Butterfingers - Butter Worth Pushful (1997)
Ini adalah satu pembelian cuba jaya atau kata orang putihnya trial and error. Ikut tarikh yang di catatkan di cd, ianya di beli pada 11hb Disember, 1997. (dulu-dulu memang rajin betul mencatat tarikh pembelian di inlay, sekarang dah malas dah)
Kalau tak silap ianya di beli di sebuah kedai cd di Alpha Angle Wangsa Maju. Entah ujud ke tidak lagi tempat ni. Bertahun dah tak jejak kaki di Wangsa Maju. Mahu sesat kalau pergi sekarang. Zaman tu nama Butterfingers tengah meletup. Tak pernah dengar pun lagu-lagu mereka. Orang yang jenis cdholic ni, tak tau pun main bantai jer beli.
Sekali pasang dah dapat cam bunyi Nirvana dan band-band grunge yang seangkatan dengannya. Mereka bagus. Lagu sedap. Tetapi muzik sebegini bukannya saya. Tak sesuai untuk mengulas muzik yang bukannya makanan kita. Kita tak minat, ada ramai lagi yang di luar sana suka. Rasanya termasuk hari menulis entri ini, tak sampai 10 kali kot cdnya diputarkan. Simpan sahajalah buat kenangan.
Satu-satunya lagu yang rasanya menawan hati adalah Vio-Pipe. Mungkin kerana inilah satu-satunya lagu mereka yang tidak berbau Seatle...