Showing posts with label twisted sister. Show all posts
Showing posts with label twisted sister. Show all posts

Thursday, February 29, 2024

Hammersmith

 Sudah Sampai Sini - Hammersmith

Hari tu semasa menggunakan perkhidmatan tube di London, rasa teruja pula bila nampak nama salah satu stesennya. Dan kebetulan pula berhenti di stesen tersebut untuk menukar laluan. Memang tak lepas peluanglah untuk mengambil gambar hinggakan anak-anak pun pelik apa istimewanya tempat ini?

Sebagai peminat muzik apatah lagi seorang mat rock tua 😁 , nama Hammersmith sememangnya sinonim dengan album-album live. Di Hammersmith Odean (sekarang di panggil Apollo) lah terabadinnya salah satu lokasi untuk album live kegemaranan, Live After Death. Walaupun tak berkesempatan melihat lokasinya, dapat singgah di stesen undergroundnya pun jadilah...haha...



antara album yang menggunakan Hammersmith sebagai tajuk album

*ketika menggunakan perkhidmatan bas express dari Manchester ke London, bas tersebut berhenti di stesten bas Milton Keynes untuk menukar pemandu. Ini satu lagi lokasi konsert rock dan festival muzik contohnya Milton Keynes Bowl yang dulunya selalu dibaca di majalah Kerrang!. Sayangnya bas hanya berhenti sekejap dan tak sempat pula untuk mengambil gambar. Sememangnya bila berada di sini, bermacam-macam lokasinya akan mengingatkan kita kepada rock dan bolasepak.

Wednesday, June 21, 2023

Bloodied, But Unbowed

 Antara cd yang lama dah cari tetapi baru sekarang berjaya dimiliki...

Desperado - Bloodied, but Unbowed (1996)

Kali pertama tahu tentang band ini adalah melalui satu artikel di majalah Metal Hammer pada tahun 1989. Desperado adalah band Dee Snider selepas beliau keluar dari Twisted Sister. Memang rasa teruja nak dengar. Tambah pula pemain drum mereka adalah Clive Burr yang bermain untuk 3 album awal Iron Maiden. Sayangnya selepas dari itu tak ada dengar khabar berita tentangnya lagi. Tahu-tahu Dee Snider telah pun menubuhkan band yang lain (Widowmaker).

Akhirnya di zaman info di hujung jari baru tahu cerita yang sebenar. Mereka dah pun siap merakamkan album pada tahun 1988. Tetapi masalah dengan syarikat rakaman menyebabkan ia tidak pernah diedarkan sehinggalah tahun 1996. Sayangnya ia agak terlambat. Pertengahan 90an bukanlah lagi zaman untuk album hard rock seperti ini. Walaubagaimana bagus dan berkualiti pun ianya tidak lagi mendapat sambutan. 

Setelah lama mencari, akhirnya berjaya juga menjejaki album ini. Ianya bukan seperti muzik Twisted Sister. Ada antara lagunya yang sedikit bluesy dan ala-ala country dan cowboy. Tetapi yang pentingnya lagu-lagunya melodic dan sedap. Dee Snider sebagai seorang penulis lagu sememangnya tidak pernah mengecewakan. 

Kalau anda adalah peminat Dee Snider dan muzik hard rock 80an, "Bloodied, but Unbowed" adalah sesuatu yang berbaloi untuk anda miliki. Memang best!



Thursday, July 1, 2021

You Can't Stop Rock 'n' Roll

 Yang menyambut ulang tahun ke 38 pada 27hb Jun yang lalu..

Twisted Sister - You Can't Stop Rock n' Roll (1983)

Tak ingat bila kali pertama mendengar album ini secara penuh. Mungkin agak lambat juga kerana saya hanya mula kenal dengan Twister Sister sekitar tahun 1986. Ketika itu jika sesuatu album itu ada di jual di pekan tempat tinggal saya (Ulu Tiram), maka besar kemungkinan saya berpeluang untuk mendengarnya. Kalau tak mampu beli pun akan pinjam kawan-kawan yang beli atau pun minta tokey kedai untuk dubbing. 

Zaman sebelum wujud internet, sumber dan info rock saya agak terhad. Maklumlah budak sekolah yang duduk di kampung. Adalah sekali sekala baru berpeluang untuk pergi ke kedai kaset di Komtar, Johor Bahru. Makanya memang tak pernah memilikinya dalam bentuk kaset. Versi cd dibeli ketika zaman sudah berkerja. Manakala versi piring hitam pula adalah antara yang terawal dibeli ketika mula terjebak dengan format ini beberapa tahun yang lalu. 

