Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Tuesday, June 3, 2025

Keluang Man

Lama dah tak ke panggung...


Keluang Man (2025)

Saya bukan peminat Keluang Man. Ketika kartunnya di tayangkan di tv saya dah terlebih umur. Memang tak pernah pun menontonnya walau satu episode. Tetapi ia bukanlah satu masalah untuk saya enjoy ketika menonton filemnya.

Sebagai seorang yang hidup di era 90an, banyak scene yang boleh buat saya terhibur, tersengeh dan ada masanya ketawa terbahak-bahak. Nas-T sebagai Keluang Man sememangnya pilihan yang tepat. Tak perlu pun letak pelawak. 

Secara jujurnya saya terhibur. Kalau nak komplen pun mungkin scene aksinya boleh dibuat dengan lebih menarik... tapi Dr. Malini memang kiut!

8/10


Monday, June 19, 2023

Last Action Hero

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 8hb Jun yang lalu... (runut bunyi bukan cerita wayangnya)..

Last Action Hero: Music from the Original Motion Picture (1993)

Dah pernah tulis dah pasal ni 12 tahun yang lalu. Tetapi secara kebetulan, terjumpa pula cdnya di jual di Shopee.

Apa yang saya boleh ingat filemnya tak lah menarik sangat. Saya menontonnya di panggung. Lupa dah samada Rex atau Lido Johor Bahru kerana panggungnya bersebelahan. (Lama dah pupus 2 panggung ni. Sekarang kat situ dah jadi Zenith / Hotel Suasana). 

Memang teruja nak tengok. Maklum lah pada ketika itu nama Arnold Schwarzenegger sememangnya tengah popular. Filem beliau yang sebelumnya Terminator 2: Judgment Day (1991), memang filem pecah panggung. Sayangnya Last Action Hero sekadar ok ok sahajalah.

Tetapi yang paling diingati tentangnya adalah album soundtracknya. Jarang nak jumpa satu album soundtrack yang hampir keseluruhannya adalah lagu rock. Mungkin juga penangan populariti You Could Be Mine (Guns N' Roses) dalam soundtrack Terminator 2 atau sememangnya genre rock adalah genre utama di dunia pada ketika itu. Mungkinlah...


Kalau nak pilih satu lagu pilihan dari album ini sudah semestinya "Angry Again" dari Megadeth. Best!


Saturday, April 6, 2019

The Dirt

Lama tak cerita pasal filem...



The Dirt (2019)

Sebagai seorang yang menjadikan muzik Motley Crue sebagai soundtrack zaman remajanya, filem ini semestinya sangat mengujakan. Lebih dinantikan berbanding Lords Of Chaos.

Nak lebih menarik kena baca bukunya. Biasalah, movie tak akan dapat lebih kerana masanya yang terhad. Sumbat mana yang penting. Maka akan adalah perkara-perkara yang tertinggal. Tak kisahlah. Kalau Motley Crue sendiri yang dah approve. Maknanya dah cukup bagus dah.

Versi buku... Tak rock la kalau tak baca 😁

Secara keseluruhannya selepas menonton 3 kali (😀). Memang best! Ini bukan filem untuk menang anugerah oscar macam Bohemian Rhapsody. Tetapi ini filem untuk peminat Motley Crue. Kalau minat memang minat lah. Seperti rating dalam Rotten Tomatoes, pengkritik cuma bagi 43% tetapi peminat bagi 85%. Mat skema mana nak faham tentang zaman 80s punya sex drugs and rock and roll...haha...


*macam pickup line Tommy Lee kepada Heather Locklear ... Saya pun dulu selalu konpius antara Heather Locklear dan Heather Thomas ... haha...









Monday, December 18, 2017

Wayang

Lama dah tak ke panggung...ni 3 yang baru ditonton dalam bulan ini...



Ingatkan ceritanya sekadar cerita lawak seperti kebiasaan cerita animasi untuk kanak kanak. Tak sangka pula ada bahagiannya yang boleh menitiskan air mata. Terasa sedihnya, tambah pula jika anda seorang ayah.

Sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Jalan cerita dan twist yang menarik. Paling kagum bab animasinya. Lawa sungguh.

Rekomended!




Awalnya tak menaruh harapan tinggi. Jumanji 1995 dengan Robin Williams sememangnya lejen. Zathura 2005 pun boleh tahan. Apalagi yang boleh kita jangkakan untuk kali ketiganya.

Ternyata saya silap. Menukarkan board game kepada video game menjadikan Jumanji kali ini lebih up to date dan segar. Walaupun pengakhirannya mudah di jangka tetapi ceritanya memang lawak. Sangat lawak.

Jack Black dan Kevin Hart sememangnya menghiburkan. Ternyata ianya melebihi dari apa yang saya jangkakan. Rasa tak nak keluar panggung pula bila lagu Welcome To The Jungle berkumandang ketika penghujung cerita. Singalong dulu baru balik...haha

Err...dan salah satu kerektornya juga adalah seorang metalhead....tu pun dah buat saya tersenyum...

Rekomended juga.




Yang ni tak payah cakap banyak. Kalau anda peminat Star Wars pastinya anda akan berpuas hati.

