Showing posts with label Bola Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bola Malaysia. Show all posts

Monday, May 20, 2024

Sudah Sampai Sini - JDT Vs Negeri Sembilan

Liga Super 2024, 18hb May, 2024 - Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri 


Lama dah tak tengok bola secara langsung di stadium. Kali terakhirnya sebelum zaman Covid (2020). 
Kalau tak silap ini adalah kali kedua hadir ke Stadium SSI. Lokasinya yang agak jauh dari rumah (45 minit - 1 jam) berbanding Larkin (15 minit) menyebabkan kurang bersemangat. Pengikut blog ini mesti ingat yang satu ketika dulu di Stadium Larkin pernah satu musim tu tak "miss" pun walau satu game.



Tak pasti nak parking mana. Kalau di perkarangan parking stadium bermakna akan sangkut jem waktu balik. Mengikut rasa hati dan kereta-kereta di hadapan akhirnya memilih untuk meletakkan kereta di satu kawasan perumaham flat berdekatan (tak pasti namanya.. malas nak google).Ianya lebih kurang 1 KM dari pintu masuk stadium. Ok la, dulu kalau kat Larkin pun adakalanya terpaksa parking dengan jarak yang lebih kurang sama. 

Yang bestnya parking sini memang betul tak ada jem waktu balik. Tapi yang lecehnya sepanjang perjalanan jalan kaki tu jalannya gelap. Tak ada lampu.
(Seperti di gambar. Kata orang rumah, feelnya seperti perjalanan dari Goodison Park, Everton menuju ke Anfield, Liverpool melalui Stanley Park... pokok-pokok hutan tu kan ....haha


Kali pertama menonton perlawanan waktu siang. Menarik juga. "Feel"nya seolah-olah menonton perlawanan Liga Perdana English…hahaha…. 



Hujan lebat yang berhenti ngam-gam sebelum perlawanan mengurangkan rasa panas. Tapi kalau cuaca terang rasanya pemandangan di stadium lagi cantik untuk di ambil gambar.

Jumlah penonton adalah 19,988 dari kapasiti penuh 40,000. Ok la tu separuh penuh untuk game yang bukan menjadi tumpuan.


Ulasan tentang perlawanan. N9 sememangnya bukan tandingan JDT terutamanya bila bermain di SSI. Tetapi taktikal "parking bas" dan "couter attack" mereka berjaya menyekat JDT untuk menjaringkan lebih banyak gol dan mereka pula berjaya menjaringkan gol. Tahniah!... tapi rasanya JDT belum cukup panas untuk perlawanan pertama ini. 


Tak pasti bila akan ke sini lagi. Mungkin akan pergi untuk perlawanan yang kurang menjadi tumpuan. (Kurang tumpuan = tak ramai orang = lebih selesa). Malas dah nak bersesak-sesak….



Saturday, April 11, 2020

Sudah Sampai Sini - Stadium Sultan Ibrahim, JDT

Bagi peminat bolasepak tempoh menghadapi wabak Covid 19 ini memang sangat menghampakan. Tiada lagi perlawanan bolasepak baik di tv mahupun di stadium. Hujung minggu yang agak membosankan.


Khas untuk kawan-kawan peminat bola, kongsi sikit gambar-gambar ketika menghadiri perlawanan terakhir JDT di stadium baru yang ada penonton sebelum semua perlawanan di tangguhkan.


Inilah adalah ketika perlawanan JDT menentang UITM FC pada 7hb Mac yang lalu. Lama juga tak menonton secara langsung di stadium. Lama dah tak jejak Larkin. Ini pula kali pertama menjejakkan kaki ke stadium baru.


Memang saja pilih perlawanan ni. Kurang sikit orang berbanding masa hari pembukaan dan perlawanan Piala Sumbangsih. Selesa la sikit kan. Pergi pun guna google map. Tak biasa sangat kawasan Nusajaya ni. Terasa jauh. Dulu masa kat Larkin tak sampai 15 minit pun dah sampai.


