Showing posts with label Budgie. Show all posts
Showing posts with label Budgie. Show all posts

Monday, November 11, 2024

50 tahun In for the Kill

Yang menyambut ulangtahun ke 50 pada bulan Jun yang lalu...

Budgie - In For The Kill (1974)

Untuk golongan yang lebih muda, Budgie dikenali kerana Metallica. Tetapi untuk yang lebih tua berusia, mereka dikenali kerana "I Turned to Stone". Ianya adalah lagu wajib bagi kebanyakan mat rock 80an. 

Tetapi ini bukan nak bercerita tentang "I Turned To Stone". Itu album yang lain. Yang ini sememangnya di beli semata-mata kerana "Crash Course in Brain Surgery”. Ianya adalah lagu kegemaran dari album Metallica - Garage Days Re-Revisited. Tajuk lagunya pun dah buat tertarik. Dulu-dulu zaman sekolah suka la tulis tajuk lagu ni kat meja dan dinding sekolah. Padahal tak tahu pun liriknya pasal apa.

In For The Kill! adalah album keempat mereka. Ianya di dalam acuan rock progresif 70an yang popular pada ketika itu. Kelainan mereka lebih kepada sound gitar yang berat menjadikan mereka antara band awal yang memberi pengaruh sehingga terbentuknya heavy metal.

Antara band yang sepatutnya boleh pergi jauh. Terima kasih kepada Metallica. Tanpa Metallica mungkin tak ramai yang tahu tentang mereka.


Wednesday, September 13, 2017

Nightflight



Budgie - Nightflight (1981)

Lama dah cari cd ini. Dulunya agak susah nak jumpa walaupun dalam e-bay. Tetapi kebelakangan ini, sejak adanya versi remasterd 2013, banyak dah nampak dalam ebay walaupun harganya agak mahal. Mendapatkannya dengan harga mampu milik adalah satu bonus.

Sebenarnya tak pernah pun dengar lagu-lagu dari album ini kecuali "I Turned To Stone". Membelinya semata-mata kerana sukakan lagu tersebut. Kali pertama dengar melalui kaset kompilasi Kerrang! versi Apache (pernah cerita dulu kat >SINI<) terus jatuh hati. Salah satu lagu yang tak jemu-jemu dengar walaupun ulang banyak-banyak kali. Melodinya...solo gitarnya...susunan muziknya...build up lagunya...vokalnya....arghhh....memang sedap. Salah satu lagu kegemaran sepanjang zaman.


Dulunya ketika ada versi MP3 pun setakat layan "I Turned To Stone". Bila dah ada cd baru betul-betul dengar keseluruhannya. Ternyata lagu-lagu yang lainnya pun boleh tahan. Seiring dengan perkembangan semasa ketika itu, muzik mereka juga terikut-ikut dengan gaya NWOBHM. Peminat era 70an mereka pastinya kurang gemar. Tetapi untuk saya yang bermula dari sini dan sukakan genre NWOBHM, Nightflight memang sebuah album yang cukup memuaskan hati.



Saturday, May 20, 2017

koleksi cd



Agak lama juga tak menambah atau menaik taraf album-album lama orang putih dari bentuk kaset, cdr, mp3 atau sekadar dulunya membaca namanya di majalah atau mendengar cerita kawan-kawan ke dalam bentuk cd.

Setahun lebih juga terjebak dengan berderet-deret cd-cd rock melayu reissue. Tapi sekarang macam dah reda dah. Mungkin dah tak ada apa sangat yang nak direissuekan lagi. Dah sibuk dengan piring hitam pulak dah. Tapi dengan harga piring hitam reissue yang hanya orang yang ada-ada yang mampu beli..kualiti pun tak seberapa...maka adalah lebih berbaloi untuk saya kembali untuk menaik tarafkan album-album orang putih yang saya gemari.

4 ini adalah antara yang terkini. Bertahun dah cari cd-cd ini dengan harga mampu milik. Ntah apa nasib berkenalan dengan seller e-bay dari Kazakhtan yang menjual cd-cd ini bukan melalui e-bay. Beli secara langsung dengan beliau dengan harga yang lebih murah dari harga sekeping cd reissue rock melayu. Jangan tak percaya. Mungkin ini namanya rezeki selepas bertahun sabar mencari...

Dah tak banyak dah yang nak dinaik taraf. Yang tak minat memang tak akan beli. Mungkin dah boleh pencen kot kumpul cd. Lp pulak harga yahudi. Dah boleh kot tukar hobi main akuarium pulak macam Mus Speedrider...hahaha...





Monday, June 29, 2009

I turned to stone



Kenal Budgie? antara band2 awal era NWOBHM...mungkin peminat kipas susah nak mati metallica kenal kot...tu pun pasal metallica cover lagu dorang Breadfan dan Crash Course in Brain Surgery kan..untuk yang tak tau...klik aje sini

Aku tau pasal band ni sebelum tu lagi...tapi tau satu lagi ni ajer la...I turned to stone...terdapat dalam kompilasi Kerrang versi kaset Apache...cuba nak cari album Nightflight terbitan tahun 81 ni tapi tak jumpa sehingga la zaman download mengdownload dari internet

kalau korang perasan...solo lagu ni pun Man Kidal cilok untuk lagu Kenangan Bersamamu versi Battle Of The Band...kalau versi album Seruan..solo dia Man Kidal dah ubah dah...mungkin pasal dah kantoi ramai orang tau kot...hehe...

Lagu ni memang salah satu favourite aku la dari era NWOBHM...dulu nak tau sangat pasal apa la cerita lirik dia ni...sekarang baru tau...layannn..

I was born yesterday
Trouble seemed so far away
Now it seems my friends no longer call
Everything was better then
I can still remember when
I saw the future with a certain glow

So I turned to stone
As I learned to know
When I turned to stone
Tell myself I’m feeling all alone

Many days have passed me by
Celebrate with sunny skies
Still I know I need a helping hand
And the friends I thought I knew
See them change my every view
Now it seems I’m seeing them as they really are

No I turned to stone
As I learned to know
When I turned to stone
Tell myself I’m feeling all alone

I was born yesterday
Trouble seemed so far away...