Tak nak tulis lebih. Takut terspoiler pula nanti. Hormat kawan kawan yang belum tengok.

Sangat rekomended...hanya jika anda peminat Star Wars...kalau yang tak minat tu cakap apa pun tak guna...yer tak?







Friday, May 26, 2017

Live & Let Die.. a tribute to Roger Moore dan Chriss Cornell

Semakin meningkat usia semakin ramai hero dari zaman kanak-kanak kita dah tiada. Kita yang dulu budak pun dah semakin meningkat usia, apatah lagi mereka.

Yang terkini meninggalkan kita adalah Roger Moore. Mungkin bukan hero dan tidak dikenali untuk generasi sekarang tetapi bagi sesiapa yang seusia saya, pastinya beliau adalah James Bond untuk generasi kami.


For Your Eyes Only (1981) adalah filem James Bond pertama saya. Bukan yang pertama ditonton, tetapi yang pertama mengenalkan saya kepada watak James Bond dan Roger Moore. Saya yang pada ketika itu hanya berumur 10 tahun dan tak tahu apa-apa pun pasal filem turut merasa tempiasnya. Duduk Felda mana nak tengok wayangnya, tetapi ianya kalau zaman sekarang dipanggil sebagai viral atau trending sehinggakan kanak-kanak di ceruk Felda seperti saya pun tahu mengenainya.


Octopussy (1983) pula yang kedua. Tetapi tetap juga tak berpeluang menonton filemnya. Kemajuannya masa tu dah pandai dah nak tengok Bond Girls. Ketika itus Maud Adams menjadi sebutan (hahaha..). Tetapi yang betul-betul berpeluang menonton ketika tahun ianya dikeluarkan adalah A View To A Kill (1985). Masa ni Tanya Roberts (nyum..nyum..) Zaman menyewa video tape VHS. Tambah-tambah pula lagu yang menjadi tajuk soundtracknya di nyanyikan oleh Duran Duran. Masa ni memang tengah kemaruk new wave dan Duran Duran.


Sayangnya itulah filem James Bond terakhir dari Roger Moore. Saya pula semakin kurang mengikuti perjalanan karier beliau selepas dari itu. Maklumlah dah masuk alam remaja, dah ada pula hero yang baru yang lebih muda...

Apa-apa pun terimakasih Roger Moore kerana pernah hadir di zaman kanak-kanak saya. Beliau selamanya adalah James Bond untuk saya.


Sir Roger George Moore KBE (14 October 1927 – 23 May 2017)



Kebetulan pelakon James Bond dan penyanyi yang pernah menyanyikan soundtrack filem James Bond mati pada bulan yang sama...


Entri Ringkas....tribute to Chriss Cornell

Bukanlah peminat tegar Chriss Cornell, Soundgarden ataupun grunge. Tak berapa tahu juga pasal Audioslave. Tetapi bila dah hidup di zaman grunge sedang berada di kemuncak. Sedikit tempias tu terkena juga. Dalam banyak-banyak band grunge, Soundgarden lah yang paling banyak koleksinya saya miliki.

Terimakasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada kenangan zaman remaja. Minat ke tidak, poster beliau pernah juga tertampal di dinding bilik ketika saya menuntut di IPTA...


Kenangan zaman jahiliyah…Tahun 91 atau 92…Chriss Cornell atas Kirk Hammett bawah...yang hujung tu Mas Anizan…hahaha…


Thanks for the music!
Christopher John Boyle (Cornell) July 20, 1964 – May 18, 2017



Monday, February 27, 2017

Hidden Figures

Memang tak sempat dah...pagi ni dah Academy...hanya berjaya tonton 5 dari 9 calon filem terbaik Oscar...


Hidden Figures (2016)

IMDB: 7.9/10 / Rotten Tomatoes: 92%

"The story of a team of African-American women mathematicians who served a vital role in NASA during the early years of the US space program."

Siapa suka filem berdasarkan kisah benar dan sejarah rasanya tak akan ada masalah untuk suka. Berlatarbelakangkan era 60an dimana isu diskriminasi kulit hitam masih berleluasa dan perlumbaan ke angkasa lepas di antara Amerika Syarikat dan Rusia sedang hangat dipertaruhkan. Sejarah bermulanya IBM, komputer pertama di dunia juga ada di ketengahkan.

Ianya menceritakan kisah Katherine Johnson, seorang ahli matematik berkulit hitam bersama 2 orang rakannya, Dorothy Vaughn dan Mary Jackson yang berkerja West Area Computer Division di Langley Research Centre yang menggunakan kepakaran beliau dalam bidang matematik untuk membantu kejayaan NASA melancarkan angkasawan Amerika pertama yang berjaya mengelilingi orbit bumi.

Seperti tajuknya, mereka adalah wira yang tak didendang. Kalau tak tengok filem ini tak tahu pun yang mereka adalah antara figura penting dalam sejarah angkasalepas Amerika Syarikat. Ketabahan mereka menghadapi kerenah diskriminasi kaum yang mana bilik air, tempat kerja, tempat makan dan lain-lainya diasingkan mengikut warna kulit memang patut dipuji. Adegan beliau terpaksa berjalan kaki jauh ke bangunan lain semata-mata untuk ke tandas golongan kulit hitam memang menyedihkan. Namun kebijaksanaan dan kecekapan mereka dalam berkerja berjaya memecah tembok diskriminasi dan menjadi pioneer didalam bidang masing-masing.

