Showing posts with label Black Dog Bone. Show all posts
Showing posts with label Black Dog Bone. Show all posts

Wednesday, January 9, 2019

Si Gadis Ayu 2

Lagi draf yang tertinggal dari tahun lepas...kebetulan pula hari ini versi reissue cd gold disc album akan di edarkan...


Black Dog Bone - Si Gadis Ayu (1978)

Selain Carefree, Black Dog Bone juga adalah nama besar bagi persada muzik melayu pada penghujung 70an dan awal 80an. Dalam memori saya ada 4 album mereka yang cukup saya ingat. Si Gadis Ayu (1978), Khayalan (1979), Dulu Dan Sekarang (1979) dan Diganggu Kenangan (1980).

Tetapi yang paling melekat dalam memori adalah gambar cover album turun dari helikopter (Diganggu Kenangan) dan album gambar naik keretapi. Masih teringat-ingat membelek-belek 2 keping piring hitam tersebut semasa mengikut abang mendengarnya di rumah saudara yang juga merupakan jiran sekampung.


Seperti album-album sezamannya, sudah pasti ianya penuh dengan lagu-lagu saduran. Mungkin ramai yang tahu lagu Si Gadis Ayu itu lagu saduran tetapi ramai yang tak tahu siapa penyanyi asal. Sebenarnya lagu asal adalah lagu dari cerita kartun popular 60an The Archies yang bertajuk Sunshine.

Selain itu Hatiku Luka Lagi adalah dari The Manhattan - Kiss And Say Goodbye, Perjalanan Hidup adalah Paul McCartney & Wings - Mull of Kintyre. Ada 3 lagi lagu yang saya tak pasti siapa penyanyi asalnya. Dan sehingga sekarang masih mencari siapakah penyayi asal lagu "Geram".

Dan sebelum terlupa...BDB tu makna sebenarnya adalah Band Dari Boyan...




Wednesday, April 29, 2015

vinyl passion 6 : Asli vs Cetak Rompak

Sedikit info bagi sesiapa yang baru nak terjebak dengan dunia piring hitam...(kalau boleh jangan...hahah)



Nampak sama tapi tak serupa. Cetak rompak bukan benda baru. Dari dulu pun dah ujud. Maka tak hairanlah kalau piring hitam pun ada versi pirate.

Sepert gambar di atas, Ianya memang ada perbezaan. Yang kiri adalah versi asli. Kaler gambarnya pun dah berbeza. Yang cetak rompak juga biasanya tidak mempunyai logo syarikat rakaman contohnya EMI,WEA dan lain-lain.


Cover belakang pun biasanya yang cetak rompak akan menggunakan gambar yang sama dengan gambar cover depan. Info lagu juga biasanya tidak lengkap.


Piringnya pun agak berbeza. Pegang pun dah rasa lain. Tetapi yang paling senang nak cam adalah label di tengah piring hitam tersebut. Yang pirate tidak mempunyai info mengenai pencipta/penulis lagu dan lirik.

Dari segi soundnya pula susah nak cakap. Bukanlah pakar. Tambahan pula sound sistem kat rumah pun jenis ala kadar. Nasib kot. Ada juga yang kata cetak rompak pun soundnya ok.

Makanya...kalau nak beli tu pandai-pandai la....jangan sampai terpedaya...barang cetak rompak pun ada peniaga cekik darah yang jual sama macam yang asli.

Sekian. Terimakasih.




Wednesday, October 8, 2014

Si Gadis Ayu

Lagi kisah di Pulau Pinang.

Antara tempat yang Mus Speedrider suruh aku pergi adalah pasar karat rope walk bersebelahan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. (Maaf aku lupa nak ambil gambar)

Biasalah...misi meninjau vinyl dan cd terpakai. Tetapi memandang ini rombongan keluarga, kemahuan untuk diri sendiri terpaksa diminimisekan. Tak dapat lah nak membelek lama. Aku jumpa 2 kedai tetapi majoritinya menjual vinyl oldies. Disebabkan aku lebih kepada peminat rock/metal lebih dari seorang vinyl kolektor...makanya tak ada satu pun yang aku berkenan.

Tetapi supaya tak pulang dengan tangan kosong, aku beli la juga sekeping...

BLACK DOG BONE - SI GADIS AYU (1978)


Asalnya tak nak beli. Pasal aku tahu ini bukannya LP asli. Logo EMI pun tak ada kat depan tu. Tapi memandangkan LP Black Dog Bone - Si Gadis Ayu ini mengimbau memori zaman kanak-kanak aku di penghujung tahun 70an. Lagu-lagu seperti Si Gadis Ayu, Geram, Hatiku Luka Lagi, Penghibur dan Pemberitahu dll sememangnya membawa memori aku ketika Darjah 1. Zaman selalu melepak rumah sedara yang merangkap jiran yang bapa saudaranya mempunyai LP ini.



Kaver belakangnya pun hampeh. Seingat aku kalau yang asli gambar lain. Ni pun harganya RM20. Aku tawar pun uncle yang jual tu tak bagi kurang. Tak apa lah. Sesekali sampai sini. Kira ole-ole dari Penang. Kalau yang ori, aku jumpa Alleycats 4 dia jual sampai RM130. Takper la aku tak minat...Lainlah kalau LP Wings, Search dan lain-lain band rock 80an...

Walaubagaimanapun...aku suka rope walk ni. Masih berkarat pasarnya kalau nak banding yang di JB mahupun di Stadium Shah Alam yang nama jer pasar karat...tapi dah macam standard pasar malam jer rupanya.

Rafi...semoga menjawap persoalan anda. :)