Bulan puasa ni memang kurang semangat untuk memblog..tapi sepatutnya puasa bukan alasan untuk bermalas-malasan kan..sebenonya aku dah draft review ni beberapa hari sebelum puasa..tapi asik tak berkesempatan nak menyiapkan sehingga la hari ni..bz memanjang..so inilah hasilnya...

Pertama sekali..aku bukan lah peminat tegar Aerosmith..walaupun dorang dah popular sejak zaman 70an..aku tak pernah tau dan dengar pun lagu2 dorang sehinggalah pertama kali dengar lagu "Walk This Way"..lagu dorang yang di cover oleh kumpulan rap Run DMC featuring dorang sendiri pada tahun baper ek?..87? 88?..tu le pertama kali tau pasal keujudan dorang.
Tapi yang betul2 aku dengar Aerosmith ni masa aku kat ITM..ada jiran bilik sebelah yang tegar Aerosmith kenalkan aku...time tu (1990) lagu "Love in an elavator" dan "Janie's Got A Gun" dari album "Pump" tengah popular..dari situ dengar album sebelumnya "Permanent Vacation" dan album selepasnya "Get A Grip"....album2 sebelum dan selepas 3 album ni memang aku tak follow langsung..kecuali lagu2 dorang yang popular keluar kat radio la..
Bila "Big Ones" keluar..aku semak track listingnya..boleh dikatakan majoriti lagunya aku tau..dan kebetulan kat kocek duit terlebih2 pulak..aku pun beli cd ni..huhu..

Memang betul..kompilasi ni semua lagu2 dari 3 album yang aku familiar tadi campur lagu "Deuces are Wild" dari The Beavis and Butt-Head Experience yang juga aku pernah dengar lagu2 soundtracknya...cuma ada 2 lagu baru yang aku tak pernah dengar..tracklistnya seperti berikut:-
1-"Walk on Water" - lagu baru
2-"Love in an Elevator" (from Pump)
3-"Rag Doll" (from Permanent Vacation)
4-"What It Takes" (from Pump)
5-"Dude (Looks Like a Lady)" (from Permanent Vacation)
6-"Janie's Got a Gun" (from Pump)
7-"Cryin'" (from Get a Grip)
8-"Amazing" (from Get a Grip)
9-"Blind Man" - lagu baru
10-"Deuces Are Wild" (from The Beavis and Butt-Head Experience)
11-"The Other Side" (from Pump)
12-"Crazy" (from Get a Grip)
13-"Eat the Rich" (from Get a Grip)
14-"Angel" (from Permanent Vacation)
15-"Livin' on the Edge" (from Get a Grip)
Boleh dikatakan semua lagu dalam ni aku suka..bagi aku ketiga2 album dorang di era penghujung 80an dan awal 90an ni memang boleh dapat segalanya apa yang korang harapkan pada band2 hard rock...melodinya..solo gitarnya..lagu2 slow rocknya...memang best...(iyer aku bias..aku tak tau lagu2 dorang era 70an..dan aku tak suka "I Dont Want To Miss A Thing"...hehe)..tapi antara yang paling aku suka ialah "Love In Elevator","Janie's Got a Gun","Angel","Living on The Edge" dan sudah semestinya lagu2 yang videoclipnya menampilkan Alicia Silverstone "Amazing","Crazy" dan "Cryin"

Pada aku kekuatan Aerosmith ni sememangnya pada Steven Tyler dan Joe Perry...kombinasi ciptaan lagu dan lirik dorang la yang mencorakkan arah tuju lagu2 Aerosmith...Vocal Steven dan gitar Joe adalah trademark Aerosmith...tapi sayangnya lagu dorang yang paling popular bukanlah ciptaan dorang berdua..lagu Diane Warren yang asalnya dicipta untuk Celine Dion pulak...lagu meleweh2 camgini memang trademark Celine Dion...dan memang la aku tak minat...sorry...hehehe...tu pasal aku kurang gemar lagu "I Dont Want To Miss A Thing"..
Kepada sesapa yang baru2 nak try Aerosmith..aku cadangkan album ni..tapi kepada sesapa yang mengharapkan "I Dont Want To Miss A Thing"...maaf yer..lagu tu takder kat sini.