Secara keseluruhan jalan ceritanya memang menarik. Dalam serius ada juga lawaknya. Watak-watak utamanya, Taraji P. Henson, Octavia Spencer dan Janelle Monáe memang cemerlang. Emosi mereka memang terasa di hati. Suka juga watak Kevin Costner sebagai boss yang memahami. Tak lupa juga Kirsten Dunst, walaupun adegannya tak banyak...tetapi bekesan.

Menang atau tidak...itu soal kedua. Tabik kepada yang menjayakan filem ini. Tanpanya, kita tak akan tahu pasal mereka...



Wednesday, February 22, 2017

La La Land

Yang ke 4 dari 9 senarai filem terbaik Oscar...Rasanya macam tak sempat dah nak habiskan kesemua 9 filem sebelum hari Academy Awards pada 27hb Feb ni...


La La Land (2016)

IMDB: 8.5/10 / Rotten Tomatoes: 93%

"A jazz pianist falls for an aspiring actress in Los Angeles."

Tak minat sangat filem muzikal. Memori pertama tentang filem muzikal di zaman kanak kanak adalah filem-filem John Travolta dan Olivia Newton-John. Footloose pula adalah kenangan di zaman meningkat remaja. Selain dari itu memang tak berminat untuk menonton. Tak kisahlah walau sepopular mana pun filem tersebut.

Sebagai seorang mat metal memang terasa pelik sedikit bila menonton filem sebegini...Tetapi kerana Emma Stone terus gagah juga untuk menonton...haha... Tetapi yang pastinya gerak tari (koreografi) tariannya sememang memukau. Paling suka adegan awal tarian di ketika jem di highway tu. Memang terbaik. Hehe...

Kalau tengok watak Ryan Gosling dalam Drive, yang kayu dan bosan tu tak sangka pula beliau pandai menari. Tak hairanlah beliau tercalon dan menjadi antara pilihan utama untuk menang anugerah pelakon terbaik. Tambah-tambah selepas beliau menang anugerah di Golden Globe Awards.

Pada saya jalan ceritanya agak straight forward. Kisah antara cinta dan mengejar cita-cita. Biasa biasa sahaja. Mungkin yang menjadi menarik kerana ianya filem muzikal. Tarian dan lagu-lagunya menjadi perencah utama. Antara favourite untuk menang filem terbaik.




Tuesday, February 21, 2017

Manchester by the Sea

Yang ke 3 dari 9 filem yang tercalon untuk filem terbaik anugerah Oscar...


Manchester by the Sea (2016)

IMDB: 8.1/10 / Rotten Tomatoes: 96%

"An uncle is asked to take care of his teenage nephew after the boy's father dies"

Perkataan "Manchester" menjadi penarik utama untuk menonton. Maklumlah sebagai peminat kelab bolasepak Manchester United, apa-apa yang berkaitan Manchester, kecuali Manchester City pastinya akan menarik perhatian...hahaha.. Tapi filem ni tiada kena mengena pun dengan Manchester United.

Manchester-by-the-Sea sebenarnya adalah sebuah pekan kecil di Cape Ann, Essex County, Massachusetts di Amerika Syarikat. Pekan yang mahu dilupakan oleh Lee Chandler (Casey Affleck). Beliau yang bertugas sebagai penyelia bangunan, digambarkan sebagai seorang yang anti sosial.

Kematian abangnya menyebabkan beliau terpaksa kembali ke pekan tersebut. Tanpa beliau sedari, beliau diwasiatkan untuk menjaga anak abangnya. Sejarah silam dan tanggungjawap terhadap anak saudaranya menjadi beliau dalam dilema.

Drama kekeluargaan dan kehidupan sebenar sebegini sememangnya menarik minat saya. "My kind of movie". Lakonan yang mantap. Dialog bersahaja yang nampak cukup "real". Lokasi pengambaran yang menarik. Perjalanan ceritanya teratur. Drama yang tidak buat rasa mengantuk. Kita juga dapat ilmu bagaimana proses pengurusan mayat di sana.

Saya harap Casey Affleck menang pelakon terbaik. Rasanya dia lebih bagus dari abangnya Ben Affleck. Lucas Hedges yang melakonkan watak sebagai anak saudara juga cemerlang. Ada chance juga untuk menang pelakon pembantu terbaik. Tetapi yang paling utamanya, selepas menonton 3 dari 9 yang tercalon, saya mengharapkan ini adalah filem terbaik. (mungkin juga terlalu awal untuk saya mengatakan begitu....)




Monday, February 20, 2017

Arrival





Arrival (2016)

IMDB: 8.1/10 / Rotten Tomatoes: 94%

"When twelve mysterious spacecraft appear around the world, linguistics professor Louise Banks is tasked with interpreting the language of the apparent alien visitors."

Cerita kedua yang ditonton dari 9 buah filem yang tercalon di anugerah Oscar. Antara filem favourite untuk menang anugerah filem terbaik.

