Showing posts with label Annihilator. Show all posts
Showing posts with label Annihilator. Show all posts

Wednesday, March 11, 2026

Refresh the Demon

Remembering my youth - 30th anniversary

Annihilator - Refresh the Demon (11/03/1996)

Jujurnya tak berpeluang nak dengar pada tahun ianya dikeluarkan. Tak jumpa di jual disini dan pembelian online bukanlah semudah sekarang. 

Ini bolehlah dikatakan seperti album solo Jeff Waters. Kecuali drums, semuanya adalah beliau termasuk vokal. Tapi tak ada yang peliknya kerana Annihilator sememangnya Jeff dan ia tidak mengecewakan. Feelnya seperti Annihilator yang asal.


Monday, October 28, 2024

30 tahun King of the Kill

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 10hb Oktober yang lalu...

Annihilator - King of the Kill (1994)

Album ini tidak masuk ke pasaran Malaysia. Label baru mereka (Music For Nations) tidak memasarkannya ke sini. Tanpa teknologi internet pada ketika itu, memang agak sukar untuk mendengarnya.

Kegagalan album "Set The World On Fire" (1993) menembusi pasaran mainstream menyebabkan kontrak mereka bersama Roadrunner Records ditamatkan, dan Jeff Waters menjadi satu-satunya anggota yang tinggal.

Namun ianya bukanlah satu masalah. Annihilator sememangnya Jeff Water. Tiada masalah untuk beliau bergerak sebagai "one man band".  Selain bahagian drum yang dikhabarkan menggunakan drum machine, beliau memainkan semua instrumen termasuk vokal. 

Album ini membawa Annihilator kembali ke landasan thrash. Ada juga beberapa elemen komersial seperti album sebelumnya. Walaupun beliau sedikit terpengaruh dengan groove ala Pantera yang sedang popular pada ketika itu, King of the Kill masih mengekalkan identiti muzik Annihilator.

Semenjak berpeluang mendengarnya. Ianya menjadi salah satu album kegemaran. Mungkin beliau sepatutnya menyanyi dari album yang awal tanpa perlu bertukar-tukar vokalis. Beliau sememangnya boleh menyanyi dengan bagus.


Saturday, May 21, 2022

Metal II

Lagi album terbitan terkini yang berjaya di miliki.


Annihilator - Metal II (2022)

Bukanlah album baru tetapi ianya adalah rakaman semula album Metal (2007) untuk bahagian vokal dan drum. Stu Block bekas vokalis Iced Earth mengantikan vokal Dave Padden manakala drummer lagenda Dave Lambardo menggantikan ketukan Mike Mangini yang kini bersama Dream Theater.

Tak pasti apakah tujuan album ini dirakamkan semula dan mengapa dalam banyak-banyak discography Annihilator ianya yang dipilih. Ada terbaca yang mengatakan Jeff Waters tidak berpuashati dengan produksi rakaman asal. Ada juga yang mengatakan ianya adalah satu tribute beliau kepada Alexi Laiho yang juga terlibat di dalam album ini. Tak kisahlah walau apa pun tujuannya tetapi saya rasakan ianya adalah sebuah rilisan yang pada saya kalau tak ada pun tak memberi apa-apa kesan.


Semua lagu adalah sama kecuali Operation Annihilation. Khabarnya lagu yang menampilkan Michael Amott (Arch Enemy / Carcass) ini tiada dalam senarai kerana master tape asalnya hilang. Lagu tersebut digantikan dengan sebuah lagu cover dari Van Halen, Romeo Delight sebagai tribute Jeff kepada gitaris idolanya Eddie Van Halen.

Walaupun saya adalah peminat Jeff dan Annihilator, rasanya tiada apa yang menarik tentang album ini jika hendak dibandingkan dengan versi 2007. Dave Lombardo sekadar menjadi Dave Lombardo. Versi asal Mike Mangini pun dah elok dah. Kalau ada yang berbaloi pun mungkin lagu cover Romeo Delight.