Bertolak awal. Pukul 6 dah sampai. Kawasan parking pun masih kosong. Inilah untungnya pergi masa perlawanan yang bukan menjadi tumpuan. Tak macam kat Larkin kena pandai-pandai sendiri cari tempat parking. (tapi untuk yang dah biasa tahulah kat mana yang parking senang). Kat sini memang parking dalam kawasan stadium.

Cuma lecehnya masa nak balik. Jam masa nak keluar. Lebih setengah jam kot sangkut. Bayangkan kalau perlawanan tumpuan. Lagi teruk kot. Cuma ada 2 jalan keluar. Paham sahajalah jika ada beratus kereta yang nak keluar serentak. Patut kena ada banyak pilihan jalan keluar. Lebih mudah masa di Larkin. Walaupun sesak juga, tapi kita ada banyak pilihan jalan untuk keluar.

Tapi yang tak boleh dinafikan memang cantik stadiumnya. Nampak gah. Memang kagum lah walaupun baru tengok dari luar.


Kawasan depan kat air pancut tu adalah siap karnival live band bagai. Ada juga food truck jual makanan. Sempat juga la merasa makan kat situ.


Dalam stadium memang kagum. Terasa macam tengok bola kat luar negara. Lampu-lampu dia memang lawa. Kerusi pun bernombor. Tiadalah kes yang nak chop tempat duduk ataupun terpaksa duduk kat tangga. Datang lambat pun tiada hal. Memang kerusi kita dah ada.

Kerusi pun selesa. Setuju dengan pihak pengurusan tak bagi bawa masuk makanan walaupun sebotol air ke kawasan tempat duduk. Barulah bersih dan bebas dari sampah kulit kuaci. Nak minum boleh jer keluar dari kawasan tempat duduk untuk beli. Tak perlu keluar stadium pun. Dekat luar kawasan tempat duduk ajer pun. Atau pun beli siap-siap sebelum masuk, tinggalkan kat kawasan tu. Itupun kalau tak ada orang cilok lah nanti..huhu...


Nak sembahyang pun senang. Tak perlulah macam Larkin siap ada yang kena keluar dari Stadium. Kat luar kawasan tempat duduk ajer pun. Dekat. Cuma sesaklah. Tak sesuai kawasan ambik air sembahyang terlalu hampir di pintu masuk. Jadi jam kat situ mana yang nak keluar dengan mana yang nak beratur ambik air sembahyang. (lupa pula nak ambik gambar surau)

Satu lagi yang best, stadium ini dibuat khas untuk bolasepak. Macam stadium bola di luar negara. Pemandangan jadi dekat. Tak ada la track lumba lari tu semua. Memang lebih rapat dengan padang. Macam kat Pasir Gudang juga la.  Tapi yang itu lagi dekat. Nak maki reff/pemain memang jelas la dorang boleh dengar...hahaha...


Last..."Belantara" di stadium. Masih tak boleh move on dengan showcase Belantara 200220....tak sabar nak tunggu dvdnya...




Wednesday, July 11, 2018

Tuesday, November 20, 2012

This is our year

Awas..ni bukan pasal Liverpool....heheh..



Jarang rasanya aku nak ambik tau pasal pasal perpindahan pemain Liga Malaysia. Lainlah kalau ianya pasal English Premier League. Tapi semenjak 2menjak Johor tetiba jadi kaya macam Manchester City...berita perpindahan pemain ni bukan takat aku ajer...tapi kat mana2 pelesuk Johor benda ni jadi cerita hangat...tak kisah la poser ker lalang...kalau team bagus...konpem penyokong akan datang.

