Showing posts with label Death. Show all posts
Showing posts with label Death. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

The Sound Of Perseverance

Tahun 2018 dah habis dah. Banyak perancangan cerita perihal ulang tahun album gagal untuk di tulis. Tuan punya blog semakin malas dan tak cukup masa. Faktor umur pun mungkin iyer juga. Habiskan sedikit mana-mana yang tersangkut dalam draf. Jom layan antara album kegemaran dari 20 21 tahun yang lalu...


Death - The Sound Of Perseverance (1998)

Progressive Technical Death Metal? Tak kisah la apa genrenya. Yang penting telinga dan hati berkenan. Solo-solo berhantu dan rif yang melodic. Permainan muzik tahap tinggi. Memang lazat. Cover Judas Priest - Painkiller antara yang terbaik pernah dihasilkan.


Tak kisah la kalau ada yang kata ini bukan death metal yang sebenar. Vokal Chuck dah lain. Tapi memetik kata seorang peminat...

This album is not death metal. It is Chuck Schuldiner!

Thank for the music Chuck. Rekomended!


Friday, December 14, 2018

Death - Discography

Lagi posting berkenaan discography. Kali ini sempena 17 tahun pemergian Chuck Schuldiner.


Death adalah antara band terawal genre death metal yang saya dengar. Ketika itu (sekitar tahun 1990), semua pun dipanggil thrash. Bertambah minat dengan mereka apabila mereka menjadi semakin teknikal.


Namun begitu saya tidak pernah memiliki kaset mereka. Masalah kekangan kewangan seorang pelajar. Semua pun pinjam kawan

Tetapi bila dah tua-tua ni, ada rezeki lebih perlahan-lahan mula mengumpul. Akhirnya berjaya juga memiliki kesemua album studio mereka.


Chuck Schuldiner ( May 13, 1967 - Dec, 13 2001)

Terimakasih Chuck kerana muzik anda menjadi peneman dan soundtrack kehidupan remaja saya.




Monday, November 11, 2013

Individual Thought Patterns

Salah satu album kegemaran saya dari 20 tahun yang lalu. (kasetnya dah hilang...arggggghhhh..)


Death - Individual Thought Patterns (1993)

Teknikal progresif death metal dengan pengaruh jazz? Itulah review yang banyak saya baca kalau nak menafsirkan bagaimana bunyinya Individual Thought Patterns. Bagi pendengar biasa mungkin agak sukar untuk hadam. Saya sendiri pada awalnya agak sukar untuk menerima. Macam terasa sedikit janggal pada awalnya bila mendengar lagu-lagu death metal dengan harmoni gitar di dalam lagu-lagunya. Tetapi itulah keistimewaan Chuck Schuldiner. Genius metal yang ada kelasnya tersendiri.

Death adalah Chuck. Yang lainnya cuma pelengkap. Tetapi untuk Individual Thought Patterns, Chuck berjaya menjadikan Death sebagai supergroup. Tengok sahajalah barisan pemuziknya. Andy Larocque (King Diamond), Gene Hoglan (Dark Angel) dan Steve DiGiorgio (Sadus). Muzik teknikal sebegini memerlukan pemuzik yang bagus dan mereka-mereka ini sememangnya sangat bagus. Sayang line-up ini tak kekal lama.


Pada saya Death ada 2 zaman. Sebelum album Human dan selepasnya. Selepasnya lebih kepada teknikal progresif. Individual Thought Patterns memang sangat progresif. Awalnya saya rasakan Chuck terover. Kekadang macam terlampau banyak rif yang cuba disumbat dalam sebuah lagu dengan durasi yang pendek. Macam bercelaru. Kekadang macam bukan lagu. Himpunan rif yang dikumpulkan jadi satu. Mungkin kerana itu kebanyakan lagu-lagu progresif biasanya panjang-panjang. Tetapi sememangnya album ini jenis grower. Makin lama dengar makin sedap. Durasi yang pendek menjadikan lagu-lagunya tidak membosankan. Mungkin inilah masaalah saya dengan lagu-lagu progresif yang panjang. Cepat bosan. Ternyata Individual Thought Patterns tidak begitu. Ini memang best!!!

Susah nak pilih lagu mana yang best. Tapi saya cukup suka lagu Overactive imagination, Jealosy, Trapped in a corner, Nothing is everything, Mentally blind, Destiny dan Out of touch. Senang cakap semua la. Solo-solo dan rif-rif harmoni dari Andy Larocque/Chuck Schuldiner memang best. Kalau tak kerana Heartwork yang diriliskan pada tahun yang sama. Ini sememangnya album extreme metal pilihan saya untuk tahun 1993.

Senang cakap tak death metal la kalau tak minat Death. RIP Chuck!