Wednesday, December 1, 2021

Gila Format - Never, Neverland

 Salah satu album thrash kegemaran yang berjaya di"gila format"kan...

Annihilator - Never, Neverland (1990)

Bila dapat tahu yang Music On Vinyl akan mengeluarkan semula album ini dalam bentuk piring hitam pada 8hb Oktober yang lalu, ianya seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa berlengah terus pre-order. Ia sememangnya salah satu album idaman untuk dimiliki dalam bentuk piring hitam. (walaupun keluaran MOV ni jarang dah berwarna hitam)

Jika anda dah biasa membeli lp reissue dari MOV, pastinya anda tahu yang mereka jarang mengecewakan. Packaging pun kemas. Tiada apa masalah sound dari telinga dan sound system yang saya ada. Mungkin ianya akan menjadi masalah kepada jiran tetangga bila ianya diputarkan secara "full blast"...hahaha...

Versi kaset dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Tak ada pula dicatat bila tarikh beli. Tetapi ianya antara yang selalu diputarkan bersama-sama album sebaya seperti Rust In Peace, Seasons In The Abyss, Act III, Lights...Camera...Revolutions, Coma Of Souls, Souls Of Black, Persistence Of Time, Cause Of Death dan berderet-deret yang lainnya. Memang berpeluh lah kalau semuanya mahu digila formatkan.

Versi cd pula adalah versi remastered gold disc terbitan tahun 1998. Antara cd yang dibeli ketika hampir setiap minggu berkunjung ke Tower Records, KL Plaza pada tahun-tahun penghujung 90an. Memang syurga dunia lah Tower Records pada ketika itu. Nasiblah pada ketika itu penggunaan credit/debit card belum digunakan secara meluas...kalau tak...memang mati la...haha..


Monday, May 17, 2021

Ballistic, Sadistic

Salah satu album kegemaran dari tahun lepas...

Annihilator - Ballistic, Sadistic (2020)

Album studio yang ke 17. Mereka adalah antara band yang cukup aktif dalam menghasilkan produk baru sejak kali pertamanya dengan Alice In Hell pada tahun 1989. Memang tak terkejar. Hanya memiliki 12 dari keseluruhannya. Walaupun hanya tinggal Jeff Waters sebagai anggota yang asal tetapi mereka masih tetap bertahan. Annihilator adalah Jeff Waters dan begitulah sebaliknya. 

Annihilator telah melalui kesemuanya. Zaman kemuncak, zaman berevolusi, zaman bereksperimentasi dan zaman kembali ke pangkal jalan. Beberapa buah album terakhir mereka adalah percubaan untuk mereka kembali dengan teknikal thrash. Ballistic, Sadistic adalah antara yang terbaik daripadanya. Malah bagi saya ianya lebih baik dari album sebelumnya (For the Demented -2017)

Nak menjadi seperti Alice in Hell ataupun Never, Neverland memang tak akan mungkin. Zaman dah berubah. Tetapi ianya sebuah album yang melebihi jangkaan. Cumanya sejak-sejak makin tua berumur ni berharap sangat mereka akan kekal menghasilkan lagu-lagu balada thrash

Mereka seperti juga Overkill dan Testament jarang mengecewakan. Ballistic, Sadistic dan Testament - Titans of Creation bagi saya adalah 2 album thrash terbaik untuk tahun 2020. Tak sabar pula pula untuk menunggu album terbaru dari Exodus



Monday, January 14, 2019

Gila Format - Alice in Hell



Vinyl ini adalah pembelian terakhir dari tahun 2018. Seperti biasa, sesuatu album itu tidak akan di gila formatkan kalau ianya bukan sesuatu yang digemari.