Bagi aku ianya ada pro dan kontra. Pronya ia memang berita gembira untuk peminat bola Johor. Dah berapa lama bola Johor merundum. Teringin betul aku nak pegi Bukit Jalil nengok Johor main final Piala Malaysia. Tahun 1985 dan 1991 dulu aku masih pelajar..memang seumur hidup belum pernah merasa...harapnya tahun depan dah bolehlah rasanya reserve satu tiket untuk aku...hahaha...

Kontranya ini bermakna berakhirlah pasukan Johor FC. Bukan sahaja nama tukar jadi Johor tapi logo dan maskotnya juga. Tiada lagi jersi oren dan Sang Lebah. Pengurusan dan pemainnya jugak 100 peratus berubah. Malah stadiumnya jugak dah bertukar ke Larkin. Tapi yang ni ok la. Pasir Gudang tu kecik...takat 10,000 jer boleh sumbat, parking pun sempit, Larkin beso dan lebih selesa. Tapi memang sedih la, lama dah aku follow Johor FC.

Apa yang aku tau, Johor FC yang main kat Liga Super jadi Johor manakala Johor FA yang main kat Liga Perdana akan jadi Manchester Johor United. Pemain2 Johor FC pun semua serap kat Johor United dan main kat Pasir Gudang. Kira dorang swap la. Aku tanya member2 yang keje JohorCorp dorang semua dah tak terlibat dengan bola lagi...pengurusan dah kena ambik alih...tapi dengo kabonya duit tetap kena bagi...

Apa2 pun pasukan Johor ni memang dream team la...dengan Daniel Gonzalez Guiza dan Simone Del Nero (rasanya ini lah bintang beso main kat Malaysia lepas Tony Cotte kat Selangor tahun 90an dulu). Tambah pulak dengan star2 Malaysia Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd Radzak, Azmi Muslim, Muslim Ahmad, Nurul Azwan Roya dan berkemungkinan Mohd Khyril Muhymeen dan permain tebaik tahun ni Norshahrul Idlan Talaha...team ni kalau satu piala pun tak menang tahun depan...memang aku tak tau nak cakap apa la...

Ada yang cakap ini langkah yang tak baik. Mematikan pembangunan bolasepak remaja Johor. Tapi pada aku ini zaman pro. Jadikan Chelsea sebagai contoh. Untuk menarik penyokong, kena menang cepat. Untuk menang cepat kena beli star. Dari situ baru pelan2 kita bina pemain remaja. Pembelian pemain bintang dan pembangunan remaja pelapis seharusnya selari selepas kejayaan tahun pertama. Bukan sebaliknya ...kita boleh mencipta bintang...tapi lambat...dan kalau nasib tak baik akhirnya disambar orang (contoh Arsenal)...

Zaman bolasepak pro mana ada derhaka...Aku memang tak paham bila Anuar Musa cakap ada pemain derhaka bila nak join pasukan lain. Macamama la bola Malaysia nak maju bila pengurusannya masih berfikiran lama. Tak pernah pulak Sir Alex cakap Ronaldo derhaka...atau ada ker Arsene Wnger cakap Robin Van Persie derhaka?...



Walaupun sedih tiadanya lagi Johor FC...yang marah2 pun ada...tapi bila team ni esok jadi juara...rasanya ramai jugak yang akan lembut hati....bagi aku tak apa la...kalau ini boleh membantu kebangkitan pasukan Johor...aku akur menerima...


HARIMAU SELATAN...LUASKAN KUASAMU!!!!




Thursday, October 27, 2011

Aku, Piala Malaysia dan Johor

Final piala malaysia dah dekat dah...tapi aku tak berapa ambik tau kecuali pasal kes tiket mahal tu...tapi bila tertengok gambo ni kat FB teringat pulak kat kenangan final Piala Malaysia 1991...kira sesuai la kan...asyik cerita cd/kaset dari 1991...kini cerita pasal bola 1991...20 tahun dah kenangan ni...bila la bola Johor nak naik balik macamni..



