Showing posts with label Black Rose. Show all posts
Showing posts with label Black Rose. Show all posts

Thursday, February 1, 2024

Blackrose

Satu lagi produk reissue cd rock tempatan... lama dah beli, baru sekarang nak buat entri...

Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2023

Merujuk kepada komen dibawah (dari entri Black Rose reissue 2016) - terimakasih Elmanemran, saya sememangnya teruja dengan cd keluaran semula 2023 ini dan telah pun membuat pra pesanan awal sejak mendapat berita tentangnya.

Versi 2006 sememangnya menghampakan. Baik dari segi kualiti sound dan packagingnya. Tetapi versi baru 2023 ini sememangnya tip top. Tiada apa yang hendak di komplen. 


atas kiri - versi 2023, atas kanan versi 2006
bawah kiri - versi cdr , bawah kanan - kaset asal 1991

Entri ini sekadar berkongsi gambar. Kalau ada yang berminat nak membeli, sememangnya rekomended!.



Thursday, January 13, 2022

Rock 'n' Roll

 Album yang tak pernah dengar pada ketika tahun ianya diterbitkan..

Blackrose  - Rock 'n' Roll (1994)

Seperti Espirit De Corps, kaset album ini juga antara yang selalu nampak di rak kaset kepunyaan sepupu setiap kali berkunjung ke rumah Pak Usu saya di Kota Tinggi. Tahun yang sama, mungkin pada ketika itu beliau yang jauh lebih muda dari saya tengah kemaruk membeli kaset-kaset rock. Sekarang tak pasti di mana agaknya kaset-kaset tersebut. Lupa pula nak tanya apabila berjumpa.

Saya meminati album pertama Blackrose. Ianya berbeza dari album-album rock melayu yang sezamannya. Tetapi entah kenapa ketika pertengahan 90an saya agak "lost" dengan lagu-lagu rock melayu. Jujurnya memang tak pernah dengar walaupun satu lagu. Atau mungkin juga pernah dengar tapi tak tau pun ianya lagu Blackrose. Panic Buying ketika PKP tahun lepas menyebabkan akhirnya terbeli juga cdnya...haha...

Ternyata tak banyak yang berubah. Blackrose masih tetap rock n roll. Kemasukan Amir (vokalis) dan Lan (gitar) yang kedua-duanya dari Cinema tidak mengubah mereka. Pengaruh Poison dan glam metal memang jelas kendegaran. Lagu-lagunya memang rocking, memang Poison.... Tak ada terasa sangat pun ketiadan Ajin. 

Album ini membuktikan yang mereka sebenarnya boleh bermain muzik dengan baik. Boleh juga mencipta lagu sendiri. Kerenah syarikat rakaman dan penerbit album sebenarnya yang banyak membunuh band-band rock melayu untuk bebas berkarya.

Sayangnya album ini kurang mendapat sambutan. Mungkin ianya terbit pada tahun yang salah. Pertengahan 90an adalah era rock leleh di Malaysia manakala di barat pun konsep sebegini (glam metal) tidak lagi diterima ramai.

Walaupun lebih 20++ tahun terlambat, Blackrose - Rock n Roll telah menjadi salah satu album rock melayu kegemaran saya. Memang best!


Friday, June 25, 2021

Ajin Rabak...Sukati Kaulah

 Album berbahasa melayu yang terkini di pasaran..

Ajin Rabak ...Sukati Kaulah (2000 - terbitan semula 2021)

Saya memiliki kaset album solo beliau yang pertama, Dari Ajin Untuk Rakan-Rakan (1994) tetapi tidak pernah mengetahui kewujudan album ini. Nampak sangat yang saya pada ketika itu agak kurang mengikuti perkembangan muzik tempatan. Tambah pula lagu-lagu beliau bukanlah yang jenis popular di radio.

...Sukati Kaulah bukanlah tipikal album pop/rock melayu pada 11 tahun yang lalu mahupun pada waktu sekarang. Muziknya lebih tearah kepada blues rock dan ada beberapa lagunya yang berbunyi country seperti ala band-band rock amerika (lagu-lagu koboi Bon Jovi contohnya). Mungkin bukan untuk khalayak ramai, tetapi bagi yang sukakan lagu-lagu bergenre begini, ianya sememangnya sesuatu yang sangat menarik. Jarang nak jumpa lagu-lagu begini di dalam pasaran tempatan. Memang best dan sedap. Muzik sebegini bagi saya melangkaui masa. Tak kiralah kalau anda mendengarnya pada tahun 2000 ataupun 2021, muzik yang tak mengikut trend seperti ini akan kekal relevan di sepanjang zaman.

