Showing posts with label Black Sabbath. Show all posts
Showing posts with label Black Sabbath. Show all posts

Thursday, January 29, 2026

Seventh Star

Remembering my youth - 40th anniversary

Black Sabbath featuring Tony Iommi - Seventh Star (28/01/1986)

Saya membesar dengan muzik hard rock dan AOR era 80-an, jadi bila Tony Iommi menghasilkan muzik dalam gaya sebegini, ia memang bukan satu masalah untuk saya. 

Tak kisahlah kalau bunyinya tak sama seperti era Ozzy, Dio mahupun Gillan, lagipun ini sebenarnya lebih kepada album solo Tony. Ditambah pula dengan Glenn Hughes sebagai vokalis, album ini sememangnya jadi antara kegemaran.


Tuesday, July 29, 2025

Sabotage

Remembering my youth - 50th anniversary

Black Sabbath - Sabotage (28/07/1975)

Tak ada kenangan dengan album ini. Mendengarnya secara penuh pun mungkin pada sekitar penghujung 80an ataupun awal 90an. 

Black Sabbath saya bermula dari era Dio. Dan saya lebih mengemari Ozzy zaman solo. Namun album ini mengandungi salah satu lagu Black Sabbath yang saya suka, Symptom of the Universe.


Monday, September 4, 2023

Born Again

Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada 7hb Ogos yang lalu...

Black Sabbath - Born Again (1983)

Black Purple atau Deep Sabbath?

Kombinasi yang tak disangka. Siapa sangka Ian Gillian boleh bergabung dengan Black Sabbath. Ianya sesuatu yang janggal bagi sesetengah orang tetapi tidak untuk saya.

Sebagai pengemar Deep Purple (saya kenal dan membesar dengan lagu-lagu Deep Purple lebih awal dari Black Sabbath), gabungan ini pastinya sesuatu yang menarik. Nama Ian Gillan terlampau besar untuk Tony Iommi mengubahnya menjadi seorang Black Sabbath. Aura Deep Purple nya masih kuat. Malah ketika tour promosi untuk album ini pun mereka terpaksa memainkan lagu "Smoke On The Water"

Born Again sememangnya mempunyai pengaruh Deep Purple yang pekat. Ianya seperti mendengar Deep Purple dalam versi yang berat dan kelam. Tidak boleh dinafikan yang vokal Ian Gillian jauh lebih baik dari Ozyy. 

Satu-satunya perkara yang negatif untuk Born Again adalah soundnya yang mendap. Tetapi ianya tidak menghalang saya untuk jatuh suka. Malah sejak kebelakangan ini saya lebih sukakan album-album Black Sabbath yang bukan dari zaman Ozzy. Mungkin saya menongkah arus tetapi selera manusia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.


Sunday, September 25, 2022

Vol. 4

Bersempena ulangtahunnya yang ke 50 pada hari ini, 25hb September... 


Black Sabbath - Vol. 4 (1972)

Teringat kata-kata Malmsteen, muzik heavy rock ketika beliau membesar di Sweden di tahun-tahun 70an adalah Deep Purple. Black Sabbath bagi beliau adalah zaman Dio. Saya rasa pengalaman beliau di Sweden tak jauh beza dengan pengalaman saya ketika membesar di Johor Bahru. Muzik rock ketika saya kanak-kanak di penghujung 70an adalah Deep Purple. Memang tak jumpa sesiapa yang dengar atau memiliki apa-apa rilisan Black Sabbath sehiggalah zaman Dio (Heaven and Hell - 1980).


Disebabkan itu, saya sememangnya kurang pendedahan terhadap album-album Black Sabbath di zaman Ozzy. Mula mendengar kesemuanya hanyalah ketika zaman MP3 (penghujung 90an). Vol. 4 adalah antara yang saya dengar tetapi tidak meninggalkan kesan. Untuk penulisan kali ini, saya cuba untuk mendengarnya sekali lagi.

Ternyata ianya sekali lagi tidak memberikan kesan untuk saya. Tidak pada penghujung 90an dulu dan tidak juga pada masa sekarang. Jangan salah anggap. Bukan nak kata yang ianya tak bagus. Tetapi ianya adalah sesuatu yang tak kena dengar selera. Saya sememangnya agak susah nak masuk dengan muzik yang berentak doom. Majoriti lagu-lagunya walaupun sound gitar Iommi agak berat tetapi ianya agak meleweh. Paling tak boleh tahan adalah lagu "Changes". Teringat ketika mendengar lagu ini di dalam kereta bersama isteri. Ianya memberi pandangan pertama kepada beliau yang begitulah muzik Black Sabbath....Nampak ganas tapi meleweh...hahaha...