Saya adalah "fanboy" Twisted Sister, mana mungin tak suka dengannya. Tambahan pula ini adalah zaman-zaman awal mereka yang mana soundnya adalah lebih "raw". Walaupun mereka hanya meletup dengan album selepas in (Stay Hungry - 1984), tetapi  ianya juga mengandungi lagu-lagu wajib dan klasik mereka seperti "I Am (I'm Me)", "The Kids Are Back", "You Can't Stop Rock 'n' Roll" dan sebuah lagu balada rock kegemaran, "You're Not Alone (Suzette's Song)". Eddie Ojeda punya solo dalam lagu-lagu balada memang syahdu. 

Memang All killer no filler...

Play it loud, Mutha' !


Sunday, August 13, 2017

Love Is for Suckers

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 13hb Ogos


Twisted Sister - Love Is for Suckers (1987)

Ketika kali pertama berpeluang mendengar album ini, (sekitar tahun 1988) saya telah mula mendengar band-band yang lebih ekstrim. Maka agak sukar nak masuk. Muzik mereka bukan lagi seperti album-album Twisted Sister yang sebelumnya. Mereka telah menjadi terlalu pop.

Tak pernah beli versi kaset. Tak minat. Maklumlah darah muda pada ketika lebih tertarik dengan Metallica, Megadeth dan band-band thrash yang lainnya. Dengar sambil lalu dan tidak ambil tahu. Tak ingat langsung lagu-lagu di dalamnya. Malah Twisted Sister sendiri pun tak letak lagu-lagu dari album ini untuk kompilasi Best Of mereka.


Sekarang baru tahu kenapa muziknya berbeza. Love Is for Suckers asalnya adalah album solo Dee Snider. Tekanan dari syarikat rakaman yang menyebabkan ianya dikeluarkan atas nama Twisted Sister. Tak pasti adakah muziknya dimainkan sendiri oleh anggota Twisted Sister walaupun di"inlay"nya ada dinyatakan sebegitu. Ada desas desus yang mengatakan Reb Beach (Winger) dan Ronni le Tekro (TNT) yang bermain gitar. Kalau di amati betul-betul memang macam bukan sound Eddie Ojeda dan Jay Jay French. Mungkin juga ianya betul.

Membeli versi cd asalnya adalah untuk melengkapkan discography. Tetapi seiring dengan peningkatan usia, bila mendengarya sekarang, rasa ok la juga. Tetapi banyak juga filler. Yang jadi title track, Love Is for Suckers, Wake Up (The Sleeping Giant), Hot Love dan You Are All That I Need memang boleh tahan. Yang lain tu agak kurang.

Tapi kalau dah "die hard"...atau suka hard rock/pop metal...boleh lah cuba layan.....









Monday, November 9, 2015

Come Out and Play

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 9hb Nov


Twisted Sister - Come Out and Play (1985)

Lagi album yang menjadi soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya suatu masa dahulu. Mungkin ianya tidak sehebat "Stay Hungry", tetapi didalamnya mengandungi beberapa buah lagu hebat yang akan sentiasa mengingatkan kita kenapa muzik metal di tahun 80an adalah yang paling terbaik.

Bila sudah dikemuncak, memang agak sukar untuk terus menerus berada di kedudukan tersebut. "Stay Hungry" adalah kemuncak bagi Twisted Sister. Ramai yang beranggapan "Come Out and Play" adalah titik permulaan jatuhnya Twisted Sister.Tetapi bagi saya ok sahaja. Tiada masalahnya dengan album ini. Semua lagu pun sedap. Mungkin kerana saya fanboy mereka (heheh) walaupun perlu saya akui ianya terlebih pop dari segi lagu dan soundnya.


Berstatus "rock star" bukan lagi sebuah band yang "stay hungry" sememangnya agak sukar untuk mereka memenuhi kehendak semua pihak. Tetapi yang pastinya mereka cuba juga untuk mengimbangi antara sisi komersial dan akar umbi muzik mereka yang asal. Lagu-lagu seperti "Come Out and Play", "I Believe in Rock N Roll" dan "Kill Or Be Killed" masih lagi seperti Twisted Sister yang lama.