Pada saya Ajin memang seorang yang berbakat. Sangat-sangat berbakat. Sayangnya kredibiliti beliau sering tercalar kerana trajedi Blackrose di Anugerah Juara Lagu. Tambah-tambah pula genre beliau selepas Blackrose bukanlah kearah muzik yang mainstream. Tetapi bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Rekomended!

**saya agak tertarik dengan cover lagu Kesedaran dari Gaya Zakry. Lama dah tak dengar lagu ni. Dan Ajin memberikan keadilan yang secukupnya untuk untuk lagu ini. Tabik!


Wednesday, June 15, 2016

Blackrose

Lagi album reissue...


Blackrose - Blackrose (1991) keluaran semula 2016

Dah pernah buat cerita pasalnya 5 tahun yang lalu...>SINI<

Nampaknya hampir semua album-album kegemaran saya di zaman kegemilangan rock melayu telah pun di "cd" kan. Blackrose terutamanya album pertama mereka ini bagi saya sangat unik. Tiada band lain yang bermain glam metal ala-ala Poison dan Bon Jovi seperti mereka. Sayangnya angkara Juara Lagu 1991 mereka selamanya telah dicop sebagai band poster. Sekadar bergambar di cover album tetapi tidak bermain semasa rakaman dan tidak boleh bermain secara live.


Sebenarnya pada saya mereka bukanlah teruk sangat. Mereka mencipta lagu dan lirik mereka sendiri. Mereka ada konsep band mereka sendiri. Sayangnya syarikat rakaman dan penerbit mereka, Zulkif (Headwind) tidak mahu berbelanja untuk mereka. Demi nak jimat belanja dan masa, majoriti lagu lagunya di mainkan oleh anggota Headwind sendiri. Kecuali mungkin lagu "Penantian". Sila rujuk >sini<

Mungkin begitulah nasib pemuzik. Prinsip ada masanya terpaksa dikorbankan. Tetapi yang pastinya album ini menampilkan Zulkif dengan sisi yang berlainan. Kerja gitar dan solo solo ala Ritche Sambora yang tidak mungkin beliau dapat mainkan ketika bersama Headwind. Memang menarik.

versi cdr dan kaset
Terdapat 3 perbezaan ketara untuk cd reissue ini. Pertama gambar covernya menampilkan 5 bukannya 4 orang anggota seperti kaset. Khabarnya mengikut cover piring hitam. Susunan lagunya juga berbeza. Tak pasti mungkin ianya juga mengikut versi piring hitam.


Terakhirnya tajuk lagu, "Simfoni 14/2" menjadi "Simfoni". Tak pasti adakah ianya typo atau sememangnya sengaja di buat begitu. Lirik di dalam cd pun ditulis sebagai "Simfoni".

Dari segi sound bukanlah yang terbaik tetapi masih boleh diterima. Maklumlah sumbernya sekadar dari piring hitam. Sound kering di track track terakhirnya sememangnya nyata. Jika anda mempunyai set audio yang baik, sound begini memang sedikit mengecewakan. Tetapi jika anda seperti saya, lebih baiklah ada dari tiada langsung. Tetapi itu bukanlah lesen bagi syarikat rakaman untuk hentam keromo segala memori remaja saya.




Friday, January 14, 2011

Black Rose

Pergh!!!...dari Obituary boleh ke Black Rose...hahaha...cerita2 album tahun 1990 punya hal...anything goes...Iyer..kali ni aku nak cerita pasal album pertama kumpulan Black Rose yang tajuknya jugak Black Rose...



Ni bukan kaset aku pun...macam yang aku cerita kat entry yang lepas....masa mengembur koleksi aku terjumpa pulak kaset ni...seingat aku tak pernah pulak aku beli kaset ni...bila bukak isi perutnya....konpem...adik pompuan aku punya...ada signature dia dalam tu...adik aku bukan rocker pun...tapi dah dia satu2nya pompuan dalam adik beradik yang lelakinya semua mat rock sikit sebanyak tentu terpengaruh jugak kan...tapi rasanya dia beli kaset ni bukan pengaruh rock dalam keluarga...tapi pengaruh hensem2nya anggota Black Rose kot...heheh...