Sejujurnya saya tertidur dalam 2 kali percubaan untuk menontonnya. Kali ke 3 baru berjaya. Jalan ceritanya yang agak perlahan dan menontonnya selepas tengah malam memang tidak membantu. Tambah pula ianya sebuah filem yang perlukan lebih penghayatan.

Ini bukan filem aksi alien menakluk bumi. Tetapi lebih kepada cerita seorang professor pakar bahasa, Dr. Louis Banks lakonan Amy Adams dan seorang mathematican , Ian Donelli (Jeremy Renner) yang ditugaskan untuk menterjemahkan maksud dan kehendak makhluk asing yang kapal angkasa mereka mendarat di bumi.

Dalam proses itu, Dr. Banks dapat melihat apa yang akan berlaku kepada diri beliau di masa hadapan. Kalau tak menghayati betul-betul memang susah nak faham. (kerana adanya terselit adegan-adegan masa hadapan yang pada awalnya saya ingatkan flashback masa lampau). Ini filem yang memerlukan penontonnya untuk berfikir. Saya tidak mempunyai masalah dengan filem sebegini (Interstellar contohnya) tetapi plotnya kurang menarik minat saya. Kurang unsur saspen yang boleh membuatkan saya teruja untuk nak tahu apa kisah seterusnya. Makhluk asing berbentuk seperti sotong memang tidak banyak membantu..haha..

Tak pernah lagi filem sains fiksyen memang filem terbaik. Mungkin Arrival yang pertama. Tetapi ikut selera dan kata hati saya... mungkin tidak...




Monday, February 6, 2017

Hell or High Water

Cuba untuk menghidupkan semula tradisi menonton kesemua filem-filem yang tercalon untuk kategori filem terbaik di anugerah Oscar. Tahun lepas tak buat..


Hell or High Water (2016)

"A divorced father and his ex-con older brother resort to a desperate scheme in order to save their family's ranch in West Texas."

IMDB: 7.7/10 / Rotten Tomatoes: 98%

Filem pertama yang ditonton dari senarai. Mengisahkan Toby (Chris Pine) dan abangya seorang bekas banduan, Tanner Howard (Ben Foster), merancang untuk melakukan beberapa siri rompakan bank dalam usaha untuk menyelamatkan ladang keluarga mereka daripada ditutup. Rancangan mereka cuba dihalang oleh Texas Ranger yang hampir bersara, Marcus Hamilton (Jeff Bridges) dan rakan sekerjanya seorang red indian, Alberto (Gil Birmingham).

Ini filem koboi alaf baru. Jika anda menyukai filem ala "No Counry For Old Man" pastinya yang ini pun anda akan suka. Selain plot yang menarik (kenapa mereka merompak dari syarikat bank yang sama), Chris Pine dan Ben Foster walaupun tidak tercalon untuk sebarang anugerah memberikan kita lakonan yang menyakinkan. Lakonan mereka membuatkan kita rasa bersimpati dan mahukan mereka berjaya walaupun kita tahu yang mereka adalah penjenayah.

Tetapi kredit patut diberikan kepada  Jeff Bridges. Watak seorang Polis Renjer yang hampir besara tetapi mahukan kejayaan cemerlang terakhir dalam karier sememangnya sangat sesuai dengan beliau. Tak hairanlah kenapa beliau tercalon untuk kategori pelakon pembantu lelaki terbaik. Harapnya beliau menang.

Tempo yang sesuai. Tidak terlalu perlahan. Karakter menarik. Filem yang sangat bagus. Antara kegemaran saya untuk tahun 2016. Tetapi rasanya agak sukar untuk juga untuk menang. Kira "underdog" la.



Saturday, January 14, 2017

Throwback 2016 - Breaking Bad


Lagi hal duniawi dari tahun lepas. Kalau sebelum ni pasal muzik, kali ini berkenaan siri tv yang digemari sepanjang tahun lalu. Tetapinya ianya bukanlah terbitan tahun 2016...tetapi lebih kepada siri tv yang ditonton sepanjang tahun lepas.

Sebenarnya banyak, tetapi banyak juga yang sekadar 2,3 episod dah give up...tetapi yang ini memang terbaik. Membuatkan rasa tak boleh nak tidur selagi tak abis tengok...

Breaking Bad - Season1 hingga 5 (2008 - 2013)

5 season yang ditonton secara "back to back" sebanyak 62 episode secara keseluruhannya. Sebulan lebih juga nak habis...tapi memang tak akan puas hati selagi tak habis...betul-betul mengujakan...

Breaking Bad Season 1 (2008)

Breaking Bad Season 2 (2009)

Breaking Bad Season 3 (2010)

Breaking Bad Season 4 (2011)

Breaking Bad Season 5 (2012-2013)

Copy paste sipnosis dari imdb..."A high school chemistry teacher diagnosed with inoperable lung cancer turns to manufacturing and selling methamphetamine in order to secure his family's future."


Macamanalah boleh tak perasan cerita ni dulu. Tak pasti cerita ni pernah ditayangkan di Astro ataupun tidak. Saya mengetahuinya melalui cadangan dari page movie di Facebook. Saya tak rasa yang saya berseorangan mengatakan cerita ini sangat menarik. Rating tinggi 9.5/10 di IMDB dan 95% di Rotten Tomatoes mengesahkannya. Jarang jumpa rating yang tinggi sebegini.