Barisan Belakang (l to r) - Dato' Sulaiman Mohd Nor (pengurus),Alistair Edwards, Nasarudin Atan, Annuar Abu Bakar, Nasir Yusof , Roslan Hamid, Ervin Boban, Michael Urukalo (jurulatih)
Barisan Depan (l to r ) - Khalid Shahdan, Salehan Md Som, Hassan Miskam, Sazali Nasir, Abbas Saad)


Sebagai anak johor yang gila bola...sapa la yang boleh lupa team Johor tahun 1991 ni...team pertama dalam sejarah bola Malaysia yang menang juara berganda...memang liga dan juara piala malaysia....sama hebat dengan team 1985...team Johor 1985 adalah yang pertama Johor memang piala malaysia...tu jam zaman Dollah Salleh...mana boleh lupa...aku tingkatan 2...Sultan Johor umum esoknya cuti...tapi yang suweinya tahun selepas tu kat final 1986...Johor dah leading 1-0 Dollah score...dalam kepala dah terpikir dapat cuti lagi...arwah Sultan Johor pun siap dah turun tepi padang...alih2 Selangor yang ada lagenda arwah Mokhtar Dahari kitai Johor sampai 6 bijik...adoiii...frust giler...paling tak lupa keeper reserve Johor tu la...Ramli Dol...masuk baru berapa saat dah bolos...nama dia memang bertahun jadi legend bahan joke...

Paling aku tak lupa zaman tu setiap hari selasa dan sabtu yang ada game Johor konpem aku terpaku sebelah radio...tu jam radio Malaysia Johor mesti ada buat ulasan live...memang aku tak lupa nama pengulasnya tu..A Madevan dan Taroni Khalid...pastu pukul 10 malam ada pulak ulasan dari venue ke venue boleh tau keputusan team2 lain...best betul zaman tu...tak jumpa dah radio zaman sekarang nak buat camgini lagi dah...masih terngiang2 lagu “Ole.. ole ole ole… kita juara.. kitalah JUARA..!...ni lagu setiap ada live game mesti radio Johor pasang...dulu mana ada live kat tv...kalau ada pun balik2 tunjuk Selangor jer...nyampah aku..heheh...

Dari tahun2 80an sampai awal 90an tu adalah tahun2 gemilang bola...bukan kat Johor jer...negeri lain pun aku rasa sama...Stadium Larkin tu jam memang penuh sesak...tapi zaman tu aku budak sekolah...tak berpeluang nak gi stadium..tapi ingat lagi kalau ikut member sekampung jual burger kat luar Stadium...kompen yang jaga pintu tu akan bukak pintu time 2nd half untuk kita orang masuk free...sekarang ni aku ingat kalau dorang bukak pintu dari 1st half pun takder sapa nak masuk...Stadium lengang giler...paling sesak jalan jem aku jumpa kat Stadium Larkin sekarang ni pun cuma masa konsert Double Trouble dulu tu...

Masa pertengahan 90an...time aku dah kerja...dah ada kereta sendiri...memang tiap2 minggu aku turun Stadium....tak kisah la menang ker kalah...sokong tetap sokong...tapi yang paling tak leh lupa masa zaman Johor FC mula start dulu...zaman tu aku kerja kat Johor Corporation...Johor FC ni team bola Johor Corporation...masa ni dorang lum main kat Pasir Gudang...masih share ngan Johor main kat Stadium Larkin...zaman2 dorang main piala FAM yang jadi juara tahun 1994,1995 tu...stay kat opis sampai 8 malam...pastu gi stadium ramai2...dan muka menjadi tiket (masuk free ler...)...maklum la yang jaga pintu tu pun staf2 Johor Corporation...semua pun member2 jugak...

