Showing posts with label Batu Batu Perjuangan. Show all posts
Showing posts with label Batu Batu Perjuangan. Show all posts

Friday, August 7, 2015

Batu Batu Perjuangan




Batu-Batu Perjuangan (2015) (terbitan asal 1988)

Hampir-hampir terlupa dengan album ini. Terimakasih NSR kerana menerbitkannya semula. Seingat saya ini adalah album terakhir gabungan band-band rock seperti Battle of the Band, Juara Juara Rock, Clash of the Band dan Pancakara Di Cakerawala yang saya ikuti. Selepas dari itu memang dah tak ikut sangat dah rock melayu ni.

Lagi hebat kasetnya dulu saya dah guna untuk dubbing lagu lain. Kavernya pun ntah dah dibuang kemana. Giler true betul zaman tu...hahaha....Sekarang rasa menyesal pulak. Sayang betul.

Kalau ingatan saya masih betul, Batu Batu Perjuangan ni kebanyakan bandnya berasal dari Johor. Yang paling saya ingat kumpulan Sallam. Mereka antara kumpulan yang agak top juga disekitar Johor Bahru pada waktu itu. Pernah tengok dia orang main majlis kerja kahwin. Kalau tak silap mereka berasal dari Felda Bukit Besar, Kulai. Tidak berapa jauh dari kampung saya.

Kaset ini dibeli pun dulunya kerana mereka. Tambah pula bila dapat tahu mereka merakamkan lagu ciptaan Man Kidal, "Permainan Hidup". Boleh tahan sedap walaupun sekali dengar dah cam dah ada bahagiannya yang di cedok dari "Whitesnake - Still of the Night". Sallam ni kalau tak silap penyanyinya kemudian menubuhkan kumpulan Jessica.


Lagi satu yang menjadi "hightlight" adalah kumpulan Nuzzantara. Vokalisnya adalah Nasa Bandi (Febians, Amuk). Tak pasti adakah dia hanya penyanyi undangan atau mungkin ini kumpulan beliau yang pertama sebelum Febians. Susunan muzik, sound dan lagu-lagunya memang mantap. Yang menjadi pilihan saya adalah lagu "Deja Vu". Lagu ni memang berhantu. Lama dah tak dengar...sekali dengar memang terus terasa seperti "deja vu"...

Yang lainnya saya kurang ingat. Figures tu kalau tak silap pernah buat album solo. Kemudiannya tukar nama jadi Gravity. Popular juga kot dengan lagu slow meleweh masa awal 90an dulu. Firestarter pula pernah muncul dalam album-album underground macam "Tribute to Search" dan "Sengatan Selatan". Tapi yang pastinya lagu perlahan mereka "Butiran Cinta Yang Hilang" memang sebiji macam lagu "Scorpions  - Life's like a river".

Yang paling saya tak tahu adalah kumpulan Garhana. Mungkin juga saya dah terlupa. Tetapi lagu-lagu mereka boleh tahan bagus. Secara ringkasnya, 5 lagu rancak dan 5 lagu perlahan dalam album ini memang bagus-bagus kesemuannya. Mungkin mereka tak sepopular Battle of the Band ataupun Juara Juara Rock, tetapi jika anda sukakan rock 80an...ditambah pula dengan sound cd ini yang tip top....Ini memang perlu anda cari. Apatah lagi jika anda pernah mendengarnya masa dulu-dulu.