Secara keseluruhannya ia bukanlah sebuah album akan selalu saya dengar. Cdnya pasti akan kembali terperuk dalam rak. Namun begitu kerja gitar Tony Iommi di dalam album ini adalah sesuatu yang patut dipuji. Power!


Tuesday, August 11, 2020

"For Martin Birch - catalyst"

Berita sedih minggu ini....😭

Kalau minat Iron Maiden tapi tak kenal siapa Martin Birch memang tak patut. Dari Killers sehinggalah Fear Of The Dark semuanya adalah hasil kerja tangan beliau. Steve Harris sememangnya secara eksklusif menggunakan khidmat beliau (producer, engineer, mixing) untuk Iron Maiden dan beliau sendiri secara eksklusif hanya berkerja denagn Iron Maiden selepas tahun 1984 sehinggalah beliau bersara selepas album album Fear Of The Dark.

Bukan itu sahaja, banyak lagi sentuhan emas beliau yang menjadi album klasik dan rujukan untuk genre rock dan heavy metal. Jasa beliau dalam menghasilkan bunyi heavy metal sememangnya banyak mempengaruhi selera muzik saya semenjak dari bangku sekolah. Walaupun pada ketika itu tak tau pun siapa producer dan siapa dia Martin Birch. 

antara hasil kerja tangan beliau.. Semua pun best... Semua pun hebat-hebat belaka... 


Thanks for the music sir, 

Martin "the ninja" Birch (27 December 1948 – 9 August 2020)




Tuesday, January 22, 2019

Black Sabbath discography

Masa entri Manowar 3 bulan yang lalu ada sebut yang saya tak cukup lagi 3 album untuk melengkapkan discography Black Sabbath...

Tetapi akhirnya...tadaaaaa...


Cukup sudah 19 studio album Black Sabbath dalam bentuk Cd. Jangan mengatal nak buat giler format dah la... Haha..

Dalam banyak-banyak tu biasalah ada yang suka dan tidak. Tapi dah namanya pun hobi kan...beli jer la semua.

Next target mungkin KISS. Ini pun rasanya ada dalam 3 atau 4 album yang tak cukup...





Friday, March 18, 2016

Seventh Star

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 28hb Januari yang lalu



Black Sabbath featuring Tony Iommi - Seventh Star (1986)

Album Black Sabbath yang paling ganjil dalam keseluruhan discography mereka. Memang tak berapa nak bunyi Black Sabbath pun. Maklumlah asalnya ia adalah album solo Tony Iommi. Syarikat rakaman yang beriya-iya mahukan ianya atas nama Black Sabbath.

Satu-satunya lagu yang pada telinga saya berbunyi seperti doom Black Sabbath adalah lagu yang menjadi tajuk album, Seventh Star. Yang lainnya saya terbayangkan Deep Purple terutamanya lagu "Heart Like A Wheel" yang mempunyai pengaruh blues yang kuat. Tetapi ianya tak pelik pun kerana yang menyanyi dalam album ini adalah Glenn Hughes pemain bass dan penyanyi Deep Purple.

Sebenarnya ianya bolehlah dikatakan sebagai superband. Eric Singer (KISS) di posisi drums manakala Dave Spitz (early White Lion, Great White, abang kepada Dan Spitz - Anthrax) yang bermain bass. keyboards pula dimainkan oleh Geoff Nicholls, yang bermain keyboards untuk album-album Black Sabbath tetapi tidak pernah diberikan kredit.


Saya mengetahui 2 lagu dari album ini, Seventh Star dan lagu slow sedap, "In Memory..." dari 2 kaset pirate apache, Kerrang Kompilation. Bertahun juga saya cuba mencari cdnya sehinggalah zaman saya pandai menggunakan e-bay. Semenjak kali pertama mendengar 2 lagu tersebut, saya sudah terpikat. Cumanya suatu masa dulu saya tak tahu pun yang menyanyinya adalah Glenn Hughes. Zaman ujudnya internet baru tahu.

Kesimpulannya ia bukannya Black Sabbath. Ianya sebuah album hard rock dengan pengaruh blues. Pada saya ianya sebuah album yang bagus mengikut acuannya yang tersendiri. Sayangnya inilah satu-satunya album dari mereka. Tony Iommi kembali menghidupkan semula Black Sabbath yang sebenar selepas dari ini.



Wednesday, February 26, 2014

Nativity in Black

Album tribute yang dah 20 tahun...


VA - Nativity in Black (1994)

Ketika saya cuba untuk menulis perihal album ini, saya merasakan seperti ianya satu deja vu*. Macam pernah buat. Rupa-rupanya memang betul...saya pernah membuat entri berkenaan album ini 5 tahun yang lalu. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Hampir-hampir terlupa dah.

Khas buat pembaca baru blog ini. Sila klik di >SINI<  Abaikan gaya bahasa yang sudah berubah...heheh...