Sayangnya mereka terlalu mengetengahkan lagu-lagu pop komersial cari makan seperti "Leader of the pack" dan "Be chrool to your scuel". Dan lagu-lagu ini tidak cukup kuat untuk mereka menduduki carta lagu-lagu popular. Lagu slow rock "I Believe in You" pula terlalu lemah kalau hendak dibandingkan dengan "The Price". Ini antara puncanya penyokong asal mereka mula menjauhkan diri. Tour mereka untuk album ini juga kurang mendapat sambutan. AJ Pero juga meninggalkan mereka tidak lama selepas ini


Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk mendapatkan versi cd dan piring hitam. Malangnya kaset dah hilang. Kalau tak boleh dah masuk dalam dalam posting Gila Format. Dah namanya fanboy lah kan....Cumanya memang ada perbezaan antara cd dan lp. Selain susunan lagunya tak sama, versi cd dan kaset mempunyai satu lagu bonus "King of the Fools".





Monday, March 23, 2015

A.J PERO

Tribute to A.J. Pero

Sekitar tahun 1986 kalau tak silap...hampir setiap malam...bertemankan kaset cap "apache"...radio kaset cap "National"...pasang lagu "The Price" kuat-kuat ....dan ketuk meja sambil berangan bermain drum seperti A.J Pero...entah kenapa suka betul dengan bunyi ketukan dram lagu tersebut....

(btw...kaset apache tersebut masih tersimpan sehingga kini...)


Kini semuanya tinggal kenangan...seorang lagi hero saya di zaman meningkat remaja telah pun tiada....terimakasih A.J Pero...


Anthony Jude Pero 
(October 14, 1959 – March 20, 2015)

Thank you for the music



Friday, October 3, 2014

Live at Hammersmith

Hari ini, 3hb Oktober, maka genaplah 20 tahun usia album ini diterbitkan.


Twisted - Sister - Live at Hammersmith (1994)

Walaupun usianya 20 tahun, tetapi album ini sebenarnya di rakamkan pada 15hb Jun 1984. Bermakna dah lebih 30 tahun dah.

Saya adalah pengemar Twisted Sister. Bermakna album double disc ini adalah album wajib bagi saya. Di rakamkan ketika tour "Stay Hungry" di Hammersmith Odeon, London. Bermakna semua lagu wajib zaman Under the Blade, You Can't Stop Rock 'n' Roll dan Stay Hungry ada dimainkan.


Yang menariknya album ini tiada edit, tiada touch-up, tiada overdub. Malah semua yang Dee Snider menceceh atas stage (stage banter) boleh kita dengar secara keseluruhannya. Tak potong langsung. Rasa macam dengar bootleg pulak. Jarang nak jumpa syarikat rakaman terbitkan album live secara official yang tiada edit macam ni. Seratus peratus apa yang berlaku kat atas stage malam tu, itulah yang dapat kita dengar dalam album ni.


Sound macam biasalah. Raw..kasar...biasalah tak ada touch-up la kan. Rasanya apa sound yang penonton dengar malam itu...itulah yang boleh kita dengar. Ternyata mereka pemuzik yang bagus. Memang terbaik bila main live. Paling menonjol sekali adalah vokal Dee Snider. Memang hebat. Banyak band seangkatan mereka contohnya Motley Crue yang vokalnya hancus bila main live. Malah David Le Roth lagi hancus kalau live. Ini membuktikan yang Dee Snider adalah seorang vokalis heavy metal yang terbaik. Tabik!


Selain itu terdapat juga bonus track 2 lagu cover rock n roll 50an secara live dari tahun 1979. Zaman ketika mereka belum pun terkenal. Best juga dengar lagu Jailhouse Rock versi mereka walaupun secara peribadinya saya lebih gemar versi Motley Crue dalam album Girls,Girls,Girls.

Terbaik dan wajib ada....jika anda seorang S.M.F seperti saya.





Friday, June 21, 2013

You Can't Stop Rock N Roll

27hb ini genap 30 tahun dah usia album metal klasik ni...



Twisted Sister - You Can't Stop Rock N Roll (1983)

Sejujurnya saya mengaku...saya sememangnya fanboy Twisted Sister. Maka jika entri ini agak bias...anda faham-faham la sendiri.

Saya tidak pernah merasa kecewa dengan rilisan Twisted Sister apatah lagi rilisan-rilisan awal mereka. Ketika ini tiada istilah glam atau hair metal dan sememangnya You Cant Stop Rock N Roll adalah heavy metal. Jika anda membesar di zaman 80an dan sebaya saya...sudah semestinya Twisted Sister dan album seperti You Cant Stop Rock N Roll inilah yang mempengaruhi anda untuk menjadi seorang mat rock. Saudara Deaf Angel pasti bersetuju dengan saya tambahan pula ini album TS kegemaran beliau. Mungkin anda perlu berada di tempat kami untuk merasa apa yang kami rasa terhadap album-album rock awal 80an.

