Showing posts with label Blind Guardian. Show all posts
Showing posts with label Blind Guardian. Show all posts

Friday, November 18, 2022

The God Machine

 Lagi album terkini terbitan 2022...

Blind Guardian - The God Machine (2022)

Dah lama tak membeli album mereka secara fizikal. Kali terakhinya adalah "Nightfall in Middle-Earth (1998)". Dan yang terakhir mendengarnya secara betul melalui versi MP3 adalah "A Night at the Opera (2002)"

Perubahan selera dan rasa tepu dengan genre power metal menyebabkan kurang mengambil tahu tentang album-album mereka yang seterusnya. Tetapi entah mengapa dalam beberapa tahun kebelakangan rasa seronok pula untuk kembali mendengar genre sebegini. Hasilnya "ter"beli pula album terbaru dari Blind Guradian.

Mendengar album terbaru ini saya rasakan yang muzik mereka masih sama seperti dulu. Seperti kebanyakan band-band besar yang lainnya, tiada apa lagi yang mereka perlu buktikan. Zaman untuk bereksperiman dan berevolusi telah pun mereka tinggalkan. Kini mereka hanya menjadi Blind Guardian seperti mana yang majoriti peminat mahukan.

Ianya adalah apa yang kita fikirkan tentang Blind Guardian. Produksi sound, melodi, kerja gitar dan vokal Hansi Kürsch yang masih hebat. Ada momen yang menarik dan ada masanya saya hilang. Ada lagu yang sedap dan ada juga yang kurang menangkap

Secara keseluruhannya bagus, tetapi tidak cukup untuk membuat saya benar-benar teruja.



Thursday, October 31, 2019

Follow The Blind

Ini sambungan dari entri Demon - The Unexpected Guest...


Blind Guardian – Follow the Blind (1989)

Sebenarnya lagu "Don't Break The Circle" kali pertama saya dengar bukanlah dari Demon. Tetapi versi cover dari Blind Guardian. Asalnya ingatkan ini versi asal. Selepas ada cdnya, barulah tahu siapa penyanyi asal.

Kalau kena pilih, saya lebih suka versi Blind Guardian. Ianya lebih laju. Tetapi versi Helter Skelter pun boleh tahan juga. Maklumlah, versi itu lebih awal saya dengar dari kedua-duanya... Hahaha...

Sedikit berkenaan album Follow The Blind. Seperti album pertama mereka, Battalions of Fear, album ini juga berkonsepkan speed metal. Memang agak berbeza dengan arah muzik mereka sekarang.

Bukan yang sekarang tak best, tetapi selera saya lebih terarah kepada muzik mereka pada zaman ini. Memang raw. Lagu "Banish From Sanctuary" dan "Valhalla" adalah antara yang paling diminati.




Tuesday, June 26, 2018

Battalions of Fear

Yang dah 30 tahun pada 17hb Mei yang lalu...


Blind Guardian - Battalions of Fear (1988)

Penghujung 80an dulu agak sukar juga untuk mendapatkan kaset mereka. Hanya tahu nama tetapi tidak pernah mendengar lagu-lagunya. Maklumlah zaman sebelum internet. Mula berpeluang dengar hanyalah ketika demam power metal menular di Malaysia pada penghujung tahun-tahun 90an. (kalau tak silap album Nightfall in Middle-Earth - 1998)

Dari situ mula mencari album-album yang sebelumnya. Tak sangka pula dalam beberapa album awal tersebut, album pertama mereka inilah yang paling mudah melekat di hati. Muziknya lebih kasar. Lebih kepada speed metal berbanding epic power metal seperti sekarang. Laju, straight forward, high-octane tanpa elemen synth dalam arrangementnya. Iras-iras Helloween zaman awal Kai Hansen pun iya juga. Lagu seperti "Trial by the Archon” pula terserlah ke”Maiden”annya. (haha…ada ker ayat macam ni)


Tetapi lagu yang cukup saya suka adalah “Majesty”. Memang tak jemu-jemu dengar. Memang sedap. Kalau tak…tak kan lah Blind Gurdian sendiri masih tetap memainkan lagu ini secara live sehingga sekarang.