30 tahun dah berlalu. Masih teringat kali pertama mendengar petikan gitar akustik Jeff Waters untuk lagu Crystal Ann di kedai kaset Climex Music (kalau tak silap namanya) di Komtar, JB. Tak banyak cerita terus beli. Dan ianya masih sebuah album yang dimainkan dan digemari sehingga kini.



***untuk rekod...dah masuk hari ke 14 untuk tahun baru. Masih belum ada pembelian cd/lp/kaset yang baru..😀..ntah berapa lama boleh bertahan sebelum tangan kembali menggigil nak membeli...hahaha...


Friday, August 17, 2018

Thanks for the music...




Thanks for the music sir

(February 21, 1960 – August 14, 2018)


Friday, March 9, 2018

For the Demented

Raja teknikal thrash kanada kembali....


Annihilator - For the Demented (2017)

Tabik! Ini album ke 16 mereka. Jeff Waters tak pernah serik. Tak pernah mengalah. Tak pernah kering idea. Dari tahun 80an hingga kini, beliau berterusan aktif memperjuangkan muzik metal . Tak kisah orang nak kata apa. Tak kisah walau sering bertukar anggota. Yang pentingnya Jeff Waters adalah Annihilator. Tambah pula bila dia kembali mengalas tugas sebagai vokalis. Dan peminat seperti saya akan terus menyokongnya.

Seperti kebanyakan band- band metal sebaya mereka. Era bereksperimen telah lama mereka tinggalkan.  Kesemua mereka cuba untuk kembali ke akar umbi. Tetapi masalah mereka semuanya sama. Cabaran untuk mengatasi album masterpiece mereka sendiri.

Bila anda pernah menghasilkan album album sehebat Alice In Hell dan Never Neverland. Aras tanda yang peminat tetapkan memang tinggi. The Big Four of Thrash pun tak pernah dapat mengatasi album album masterpiece mereka sendiri. Mereka akan setiasa dibayangi kejayaan silam.


Tetapi bagi saya, dengan For Demented, Annihilator telah mencapai tahap kpi yang sepatutnya. Tidaklah hebat sangat tetapi dalam masa yang sama tidak juga mengecewakan. Peminat mereka khasnya dan teknikal thrash amnya pasti tidak akan kecewa.

Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada era 80an dan awal 90an mereka. Jef Water masih mampu menghasilkan rif-rif melodic dan teknikal serta solo-solo yang membunuh. Paling saya suka dia masih tetap menghasilkan lagu balada thrash yang sedap walaupun band-band seperti Testament atau Overkill tidak lagi melakukannya.





Tuesday, December 26, 2017

Bukan dari The Big Four

Bila malas dan tiada idea untuk menulis, maka akan keluarlah entri-entri riak cdwi.. 😀

10 album terbaik thrash yang bukan dari Metallica, Megadeth, Slayer dan Anthrax mengikut loudwire.com. Seperti biasanya lain orang akan lain pendapatnya.


10 - Overkill - The Years of Decay (1989)
9 - Annihilator - Alice in Hell (1989)


8 - Death Angel - Frolic Through the Park (1988)
7 - Suicidal Tendencies - Lights, Camera, Revolution (1990)


6 - Flotsam & Jetsam - Doomsday for the Deceiver (1986)
5 - Dark Angel - Time Does Not Heal (1991)


4 - Nuclear Assault - Handle with Care (1989)
3 - Kreator - Extreme Aggression (1989)


2 - Exodus - Bonded by Blood (1985)
1- Testamant - The Legacy (1987)

Semua ni sebenarnya berpuluh tahun kumpul. Membeli apa yang suka. Tak kisahlah versi apa. Yang penting janji ada. Kadang-kadang bila buat entri macam ni baru perasan apa yang kita tak ada. Extreme Aggression pun hanya setakat versi NSR rupa-rupanya. Tapi yang pastinya Frolic Through the Park adalah misi ebay saya yang seterusnya.