Walaupun YCSRNR tidaklah seberat Under the Blade dari segi soundnya tetapi masih mempunyai rif-rif metal yang berat. Lagu-lagu seperti The Kids Are Back, Knife in the Back, Ride to Live, Live to Ride, I Am (I'm Me), You Can't Stop Rock 'N' Roll adalah metal anthem zaman sekolah menengah saya dahulu. Sebenarnya boleh dikatakan semua lagu-lagunya bagus, semuanya pun sedap dan saya suka termasuklah lagu slow You're Not Alone (Suzette's Song) - lagu untuk isteri dia yang sampai sekarang pun masih kekal bahagia...respek!


Mendengar kembali lagu-lagu dari album ni sudah pasti akan mengembalikan nostalgia zaman remaja saya. Tak cukup buku tulis dan buku teks, abis meja dan dinding sekolah kami conteng dengan logo Twisted Sister...Nama Eddie Ojeda dan Jay Jay French pula menjadi sebutan kepada kawan-kawan yang berangan nak jadi gitar hero. Dan apalah yang boleh saya katakan kepada Dee Snider...the most underrated front man in metal history...period!


btw...setiap kali mendengar lagu Stranger In A Strange Land...saya sering teringatkan lagu The Power And The Glory...adakah Steve Harris mengambil idea darinya...permulaan bass dia tu seakan-akan sama pula...


Play it Loud Mutha!


Monday, December 31, 2012

Under the Blade

Yang menyambut ulangtahun ke 30.


Twisted Sister - Under The Blade (1982)

Kalau ditanya apakah album pilihan saya dari tahun 1982. Mungkin ramai yang meneka Iron Maiden - The Number Of The Beast. Tetapi sebenarnya kurang tepat. Kerana ada masa-masa dan ketikanya Twisted Sister - Under The Blade adalah jawapannya. Mungkin bro RockSportS akan bersetuju dengan saya.

Kenapa dan mengapa? Itu anda kena dengar sendiri. Bias ker tak, saya sememangnya peminat tegar Twisted Sister tapi dalam masa yang sama juga amat meminat Iron Maiden. Dua2 album pun bagus tapi kalau anda mengemari heavy metal awal 80an yang mempunyai sound yang raw dan power, ini lah album yang patut anda cari.

Under The Blade adalah album pertama mereka dan yang paling heavy dalam discography mereka. Semua lagu pun sedap, semua lagu pun metal anthem. Teringat zaman budak2 1st time dengar lagu Under The Blade rasa seram pulak dengar muzik dan suara Dee Snider tu.

Ok sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu2nya. Ini sememangnya album kegemaran saya tapi nak cerita pasal cd special edition yang saya ada ni. Yang menariknya ianya juga mengandungi EP pertama mereka "Rough Cutts" yang mengandungi demo version untuk lagu  "What You Don't Know," "Shoot 'em Down," "Under the Blade" dan Shangi-La's cover, "Leader of the Pack". Sememangnya EP ni dah jadi sangat rare dan memang susah nak cari.



Tambah berbaloinya special edition ini jugak disertakan dengan dvd 40 minit interview mereka berkenaan pembikinan album ini dan yang paling bestnya  dvd live mereka di Reading 1982. Mereka tak main satu hari yang sama dengan Iron Maiden dan zaman tersebut mereka belum dikenali lagi. Rakaman cuma menggunakan 3 kamera (kiri,kanan dan tengah), takder edit2, muzik pun raw dan dapat tengok macamana tightnya dorang perform. Yang bestnya dapat tengok Dee Snider cabar penonton yang baling macam2 barang atas stage supaya jangan jadi pengecut, baling barang nanti kena penonton depan kalau berani jumpa dia one by one belakang stage...hahaha...(dalam interview lepas tu, Dee Snider cakap takder siapa pulak datang, mungkin dorang dah suka Twisted Sister kot)

Maklum la zaman tu tak ramai kenal Twisted Sister, album ni pun tak rilis lagi tapi bila lagu last Rolling Stones kaver "It's Only Rock 'n Roll" bila Pete Way, "Fast" Eddie Clarke dan Lemmy Kilmister join sekali atas stage, penonton semua support mereka. Tak tau penonton betul2 support mereka atau dorang sebenarnya teruja tengok Eddie Clark dan Lemmy join satu stage 1st time selepas Motorhead berpecah (ketika itu la).

