Showing posts with label Ace Frehley. Show all posts
Showing posts with label Ace Frehley. Show all posts

Tuesday, July 23, 2024

10,000 Volts

Lagi album terkini 2024...

Ace Frehley - 10,000 Volts (2024)

Ada 2 gitaris band kegemaran yang mengeluarkan album pada jarak masa yang berdekatan. Mick Mars dengan album solo pertama beliau, The Other Side of Mars dan Ace Frehley dengan album solo ke 8 , 10,000 Volts. Setelah mendengar kedua-duanya saya memilih untuk membeli album Ace Frehley.


Sebabnya mudah. Ace Frehley memainkan muzik yang biasa saya dengar ketika beliau bersama KISS manakala Mick Mars memilih untuk lari dari bunyi Motley Crue. Album solo Mick Mars lebih kepada bunyi rock moden yang bagi telinga muzik 80an seperti saya agak kurang masuk. Mungkin kerana ianya album solo pertama beliau maka beliau mahu mencuba tetapi tidak bagi Ace Frehley. Selepas 8 album solo, beliau tahu apa yang peminat beliau mahukan. Ace adalah KISS... maka sepatutnya beliau memainkan muzik yang seperti KISS.


Friday, April 14, 2023

Rawak - Trouble Walkin'

Rawak adalah cd/lp yang dibeli secara rawak yang tiada perancangan awal tetapi dibeli bersama-sama dengan cd/lp yang memang dicari kerana ianya secara purata akan dapat menjimatkan kos postage dan adakalanya percuma...

Ace Frehley - Trouble Walkin' (1989)

Ada pilihan samada membeli ini atau Frehley's Comet (1987). Tetapi percubaan mendengarnya di spotify akhirnya memilih yang ini. 

Touble Walkin' bersesuaian dengan tahun ianya dikeluarkan mempunyai pengaruh Glam/Hair Metal yang kuat. Ianya lebih berat dari album sebelumnya. Malah Sebastian Bach, Dave Sabo dan Rachel Bolan dari Skid Row turut menjadi penyanyi latar untuk lagu "Back to School"

Dulunya tak mengambil tahu sangat tentang Ace. KISS yang betul-betul saya dengar adalah zaman Mark St. John (Animalize) dan kemudiannya Bruce Kulick. Saya tak merasakan yang Ace adalah shredder. Ketika itu saya lebih gemarkan band-band yang mempunyai gitar shredder. Kemudiannya bila saya mula mengumpul cd-cd KISS baru saya dapat menghargai beliau.

Tak rasa pun yang album ini popular. Tetapi lagu cover dari ELO, "Do Ya" sedap. Dan mungkin juga "Hide Your Heart" versi Ace lebih menarik dari versi Paul Stanley dalam album KISS - Hot In The Shade (1989)...