Friday, November 17, 2017

Annihilator




Carnival Diablos (2001) / Criteria for a Black Widow (1999) / Live at Masters of Rock (2009)


Sementara menunggu album baru Annihilator - For the Demented mendarat di bumi Malaysia...layan dulu la apa yang ada...


* sampai sekarang masih gagal untuk melengkapkan discography mereka...





Saturday, April 15, 2017

Metal

Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari esok, 16hb April...


Annihilator - Metal (2007)

Saya pengemar Annihilator. Tetapi agak ketinggalan dengan album-album mereka di penghujung 90an dan awal millennium. Zaman thrash tidak lagi trendy, albumnya pun tak masuk pasaran Malaysia. Maka memang susah lah nak dapat.

"Metal" adalah percubaan pertama saya untuk mencari semula Annihilator. Dan ianya tidak mengecewakan. Di zaman nu-metal sedang berleluasa. Annihilator terus menerus menghidupkan obor thrash metal cara lama. Saya pernah terbaca yang Dave Mustaine pernah mengatakan yang "Muzik metal masih selamat" apabila mendengar anak beliau memainkan album ini di dalam kereta. Kalau Abang Mus sendiri dah "approved". Siapa lah saya untuk menidakkannya.

Yang menarik tentang "metal" ianya menghimpunkan ramai artis metal terutamanya yang berasal dari Kanada sebagai jemputan. Steve "Lips" Kudlow (Anvil) , Alexi Laiho (Children Of Bodom), Jeff Loomis (Nevermore), Jesper Strömblad (In Flames), Angela Gossow (Arch Enemy), Michael Amott (Arch Enemy), Corey Beaulieu (Trivium), Willie Adler (Lamb of God) dan lain-lain lagi.


Ada beberapa lagu yang membawa ke arah 3 album pertama. Teknikal thrash dengan solo bergulung adalah makanan asasi Jeff Waters. "Clown Parade" dan "Army of One" adalah antara lagu yang memikat hati.

Yang menariknya, agak sukar untuk Jeff Waters mengekalkan ahli yang sama. Tetapi line-up ini adalah antara yang terlama. Berjaya kekal untuk 3 album. Seperti yang diketahui umum, drummer mereka, Mike Mangini menyertai Dream Theaters kemudiannya.

Mungkin secara keseluruhannya album ini agak tidak konsisten. Tetapi muzik sebegini di tahun 2007 adalah satu kenikmatan buat saya.

Best!



Wednesday, April 6, 2016

Refresh The Demon

yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 11hb Mac yang lalu...


Annihilator - Refresh The Demon (1996)

Tak adil lah jika nak dibandingkan dengan 3 album awal. Itu semua dah masuk kategori klasik thrash. Tetapi jika hendak dibandingkan dengan rilisan metal lain yang sama tahun dengannya, Refresh The Demon berada antara yang di atas.

Saya agak terlambat untuk mengikuti album ini. Selepas album Set The World On Fire (zaman Roadrunner), album-album berikutnya tidak lagi dipasarkan di Malaysia atau mungkin saya yang tak jumpa. Malah ketika zaman Tower Records, KL Plaza pun cd yang ada cuma 3 album awal mereka.

Ini adalah album kedua selepas King of the Kill yang Jeff Waters menyanyi sendiri. Malah bolehlah dikatakan ianya solo projek Jeff Waters yang menggunakan nama Annihilator. Mungkin kerana kesukaran untuk mendapatkan band member yang tetap. Tapi tak kisahlah. Seperti Dave Mustaine dan Megadeth, Jeff Waters adalah Annihilator dan Annihilator adalah Jeff Waters. Mungkin kerana itu dikhabarkan 2 kali dia menolak pelawaan Dave Mustsine untuk masuk Megadeth.