Ok berbalik pada team 1991...memang kuat team ni...giler lu...gandingan pemain import Alistair Edwards,Abbas Saad,Erwin Boban bersama2 legend Johor Nasir Yusof, Khalid Shahdan dan jurulatih yang sangat legend yang takder hal bagi jari tengah kat reff kalau tak puas hati...Michael Urukalo...time ni team singapore dan kedah yang kuat tu pun senapas jer kena tibai...laluan ke final pun bukannya senang...lawan KL dengan star strikers Subadron Aziz dan Azman Adnan...Johor memang 2-1 kat Larkin dengan supersub Anuar Abu Bakar score winning gol....priceless ni beb...walaupun tu jam aku takder kat stadium...maklum la zaman tu aku tengah belajo kat ITM Segamat...

Paling aku tak lupa masa hari final tu la...walaupun kita orang bukan nengok kat stadium tapi cuma kat bilik tv hostel jer...tapi dia punya meriah mengalahkan stadium...siap kita orang buat banner....yang bestnye budak negeri2 lain pun pakat sokong Johor...maklum la semua pun nyampah negok Selangor kan...asik dia jer memang...kira macam org sekarang nyampah ngan Manchester United yang tak2 abis menang la kan...heheh...

Sebelah petangnya lagi dah meriah...siap nyanyi2...gaya macam nak pegi stadium...dan paling tak tahan budak2 Selangor bako tunjuk artikel suratkabo keeper Selangor Karel Stromsik (wakil Czechoslovakia main kat World Cup 1982 ni)...perli cakap dia teringin beno nak tengok camner bagus sangatnya Erwin Boban tu...maklum la tu jam nama Boban sikit tenggelam...semua pasal Alistair Edwards,Abbas Saad lagi dasat main...tapi tak silap aku final tu Abbas Saad tak main...injured ker apa...lupa dah aku...sekali time final tu betul2 dia merasa penangan Erwin Boban...ambik ko 3 bijik sekali tergolek...benda ni memang jadi bahan kita orang menganjing budak2 Selangor pulak lepas tu...huhu...



Paling tak lupa...masa final tu kat bilik tv penuh sesak...bising ngalahkan stadium...penyokong Selangor belah kanan...penyokong Johor belah kiri...sekali bila Boban score gol pertama punyalah berjoget sampai tak perasan alih2 penyokong Johor dah belah depan...penyokong Selangor kebelakang...Bila Selangor score gol penyamaan...keadaan jadi terbalik...tapi bila Boban score lagi dan lagi...budak2 Selangor semua butthurt...yang lawaknya masa time penyampaian hadiah...penyokong selangor sibuk suh tukar chanel ragbi world cup...tak tergamak dorang nak tengok dendam 1986 tertunai....heheh...tu pasal setiap kali ada ragbi world cup macam sekarang ni konpem aku teringat peristiwa kat bilik tv ITM Segamat 20 tahun yang dulu tu...


Nasir "The Profesor" Yusof


Hattrick Hero...Erwin Boban


reason why pompuan suka nengok bola dulu2...Abbas Saad yang hensem...tapi sekarang dah botak kat ESPN...heheh..

Dia punya perasaan happy tu memang tak terucap ler...20 tahun dah berlalu...ntah bila la aku nak merasa balik perasaan macamni...(so...liverpool supporter...aku paham macamana perasaan korang...hahaha...) nak harap team Johor sekarang memang hampeh...banyak sangat politiknya....harapan cuma Johor FC...tapi semenjak CEO Johor Corp kena berhenti ni...lain macam pulak prestasi dorang....harap2 takder la campurtangan istana dan politik...benda ni semua makin menjahanamkan lagi ada la...dan kabarnya untuk musim 2012...K Devan jadi coach...bagus jugak tu...track record dia memang bagus...harap2 bolasepak Johor akan kembali gemilang...takkan la selama2nya nak sandarkan pada kenangan...macam cerita pasal liverpool pulak ek...hahahaha...

Friday, July 29, 2011

Tanah Tumpah Darahku...