Menang banyak anugerah dalam Emmy Awards termasuk Outstanding Drama Series (2013 dan 2014)Outstanding Lead Actor in a Drama Series untuk Bryan Cranston (2008,2009,2010,2014), Outstanding Supporting Actor in a Drama Series untuk Aaron Paul (2010,2012,2014), Outstanding Supporting Actress in a Drama Series untuk Anna Gunn (2013,2014) dan banyak lagi la. Malah MythBusters pun ada buat edisi Breaking Bad Special untuk mereka.


Ada berita yang mengatakan tahun ini akan ada sambungannya. Khabarnya sedang dalam proses pengambaran. Memang tak sabar la nak tunggu...

Sesiapa yang sukakan genre crime dan thriller, ini memang tak boleh anda lepaskan...

REKOMENDED!




Sunday, November 6, 2016

Doctor Strange



Doctor Strange (2016)

Asalnya ke panggung ingatkan hendak menonton Rock Bro, tetapi atas kuasa majoriti anak-anak yang mahukan Doctor Strange. Si bapa terpaksa mengalah...huh!..

Tak baca komik dan tak ikut perkembangan cerita-cerita superhero. Makanya tak tau pun Doctor Strange ni berkenaan apa. Tetapi bila melihat pelakonnya adalah Benedict Cumberbatch, rasa tertarik juga. Saya adalah pengemar siri tv Sherlock. Sesuai benar beliau dengan watak Doctor Strange. Gaya angkuh/ego dia tu memang tak ubah macam menonton cerita Sherlock. Muka dan gaya beliau memang sesuai benar dengan watak-watak yang sebegini.

Tetapi yang paling menarik tentang filem Doctor Strange pada saya adalah visual babak aksinya. Babak pergaduhan di "multi dimensional world" yang mana segala bangunan boleh berpusing-busing macam main "rubik cube" tu memang sangat menarik. Memang dasyat teknik CGI mereka.

Sebagai seorang yang bukan peminat filem superhero. Rasanya filem ini kekuatannya bukan pada jalan cerita. Tetapi ianya lebih kepada lakonan berkesan Benedict Cumberbatch dan teknik CGI yang sangat ohsem.

yang ni ntah bila nak tengok....





Friday, September 16, 2016

Train To Busan



Train to Busan (2016)

Cerita ni untuk tontonan 18 tahun ke atas. Tapi tak kira tetap juga bawa 2 anak perempuan bawah umur untuk menonton. Maklumlah bila sebut nak tengok cerita korea budak budak memang excited. Kuat betul pengaruh kpop pada budak budak sekarang.

Mungkin elemen ganas menyebabkan ianya di label sebagai 18 tahun ke atas. Tetapi Train To Busan bukanlah sekadar kisah zombie yang ganas. Kisah kasih sayang dan pengorbanan antara si bapa dan anak perempuannya pada saya lebih menonjol dari isu ganasnya sang zombie. Ianya bersesuaian dengan "Dad and daughter day out" yang kami lakukan. Di bawah bimbingan saya rasa anak anak saya faham apa itu zombie.

Nak kata Train To Busan lain dari yang lain tak juga. Maklumlah dah melambak cerita zombie di pasaran. Zombie laju pun World War Z dah buat. Mungkin zombie blur dalam gelap itu satu idea yang baru (haha.) Tetapi isu-isu kemanusian di sebalik trajedi zombie itu yang pada saya menarik.

Seperti kebanyakan cerita zombie ianya adalah kisah "survival". Cuma kali ini ianya dalam keretapi". Maaf, saya kurang sikit bab kpop ni. Tak kenal pun siapa siapa pelakonnya. Tetapi lakonan mereka bagus. Watak baik membuatkan satu panggung bersedih dan watak jahat tu memang rasa nak tumbuk jer mukanya.

Bagi peminat filem zombie seperti saya, Train To Busan ni sebenarnya ok ok sahaja. Mungkin yang menyebabkan filem ini menarik dan meletup kerana ianya zombie Korea bukannya orang putih yang biasa kita lihat. Sayang juga zombie KL tak sebagus ini. Produksi filem Korea memang sudah jauh kedepan.



Friday, May 6, 2016

All Things Must Pass

Amtara yang baru ditonton..



All Things Must Pass: The Rise and Fall of Tower Records (2015)

Ini sebuah dokumentari yang menarik. Ianya bukan sekadar cerita tentang kejatuhan sebuah syarikat yang bernilai USD1 billion pada tahun 1999 tetapi jatuh bankrap 5 tahun kemudiannya. Tetapi ianya juga tentang satu budaya sosial yang hampir pupus untuk generasi sekarang. Berapa ramai budak budak sekarang yang membeli cd apatah lagi melangok  berjam-jam di kedai cd. Nak cari kedai cd (dulu kita panggil kedai kaset) yang betul betul "pure" pun dah susah. Tambah lagi kalau anda menetap di Johor Bahru. Mana hilangnya JB Rock n Roll city???