Album ini penuh dengan rif-rif teknikal thrash dan shredding gitar. Ada lagu-lagunya mengingatkan kita kepada era Alice in Hell dan Never Neverland. Sangat melodic juga. Malah vokal Jeff Waters walaupun bukanlah yang terbaik tetapi sudah secukup rasa untuk genre sebegini.

Refresh The Demon, Pastor Of Disaster, A Man Called Nothing dan Ultraparanoia antara yang menjadi pilihan. Tetapi seperti biasa Jeff Waters tidak pernah mengecewakan bila membuat lagu balada. Innocent Eyes memang sedap.

Tidak mengecewakan!




Thursday, June 19, 2014

Bag of Tricks


Lagi album kompilasi yang diterbitkan 20 tahun yang lalu...



Annihilator - Bag of Tricks (1994)

`Alice In Hell' dan `Never, Neverland' adalah antara album thrash kegemaran sepanjang zaman. Makanya sudah tentu Jeff Water & Co. ini adalah antara band kegemaran.

Lama dah cari versi cd. Tapi masih gagal. Ini adalah album kompilasi yang menarik. Bukan seperti album-album kompilasi biasa. Ianya mengandungi lagu-lagu terbaik Annihilator tetapi di dalam versi yang berlainan dari album.

Lagu-lagu adalah dari era `Alice In Hell' hingga ke 'Set the World on Fire'. Tetapi ianya samada versi remastered, demo, extended mix, alternate version ataupun live. Ada juga 2  unreleased track dan sebuah lagu cover dari ACDC.

Rekomended bagi yang gemarkan vokal Randy Rampage. 2 unreleased track dan "Phantasmagoria" versi beliau. Sayang dia tak kekal lama dalam Annihilator.

Wajib ada bagi pengemar Annihilator khasnya atau thrash amnya.

Sunday, February 9, 2014

Set the World on Fire

Lagi entri tahun lepas yang tersangkut dalam draf...
Album dari band thrash kegemaran yang dah mencapai usia 20 21 tahun.


Annihilator - Set the World on Fire (1993)

Bercerita perihal Annihilator sememangnya saya ada sedikit bias. Mereka adalah antara band thrash metal kegemaran. Jeff Waters pula adalah salah seorang gitar hero pujaan. Maka maafkanlah jika entri ini penuh dengan puji-pujian.

Set the World on Fire adalah album ke 3 mereka. Seperti kebanyakan band thrash yang berubah di awal 90an. Annihilator tidak terkecuali. Ada banyak yang komplen kata mereka jadi komersial. Tetapi saya langsung tidak bersetuju. Kurang thrash mungkin. Tetapi masih metal. Muzik mereka masih up-tempo metal yang mengingatkan saya kepada Savatage (awal) dan Megadeth (era Rust In Piece dan Countdown to Extinction). 2 band yang juga banyak mempengaruhi selera muzik saya.


‘’Phoenix Rising’’ dan ‘’Sounds Good To Me’’ adalah 2 lagu yang sering jadi kritikan kepada mereka yang thrash sangat la kononnya. Pada saya ‘’Phoenix Rising’’adalah salah satu lagu power ballad yang sedap. Macam ni la gayanya kalau nak buat power ballad bukannya "Nothing Else Matters"...heheh....Manakala ‘’Sounds Good To Me’’ adalah salah satu all time favourite saya untuk kategori lagu-lagu mid tempo. Memang terbaik!

Highlightnya sudah semestinya kerja gitar Jeff Waters. Riff-riff dan solo-solonya memang awesome. Kalau tak...tak kan lah Abang Mus pernah dua kali ajak dia join Megadeth. Semua lagu best. Selain 2 yang disebut tadi, cuba juga lagu "Set the World on Fire", "Bats in the Belfry", "Knight Jumps Queen" dan "No Zone". Memang syiok.

Jangan lupa juga yang Mike Mangini (Dream Theater), kariernya bermula dari album ini. Bukanlah album thrash seperti 2 album awalnya tetapi sebuah album metal gitar berapi yang cukup best.