Kita gagal untuk ke Brazil 2014...nak buat camner kan...tapi aku still bangga ngan rakyat Malaysia...90 ribu turun...perghhhh...tapi game Malaysia malam tadi memang hancus la...apa barang main long ball memanjang...ni player salah ker rajagopal yang salah??...kecuali apek dan safee...lelain terutama bahagian defend/midfield...memang patut kena rombak...tapi paling siak..player Singapore la...takder sportmanship langsung...dorang ni patut di offer berlakon sinetron...rilek la...aku bukannya sore losers...tapi benda camtu buat aku hilang respek...tapi segelintir penonton Malaysia dari 90 ribu tu pun hampeh jugak...tak elok la boo lagu kebangsaan orang...main laser pulak tu...

takper la ...next time cuba lagi...Argentina ngan Messi lagikan kantoi kan...apa ada hal...selagi Lisa ok...aku pun ok....hahaha...




errr....ni bukan pasal time menang puji time kalah kutuk....tapi mungkin suwey pasal tak pakai baju kuning kot...heheheh...



.

Thursday, December 30, 2010

The Yellow And Black Attack!



Tak patut kalau tau buat entry tribute team bola Malaysia...tak kisah la kalau malam tadi dorang tak pakai jersey stryper hitam kuning tu...tajuk kena gempak...hehe

Tahniah la kepada anak buah K Rajagopal...they deserve it...selepas 14 tahun Piala AFF ujud...akhirnya menang jugak...senyum bangga aku hujung2 tahun ni...dah la Manchester United duk atas liga...ni Malaysia pulak menang...best!..huhu..

Semoga tahun2 mendatang bola Malaysia terus cemerlang...dorang pun majoriti umur awal 20an kan...lepas ni kita target layak Piala Asia pulak la...benda2 camgini tak kira bangsa agama atau apa cap politik...boleh buat kita bersama...tahniah!

Rio Ferdinand pun sempat tulis ni kat twitter dia...
"Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18 months ago, quite a good team."

aku rasa mungkin dia mengenang jasa Dato' Hasbullah Awang sebut nama dia masa iklan world cup dulu tu kot...hahaha...

tapi apa yang penting...ESOK CUTI! yahooooooooo!!!!!!!!

Sunday, December 19, 2010

Tanah Tumpah Darahku...

Vietnam 0 Malaysia 0
Semi Final 2nd leg
My Dinh Stadium,Hanoi
(Malaysia menang agg 2-0)



Bukan pasal time menang baru nak sokong...tapi bak kata omputeh "give credit where credit is due"....aku rasa aku patut buat entry pasal ni...Team Malaysia kali ni memang layak untuk di puji.

Tak kisah la kalau game semalam tu orang kata parking bas depan gol...tapi taktikal K Rajagopal tu memang berjaya...pertahanan Malaysia main dengan penuh disiplin...tak payah pakai player import...tak payah pakai jurulatih omputeh...tak payah pakai snood (vietnam sejuk ooo.. )..siapa sangka kan...tanpa star player...kena belasah 5-1 ngan Indon masa game permulaan...team budak2 pimpinan K Rajagopal (Wenger...please take note..huhu...) ni berjaya layak ke final Piala Suzuki AFF 2010...Tahniah Malaysia!...

Pingat emas Sukan Sea tahun lepas...dan kini layak ke final pertandingan terbesar Asia Tenggara...dengan pemain yang majoritinya bawah 23 tahun...masa depan bolasepak Malaysia memang cerah...harap2 la...

***Sepanjang hayat aku follow bola Malaysia...aku rasa jersey kuning hitam ni la yang paling cantik....apa barang ada berhelai2 jersey team BPL....kalau sehelai pun jersey Malaysia takder yer tak?...kena beli ni...


**adoi...malam ni game United Chelsea kena tangguh la pulak...tido awal la jawapnya..

*errr...aku nak cadangkan pada owner Liverpool...pecat Uncle Roy...ambik K Rajagopal...hahahaha...