Sedih pula bila membaca di ruangan komen pasal ada antara kawan-kawan blogger yang dah tak aktif lagi berblog malah ada yang dah terputus hubungan langsung. (Mana pergi agaknya saudara Eddie Dewanaga...antara blogger metal awal yang mempengaruhi saya untuk menulis selain saudara Deaf dan Krenmaut...tabik!)

5 tahun dah berlalu sejak kali terakhir mendengar cd ini. Ternyata saya tetap merasa benda yang sama. Pada saya, ini adalah antara album tribute yang terbaik pernah dihasilkan. Rekomended!



*terimakasih kepada Iron Maiden kerana mengajar saya apa erti deja-vu ketika saya budak-budak dulu. Banyak jugak perkataan inggeris yang saya tau melalui lirik-lirik band heavy metal...Benda-benda lagha ni ada juga kebaikan dia...









Saturday, December 28, 2013

Sabbath Bloody Sabbath

Menyambut ulang tahun yang ke 40.....


Black Sabbath - Sabbath Bloody Sabbath (1973)

Saya bukanlah peminat tegar Black Sabbath. Saya lebih kepada kem Deep Purple. Kerana ketika budak-budak dahulu saya lebih didedahkan kepada muzik Deep Purple. Black Sabbath hanya benar-benar saya dengar ketika saya sudah bersekolah menengah. Itupun saya lebih kepada zaman Dio.

Sabbath Bloody Sabbath sedikit berbeza dari album-album awalnya seperti Paranoid ataupun Master of Reality. Rasanya album ini lebih pop lagu-lagunya. Malah majoriti lagu-lagunya jenis perlahan temponya. Lebih doom. Tiada lagu yang laju. Tapi yang pasti album ini mempunyai elemen progessif. Mungkin mereka juga terpengaruh dengan progessif rock yang popular ketika itu. Mengunakan Rick Wakeman (Yes) sebagai pemain keyboards jemputan menguatkan lagi andaian tersebut.


Beberapa track awal seperti Sabbath, Bloody Sabbath, A National Acrobat dan Sabbra Cadabra agak menarik. Lagu-lagu yang menjadi inspirasi kepada doom metal hari ini. Tetapi lagu-lagu track akhir agak progressif dan pop bunyinya. Banyak pengunaan keyboard dan memang tak metal kalau bukan kerana riff-riff  dan sound berat Tony Iommi.

Highlightnya pada saya adalah Tony Iommi. Banyak solo-solo dan riff beliau yang menarik. Soundnya gitarnya lebih berat dari album-album yang sebelumnya. Tidak sehebat 3 album awal tetapi masih dalam kategori terbaik.




Wednesday, December 11, 2013

Friday, May 18, 2012

Dehumanizer

20 tahun yang lalu...Black Sabbath meriliskan album ni....dan sebagai tribute bulan ni genapnya 2 tahun pemergian hero rock aku ni...jom cerita pasal album ni..


Black Sabbath - Dehumanizer (1992)

Terus terang aku bukannya pengemar Black Sabbath...rock ker metal ker yang mula2 aku kenal adalah Deep Purple....Black Sabbath ni mula aku ikut pasal Ronnie James Dio...pasal kecik2 dulu dengo Rainbow....tapi semasa album ni diriliskan...aku pun dah tak berapa nak follow Dio....pasal aku tak minat pun album "Lock up the Wolves"...mungkin pasal ketika itu selera muzik aku pun dah beralih ke arah muzik yang lebih keras...

Beli album ni dulunya pun pasal ini reunion  Iommi, Dio,Butler dan Appice...dan dah tentu2 harapannya nak dengo album yang ala2 "Heaven & Hell" atau mungkin lebih tepat "The Mob Rules" ...tapi seperti kebiasaannya...harapan meleset....rasanya fan Black Sabbath samaada akan suka giler atau benci abis kat album ni...tapi bagi aku yang casual fan ni...aku berada di tengah2....terus terang aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam album ni...dengo berulang2 kali baru la dapat tangkap sikit2...



Dari segi arah tuju muziknya memang agak berbeza dari "Heaven & Hell"...aku tak pandai nak bandingkan Black Sabbath era Tony Martin...pasal aku tak berapa follow zaman tu...pada aku album ni agak gelap dan berat....lebih berat dari mana2 album Black Sabbath yang pernah aku follow termasuk lah era Ozzy...sentuhan riff2 Iommi memang masih berhantu...masih mengekal ciri2 doom metalnya...suara Dio pulak tak perlu lah aku cerita..konpem aku akan bias...hahaha....tapi  bab lirik tu...tak sangka pulak Dio boleh lari dari tema fantasi dungean and dragon dia sejak dari zaman Rainbow...lirik2 kali ni lebih bertemakan futuristik...