Apa2 pun tak kisah lah versi special ni ker atau versi biasa, Under The Blade sememangnya sebuah album yang berbaloi.

REKOMENDED!



Wednesday, July 11, 2012

Big Hits & Nasty Cuts

Memori 20 tahun...

Start dari entri ni aku akan try buat cerita pasal album2 best of yang diterbitkan tepat 20 tahun yang lalu...mula ngan band favourite aku ni...


Twisted Sister - Big Hits & Nasty Cuts : The Best Of (1992)

Aku adalah seorang SMF....4 tahun dulu masa aku mula berblog...antara entry terawal aku adalah pasal Twisted Sister...ketika itu aku cuma ada cd Best Of ni dan Stay Hungry...tak sangka pulak sehingga sekarang dah hampir nak complete pulak discography cd TS aku...

Cd ni adalah antara cd terawal yang aku beli zaman aku tiap2 minggu singgah ke Tower Records, KL Plaza akhir 90an dulu....manakala kasetnya pulak aku beli di Muzika Plaza Kotaraya, JB tahun 1993....zaman tu zaman susah nak cari full album...so dapat yang best of kira dah best la...



Pada sapa2 yang baru nak dengar Twisted Sister....cd ni memang kira dah cukup bagus la...semua lagu popular dorang ada...tapi bagi peminat tegar cam aku...cd ni tak complete pun...banyak lagi lagu best takder...terutama lagu dari album Come Out And Play dan Love Is For Suckers...kekadang cam membazir jer album best of tapi letak beberapa lagu versi live...lagi baik untuk versi live buat album khas lain...

khazanah yang dah 25 tahun usianya...banyak memorinya ni...walaupun dah naik lunyai...memang tetap aku simpan...

Walaucamner pun...pada aku koleksi best of kaset Apache jugak yang terbaik...semua lagu best...cuma takder lagu2 dari Love Is For Suckers...pasal masa kaset ni diterbitkan (aku beli kalau tak silap hujung 1986 atau pun awal 1987)...album tu lum ujud lagi...

sapa la agaknya orang dibelakang Apache ni ek....kalau tengok list lagu2 yang dia pilih untuk koleksi ni...nampaknya beliau adalah orang yang memang tau pasal TS...tau pasal rock...bukan hentam keromo jer...banyak jasa tokey cetak rompak ni...kalau tak pasal kaset2 apache ni dulu...memang sampai sekarang aku layan K-POP...hahaha...



Twisted Forever!!!





Tuesday, October 4, 2011

Still Hungry

Merujuk kepada entri NI...timbul idea untuk aku bercerita pasal Stay Hungry Vs Still Hungry



20 tahun selepas Stay Hungry...Twisted Sister bergabung semula untuk menghasilkan Still Hungry...iyer...ianya sememangnya album yang sama...susunan lagunya pun mengikut turutan yang sama...Still Hungry adalah rakaman semula yang menurut Twisted Sister ini adalah bunyi sebenar yang dorang mahukan...

Ketika Stay Hungry diterbitkan (1984)...kejayaan Quiet Riot dengan album "Metal Health" dan bermulanya era MTV telah menyebabkan semua syarikat rakaman maukan band2 heavy metal mereka bersoundkan pop seperti album tersebut...sampaikan Judas Priset pun jadi pop dengan "Turbo"...walaupun benda ni memberikan kejayaan kepada Twisted Sister...Stay Hungry meletup...dorang jadi popular...tapi sebenonya dorang tak puashati ngan sound cenggini...dorangkan maukan yang lebih berat...lebih raw...akhirnya pada tahun 2004 lahirlah Still Hungry...

Aku memang excited time tu...dah la dorang baru reunion...tapi bila dengar...aku tak berapa rasa puas hati...ok la...bukan semuanya tak best...ni Twisted Sister beb...band yang aku minat giler...album Love is for Suckers yang orang cakap tak best tu pun aku suka jer....so..takder la teruk sangat sebenonya...lagu2 seperti "Burn in Hell" dan "Horror Teria...Captain Howdy...Street Justice" memang jadi lebih heavy dan lebih power...macam lebih best dari versi ori...



