Danzig 3: How the Gods Kill (1992)
Sama sepert kes kaset The End of Silence - Rollins Band, ini jugak adalah kes trial and error. Bezanya yang ini saya suka hinggakan cdnya pun saya ada.
Saya mengetahui Misfit melaui Metallica tetapi saya tidak pernah betul2 mendengar lagu2 mereka secara serius. Perlu diakui saya kurang mendengar muzik punk. Kaset ini saya beli semata2 kerana ingin mengetahui bagaimana muzik Danzing selepas terbaca review yang positif dari majalah2 metal yang saya baca.
Ternyata ini bukan punk. Danzing 3 muziknya lebih ke arah heavy metal dengan elemen2 doom dan blues. Soundnya yang heavy lagi catchy dan di tambah pula dengan gitar work hebat dari John Christ menjadi penyebab kenapa saya menyukai album ini.
Boleh dikatakan hampir semua lagunya saya suka tetapi antara yang menarik adalah Anything, Bodies, Dirty Black Summer dan Do You Wear The Mark.
Selepas dari ini, saya mula menjejaki album2 Danzig yang awal tetapi saya agak kurang mengemarinya kecuali mungkin lagu Mother. Bagi saya kalau nak dengar Danzig, inilah album yang patut di cari.