Aku tak follow pun dorang ni... tau pasal Black Rose pun pasal dorang ada masuk Juara Lagu TV3...lagu Penantian tu kan...dorang ni antara band yang femes muka keluar majalah selalu...aku ada terbaca satu artikel...Zulkif (gitaris Headwind) yang menerbitkan album ni cakap album ni unik...belum ada lagi kat malaysia yang genrenya sama macam tu...uniknya pasal zaman tu banyak betul band2 rock yang nak jadi klon Iron Maiden,Scorpions,Malmsteen,Loudness,Motley Crue,Metallica dan lain2 band heavy metal hard rock luar tu...tapi takder satu pun yang main glam metal...maksud glam metal ni yang main ala2 Poison...betul...aku setuju memang takder....yang dressing ala2 glam banyak...tapi dari segi muziknya memang takder....dan ini lah satu2nya album yang betul2 bunyi glam ala2 Poison...



Korang cakap apa la pun...aku memang minat Poison (heheh...)...bila 1st time dengar kaset ni...memang aku teruja la...memang betul apa yang Zulkif cakap...ni memang Poison abis...hari2 layan thrash...sekali dengar Black Rose pulak...pergh...poser sungguh...haha...tapi album ni memang sedap lagu2nya...tolak Penantian yang overated tu...lain2 pun semua best...tersebut pasal lagu Penantian ni...hasil google...baru la aku tau versi yang selalu main kat radio tu bukan versi ori...tu versi untuk pasaran Indon...padan la aku selalu pelik kenapa lirik dia tak sama apa yang pernah aku dengar kat kaset ni...

Tapi bagi aku highlight utama album ni ialah gitar worknya...ntah betul ntah tak bebudak Black Rose yang main aku pun tak tau...tengok kat Juara lagu tu hancus jer...ada rumours kata Zulkif yang main...tak kisah la sapa yang main...tapi gitar worknya...solo2nya memang best...aku suka...tak caya ambik contoh lagu yang paling heavy dari album ni..Remaja...best oo...ala tak yah susah2...dengar lagu Penantian ajer...dengar betul2 gitar work dia...best kan?...

Inlay kaset ni pun dah nak terbarai...maklum la tapau orang punya...kalau aku punya sendiri semua kondisi inlay tip top walaupun umur dah 20 tahun ++...cuma kasetnya jer la...kalau bukak sure bunyi tikus..


Selain tu...macam entri aku yang lepas...aku suka lagu Aku,Mercedes & Rock n' Roll...lirik dia kena betul ngan zaman bebudak aku...mungkin dulu2 tu aku selalu dengar kaset ni setiap kali balik kampung..so aku agak familiar dengan lagu2 dari kaset ni...lain2 yang aku rasa best (agak2 la..ingat2 lupa dah lama tak dengar kaset ni...) adalah Perdaya, Simfoni 14/2, Arca dan Remaja...dan lagu slow yang M.Nasir cipta tu Mawar Hitam...(Mawar Hitam ni teringat masa kat ITM..masa tu ada show malam apa ntah...Secretaries Night bebudak DSS kot..lupa dah...ada member main gitar akustik lagu ni...nyanyi ramai2 satu lecture theater...meriah ooo..)

Black Rose ni kira talented jugak la...banyak jugak lagu band member dorang cipta sendiri...lirik memang majoriti bassist dorang Mario yang buat...(mamat ni yang bertumbuk ngan Awie kes awek punya pasal dulu tu kan?...) tapi kalau main live tak tau la...kalau based on Juara lagu tu...memang hancus!!...

Ok la...Kalau korang into Poison dan band2 seangkatan dengannya...boleh try album ni...tapi ni jer la rilisan Black Rose yang aku pernah dengar...album dorang selepas dari ni aku pun tak tau macamaner bunyinya...tak pernah dengar dan rasanya tak mau ambik tau pun...hihi...

Wednesday, January 5, 2011

Aku, Mercedes & Rock n Roll...




Semalam aku MC...demam...lepak kat rumah sesorang...lepas penat membuta aku terajin pulak mengembur dan mengemas koleksi kaset2 aku yang bersepah...susun ikut abjad...perkara yang dah lama aku nak buat tapi asyik la tak buat2...kalau cd memang aku susun siap2...senang nak ingat kalau2 ada yang hilang atau orang pimjam...tapi kaset ni macam malas pulak nak buat...maklum la...kaset ni dah bukan priority untuk aku...sejak2 dah ada cd dan banyak pulak kaset2 yang aku suka dah berjaya upgrade ke cd...kaset2 ni memang aku dah tak jaga sangat la...