Aku rasa kalau yang jenis 1st time dengar...tak pernah dengo Stay...terus dengo Still...rasanya takder masaalah kot...bunyi bass dan drums dia pun lebih jelas...tapi bagi telinga orang tua yang dah dengo album ni selama 20 tahun...dia punya feel tu takder...tambah malang suara Dee Snider dah tak sepower 20 tahun dulu...banyak lagu2 mengunakan nada yang lebih rendah...menyebabkan aku rasa agak hambar...memang tak feel ahh...kecanggihan teknologi tak semestinya dapat menghasilkan tenaga rebellion zaman dorang muda2...

paling aku bengang dorang ubah lagu The Price (hello...ni all time fav. power ballad aku beb...) vocal Dee Snider paling hampeh dalam lagu ni...nasib jugak Eddie Ojeda masih mengekalkan solo yang asal...lagu slow ni kalau ubah2 dia punya solo memang hilang feel la...

tapi tak kisah la...yang rasa berbaloi baloinya beli Still Hungry ni pasal ada 7 lagu additonal tu...ni pun semua lagu2 B-sides dorang rakam semula...dan yang paling aku suka lagu soundtrack dari filem Strangeland..."Heroes Are Hard to Find"...ni masa baru beli cdnya dulu...asik la aku ulang2 lagu ni..



Apa2 pun kalau dah minat tu...memang kena ada dua2 la...kelemahan Stay Hungry pada aku satu jer...sound dia slow...kena kuatkan volume baru power banding ngan Still Hungry...sikit jer volume dah berdentum dah...ni yang kekadang rasa macam nak kena cari Stay Hungry 25th anniversary edition pulak ni....iskh...


***gambo kaver pun tu pun aku lebih suka Stay Hungry...nampak ganas...walaupun ianya bukanlah kaver yang dorang nak...

Monday, December 15, 2008

Stay Hungry

Setelah seminggu bz..kali ni aku nak citer pasal satu album dari band yg berasal dari New York...Twisted Sister...album Stay Hungry...tak kenal Twisted Sister?...hmmm..dedulu Metallica pun jd opening act utk dorang tau...

album ni yg buat dorang popular dan jadi jutawan serta menjadi rujukan kalau citer pasal glam/hair metal.


aku suka album ni dari zaman 80an lagi...tapi baru minggu ni aku berjaya beli cd ni..2nd hand from member dari metalterus forum...katanya 1st pressing...tapi aku tak peduli semua tu...biasala aku pun bukannya collector tegar..kalau terjumpa aku beli...kalau tak...aku download je ahh...hehe..



aku mmg tak pernah ada album ni walaupun aku ada kaset Twisted Sister yg lain...tapi album ni memang ada banyak lagu best...yg aku fav. Stay Hungry, We're Not Gonna Take It, I Wanna Rock, SMF dan satu lagu slow rock yg jadi all time fav. aku...The Price...tak jemu ahh walau aku dengar banyak kali...aku rekomen album ni pada sesiapa yg nak tau macamana bunyinya muzik glam/hair metal/kapak ni...pasal album2 dorang selepas ni dah komersil sikit.

Dulu masa awal 80an...zaman belum pernah dengar camaner muzik dorang...aku ingatkan Twisted Sister ganas giler...iyer la kalau tengok muka Dee Snider tu...memang pun dorang pakai make up...tp bukan stail pompuan mcm Poison tu...dgn dressing dia...takut woo..macam hantu ajer...ganas..tapi bila aku beli kaset apache RM3 best of TS ni...laaa...baru aku tau...tak ganas langsung pun...hahaha...



antara koleksi terawal aku...tak ingat la..86 ker 87...bebudak zaman sekarang sure tak pernah tengok kaset apache ni kan...

Tapi dari situ aku mula minat TS...dan Eddie "Fingers" Ojeda (tak de kena mengena ngan Eddie Dewanaga...muahahahaha)...jadi salah sorang gitar hero aku...




kalaulah aku dapat cukupkan koleksi cd TS aku...Under The Blade, You Cant Stop Rock N Roll, Come Out And Play (aku ada kaset),Love Is For Suckers (kaset jugak)...tapi aku malas nak e-bay tu semua...kalau terjumpa pasti aku beli...kalau tak tak kisah la...buat beli susu anak lagi afdal kot...hehe...

Untuk kali ni aku pilih lagu We're Not Gonna Take It..salah satu anthem zaman sekolah aku...teringin nak jamming lagu2 TS ni dedulu...tapi bila dah ada band...dah start zaman thrash pulak...asik nak main metallica slayer pulak...so tak kesampaian la...haha...so enjoy...




"TWISTED FOREVER"