Yang 20 tahun 2 hari yang lalu, 11 hb Mac...
Collective Soul - Disciplined Breakdown (1997)
Menjelang penghujung 90an, band-band yang digelarkan sebagai alternatif atau modern rock yang meletup di awal 90an telah mula menjadi suam-suam kuku. Collective Soul tidak terkecuali. Jangka hayat popular mereka hanya sehingga penghujung 90an.
Lagu "Shine" dari album pertama mereka, "Hints Allegations and Things Left Unsaid (1993)" menjadikan mereka popular. Manakala album kedua mereka pula, "Collective Soul (1995) adalah kemuncaknya. Lagu-lagu seperti "The World I Know", "Smashing Young Man", "December" dan "Gel" menjadikan ianya mencapai tahap 3x platinum (jualan di US sahaja).
2 tahun selepas itu bermulanya zaman kejatuhan. Walaupun Disciplined Breakdown masih mencapai tahap platinum. tetapi tiada lagu mereka yang betul-betul mencapai tahap "Shine" atau mana-mana lagu dari album sebelumnya. Konsep lagu mereka sebenarnya masih sama. Tetapi penerimaan khalayak ramai tidak lagi seperti dulu. Trend muzik sememangnya sentiasa berubah.
Mereka adalah band rock era 90an yang saya suka selain dari Soul Asylum. Imej rambut panjang (di awal kemunculan) dan lagu-lagu yang masih mengekal solo antara yang membuatkan saya tertarik. Melodi pun sedap.
Ini adalah album terakhir mereka yang saya beli. Tak mengikuti perkembangan mereka selepas dari ini.
Showing posts with label Collective Soul. Show all posts

Monday, March 13, 2017
Tuesday, April 21, 2015
Collective Soul
Album rock yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 14hb Mac yang lalu...
Collective Soul - Collective Soul (1995)
Sejarah terjebak dengan Collective Soul ada diceritakan di >SINI<.
Ini adalah antara kaset yang terus dibeli tanpa banyak cerita bila terjumpa di kedai kaset. Lagu "Gel" yang sering di tonton di rancangan MTV Asia di TV5 Singapura dan pengaruh lagu "Shine" dari album pertama mereka yang terus terkesan di hati adalah antara penyebabnya. Tambah pula ini adalah zaman saya sedang mencari cinta...makanya lagu-lagu sebegini memang senang menyentuh perasaan...hahaha..
Mereka adalah antara band-band yang digelar sebagai post grunge. Tak banyak band-band seangkatan mereka yang menarik perhatian saya. Pengaruh MTV pada ketika itu sememangnya memberi kesan. Dah kerap sangat tengok video clipnya lama-lama jadi suka. Tambahan pula di tahun-tahun pertengahan 90an, mana- mana band rock yang berimejkan rambut panjang dengan lagu-lagu yang ada solo gitar pastinya saya suka.
Walaupun tiada lagu baru mereka yang boleh menyaingi "Shine" tetapi lagu-lagu seperti "December", "The World I Know", "Smashing Young Man" dan "Gel" tetap menarik perhatian.
Cdnya ada di jual di estock dengan harga RM12 lebih. Mungkin juga akan di beli sekadar untuk mengingati memori di tahun 90an.

Labels:
1995,
Collective Soul,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Thursday, October 3, 2013
Hints Allegations and Things Left Unsaid
Rock yang dah 20 tahun...
Collective Soul - Hints, Allegations and Things Left Unsaid (1993)
Sama seperti Candlebox, imej rambut panjang dan solo gitar menjadi punca utama saya mula terjebak dengan Collective Soul. Video Klip "Shine" yang dulunya agak sering juga diputarkan di rancangan MTV di Channel 5 TV Singapura membuatkan saya membeli kaset ini akhirnya.
1994 adalah zaman-zaman sedang mencari cinta (hahaha...) makanya lagu feeling macam "Shine" ni memang senang betul nak melekat. Bolehlah dikatakan lagu ini menjadi salah satu trademark untuk genre alternative 90an. Mereka kepada saya bukan grunge atau modern rock. Tetapi lebih kepada band yang memperjuangkan klasik rock di zaman 90an.
Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...
Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.
Best!

| Ni cd alternate cover, gambar ni sebenarnya untuk single "Shine". Lebih suka cover kartun macam kat kaset tu. Tapi dapat cd ni dengan harga RM13++ kira alrite ajer lah |
Kekurangan album ini pada saya dari segi soundnya. Agak tenggelam dan perlahan. Rupa-rupanya baru tahu yang "Hints Allegations and Things Left Unsaid" ini asalnya hanyalah sebuah demo. Syarikat rakaman meriliskan album ini tanpa apa-apa touch-up. Sebab itu Collective Soul sendiri mengangap ini bukanlah album pertama mereka, cuma sekadar demo. Album pertama bagi mereka adalah album yang berikutnya. Walaupun begitu sound raw macam ini memang sedap. Tak kisah lah kalau terpaksa menguatkan volume kerana soundnya seolah-oleh seperti mendengar live dari dalam studio. Benda seperti ini hanya akan dinikmati jika anda mendengar melalui sistem hi-fi bukan speaker PC....hehehe...
Band yang mepunyai gitarist dengan solo-solo yang bagus memang mudah untuk saya berkenan. Ed Roland bukan sekadar mempunyai vokal yang bagus. Tetapi bakatnya mencipta kesemua lagu di samping menerbitkan album ini memang patut dipuji. Lagu-lagu melodic yang tak berapa nak meleweh sangat. Selain "Shine", lagu seperti "Wasting Time","Sister Don't Cry", "Heaven's Already Here" dan "Breathe" adalah antara yang suya suka.
Best!
Labels:
1993,
cd,
Collective Soul,
kaset,
rock omputeh,
Smells Like Teen Spirit 90's
Subscribe to:
Posts (Atom)