Antara lagu yang senang aku masuk adalah "Computer God" dan "TV Crimes"...ni dua memang heavy dan berat soundnya...lain2 tu memang aku ambik masa....terutamanya lagu2 Side B masa zaman kaset dulu...bagi aku la...kalau korang suka Dio "Strange Highway"...rasanya mungkin korang akan suka Dehumanizer ni...

Not my favourite....but it's not bad either...kira boleh la....


Thursday, May 20, 2010

Tribute to RJD - Live Evil

Masih dalam tribute to Dio…cadang nak review salah satu album dari Ronnie James Dio…tapi memandangkan kebetulan review ni memang dah ada dalam draf aku...malas pulak nak bongkar cd lain...aku edit mana yang patut....so aku pilih album live ni…pasal rasanya tak ramai yang ada atau pernah dengar album ni…tambahan pulak…ini album live…boleh jadi bukti la betapa powernya suara RJD ni…hebat.


aku suka cover ni..semua ada kaitan ngan tajuk2 lagu...ada iron man, paranoid, neon knights, heaven & hell, children of the sea, war pigs dll...

Live Evil dari Black Sabbath adalah album terakhir RJD sebelum dia keluar dari Black Sabbath untuk meneruskan karier solonya…album terbitan tahun 1982 ni merupakan 1st official live album dari Black Sabbath…ntah kenapa zaman Ozzy takder official live yang di riliskan…album ni dirakamkan sepanjang Mob Rules World Tour dibeberapa lokasi yang katanya Seattle,Dallas dan San Antonio…

Yang menariknya cd ni bagi aku adalah kerana bukan saja RJD menyanyikan lagu2 Black Sabbath zaman dia ( Heaven & Hell dan Mob Rules) tapi dia jugak menyanyikan lagu2 dari 3 album klasik Black Sabbath di zaman Ozzy ( Black Sabbath, Paranoid dan Master Of Reality)…lagu2 seperti NIB, War Pigs, Iron Man, Black Sabbath, Paranoid dan Children Of The Grave memang bertambah best bila Dio bawak…no disrespect to Ozzy…tapi bagi aku suara RJD memang jauh lebih hebat dari Ozzy…kalau dalam dunia heavy metal….suara RJD adalah antara yang terbaik la…susah la sapa2 nak lawan…lagu2 era Ozzy kebanyakannya di bawa agak berbeza…tak kira la aku bias ker apa…tapi memang versi RJD ni aku suka…lagi power...terutama lagu NIB dan Children Of The Grave….thumb up!


sayangnya cd aku ni versi tak complete...takder lagu War Pigs...setau aku Deaf ada versi yang complete..

Kalau lagu2 zaman dia tak yah cakap la…RJD ni antara penyanyi yang kalau live suaranya sebijik macam dalam cd…lagu2 seperti Neon Knights, Children Of The Sea, Voodoo, Mob Rules dan dah tentu2 la yang paling best adalah medley Heaven & Hell dan Sign Of The Southern Cross…terbaek beb…

Tapi pendapat peribadi aku…aku rasa sikit bosan la dengan lagu Black Sabbath, Iron Man dan War Pigs….bukan pasal tak sedap ker apa…suara RJD tetap power….tapi lagu era2 Ozzy yang jenis doom dan gloom memang aku kurang sikit berkenan….berbanding Black Sabbath era RJD yang lebih high energy kan…lagu2 macam gini memang tailor made untuk suara Ozzy…suara RJD yang lebih power macam tak fully utilized la bila kena lagu2 jenis camgini….

Apa2 pun memang aku rekomen la album ni…dah entry ni tribute pasal RJD…aku banyak cerita pasal vocal RJD je la kan…tapi salah satu highlight dari album ni juga adalah riff2 dan solo gitar Tony Iommi…memang best…heavy dan power….tambah pulak bass berdentum2 dari Geezer Butler…muziknya memang tight la…best….tak lupa jugak drummer Vinny Appice…kekadang macam dia lagi best pulak dari Bill Ward…tak sia2 dia join RJD buat band Dio kan..



Tapi selepas album ni berakhirlah era RJD bersama Black Sabbath….tapi tak rasa rugi pun kan….kalau dia masih duk Black Sabbath…belum tentu RJD dan Vinny Appice akan menghasilkan sebuah masterpiece macam Holy Diver kan…

Selamat tinggal RJD….muzik beliau akan terus kekal dalam ingatan…budak2 yang lebih kurang umur aku...walaupun tak rock pun...sure membesar dan kenal RJD ni kan....teringat2 conteng logo DIO Holy Diver kat beg "Swan" sekolah agama dulu...ada satu member tanya...kalau sekarang ni anak2 ko conteng logo Bunkface kat beg sekolah dia ko marah tak?...hahaha..siak arr....

apa2 pun...RJD...thank for the memories. \m/