Showing posts with label Blaze Bayley. Show all posts
Showing posts with label Blaze Bayley. Show all posts

Monday, July 14, 2025

Down Fall The Good Guys

Remembering my youth - 34th anniversary


Wolfsbane - Down Fall The Good Guys (09/07/1991)

"The Next Big Thing". Itulah pujian melambung yang majalah Kerrang! bagi untuk mereka. Biasalah... Kerrang! memang bias dengan band UK. Tapi sememangnya mereka bagus. 

Cuma tak sangka pula kasetnya ada di jual di sini. Tapi yang paling tak di sangka bila vokalis mereka, Blaze Bayley menjadi vokalis untuk Iron Maiden. Macamana vokalis dengan lengok David Le Roth boleh menggantikan tempat Bruce Dickinson. Memang ganjil and the rest is history la...

Album ini masih gagal untuk di”giler format”kan. Versi piring hitam ini baru dimiliki beberapa bulan yang lepas. Tapi susah betul untuk mendapatkannya dalam dalam bentuk cd.


Wednesday, September 18, 2024

Circle of Stone

 Lagi album terbaru 2024...

Blaze Bayley - Circle of Stone (2024)

Secara jujurnya saya peminat Blaze Bailey. Tetapi bukanlah zaman beliau bersama Iron Maiden, tetapi lebih kepada ketika beliau bersama Wolfsbane

Kalau dulu memang tak sangka yang beliau boleh menjadi penyanyi Iron Maiden. Wolfsbane lebih cenderung kepada Van Halen. Vokalnya pun berbeza dari Bruce Dickinson. Tetapi lengoknya tu masih boleh dikesan pada 2 album beliau bersama Iron Maiden.

Selepas bersama reunion Wolfsbane untuk album Genius (2022), kini beliau kembali dengan album solo. Ianya mengekalkan konsep yang hampir sama dengan album album sebelumnya.

Circle Of Stone lebih straight forward berbanding album solo Bruce Dickinson yang agak progressif. Beberapa lagu awalnya memang menarik. Sedap! Sayangnya, grafnya menurun sedikit untuk lagu-lagu yang terkemudiannya.

Absolva, band yang mengiringi beliau di dalam album ini dan di pentas sememangnya banyak membantu. Kerja gitar 2 gitarisnya memang hebat. 

Walaupun agak kurang konsisten, Circle of Stone membuktikan yang beliau boleh terus berdiri teguh tanpa nama Iron Maiden.


Friday, February 11, 2022

Wolfsbane - Live Fast , Die Fast

 Antara yang baru berjaya dimiliki...

Wolfsbane - Live Fast , Die Fast (1989)

Pengenalan saya kepada Blaze Bayley adalah dari album ini. Bukannya Iron Maiden. Tetapi bukanlah dari segi pendengaran tetapi pembacaan.

Membaca tentangnya dari majalah Kerrang! . Mungkin sekitar tahun 1990. Gelaran "The Next Big Thing" yang diberikan oleh Kerrang! membuatkan rasa teringin betul nak dengar. Sayangnya tidak berpeluang. Rasanya album ini tak pernah masuk pun untuk pasaran di Malaysia. Yang pernah jumpa kasetnya di jual adalah album kedua, Down Fall the Good Guys (1991).

Mendapat albumnya secara fizikal baru sahaja dalam beberapa minggu yang lepas. Seperti apa yang dibaca, album ini semangnya mempunyai pengaruh Van Halen yang kuat. Baik dari segi lagu mahupun gitar solonya. Lenggok nyanyian Blaze pun agak terikut-ikut dengan gaya David Lee Roth. Tak dapat nak membayangkan kalau beliau melenggokan gaya begini ketika bersama Iron Maiden.

Ianya sebuah album yang bagus jika anda pengemar muzik hard rock atau pop metal 80an. Sayangnya mereka tidak dapat mencapai tahap "The Next Big Thing" tersebut. Mungkin kurangnya promosi di US. Pelik juga walaupun mereka bernaung di bawah syarikat Rick Rubin (Def American) dan Rick Rubin sendiri yang menerbitkannya. 