Friday, July 9, 2010

Never Neverland

Awas....Entry ini takder kena mengena ngan Michael Jackson...

Ini entry ke 2 aku untuk album2 dari tahun 1990...kali ini dari sebuah band yang berasal dari Kanada...Annihilator dengan album ke 2 mereka bertajuk Never Neverland...



Terus terang aku cakap...dalam dunia thrash metal..Annihilator adalah salah sebuah band yang paling aku minat sekali...terutama kerana pengasas dan gitarisnya Jeff Waters...dia sememangnya gitar hero aku aku bagi kategori thrash...memang dasat permainan mamat ni...kalau tak...takkan la selepas Jeff Young kena pecat...antara yang terawal Dave Mustaine ajak join Megadeth adalah beliau...aku pernah baca dalam satu interview dulu dia cakap yang dia akan tetap setia dengan Annihilator kerana ini adalah band dia walaupun ramai orang cakap dia tolak tuah...pasal dah konpem2 album Megadeth sure capai platinum dan senang2 jadi terkenal...tengok jer la Marty Friedman kan...mungkin ada bagus dan tidaknya jugak kan...kalau tak...tak ujud la Never Neverland ni...(dengarnya selepas Marty Friedman blah...sekali lagi Dave Mustaine ajak dia join Megadeth tapi tetap dia menolak...)



Aku start dengar Annihilator dari 1st album dorang Alice In Hell...antara album terbaik thrash metal ni....so bila keluar album ni memang high expectation la...seingat aku dulu masa mula2 dengar macam frust sikit...pasal album ni tak seheavy dan selaju Alice in Hell...album ni lebih melodic...tambah pulak vocalistnya bukan lagu Randy Rampage...tapi selepas beberapa kali dengar...aku suka album ni...kalau Alice in Hell lebih pada riff2 membunuh...tapi Never Neverland penuh dengan solo2 dan melodi2 yang hebat...memang dasat permainan gitar Jef Water...lagu2nya penuh dengan melodi yang berubah2...complex riffing dan solo2 membunuh...dan selepas 20 tahun aku masih tetap teruja setiap kali mendengarnya...

Aku suka semua lagu dari album ni terutama lagu2 dari side A (kaset)...antara yang menarik bagi aku ialah The Fun Palace, Road To Ruin, Stonewall, Never Neverland dan Phantasmagoria...produksi untuk album ini jugak sangat jelas dan bersih...pendapat aku soundnya lebih menarik dari album2 hebat tahun 1990 yang lainnya seperti Rust In Peace dan Seasons In The Abyss...sound bass dan drumnya memang best...takder saat yang tak menarik dalam album ni...cekidout bassist dia Wayne Darley dalam lagu The Fun Palace dan Never Neverland...terbaik!..


cd ni aku beli masa zaman Tower Records kat KL Plaza dulu...sekaligus beli 3..Alice In Hell, Never Neverland dan Set The World On Fire

Satu yang kekurangan pada aku hanya lah suara vocalistnya Coburn Pharr...ntah la aku lebih suka Randy Rampage (vocalist album Alice In Hell)....problem Annihilator ialah payah sangat dorang nak kekalkan sorang vocalist...asik la berubah2 setiap album...tu yang last2 Jeff Waters nyanyi sendiri je kot...

Apa2 pun...kalau korang peminat gitar terutamanya...dan nak dengar sebuah album thrash metal yang melodik dan penuh dengan permainan gitar yang teknikal (try cekidout lagu The Fun Palace dan Never Neverland)...aku rekomen 100% album ni...ni album aku memang aku rating high sebelah menyebelah ngan Rest In Peace...






***tak tau la kenapa dorang kurang popular...mungkin pasal kanada kot...at any time...aku rating Jeff Waters lebih tinggi dari Marty Friedman....dan at any time jugak..Aku rating Annihilator lebih dari Slayer...