Berbalik pada All Thing Must Pass, ianya menceritakan bagaimana pengasasnya, Russ Solomon memulakan Tower Records dari tahun 1960 hingga menjadi rangkaian kedai menjual muzik terbesar dengan cawangan di serata dunia (termasuk Malaysia) dari zaman lp, kaset hinggalah ke cd dan akhirnya terkubur di zaman internet dengan kedai terakhirnya di tutup pada tahun 2006.

Ada juga temubual dengan selibriti seperti bekas pekerja mereka, Dave Grohl, pelanggan tetap Elton “I spent more money in Tower Records than any human being” John dan Bruce “Everybody in a record store is your friend for 20 minutes” Springteen. Semua mereka ada cerita tersendiri tentang Tower Record. Begitu juga saya. Kalau tak silap tahun 1996, ketika itu Tower Records terletak di KL Plaza Jalan Bukit Bintang, saya adalah salah seorang yang mengkayakan tokey Tower Records.

Pernah sekali ketika dapat bonus tahunan, terus borong 12 keping cd sekaligus. Bayangkan sekeping dalam RM45++, berapa banyak duit bonus habis ke situ. Tu belum kira yang tiap-tiap minggu menyingah lagi. Memang parah.

antara cd yang di beli di Tower Records, yang Arise tu masih ada tanda harga Tower Records

Tapi Tower Records memang best la. Tak pernah jumpa kedai muzik sebesar itu. Luas dan selesa untuk menghabiskan masa berjam-jam kat situ. Antara peristiwa yang tak boleh lupa, terjumpa cd Death Angel - Act 111 di bahagian cd pop. Nak kata dorang salah letak, tak mungkin. Budak yang jaga tu siap tunjukkan kat bahagian mana nak cari cd-cd thrash bila nampak saya pegang cd Death Angel. Ni mesti kes macam Deaf sembunyikan cd supaya orang lain tak jumpa...hahaha...

Sayang dah tiada lagi kedai seperti ini. Banyak juga koleksi cd saya di beli di sana. Tetapi Tower Records yang kat Permas Jaya tu tak sempat nak terjah sangat, Baru sekali dua pergi dah tutup. Itu zaman kejatuhan Tower Records macam yang diceritakan dalam dokumentari ni. Internet bukan sahaja puncanya. Harga cd yang mahal juga memainkan peranan.

Apa-apa pun memang rindu la zaman lepak-lepak kedai kaset terutamanya kedai kaset Muzika kat Plaza Kotaraya, JB dulu. Hampir tiap-tiap hari balik kerja singgah situ. Sampai dah kenal dan mesra dengan penjaganya.

Bak kata tajuk dokumentari ini, All Things Must Pass....begitu juga dengan budaya kedai kaset. Zaman telah beubah. Ianya menjadi kenangan bagi generasi seperti saya.

Rekomended bagi golongan yang kaki lepak kedai kaset...





Tuesday, March 29, 2016

Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)

Tak nak ketinggalan...nak trendy juga...


Batman v Superman: Dawn of Justice (2016)

*tiada model di poster filem seperti kebiasaannya. Tak bawa anak. Menonton ketika anak bersekolah supaya senang untuk berdating berdua-duaan dengan sang isteri..heheh..

Perlu ditekankan. Saya bukanlah peminat filem superhero. Tak minat juga membaca komik. Maka saya bukanlah penyokong DC mahupun Marvel. Ada kalanya agak kabur juga sesuatu superhero asalnya dari komik terbitan mana. Walaupun begitu saya cuba juga untuk menonton kesemuanya dalam bentuk filem.

Mungkin saya bukanlah orang yang sesuai untuk mengulas genre sebegini. Tetapi saya cuba untuk menulis mengikut apa yang terlintas di dalam hati. Banyak ulasan yang kata ianya tak menarik. Ada yang kata ianya satu konspirasi dari peminat Marvel. Dengan durasinya yang mencecah 2 jam setengah kalau tak iya-iya memang boleh membuatkan kita tertidur.

Perlu diakui perjalanan ceritanya agak perlahan. Gelap. Perlukan kesabaran. Banyak sangat yang cuba diceritakan. Pada saya promo untuk Justice League tu tak perlu pun. Tak ada Wonder Woman pun ceritanya dah ok. Tumpuan kepada konflik antara Batman dan Superman pun dah cukup dah. Tak taulah kot kalau-kalau komiknya memang begitu ataupun memang itu cara Zack Snyder untuk mempromosikan filem Justice League. Tak pun kehadiran Wonder Woman sekadar untuk mengimbangi watak Lois Lane yang agak berumur. (Setuju dengan Adi Herman,  Amy Adams memang dah nampak tua...hahaha..)


Paling menarik dah tentu-tentunya adegan pergaduhan antara Batman dan Superman. Batman nampak ganas. Dan itulah yang sepatutnya. Sedari awal saya dah menjangka yang Ben Affleck adalah pelakon yang sesuai untuk watak Bruce Wayne. Beliau sememangnya pelakon yang bagus. Kecuali err...zaman beliau bersama J.Lo...heheh...Ternyata tekaan saya betul. Mungkin tak keterlaluan kalau saya katakan yang beliau setanding dengan Christian Bale.

