steve Morse.
Ian Gillan, Roger Glover dan Ian Paice patut dipuji kerana terus menerus menghasilkan album baru. Tiada istilah pencen utuk mereka. Tabik!
Yang dah mencapai usia 50 tahun pada 15 Feb yang lalu...
Deep Purple - Burn (1974)
Permulaan era Mk III. Tapi ketika itu tak paham apa pun. Pertama kali mendengar Deep Purple dan tahu itu adalah Deep Purple adalah di zaman sekolah rendah (penghujung 70an atau awal 80an). Tetapi tak tahu pun siapa penyanyinya. Satu-satunya info tentang Deep Purple adalah Ritchie Blackmore. Kuat betul pengaruh beliau kepada budak/remaja pada zaman tersebut.
Itu bab gitar, tetapi kalau vokal sudah semestinya David Coverdale. Tetapi pada ketika itu saya masih konpius antara beliau dan Ian Gillan dan juga Deep Purple dan Whitesnake. Maklumlah zaman budak katak bawah tempurung.
Antara lagu wajib abang-abang pada zaman tersebut adalah "Mistreated". Tetapi saya agak susah nak hadam. Dan ianya masih susah nak hadam sehinggakan sekarang. Saya mempunyai masalah dengan lagu-lagu yang agak bluesy. Tetapi tidak dengan lagu "Burn". Ia adalah lagu kegemaran sejak kali pertama mendengarnya. Lagu-lagu rock n roll sebegini sememangnya kena dengan jiwa.
Kali pertama melihat gambar cover album ini memang rasa takut. Gambar kepala manusia dengan lilin terbakar dia atasnya memang agak menyeramkan bagi seorang budak kampung berusia bawah 10 tahun...
Yang menyambut ulangtahun ke 33 pada 5hb Oktober yang lalu...
Deep Purples - Slaves And Masters (1990)
Slaves dan Masters adalah Deep Purple yang berbeza. Kalau tak kerana trademark sound gitar Ritchie Blackmore dan Hammond organ Jon Lord, ia sememangnya lari terus dari bunyi kebiasaan Deep Purple.
Salah satu penyebab utamanya adalah Joe Lynn Turner. Gaya nyanyian beliau lebih bercirikan penyanyi pop. Sememangnya berbeza dari zaman Ian Gillian mahupun David Coverdale yang lebih kepada hard rock dan blues. Pengaruh pop beliau dah boleh dikesan semenjak zaman beliau bersama Rainbow dan Malmsteen lagi.
Percubaan sebegini biasanya akan gagal secara komersil. Ramai peminat tegar tak suka. Tetapi jika anda tak berkira tentang Deep Purple bermain pop rock ataupun AOR, album ini sebenarnya bagus. Banyak lagu sedap.
Saya sendiri tak ambil tahu pun tentangya dulu. Bukan kerana mereka sudah berubah. Tetapi lebih kepada selera muzik yang berlainan. Satu-satunya lagu yang saya tahu hanyalah lagu balada "Love Conquers All". Itupun kerana lagunya ada dimainkan di radio. Sekali dengar memang tak boleh nak cam itu lagu Deep Purple.
Mungkin bukan yang popular dari mereka. Tetapi ianya sedap!
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb Ogos yang lalu...
Black Sabbath - Born Again (1983)
Black Purple atau Deep Sabbath?
Kombinasi yang tak disangka. Siapa sangka Ian Gillian boleh bergabung dengan Black Sabbath. Ianya sesuatu yang janggal bagi sesetengah orang tetapi tidak untuk saya.
Sebagai pengemar Deep Purple (saya kenal dan membesar dengan lagu-lagu Deep Purple lebih awal dari Black Sabbath), gabungan ini pastinya sesuatu yang menarik. Nama Ian Gillan terlampau besar untuk Tony Iommi mengubahnya menjadi seorang Black Sabbath. Aura Deep Purple nya masih kuat. Malah ketika tour promosi untuk album ini pun mereka terpaksa memainkan lagu "Smoke On The Water".
Born Again sememangnya mempunyai pengaruh Deep Purple yang pekat. Ianya seperti mendengar Deep Purple dalam versi yang berat dan kelam. Tidak boleh dinafikan yang vokal Ian Gillian jauh lebih baik dari Ozyy.
| Lp versi lanun yang dibeli dengan harga RM18 |
| Vinyl milik adik ipar yang dah nak barai outer sleeve nya |