Tapikan aku ada dapat banyak offer orang nak beli kaset2 aku ni...terutamanya kaset2 rock melayu...dah rare agaknya...tu yang ada jer orang cari...tapi takat ni belum la aku berhajat nak jual...benda ni kira banyak sentimental value untuk aku...rasa sayang pulak...kaset2 ni mengingatkan bagaimana susah payahnya aku beli koleksi ni semua...bukannya anak orang kaya kan...time sekolah...sanggup ikat perut beb pasal nak beli kaset...banyak kenangan la...ni kira soundtrack semasa aku membesar...sayang pulak nak jual...

Tak kisah la kalau ada orang kata membazir..."dah tua2 pun masih nak beli cd?"..."aku rock2 ni masa bebudak dulu jer.."..."download ajer..."....ni semua memang selalu aku dengar...iyer...now and then memang aku masih beli cd...ala..kalau hobi ko kumpul stem sampai tua pun ko kumpul...yer tak?...sama la tu...hobi ni kekadang kita tak kisah pun kalau kena ikat perut...yang penting dapat...haha...melalut la pulak...

Sebenonya aku nak cerita ni...sejak selama setahun lepas aku buat entri pasal album2 dari tahun 1990...baru aku perasan ada antara kaset2 yang aku ingat aku ada rupa2nya dah tak der...hilang...ntah mana ntah perginya...ada yang aku masih tak dapat upgrade ke cd...antara yang aku suka...tapi aku tak dapat jumpa cari ialah Painkiller - Judas Priest, Empire - Queensryche, Spiritual Healing - Death, Left Hand Path - Entombed, Detonator - Ratt dan Tattooed Millionaire - Bruce Dickinson (yg ni aku dah upgrade ke cd)...tak sure ada orang pinjam...atau hilang masa pindah2 rumah...

Mungkin kalau satu hari nanti aku terupgrade tajuk2 ni...aku akan buat entri la...aku dah janji...aku akan buat entri jika aku ada cd atau kasetnya sahaja...MP3 tak main la yer....selain tu just untuk refresh memori korang atau untuk bebudak yang baru naik...antara rilisan tahun 1990 yang aku layan...pinjam tapi tak beli yang aku boleh ingat lepas google...ialah Bathory - Hammerheart, Deicide - Deicide, Dio - Lock up the Wolves, Firehouse - Firehouse, Sadus - Swallowed in Black, Slaughter - Stick It to Ya, Steve Vai - Passion and Warfare, Warrant - Cherry Pie, Winger - In the Heart of the Young dan mungkin ada lagi kot...yang aku tak ingat...lain2 yang aku dah buat entry (banyak jugak la) boleh cekidot kat >SINI<

Ok..apa kena mengenanya pulak tajuk kat atas ngan entri ni...sebenonya masa menyusun kaset2 tu baru aku terperasan ada di antara kaset2 tu aku tak pernah ingat pun aku ada beli tapi boleh ada ada dalam simpanan aku...ni kes tertapau member punya ker apa ni...hihihi...salah satu nya adalah kaset yang lagunya menjadi tajuk entri ni...lagu dari Kumpulan Black Rose...dari 1st time dengar dulu aku dah suka lagu ni...terutama liriknya...memang kena ngan kehidupan aku...dedulu masa awal2 tahun 80an memang boleh kata every boy's dream la nak mercedes kan....lepas tu bila heavy metal melanda...majoriti bebudak melayu termasuk la aku pun terjebak sama...ni kira angan2 mat jenin bebudak macam aku la...tapi bila dah tua2 ni...dah masuk tahun 2011 pun dah ni...mercedes kemana...rock n roll pun kemana....abuk pun tarak...hahaha...tapi kira bersyukur la dengan apa yang kita ada...tak semua kita nak boleh dapat...semoga 2011 korang semua boleh pakai mercedes...hahaha...

Lirik ni aku cilok dari Blog Bumi Sang Naga dari entri >NI< (Eddie gua rindu nak baca le punya menceceh macamgini...)

Aku, Mercedes & Rock n Roll... (Black Rose)

terkenang cerita lama
ketika mula berangan
ingin punya kereta..

Mercedes jadi idaman
dulu hinggalah sekarang
tapi hati berubah
bila dengar
oh bunyi irama..

itulah Rock n Roll
oh yeah...!

itulah Rock n Roll
oh yeah...!

kini berjalan kaki
dan menari
mengikut irama..

Mercedes tinggal kenangan
kini ku mula berangan
punya sebuah kugiran
muzik rancak
oh lagu Rock n Roll..!