Watak Superman lakonan Henry Cavill nampak "blur" dan menyedihkan. Mungkin skripnya yang begitu. Tetapi sehingga kini memang tiada siapa yang dapat menandingin Christopher Reeve. Sesungguhnya beliaulah superhero saya yang pertama. Sebagai anak-anak 70an yang membesar di era 80an, sudah semestinya Superman adalah superhero kami. Tetapi kalau ditanya sekarang. Batman adalah pilihan.

Secara kesimpulannya. bagi saya seorang yang bukan kemaruk dengan filem superhero, ceritanya agak menarik. Tetapi gaya penceritaannya yang agak perlahan meyebabkan saya sedikit mengantuk.




Monday, March 7, 2016

BoBoiBoy: The Movie

Layan anak bongsu....


BoBoiBoy: The Movie (2016)

Sejak sebulan lepas saya dah diingatkan oleh anak bongsu saya tentang movie ini. Hampir hari-hari. Siap dah ditandakan tarikh 3hb Mac di kalendar rumah.

Sebenarnya bukan sahaja anak, saya juga agak teruja. Maklumlah saya  sering menemankan beliau menontonnya. Pada saya siri ini lebih menarik dari Upin dan Upin. Mungkin ini siri kartun tempatan yang terbaik setakat ini.

Tak nak spoiler. Tetapi movie ini memang menarik. Penuh aksi dan dalam masa yang sama ianya agak lawak. Memang menghiburkan. Watak "Villain" nya memang sukar untuk dikalahkan. Aksi berdentam-dentum,

Tak rasa pun kalau anda tak pernah menonton siri tv nya anda akan "lost". Cuma mungkin akan kurang "feel"nya. Kerana movie ini adalah kesinambungan dari siri tv. Memang tiada pengenalan bagaimana BoBoiBoy dan rakan-rakannya mendapat kuasa. Siapa Adu Du. Probe, Ochobot dan Papa Zola.


Saya cukup bersetuju dengan Portdy. Papa "Kebenaran" Zola memang patut dicalonkan sebagai pelakon pembantu terbaik di Festival Filem Malaysia yang akan datang. Dia memang lawak. Pada saya movie ini akan jadi hambar tanpa kemunculan beliau. Begitu juga protegenya, Gopal. Sebelum muncul karekter Papa Zola memang dia lah maharaja lawak BoBoiBoy. Adu Du pun siap ada pick-up line lagi...hahaha...

Filem ini telah mencatat sejarah kutipan tertinggi hari pertama bagi kategori filem tempatan. Memang terbaik! Mak bapak...sila bawa anak anda menonton. Yang tiada anak...sila bawak anak sedara untuk cover line...hahaha...

"kebebaran tidak pernah menipu"






Tuesday, January 19, 2016

The Force Awakens

Saya bercadang untuk bercerita perihal filem-filem yang tercalon di anugerah Oscar (seperti tahun lalu), Itu pun kalau sempat. Tetapi adalah lebih baik saya menulis sedikit berkaitan filem yang paling hype tahun lepas....


Star Wars: The Force Awakens (2015)

Menontonnya lebih kurang 2 minggu selepas ianya ditayangkan. Spoiler pun dah tahu. Tapi tak kisah pun. Saya bukanlah peminat tegar Star Wars. Walaupun saya membesar di tahun 80an tetapi Star Wars bukanlah satu kegilaan. Tetapi saya akui, saya juga pernah bermain menggunakan lampu kalimantang sebagai light saber akibat terpengaruh dengan Star Wars. 

Berbanding Star Wars, saya lebih terpengaruh dengan siri tv seperti Battlestar Galactica dan Buck Rogers. Maklumlah di zaman awal 80an, duduk di felda, mana la berpeluang untuk menonton wayang. Cerita wayang seperti Star Wars hanya dapat ditonton di tv pada hari raya, tahun baru cina ataupun krismas beberapa tahun selepas keluar di panggung wayang. Sebab itu saya lebih terdedah dengan apa yang dimainkan di tv. Maklumlah tv Singapore zaman itu agak up to date juga cerita-ceritanya.

Pada saya The Force Awakens seronok ditonton. Abaikan muka jambu rambut beralun, Kylo Ren atau bagaimana mudahnya Rey dapat menguasai the force tanpa perlukan seorang mahaguru. Tak kisahlah jika jalan ceritanya re-cycle. Ini versi baru yang lebih segar. Versi untuk generasi sekarang.  Return of the Jedi pun dah 30++ tahun dah. Mungkin saya bukan die-hard fan. Pasal tu tiada nak komplen atau terasa sangat.


Ini era baru. Era Disney. Pada saya Disney berjaya memfemininkan (ada ker ayat macam ni) Star Wars dengan meletakan watak utamanya seorang perempuan ala-ala cerita princess terbitan mereka. Buktinya isteri dan anak-anak perempuan saya yang tidak pernah mengambil tahu perihal Star Wars sebelum ini rasa seronok menontonnya. Yang bagusnya mereka tidak perlu menonton episod sebelumnya untuk memahami jalan ceritanya.

Tak kisahlah jika ianya tidak tercalon dalam anugerah Academy tetapi kemunculan Han Solo, Princess Leia, Chewbacca dan Millennium Falcon sememangnya mengembalikan nostalgia. Tak sabar pula untuk menanti episod yang seterusnya.