Jika anda sukakan speed metal 80an, ini adalah antara album yang patut anda cari. Best!



Wednesday, May 11, 2016

The Forgotten Tales

Yang dah pun 20 tahun usianya pada 18hb April yang lalu..


Blind Guardian - The Forgotten Tales (1996)

Saya pencen seketika dalam mendengar muzik metal pada pertengahan 90an. Bukan sekadar ketika itu sedang sibuk bercinta dan berkahwin. Tetapi saya agak kurang berminat dengan hala tuju muzik metal pada ketika itu. Tetapi segalanya berubah bila saya mula terjebak dengan genre power metal. Dan Blind Guardian adalah salah satu darinya.

Mereka adalah antara penyebab saya kembali mendengar muzik metal pada awal tahun 2000 dulu. Saya mula menjejaki album-album awal mereka sejak dari itu. The Forgotten Tales adalah salah satu darinya. Walaupun The Forgotten Tales adalah sekadar lagu-lagu cover tetapi ianya sangat menarik. Pada saya kalau sebuah band metal meng"cover" (ada ker ayat macam ni...) sebuah lagu metal yang lain. Ianya biasa biasa sahaja. Tetapi bila lagu dari genre lainnya, ianya menjadi menarik apatah bila ianya berjaya di metal kan tanpa perlu merojakkan feel lagu asal.


Itulah yang berjaya di lakukan oleh Blind Guardian. Lagu klasik 50an, Mr Sandman (The Chordettes) 60an, Surfin USA (Beach Boys), 70an, Spread Your Wing (Queen) dan 80an, To France (Mike Oldfield) sangat menarik bila di"power metal"kan oleh mereka. Memang sedap. Apatah lagu yang progresif rock 70an macam The Wizard (Uriah Heep). Memang itu makanan mereka.

Walaupun ianya hanya sekadar album lagu-lagu cover, tetapi saya tidak teragak-agak untuk mencadangkannya sebagai sebuah album untuk yang baru nak mengenali mereka. Menariknya juga anda boleh mendengar lagu-lagu mereka sendiri dalam versi akustik dan orkestra. Memang sangat menarik. Tetapi bintang utama untuk album ini pada saya adalah Hansi Kürsch. Memang sangat "power" vokal beliau.

Best!





Friday, April 24, 2015

Imaginations from the Other Side

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 4hb April yang lalu...


Blind Guardian - Imaginations from the Other Side (1995)

Sekitar tahun 1999 - 2000 adalah tahun yang saya kemaruk dengan genre power metal. Blind Guardian adalah salah satu darinya. Walaupun agak terlambat mendengarnya tetapi ia menjadi titik permulaan untuk saya jatuh hati kepada Blind Guardian.


Imaginations from the Other Side adalah salah satu album yang patut anda cari jika anda pertama kali cuba untuk mendengar muzik power metal yang progressif. Tiada lagu yang tidak best. Dijamin tidak akan membosankan. Tambahan pula jika anda rindukan sentuhan producer Flemming Rasmussen. Ini adalah satu lagi sebab kenapa anda patut cuba untuk mendengarnya.


Muziknya berat tetapi sangat melodic. Paling menarik sudah tentunya pada trademark "powerful sing-along choruses" mereka. Tambahan pula vokal Hansi Kursch memang antara yang terbaik dalam dunia metal. Gaya vokalnya yang pelbagai bukan sekadar menjerit pada saya adalah salah satu kekuatan Blind Guardian.

Tak perlu taip panjang-panjang. Pastinya saya "bias". Senang cakap ini sememangnya antara album power metal kegemaran. Cubalah.