Berkemungkinan juga masa yang tidak bersesuaian. Awal 90an genre muzik seperti mereka bukan lagi di arena mainstream.  Mereka akhirnya digugurkan dari Def American selepas album kedua. Namun begitu sempat juga melahirkan album ketiga (1994) sebelum akhirnya Blaze di lamar Iron Maiden. Sayang... sebenarnya mereka pemuzik yang bagus dan Wolfsbane akhirnya terkubut. Tetapi tak boleh nak salahkan Blaze, peluang untuk menyertai band sebesar Iron Maiden sememangnya tak akan dilepaskan oleh sesiapa.


Sunday, September 26, 2021

War Within Me

Sambung dari entri lepas pasal Blaze dan Iron Maiden...album terbaru 2021

Blaze Bayley - War Within Me (2021)

Kalau tak silap ini adalah album studio beliau yang ke 11 selepas ditendang keluar dari Iron Maiden. Memang sangat produktif. Tidak hanya bergantung kepada nostalgia dan populariti lagu-lagu Iron Maiden, beliau terus menerus berkarya.        

Sejujurnya saya tidak pernah membeli album-album solo beliau. Hanya sekadar di spotify dan membacanya di blog "Ada Apa Dengan Ijau?". Percubaan mendengar album baru ini di spotify ditambah dengan semangat "Senjutsu" membuatkan akhirnya terjebak juga membeli.

Ini bukannya cd yang dibeli secara cuba jaya. Memang dah dengar di spotify dan jadi suka. Semua 10 lagunya sedap. Sebuah album melodic heavy metal yang "simple", tidak mencari kelainan tetapi ianya tersangat bagus. Solo-solo gitar yang melodic banyak mengingatkan kepada Iron Maiden.

Blaze juga seorang penulis dan pencerita yang baik. Lirik-liriknya memang bagus. 303 dan 18 Flights adalah antaranya. Tetapi trilogy sains, "The Dream Of Alan Turing", "The Power Of Tesla" dan "The Unstoppable Of Stephen Hawking adalah yang paling menarik.

Sayangnya karya-karya beliau jarang dipandang kerana persepi kurang baik ketika beliau bersama Iron Maiden. Tak pasti adakah ini adalah karya terbaik beliau kerana tidak memiliki album-album beliau yang lainnya. Tetapi mungkin ini adalah yang paling konsisten. 

Rekomended!

Thursday, September 23, 2021

Gila Format - Virtual XI

 Satu lagi entri pasal Iran Maiden sambil-sambil menunggu entah bila sampainya Senjutsu.

Iron Maiden - Virtual XI (1998)

Antara terkini yang barjaya di "gila format" kan...

Ini adalah lp album studio mereka yang ke 11 dari jumlah 16 keseluruhannya yang berjaya saya miliki (tak termasuk Senjutsu). Pelan-pelan kayuh untuk 5 tajuk lagi (TXF, BNW, DOD, AMOLAD, TFF). Iyer-iyer jer ni...haha...

Versi cd pula dibeli 2 hari selepas ianya berada di pasaran. Ketika itu masih bekerja di KL. Keluar waktu lunch dari pejabat di Danau Kota ke Alpha Angle, Wangsa Maju semata-mata kerananya. Keluar sorang-sorang tak makan tengahari pun jadi. Punyalah bersemangat. Seronokan zaman dulu bila dapat membeli album baru serentak dengan tarikh ianya dikeluarkan berbanding sekarang terpaksa menunggu berminggu-minggu posto dari luar negara.

Versi kaset kalau tak silap di beli saing-saing dengan kaset Fear Of The Dark beberapa tahun lalu dengan Skudal. (Kaset terpakai). Tahun 1998 adalah tahun yang lebih memilih untuk membeli cd berbanding kaset. Rasa lebih puas pegang cd kerana ianya lebih besar. Serupalah dengan perasannya sekarang apabila membeli lp.

Virtual XI mungkin adalah antara album yang kurang digemari oleh peminat lama Iron Maiden tetapi tidak untuk saya. Saya tiada masalah dengan Blaze sebagai vokalis. Saya sememangnya sudah mengikuti beliau sezak zaman beliau bersama Wolfsbane. Ditambah pula dengan Iron Maiden sekarang lebih kepada lagu-lagu panjang, makanya album seperti Vitual Xi adalah sangat saya hargai.