Monday, November 2, 2015

Deathgasm

layan movie pula...


Deathgasm (2015)

Kalau filem Metalhead dari Iceland, Deathgasm pula dari New Zealand. Kedua-dua negara adalah agak asing bagi saya untuk muzik metal. Tidak pasti band apa yang berasal dari sana. Tetapi filem ini membuktikan yang mat metal sentiasa ada di mana-mana sahaja.

Jangan bandingkan dengan Metalhead. Kedua-duanya adalah genre yang berlainan. Kalau Metalhead bertemakan drama berat, Deathgasm pula lebih kepada genre horror yang diselitkan dengan unsur-unsur dark komedi. Tetapi yang pastinya kedua-duanya adalah berlatarbelakangkan muzik metal. Untuk sipnosis cerita, sila google sendiri.

Kalau saya puji ceritanya bagus mungkin anda akan beranggapan yang saya "bias". Memang pun apa-apa yang berkaitan metal pastinya saya akan "bias". Tetapi jika anda sukakan filem horror dengan elemen komedi pastinya anda tidak akan kecewa.

Awal penceritaan tentang pengenalan watak-watak dan muzik metal yang diminati mereka pada saya agak menarik. Tersusun. Tetapi bila masuk bab suku yang terakhir, saya rasa ianya tidak jauh bezanya dengan filem-filem genre gore-horror grade B Hollywood.


Tetapi yang paling saya suka adalah lawaknya. Walaupun ada unsur-unsur splatstick tetapi ianya menjadi terutamanya jika anda seorang mat metal. Makan ais krim ketika berdating dengan awek sambil mengenakan corpse paint pada saya hanya seorang mat metal yang mungkin akan sampai lawaknya. Betul tak?

Secara keseluruhannya agak menarik juga. Cuma soundtracknya saya agak kurang biasa. Mungkin kerana kebanyakannya adalah band-band underground yang saya tidak berpeluang untuk explore. Sayangnya...saya mengharapkan soundtrack ala-ala filem Metalhead. Mungkin sahaja mereka tidak cukup bajet untuk mengambil lagu-lagu dari band yang lebih terkenal. Tetapi ada juga lagu dari Trivium dan Cannibal Corpse. Setelah men"google" baru saya perasan ada juga lagu dari Emperor dan Ishahn.

Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak. Ada unsur-unsur 18sx. Tetapi jangan lupa untuk menontonnya sehinga ke kredit akhir kerana ada kejutan.

Siapa rasa dirinya metalhead. Ini patut ditonton!







Wednesday, October 21, 2015

Back to the Future





Hari ini adalah harinya Marty McFly dan Doctor Emmett Brown tiba di masa hadapan dalam Back to the Future 2. Yang menariknya apa yang mereka gambarkan dari 30 tahun yang lalu ada juga yang telah pun dicapai pada hari ini. TV leper gantung kat dinding contohnya...tablet computer, video chat. kamera drone dan khabarnya NIKE pun dalam perancangan nak pasarkan kasut yang boleh ikat sendiri...hebat!...tapi ada juga yang masih tak tercapai....kereta terbang...atau pun cerita JAWS 19...hahaha...

Apa-apa pun siri Back to the Future sememangnya antara filem terbaik yang pernah dihasilkan. Dan ianya akan sentiasa menjadi filem kegemaran sepanjang zaman saya (terutamanya Back To The Future 1).





Tuesday, September 29, 2015

Maze Runner - The Scorch Trials

Lama dah tak bercerita pasal filem...


Maze Runner - The Scorch Trials (2015)

Seperti biasa waktu cuti sekolah melayan anak-anak menonton filem. Cuma yang berbezanya kali ini tajuk filem di pilih oleh anak yang sulong, bukannya yang bongsu. Makanya filem kali ini bukanlah sebuah filem kartun (walaupun Hotel Transylvania 2 juga sedang ditayangkan)

Pilihan anak yang sedang meningkat remaja. Maka sudah tentu filemnya juga bercorak remaja. Entah mengapa remaja sekarang begitu kemaruk dengan cerita adaptasi novel bergenre post apokalip yang sebegini. Tak jauh beza kot kalau nak dibandingkan dengan Divergent mahupun Hunger Games. Tapi remaja dulu-dulu pun apa kurangnya kan. Saya dulu kemaruk juga dengan siri Mad Max.

Nasib juga filem Maze Runner yang pertama baru-baru ini sempat saya tonton di Astro. Kalau tidak mungkin juga saya sesat sepanjang menontonnya. Pada saya kena tonton yang pertama baru mudah untuk paham jalan cerita yang ke 2. Aksinya memang bagus. Kali ini ada zombi. Sesuai dengan tajuknya, jalan ceritanya memang asyik berlari.

Walaupun begitu saya lebih sukakan Maze Runner yang pertama. Mungkin kerana ketika itu belum tahu kenapa mereka berada disitu. Unsur "saspen"nya lebih. Tetapi yang menjadikan The Scorch Trials ni menarik adalah twist di penghujung ceritanya. Memang saya tak sangka. Ianya membuatkan anda rasa tak sabar pula untuk menunggu sambungannya.